HUBUNGAN ETNIK

38
WAJ3106 WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI HUBUNGAN ETNIK PENGENALAN Masyarakat plural Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi beberapa sejarah. Pluraliti budaya terdapat di alam melayu sejak sekurang-kurangnya abad kelima masihi. Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada abad ke -19 dan ke – 20 telah mengakibatkan penghijarahan masuk orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu. Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing , terdapat persefahaman dan keharmonian yang erat sehingga membolehkan Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Secara umumnya , Malaysia sememangnya terkenal dengan hubungan etnik yang begitu unik di mata dunia. Dengan kepelbagai kaum atau etnik yang ada di Malaysia masih lagi boleh mengekalkan keamanan negara ini. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan hubungan etnik ini?. Hubungan etnik boleh didefinisikan sebagai hubungan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam , termasuk adat resam , pakaian , bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan Bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi ( keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia ( Mansor Abdul Rahman & Mohammad Ainuddin, 2006). Walaupun mempunyai pelbagai perbezaan antara masyarakat Malaysia tetapi amalan perpaduan yang diamalkan dapat menghapuskan jurang perbezaan mereka ini.

description

etnik

Transcript of HUBUNGAN ETNIK

Page 1: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

PENGENALAN

Masyarakat plural Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi

beberapa sejarah. Pluraliti budaya terdapat di alam melayu sejak sekurang-

kurangnya abad kelima masihi. Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada

abad ke -19 dan ke – 20 telah mengakibatkan penghijarahan masuk orang Cina dan

India secara besar-besaran ke Tanah Melayu. Meskipun pelbagai kumpulan etnik

hidup secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing , terdapat

persefahaman dan keharmonian yang erat sehingga membolehkan Malaysia

mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Secara umumnya , Malaysia sememangnya terkenal dengan hubungan etnik

yang begitu unik di mata dunia. Dengan kepelbagai kaum atau etnik yang ada di

Malaysia masih lagi boleh mengekalkan keamanan negara ini. Tetapi apakah yang

dimaksudkan dengan hubungan etnik ini?. Hubungan etnik boleh didefinisikan

sebagai hubungan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir

seragam , termasuk adat resam , pakaian , bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep

etnik mempunyai erti berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras

dan Bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi

( keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia ( Mansor Abdul

Rahman & Mohammad Ainuddin, 2006). Walaupun mempunyai pelbagai perbezaan

antara masyarakat Malaysia tetapi amalan perpaduan yang diamalkan dapat

menghapuskan jurang perbezaan mereka ini.

Akan tetapi sebelum mencapai perpaduan Malaysia pernah mengalami satu

sejarah hitam yang tidak disangkakan. Tragedi 13 Mei 1969 , merupakan salah satu

sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh masyarakat Malaysia. Setelah enam tahun

Malaysia ditubuhkan, tragedi 13 Mei 1969 telah mencetuskan kegemparan yang

tidak dapat dilupakan dan mengakibatkan pertumpahan darah serta huru-hara yang

menghancurkan Negara suatu ketika dahulu. Perdana Menteri Malaysia pada waktu

itu ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau menyatakan melalui ucapan

yang dipetik dari Radio dan Televisyen Malaysia bertarikh 13 Mei 1969:

Page 2: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

“ Semua yang bertanggungjawab kenalah menjalankan kepentingan

mereka supaya hal ini tidak merebak. Mahulah setiap tempat meletakkan

jawatankuasa muhibah serata tempat itu boleh menjaga keselamatan dan

perasaan baik waspada antara kaum dengan satu kaum yang lain”

Pada ketika itu , masa yang amat sukar telah dialami oleh masyarakat

Malaysia untuk menyatukan semua kaum di Malaysia ini. Daripada tragedi ini ,

maka terbentuk satu jawatankuasa atau majlis muhibah disemua peringkat bagi

membina hubungn baik antara kaum. Jabatan Perpaduan Negara pula ditubuhkan

bagi mempercepatkan proses persefahaman antara kaum. Hasil perbincangan

Majlis Perundingan Negara maka lahir penegasan ideologi kebangsaan yang

dikenali sebagai Rukun Negara. Selain itu Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dari

1970 hingga 1975 telah berjaya menggerakkan perubahan yang besar dalam

kehidupan sosial masyarakat. Selain melaksanakan pembaharuan dalam bidang

pendidikan dan ekonomi , langkah turut diambil bagi memulihkan hubungan parti

politik yang bertelagah. Kesan daripada tragedi ini telah membawa banyak

perubahan dalam gaya hidup masyarakat dan kerajaan berusaha membina semula

masa depan demi bangsa dan Negara.

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI.

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan

seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap ahli masyarakat dapat membentuk

satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga dengan tanah

air.Manakala integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti

nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan , sosial dan

lokasi dalam sesebuah unit politik ( Ahmad Haji Kambar , 1987).

Proses untuk mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang

mudah. Menurut Ting Chew Peh (1987) integrasi ialah suatu proses yang kompleks.

Tahap –tahap hubungan etnik ini boleh dilihat dari pelbagai aspek yang bermula

dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati

iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan

integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu

Page 3: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan

perasaan harmonis antara pelbagi etnik.

KONSEP PERPADUAN DAN INTERGASI

ASIMILASI

AMALGAMASI

AKULTURASI

AKOMODASI

SEGREGASI

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

Page 4: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

KONSEP SEGREGASI , AKOMODASI , AKULTURASI , ASIMILASI DAN

AMALGAMASI.

SEGREGASI

Merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik

dengan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam

beberapa keadaan , antaranya dari segi kawasan tempat tinggal , sistem

persekolahan , pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama

ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Apartheid di

Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948 – 1994.

AKOMODASI

Diertikan sebagai satu proses yang menyebabkan setiap kumpulan

etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai etnik lain dan tetap

mempertahankan budaya hidup masing-masing. Pelbagai kumpulan etnik

hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada

peringkat pemerintahan pusat , setiap kumpulan etnik mempunyai wakil

dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.

Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik

bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni.

AKULTURASI

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan

dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan yang

berbeza. Ianya terjadi apabila satu kelompok manusia itu dapat menerima

kebudayaan kelompok lain dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Proses ini

berbeza dengan asimilasi kerana masyarakat penerima budaya asing ini tidak

akan hilang identitinya.

ASIMILASI

Page 5: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

Asimilasi merupakan proses percantuman dan penyatuan antara

kumpulan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk kelompok

dengan kebudayaan dan identiti sama. Proses ini wujud apabila berlakunya

interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi satu

tempoh masa yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada

kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima

identiti kumpulan etnik majoriti.

AMALGAMASI

Amalgamasi boleh diertikan sebagai satu proses yang terjadi apabila

budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.

Cara utama dalam menentukan proses ini adalah terjadinya perkahwinan

campur antara kumpulan etnik.

Konsep-konsep asas hubungan etnik di atas sangat relevan untuk kita

memahami situasi hubungan etnik yang terdapat dalam kalangan masyarakat

majmuk Malaysia. Kepelbagaian etnik di Malaysia iaitu kaum melayu , cina , india

dan lain-lain kaum , sama ada secara langsung atau tidak memainkan peranan

penting dalam hubungan etnik. Dengan ada kepelbagaian kaum ini , kerajaan telah

mengambil pelbagai langkah dan program bagi memupuk perpaduan dalam

kalangan rakyat. Antara langkah-langkah yang telah diambil ialah menubuhkan

Jabatan Perpaduan Negara selepas peristiwa 13 Mei 1969 , pengenalan Rukun

Negara , pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru , Dasar Pendidikan Kebangsaan , Dasar

Kebudayaan Kebangsaan , dasar wawasan 2020 dan yang terkini ialah gagasan

satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Bin Tun

Razak.

BENTUK –BENTUK CABARAN HUBUNGAN ETNIK BERDASARKAN DASAR-

DASAR KERAJAAN.

Page 6: HUBUNGAN ETNIK

GAGASAN SATU MALAYSIA

RUKUN NEGARA

DASAR EKONOMI BARU

DASAR PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

DASAR WAWASAN 2020

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

CABARAN DALAM HUBUNGAN ETNIK

DARI SEGI :

Page 7: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

Rukun Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara

digubal oleh Majlis Perundingan Negara dan ianya dirumus berasaskan kepada

tujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan

antara kaum ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara dijadikan sebagai

pedoman dan hala tuju serta pengimbang tara dalam merancang program

pembangunan Negara. Oleh yang demikian , prinsip-prinsip Rukun Negara yang

bertunjangkan semangat perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat

negara ini sebagai Bangsa Malaysia. Rukun Negara juga merupakan ikrar bagi

semua rakyat Malaysia. Terdapat lima prinsip Rukun Negara iaitu

Kepercayaan kepada Tuhan

Prinsip ini bermaksud rakyat negara ini mempunyai agama dan sistem

kepercayaan. Islam merupakan agama persekutuan. Agama lain turut diberi

kebebasan untuk diamalkan. Melalui kehidupan beragama ini , rakyat

Malaysia menjadi rakyat yang berkahlak mulia , jujur , berakomodatif dan

saling bantu membantu antara satu sama lain.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Yang Di Pertuan Agong ialah lambang kedaulatan dan perpaduan

negara. Rakyat mestilah taat setia kepada baginda dan negara. Kesetiaan

kepada raja ialah lambang perpaduan seluruh rakyat dan kedudukan raja-raja

telah termaktub dalam perlembagaan.

Keluhuran Perlembagaan

Rakyat harus menghormati dan mematuhi perlembagaan yang

merupakan undang- undang yang tertinggi di dalam negara ini.

Perlembagaan melindungi hak rakyat dan menjamin kemakmuran dan

perpaduan negara.

RUKUN NEGARA

Page 8: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

Kedaulatan Undang-Undang

Setiap rakyat mesti mematuhi undang-undang negara. Ini kerana

keadilan dalam masyarakat dijamin oleh undang-undang. Di sisi undang-

undang , semua rakyat tidak mengira kaum atau agama adalah sama rata.

Kesopanan dan Kesusilaan

Rakyat Malaysia perlu mempunyai akhlak yang mulia. Dengan akhlak

mulia akan wujud sifat-sifat positif yang lain seperti saling hormat

menghormati antara satu sama lain , jujur , amanah , berakomodatif dan

berkerjasama. Kesemua ini akan melahirkan semangat kekitaan yang mana

natijahnya negara Malaysia akan mengalami suasana yang harmonis dan

keamanan negara akan berkekalan.

Pada masa kini , boleh dikatakan bahawa semangat yang

terkandung melalui kelima - lima prinsip Rukun Negara seolah-olah semakin

dilupakan oleh generasi muda sekarang. Agak tidak keterlaluan sekiranya boleh

dikatakan ramai yang tidak mengingati kesemua prinsip Rukun Negara sekiranya

ditanya kepada mereka. Mereka tidak begitu menghayati makna sebenar kewujudan

Rukun Negara ini , seperti mana yang diinginkan oleh kepimpinan negara. Keadaan

sebegini amat berbahaya kepada negara yang dihuni oleh penduduk pelbagai kaum.

Beberapa peristiwa yang berlaku memberi gambaran bahawa prinsip Rukun Negara

seolah-olah sudah dilupakan serta tidak relevan dalam kehidupan hari ini.

Di antara isu yang pernah kita dengar adalah seperti penghinaan

terhadap Sultan Johor menerusi blog. Dengan era teknologi terkini , terdapat

seorang penulis blog yang yang telah mempertikaikan kewibawaan sultan johor

mengenai isu nombor plat kereta yang dibeli. Ini merupakan perbuatan yang

memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab generasi muda yang sudah

CABARAN HUBUNGAN ETNIK BERDASARKAN RUKUN NEGARA

Page 9: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

melupakan penghayatan terhadap Rukun Negara. Sekiranya penghayatan Rukun

Negara tersemat kukuh di jiwa rakyat Malaysia sudah semestinya perkara sebegini

tidak akan berlaku kerana prinsip yang kedua merupakan rakyat perlu menumpukan

sepenuh kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Tun Dr. Mahathir Mohammad ketika menyampaikan ucapan di Majlis

Pelancaran Rancangan Pemasyarakatan Perpaduan pada 1 Ogos 1998

meningatkan bahawa :

“ pergolakkan dan pergaduhan yang telah dan berlaku di sebilangan negara

lain disebabkan bukan sahaja kerana pertelingkahan antara kaum , bahkan juga

kerana pertelingakahan antara kaum , bahkan juga kerana pertelingkahan antara

rakyat daripada kaum yang sama”.

Oleh itu , tunjang kepada kestabilan dan kekuatan negara merupakan

keharmonian dan kerukunan hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum di

Malaysia ini. Keharmonian ini hanya tercapai dengan wujudnya sifat saling faham

memahami antara satu sama lain dikalangan masyarakat yang berbilang kaum

yang mempunyai tradisi , kebudayaan dan agama yang berbeza. Ini merupakan

salah satu keunikkan yang terdapat di Malaysia. Namun begitu keunikkan ini boleh

membawa persengketaan sekiranya tidak dijaga dengan betul. Perdana Menteri

Malaysia ketiga , Tun Hussein Onn , pernah menekankan kepada empat faktor

yang saling memerlukan antara satu sama lain iaitu politik , ekonomi , perpaduan

dan keselamatan yang menjadi tunjang kepada kestabilan dan kemakmuran

kepada negara ini ( Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin ,

2008)

Justeru itu , rakyat Malaysia pada masa kini harus menghidupkan

kembali semangat yang digariskan oleh prinsip – prinsip Rukun Negara bagi

memperkukuhkan lagi keharmonian yang terbina di antara kaum agar tidak

tergelincir kerana sekiranya ikatan perpaduan tidak kukuh kerana bila-bila masa

sahaja peristiwa seumpama 13 mei 1969 akan berulang kembali.

CADANGAN MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN BERDASARKAN RUKUN NEGARA

Page 10: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

Dalam menghadapi cabaran untuk menyatukan perpaduan di

kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini , pihak Jabatan Perpaduan

Rakyat dan Jabatan Perdana Menteri telah mengambil langkah dengan

menubuhkan Kelab Rukun Negara bagi peringkat sekolah dan Sekretariat Rukun

Negara adalah bagi peringkat mahasiswa. Kelab ini bertujuan unrtuk menghidupkan

penghayatan Rukun Negara dikalangan generasi muda.

Selain daripda itu , Perdana Menteri kita Dato’ Seri Mohd Najib Tun

Abdul Razak kini telah memperkenalkan satu konsep yang menjurus kepada

memperkukuhkan ketahanan negara melalui perpaduan iaitu konsep 1 Malaysia

yang membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan

rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang

dikehendaki oleh prinsip rukun negara. Oleh yang demikian , semua kaum yang ada

di Malaysia perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana

segalanya perlu dinikmati secara bersama.

Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum

yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan

daripada kerajaan. Betapa beruntungnya rakyat Malaysia yang hidup dalam

keadaan aman dan damai berbanding dengan negara-negara lain betapa

sengsaranya mereka di negara sendiri. Mereka terpaksa hidup dalam ketakutan ,

kelaparan , kesengsaraan dan kehinaan. Hal ini berlaku kerana mereka tidak

mempunyai perpaduan dan sikap saling hormat menghormati dan berkasih saying

antara satu sama lain. Kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan

perpaduan yang kita kecapi selama ini. Kita mencapai perpaduan disebabkan oleh

perpaduan , kesetiaan , hormat menghormati dan sayang menyanyangi antara

satu sama lain. Janganla kita lupa sejarah bangsa dan peristiwa yang menjadikan

negara kita kekal aman.

Secara keseluruhan , sebagai rakyat Malaysia yang inginkan

perpaduan dan keamanan dalam negara kita perlu memahami , menjiwai dan

Page 11: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

berjanji untuk mematuhi prinsip – prinsip Rukun Negara. Hal ini kerana di dalam

prinsip Rukun Negara jelas menyatakan cita-cita untuk membina negara bangsa

iaitu negara dan bangsa Malaysia yang warganya bersatu padu , mengamalkan

cara hidup yang demokratik , melaksanakan keadilan social berfikiran terbuka.

Dalam konteks pembangunan ekonomi pula , secara jelas Rukun Negara

menggariskan bahawa sains dan teknologi menjadi asas kepada ekonomi

berasaskan perindustrian yang akhirnya akan melahirkan masyarakat yang

progresif.

Dasar Ekonomi Baru dilancarkan ekoran tragedi 13 Mei 1969.

Rusuhan kaum yang berlaku pada ketika itu antara lain disebabkan oleh jurang

ketidakseimbangan sosoiekonomi antara kaum yang sangat luas. Dengan kadar

pendapatan di bawah garis kemiskinan pada ketika sebanyak 49.3% keluarga di

semenanjung Malaysia. Selain itu kaum Melayu merupakan kaum yang paling tinggi

kadar kemiskinannya , diikuti oleh India dan kaum-kaum yang lain. Manakala kaum

Cina merupakan kaum yang paling sedikit kadar kemiskinannya. Hal ini memaksa

kerajaan untuk melancarkan satu program pembangunan bersepadu dan

menyeluruh, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB disasarkan hanya untuk tempoh

20 tahun sahaja iaitu bagi tempoh 1971-1990. DEB dilancarkan melalui Rancangan

Malaysia Kedua 1971-1975. Matlamat utama Dasar ini ialah mencapai perpaduan

negara dengan membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara

DASAR EKONOMI BARU

Page 12: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

kaum dan wilayah. DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu

membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat

untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut

fungsi-fungsi ekonomi.

Pada masa kini , cabaran hubungan etnik dapat kita lihat dengan jelas

bahawa terdapat jurang ekonomi yang amat jauh antara kaum di Malaysia ini.

Terdapat dua aspek penting dalam cabaran yang dihadapi dalam dasar ekonomi

baru iaitu penguasaan ekonomi oleh sesuatu kaum dan juga perbezaan perkerjaan

berdasarkan ekonomi. Dalam aspek penguasaan ekonomi , apa yang kita

perhatikan sekarang majoriti kaum yang menguasai ekonomi pada masa kini ialah

kaum Cina. Di mana mereka ini umumnya menguasai sektor yang lebih maju

daripada kaum yang lain iaitu sektor perniagaan , perdagangan dan juga teknologi

moden. Manakala kaum Melayu pula lebih banyak terlibat dalam sektor pertanian

yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi

kaum India pula , mereka menguasai sektor peladangan.

Cabaran yang seterusnya adalah perbezaan pekerjaan berdasarkan

ekonomi yang secara tidak langsung mempengaruhi penempatan sesuatu kaum

tersebut. Berlakunya proses segregasi disini , di mana kaum Cina pada kebiasaanya

terlibat dengan ekonomi perniagaan maka kehidupan mereka lebih tertumpu di

kawasan bandar. Bagi kaum Melayu pula mereka lebih tertumpu dengan sektor

pertanian , oleh itu penempatan mereka lebih tertumpu di kawasan perkampungan

berbanding dengan kaum India penempatan mereka lebih kepada kawasan ladang

kerana mereka terlibat dengan ekonomi peladangan.

Hal ini menunjukkan , terdapat jurang pendapatan yang ketara dan

ketidakseimbangan pendapatan turut berlaku. Tiap-tiap golongan etnik berusaha

CABARAN HUBUNGAN ETNIK BERDASARKAN DASAR EKONOMI BARU.

Page 13: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar dalam sektor ekonomi.

Secara tidak langsung , berlaku cabaran yang sering membawa ketidakstabilan

dalam masyarakat majmuk. Faktor kemiskinan yang dialami. merupakan punca

utama yang dapat menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya

bukan sahaja berlaku di kawasan pedalaman malah di kawasan bandar juga tetap

berlaku kemiskinan. Dalam rancangan Malaysia kedua , perpaduan negara tidak

boleh dicapai sekiranya tiada ketaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar

dalam kalangan kumpulan social dan melalui penyertaan mereka dalam

pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada pemodenan dan

pertumbuhan ekonomi. Perpaduan negara tidak boleh dipupuk sekiranya terdapat

segolongan besar penduduk kekal miskin.

Dasar Ekonomi Baru ini merupakan usaha yang telah kerajaan

lakukan bagi menyelesaikan masalah sosioekonomi ini. Secara tidak langsung

projek pembangunan juga telah dirangka untuk membasmi kemiskinan dan rapat

jurang pendapatan rakyat. Ini akan memberi impak yang besar dalam merapatkan

lagi perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.

Antara projek pembangunan yang dirangka adalah mewujudkan

peluang pekerjaan bagi semua golongan rakyat yang menganggur dan ianya

memberi kesan kepada peningkatan kepada daya pengeluaran dan pendapatan

masyarakat Malaysia. Seperti yang kita lihat , pada masa kini Malaysia merupakan

salah satu negara yang menjadi tumpuan dari negara luar untuk memperoleh

peluang pekerjaan kerana Malaysia merupakan negara yang maju dan membangun.

CADANGAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN

BERDASARKAN DASAR EKONOMI BARU

Page 14: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

Selain itu , projek ini juga memberi peluang perpindahan orang yang berkerja di

sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan

Dalam Dasar Ekonomi Baru ini juga , kerajaan telah mengambil

langkah mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik ,

antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah. Salah satu caranya

ialah memodenkan kehidupan di luar bandar. Hasil yang kita lihat , pada masa kini

kawasan di luar bandar juga telah dimodenkan dengan disediakan pelbagai

infrastruktur yang memberi pelbagai kemudahan yang boleh memajukan kehidupan

masyarakat luar bandar. Malah kerajaan juga telah mengambil langkah memperbaiki

taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran , latihan , kesihatan , kemudahan-

kemudahan prasarana dan lain-lain.

Secara keseluruhan pembangunan ekonomi yang dirancangkan dan

dijalankan oleh kerajaan sejak merdeka telah membawa hasil yang sangat positif.

Ekonomi yang dahulunya berasaskan pertanian telah berubah kepada ekonomi yang

berorientasikan industri eksport dan k-ekonomi. Kadar pertumbuhan ekonomi dan

indeks kualiti hidup rakyat yang mencatatkan peningkatan positif adalah bukti

kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia. Secara umum , kemiskinan tanpa

mengira golongan etnik sudah dapat diatasi . Manakala penyusunan semula

masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara golongan etnik menjadi seimbang

turut mencatatkan hasil yang positif. Dalam kehidupan seharian pula , proses

urbanisasi yang berlangsung seiring dengan proses pembangunan ekonomi telah

menyebabkan proses perpaduan terus berlangsung , rakyat Malaysia tanpa mengira

golongan etnik telah berinteraksi dengan lebih harmoni sama ada di tempat tinggal

atau di tempat kerja.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Page 15: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan landasan yang tepat bagi

mewujudkan masyarakat yang harmonis. Hal ini kerana asas bagi dasar dalam

orientasi dan falsafah pendidikan negara menggunakan acuan tempatan, contohnya

dari segi bahasa penghantar , sukatan mata pelajaran dan kurikulumnya. Perkara ini

terkandungan dalam Penyata Razak Tahun 1956 dan termaktub dalam Ordinan

Pelajaran 1957. Dasar Pendidikan Kebangsaan sering kali dikaji dan disemak

semula , ini terbukti dengan penghasilan Laporan Rahman Talib yang termaktub

dalam Akta Pelajaran 1961. Dasar ini perlu sentiasa dikaji semula dengan tujuan

memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyrakat

yang bersatu padu dan berdisplin.

Dalam konteks hubungan etnik , Dasar Pendidikan Kebangsaan

dengan acuan tempatan berada di atas landasan yang tepat untuk membawa

generasi masa hadapan sebagai generasi yang bersatupadu. Pendekatan yang

dibawa oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan berbentuk holistik. Dasar ini selaras

dengan dasar semasa ke arah pembinaan insan yang unggul.

Masalah utama yang dihadapi oleh negara berbilang etnik seperti

Malaysia adalah untuk menentukan bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan

penting dalam konteks pembinaan negara bangsa kerana berkaitan dengan

persoalan ideeologi , nasionalisme , integrasi nasional dan identiti nasional. Dalam

hal ini , kerajaan Malaysia melihat pendidikan sebagai salah satu alat untuk

mencapai matlamat perpaduan dan pembangunan ekonomi.

Namun begitu isu bahasa ialah salah satu cabaran yang dihadapi bagi

mencapai perpaduan. Hal ini kerana isu bahasa mempunyai kaitan dengan budaya

suatu kelompok etnik yang cuba dipertahankan. Pelaksanaan bahasa Melayu

CABARAN HUBUNGAN ETNIK DALAM

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

Page 16: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

sebagai bahasa kebangsaan telah diperdebatkan oleh sesetengah golongan

terutama golongan bukan melayu. Dalam tahun 60-an , terdapat segelintir

golongan pihak yang khuatir dasar tersebut boleh menghakis dan seterusnya

menghapuskan bahasa , budaya dan kepentingan kelompok bukan melayu.

Golongan elit yang berpendidikan inggeris pula khuatir tentang pelaksanaan dasar

ini kerana bleh menyebabkan prestasi pentadbiran negara dan sistem pendidikan

kebangsaan mengalami kemerosotan.

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan sendiri. Di

Malaysia , golongan kaum melayu belajar di sekolah kebangsaan iaitu sekolah

melayu yang menggunakan bahasa penghantar bahasa Melayu. Manakala kaum

Cina dan India pula belajar di sekolah jenis kebangsaan kaum masing-masing dan

mereka menggunakan bahasa penghantar mereka sendiri. Seperti kaum Cina

mereka menggunakan bahasa Mandarin dan kaum India menggunakan bahasa

Tamil sebagai bahasa penghantar. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar

untuk mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan

yang berkesan untuk memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.

Isu pendidikan menjadi semakin kompleks apabila perlembagaan

persekutuan dan sistem pendidikan nasional membolehkan wujudnya sistem

pendidikan vernacular. Isu pendidikan semakin mendapat perhatian apabila kerajaan

melaksanakan dasar pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa

Inggeris. Di sini bahasa inggeris dianggap mempunyai nilai ekonomi yang tinggi ,

baik pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Manakala bahasa Melayu

dianggap tidak mempunyai nilai ekonomi dan tidak dapat dibawa ke peringkat

antarabangsa. Terdapat setengah pihak yang menganggap bahasa Inggeris sebagai

“ bahasa kemajuan ”. Pada masa yang sama , terdapat juga sesetengah pihak yang

bertegas bahawa bahasa Melayu ini boleh dibawa dan diangkat tarafnya sebagai

bahasa yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Ini bermakna bahasa Melayu

akan memainkan peranan yang lebih penting , bukan sahaja sebagai “bahasa

perpaduan” dan “bahasa rasmi” negara.

Pertembungan antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , akhirnya

terjelma dalam pelaksanaan dasar tentang bahasa. Terdapat dua dasar yang

Page 17: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

kerajaan laksanakan iaitu pertama , bahasa Melayu sebagai “ bahasa perpaduan”

manakala bahasa Inggeris dijadikan bahasa untuk mencapai kemajuan negara

dengan menjadikan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Pertembungan ini juga menyebabkan ramai yang membuat pilihan bahasa Inggeris

kerana bahasa tersebut mempunyai nilai ekonomi ytang tinggi. Ini juga

menyebabkan bahasa Melayu digunakan dalam sektor awam sahaja manakala

sektor swasta lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris. Dicelah-celah

pertembungan ini juga telah lahir satu fenomena bahasa rojak sama ada untuk

bahasa Melayu rojak dan juga bahasa Inggeris rojak , yang mana penggunaanya

dicampuradukan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Umumnya bidang pendidikan merupakan mekanisme penting dalam

pembentukkan insan yang beretika , bermoral , berakomodatif , berbudaya ikram ,

penyanyang dan sebagainya. Walaupun integrasi kaum pada peringkat prasekolah

khususnya Tadika Perpaduan adalah baik , akan tetapi keterasingan pada peringkat

sekolah rendah dan kerengganan pada peringkat sekolah menengah serta Institusi

Pengajian Tinggi Awam dan Swasta masih wujud. Situasi ini menyukarkan lagi

proses hubungan etnik di Malaysia.

Sistem pendidikan merupakan salah satu saluran yang terpenting dan

berkesan bagi membina jati diri nasional , memupuk semangat kebangsaan serta

cinta kepada negara dan mengeratkan perpaduan nasional. Peranan sistem

pendidikan dalam hal ini meliputi aspek-aspek penyediaan persekitaran serta

kemudahan bagi sosisalisasi dalam kalangan sebilangan besar rakyat negara yang

masih berusia muda dan menyediakan saluran penyebaran dan penerapan

CADANGAN MENGEKALKAN PERPADUAN BERDASARKAN

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

Page 18: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

pengetahuan yang akan membangunkan kesedaran nasional dan semangat cinta

kepada negara.

Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Sememangnya

diakui bahawa sekolah daan pendidikan merupakan peranan yang sangat penting

dalam pembinaan dan pembentukkan warga negara dan perpaduan untuk rakyat

Malaysia. Sememangnya telah dicatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

bahawa “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek , rohani , emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan berakhlak mulia ,

bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta member

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan , mulai tahun 1983 , kurikulum

yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat

berbentuk akademik sahaja , bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah ,

keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan.

Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM). Manakala mata pelajaran Pendidikan Islam , Pendidikan Moral ,

dan Pendidikan Al-Quran yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama

, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkah laku dan keperibadian yang

bersopan santun dan saling menghormati antara satu sama lain sesama manusia.

Bagi mengekal perpaduan dalam hubungan etnik ini , Dasar

Pendidikan Kebangsaan juga perlu menitik beratkan beberapa perkara. Antaranya

ialah menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah

hingga ke peringkat universiti , menggunakan satu bahasa perantaraan ( Bahasa

Malaysia) , kurikulum dan kokurilum yang seragam dan satu jenis peperiksaan serta

satu jenis pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama. Tidak dilupakan

penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di

negara ini pada peringkat sekolah rendah dan menengah sebagai salah satu mata

Page 19: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

pelajaran pilihan oleh semua pelajar. Seperti yang sedang dilaksanakan dalam

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada masa kini , pelajar diberi pilihan

untuk mempelajari pelbagai bahasa.

Sekiranya terdapat atau wujud sekolah –sekolah dan institusi –institusi

pendidikan yang pelajarnya terdiri umumnya daripada satu kaum sahaja ( Sekolah

Jenis Kebangsaan CIna atau Tamil , Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama ) ,

langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk membolehkan pelajar sekolah dan

institusi berkenan berinteraksi dan bergaul dengan pelajar sekolah serta institusi lain

yang berlainan kaum. Sebagai contohnya program Rancangan Integrasi Murid

Untuk Perpaduan (RIMUP) boleh digunakan bagi mengeratkan lagi interaksi dan

perpaduan antara etnik. Program ini boleh dilakukan melalui penyertaan dalam

acara – acara sukan , acara – acara sosial , perkhemahan dan sebagainya.

Untuk mencapai perpaduan dalam pendidikan , konsep Sekolah

Wawasan juga telah diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk

memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional dengan membina dua atau

tiga jenis sekolah rendah baharu yang berlainan bahasa penghantar dan

pentadbiran dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti

padang permainan , dewan dan sebagainya. Pelaksanaan Sekolah Wawasan

bertujuan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang luas untuk pelajar

pelbagai kaum berinteraksi dan bergaul dalam pelbagai aktiviti. Ini merupakan salah

satu konsep perpaduan iaitu akulturasi yang mana , konsep tidak akan

menjejaskan status dan perkembangan Sekolah Jenis Kebangsaan yang sedia ada.

Seterusnya pendidikan sepanjang hayat iaitu program pendidikan yang

dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal , juga

boleh memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk perpaduan negara

dan integrasi nasional. Bagi mencapai tujuan ini , usaha dapat dilakukan untuk

memastikan supaya unsur-unsur perpaduan diserapkan ke dalam kurikulum ,

kokurikulum dan program-program pendidikan tidak formal yang dijalankan oleh

agensi-agensi kerajaan , pihak swasta dan NGO.

Secara keseluruhannya , pendidikan sememangnya salah satu saluran

yang memainkan peranan yang penting dalam membentuk perpaduan dalam

Page 20: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

hubungan etnik ini. Kita lihat sahaja pada masa sekarang banyak aktiviti atau

program yang dijalankan di sekolah menjurus kepada perpaduan dan integrasi

hubungan antara kaum. Sebagai contoh , program bulan kemerdekaan yang

mengingati semangat pejuang lalu yang mempertahankan tanah air dan juga terkini

1 Murid 1 Sukan yang berfokus kepada perpaduan. Malah ianya bertepatan dengan

Dasar Pendidikan Kebangsaan dan juga Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

mana potensi murid diperkembangkan dalam aspek jasmani , emosi , rohani , intelek

dan sosial.

Wawasan 2020 merupakan respons kepada perkembangan ekonomi ,

social dan politik yang berlaku pada erpingkat nasional dan antarabangsa. Matlamat

ialah pembentukkan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang

tahun 2020. Wawasan 2020 menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan

sahaja pembangunan ekonomi. Malaysia harus menjadi negara maju dari segi

ekonomi , politik , social , kerohanian , kejiwaan dan kebudayaan. Menurut Tun Dr

Mahathir Mohammad , kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi

perpaduan negara dan kesepaduan social , ekonomi , keadilan sosial , kestabilan

politik , sistem pemerintahan , mutu kehidupan , nilai-nialai social dan kerohanian ,

selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan terhadap bangsa sendiri.

Bagi merealisasikan wawasan 2020 ini , Malaysia perlu menghadapi

sembilan cabaran yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah :-

DASAR WAWASAN 2020

CABARAN YANG DIHADAPI DASAR WAWASAN 2020

Page 21: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

1) Membentuk negara Malaysia yang bersatu padu serta Bangsa Malaysia

yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya , dengan

para warganegaranya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang

utuh dan didorong oleh standard etika paling tinggi.

3) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas , tenteram dan maju

dengan keyakinan terhadap diri sendiri , bangga dengan apa yang ada dan

gagah menghadapi pelbagai masalah.

4) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum

bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-

masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada

satu negara.

5) Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyrakat demokratik yang

matang , yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang

unggul , berasaskan muafakat dan musyawarah dan dicontohi oleh banyak

negara membangun.

6) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya

perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna

teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa depan.

7) Membentuk sebuah masyarakat yang adil ekonominya , yakni masyarakat

yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil lagi

saksama.

8) Membentuk sebuah masyarakat berbudi bahasa dan berbudaya

penyanyang , sebuah masyarakat yang lebih mementingkan masyarakat

daripada diri sendiri.

9) Membentuk masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu

menghadapi persaingan , bersifat dinamik dan mempunyai daya

ketahanan.

Malaysia juga mengalami satu lagi cabaran yang perlu dipandang berat

iaitu perbezaan dari segi agama , bahasa dan kebudayaan lebih ketara dalam

Page 22: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

masyarakat majmuk. Hal ini berkaitan dengan Dasar Wawasan 2020 yang mahu

membentuk sebuah masyarakat yang berbudi bahasa dan berbudaya penyanyang.

Di Malaysia , masing-masing kaum Melayu , Cina dan India mempunyai agama ,

bahas dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila

setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Hal ini

menyebabkan anggota etnik mengutamakan anggota daripada etnik yang sama

dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan

mewujudkan masalah yang lebih besar sekiranya fahaman etnosentrisme itu

dijadikan pegangan dalam masyarakat.

Kesemua cabaran yang dinyatakan , jelas memperlihatkan bahawa

Wawasan 2020 merupakan satu rangka kerja tindakan bagi semua pihak iaitu

kerajaan dan rakyat iaitu sebagai satu entiti yang bersatu padu. Wawasan 2020 ini

memandang jauh ke hadapan yang mana amat menekankan pengisian modal insan

yang diterjemahkan melalui program pendidikan , aspek kejiwaan dengan sikap dan

nilai yang unggul , kemajuan sains dan teknologi yang terkini dan perancangan yang

sistematik dan dinamik.

Dalam merealisasikan Wawasan 2020 , perpaduan dalam hubungan

etnik amat penting. Apa yang lebih penting , rakyat Malaysia perlu ada Jati Diri

mereka sendiri. Rakyat Malaysia perlu bergabung tenaga dan saling hormat

menghormati untuk mencapai perpaduan. Rakyat Malaysia perlu berganding bahu

CADANGAN MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN

BERDASARKAN WAWASAN 2020.

.

Page 23: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

untuk membenteras anasir-anasir barat agar tidak terpengaruh dengan propaganda

mereka yang mahu menguasai dan menakluki negara kita ini seperti yang dilakukan

di zaman penjajah dahulu.

Jika kita perhatikan , antara Sembilan cabaran Wawasan 2020 tersebut

, lapan daripadanya bersifat budaya , politik dan social. Manakala hanya satu

cabaran sahaja daripada cabaran tersebut yang menumpukan pada aspek ekonomi.

Penekanan tersebut menunjukkan bahawa pembangunan yang seimbang harus

dicapai pada kedua-dua aspek iaitu material dan bukan material. Penekanan

tersebut juga membuktikan bahawa pembangunan dari segi bukan material sangat

perlu digiatkan

Pelaksanaan pelbagai program dan dasar seperti Dasar Sosial

Negara , Pelan Integriti Nasional dan Misi Nasional yang terkandung Rancangan

Malaysia Kesembilan (RMK-9) juga amat penting untuk menangani cabaran yang

termaktub dalam wawasan 2020. Pelan yang digubal pasti berkesan jika rakyat

memiliki dan praktis ideologi nasional , iaitu Rukun Negara.

Semangat yang terkandung melalui lima prinsip Rukun Negara , kini

semakin dilupakan khususnya dalam kalangan golongan belia sepatutnya , golongan

belia perlu mengambil iktibar untuk memperkasakan dan mendaulatkan prinsip yang

termaktub dalam Rukun Negara kerana semua prinsip ini mempunyai nilai dan

semangat yang luhur. Atas pegangan prinsip inilah rakyat majmuk kita dapat hidup

aman , damai dan harmoni.

Rakyat pelbagai kaum rata-ratanya bersikap sederhana. Mereka sedar

tentang kepentingan perpaduan nasional. Mereka mahu berkerjasama dan ini tidak

sukar dipupuk kerana amalan sederhana, bertolak ansur, berakomodasi dan

bekerjasama merupakan asas kebudayaan semua. Perkara penting dilakukan

sekarang adalah memanjangkan pengalaman ini kepada perhubungan antara kaum.

Dalam hal inilah, peranan pemimpin diperlukan sebagai model untuk dijadikan

tauladan.

GAGASAN 1 MALAYSIA

Page 24: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

Gagasan 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di

kalangan rakyat Malaysia yang ebrbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai

penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja

satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum

ini , sebaliknya ia merupkan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia

ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan , kea rah

mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara

Malaysia.

Dalam erti kata lain 1 Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang

akan membantu memastikan aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 . Wawasan 2020

ini akan tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh

setiap lapisan masyarakat. Syarat yang paling utama untuk mencapai Wawasan

2020 ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai

apabila rakyatnya bersatu padu. Perpaduan yang digambarkan oelh Gagasan 1

Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yag diamalkan di negara-negara lain

dimana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti

nasional yang sama. Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-

prinsip di perlembagaan persekutuan serta identiti etnik setiap kaum di Malaysia

dan menganggapnya sebagai satu asset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

Gagasan 1 malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri kita

juga turut sama mengalami cabaran yang tersendiri. Proses globalisasi serta

pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat merupakan

CABARAN YANG DIHADAPI GAGASAN 1 MALAYSIA.

Page 25: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Melalui penjajahan , mereka

membawa pemikiran bahawa tamadun mereka lebih tinggi dan mengetengahkan

bahawa bangsa lain kurang bertamadun.

Malaysia tidak terkeluar daripada pengaruh ini kerana arus

pembaratan dan globalisasi terlalu mendesak. Globalisasi ialah faktor perubah

budaya yang amat kuat dan pantas. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur

dan pemikiran barat diterima secara halus ke dalam masyarakat. Apa yang kita lihat

pada masa kini generasi muda lebih terpengaruh dengan ideology negara barat.

Mereka mudah terikut dengan budaya barat berbanding budaya di dalam Malaysia

yang mengutamakan kesopanan dan ketimuran.

Selain itu perbezaan dari segi agama , bahasa dan kebudayaan lebih

ketara dalam masyarakat majmuk. Masing-masing kaum Melayu , Cina dan India

mempunyai agama , bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini

bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan

kebudayaan mereka sendiri. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih

mengutamakan kaum etnik mereka sendiri dalam memilih sahabat , mendapatkan

pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik.

Malah politik perkauman juga merupakan cabaran dalam gagasan 1

Malaysia. Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan

mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu

dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti

bahasa , kebudayaan , pendidkan , agama , kerakyatan dan ekonomi diperalat oleh

sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat , maka tindakan ini tidak akan

menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

CADANGAN MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN

BERDASARKAN GAGASAN 1 MALAYSIA

Page 26: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

Gagasan 1 malaysia merupakan inspirasi bagi mencapai perpaduan di

kalangan masyarakat Malaysia. Dalam Gagasan 1 Malaysia , semua rakyat di

Malaysia tanpa mengira kaum perlu bergabung untuk mencapai perpaduan negara.

Laungan 1 Malaysia sentiasa dilaungkan umpama satu kata hikmat dan perangsang

bagi mencapai perpaduan. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk

mencapai perpaduan dalam gagasan 1 Malaysia.

Antara langkah yang boleh diambil ialah mengadakan pelbagai

program dan aktiviti perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Program pemetaan perpaduan merupakan satu proses untuk meningkatkan

kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran tertentu tentang perpaduan antara

kaum. Aktiviti –aktiviti yang tersusun akan dirancang mengikut kumpulan sasaran.

Pada peringkat sekolah, aktiviti yang dicadangkan berbentuk pendidikan pelbagai

budaya yang boleh diintegrasikan dalam bentuk kurikulum dan kokurikulum. Di

tempat kerja pula , aktiviti yang dicadangkan ialah mengenai pengurusan

kepelbagaian dalam kalangan pekerja.

Aktiviti seperti rumah terbuka juga dapat mengeratkan perpaduan di

kalangan masyarakat Malaysia. Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat

Malaysia apabila tiba musim perayaan. Setiap golongan etnik di Malaysia akan

sering kunjung mengunjungi ke rumah jiran tetangga ataupun sahabat handai

walaupun berlainan etnik. Sebagai contoh apabila tiba musim perayaan hari raya

aidilfitri , etnik Cina , India , Kadazan , Iban dan sebagainya akan mengunjungi ke

rumah orang melayu dan sebaliknya. Antara etnik akan menyediakan pelbagi juadah

yang halal bagi semua etnik untuk menjamu selera. Amalan ini membuktikan

bahawa konsep perpaduan dan integrasi dari segi akultrasi dalam integrasi social

dalam masyarakat begitu tinggi walaupun berlainan agama , bangsa dan

kebudayaan.

Selain itu , masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan

masyarakat majmuknya. Rakyat Malaysia yang pelbagai etnik dapat hidup dengan

aman dalam satu kawasan perkampungan atau perumahan. Di sini salah satu

program yang dapat dilakukan untuk memantapkan perpaduan ialah dengan

program sukaneka antara rakyat yang berbilang etnik. Dengan adanya aktiviti seperti

Page 27: HUBUNGAN ETNIK

WAJ3106

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

HUBUNGAN ETNIK

ini , hubungan rakyat yang perlbagai etnik ini dapat dieratkan lagi dengan cara

bermuhibah di dalam semangat kesukanan. Ini bermakna bukan sahaja pada

peringkat pendidikan program seperti ini boleh dilakukan (RIMUP) akan tetapi di

kalangan dewasa atau masyrakat juga boleh terlaksana.