Hubungan Etnik

25
1.0 Pengenalan Negara kita adalah sebuah masyarakat majmuk, yang di dalamnya terdapat pelbagai etnik. Perbezaan etnik ini selari dengan perbezaan-perbezaan lain seperti cara hidup, bahasa, politik, ekonomi, tempat tinggal, dan hubungan sosial. Menurut Kamus Dewan (2004), Etnik bermaksud masyarakat majmuk mempunyai kelompok yang mempunyai gaya hidup berlainan tetapi mereka hidup di bawah sistem politik yang sama. Etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi (Shamsul Amri Baharuddin, 2008). Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satu sama lain menambahkan lagi keunikan yang ada. Kepelbagaian ini menjadi aset yang amat penting kepada rakyat Malaysia untuk bersatu padu dan menghargai serta berkongsi kekayaan dan kemakmuran (Paimah Atoma et al, 2011:11). Tragedi berdarah 13 Mei 1969 telah menjadi titik permulaan bagi hubungan etnik di Malaysia. Tragedi berdarah 13 Mei 1969 merupakan ‘watershed’ dalam sejarah politik Malaysia. Peristiwa berdarah yang memakan korban yang banyak itu akibat dari kempen pilihan raya kebangsaan 10 Mei 1969 di mana isu-isu sensitif perkauman, agama, bahasa, kedaulatan Raja-Raja diperdebat dengan hangat dan panas sekali, bukan sahaja menjadi ‘turning point’ dalam sejarah politik Malaysia tetapi bagi sesetengah-setengah ahli politik permulaan dari kejatuhannya dan ada pula permulaan kepada 1

description

kesan hubungan etnik

Transcript of Hubungan Etnik

Page 1: Hubungan Etnik

1.0 Pengenalan

Negara kita adalah sebuah masyarakat majmuk, yang di dalamnya terdapat pelbagai etnik.

Perbezaan etnik ini selari dengan perbezaan-perbezaan lain seperti cara hidup, bahasa, politik,

ekonomi, tempat tinggal, dan hubungan sosial. Menurut Kamus Dewan (2004), Etnik

bermaksud masyarakat majmuk mempunyai kelompok yang mempunyai gaya hidup berlainan

tetapi mereka hidup di bawah sistem politik yang sama. Etnik boleh didefinisikan sebagai

kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam,

pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi (Shamsul Amri Baharuddin, 2008). Rakyat Malaysia

yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang keturunan, bahasa, agama

dan cara hidup yang berbeza antara satu sama lain menambahkan lagi keunikan yang ada.

Kepelbagaian ini menjadi aset yang amat penting kepada rakyat Malaysia untuk bersatu padu

dan menghargai serta berkongsi kekayaan dan kemakmuran (Paimah Atoma et al, 2011:11).

Tragedi berdarah 13 Mei 1969 telah menjadi titik permulaan bagi hubungan etnik di Malaysia.

Tragedi berdarah 13 Mei 1969 merupakan ‘watershed’ dalam sejarah politik Malaysia.

Peristiwa berdarah yang memakan korban yang banyak itu akibat dari kempen pilihan raya

kebangsaan 10 Mei 1969 di mana isu-isu sensitif perkauman, agama, bahasa, kedaulatan Raja-

Raja diperdebat dengan hangat dan panas sekali, bukan sahaja menjadi ‘turning point’ dalam

sejarah politik Malaysia tetapi bagi sesetengah-setengah ahli politik permulaan dari

kejatuhannya dan ada pula permulaan kepada kemasyhuran dan populariti (Suhaimi Mokhtar,

1981). Taburan peratus populasi mengikut etnik di Malaysia seperti berikut:

Keputusan Pilihan Raya 1969 menggoncangkan status quo. Perkara ini memusnahkan

habis-habisan mahligai Perikatan yang tidak pernah dicabar sejak Merdeka. Versi rasmi

“Peristiwa 13 Mei” mendakwa provokasi parti-parti pembangkang telah mengakibatkan rusuhan

tersebut. Sudah pasti perasaan tidak puas hati tersebar di kalangan pekerja, petani, kelas

menengah dan penduduk bandar.

1

Page 2: Hubungan Etnik

Sehubungan dengan kemenangan, pembangkang meraikan kemenangan mereka.

Khasnya, DAP dan Gerakan telah mengadakan perarakan-perarakan ‘kemenangan’ di Kuala

Lumpur. Beberapa perarakan itu tidak mendapat kebenaran polis, dan ini telah diakui oleh

beberapa perarakan kecil yang lain. Perarakan itu telah mengumpat dan menghina dengan

mengeluarkan kata-kata seperti ‘ Melayu sudah jatuh’, ‘Kuala Lumpur sekarang Cina punya’, ‘Ini

negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua orang Melayu’ dan kata-kata seumpama

itu. Selepas sahaja perarakan itu berjalan, huru-hara antara Melayu dan Cina telah meletus.

Tidak beberapa lama selepas itu, rusuhan telah berlaku di beberapa buah tempat di

Kuala Lumpur. Jelas bahawa kerajaan sedang menghadapi darurat. Orang-orang Melayu dan

Cina telah bunuh-membunuh, barang-barang telah diambil begitu sahaja dan huru-hara serta

kebakaran telah banyak berlaku. Polis telah sedaya upaya mengawal keadaan tetapi

memandangkan huru-hara telah terus menerus berlaku dan tidak dapat dikawal lagi, tentera

terpaksa dipanggil. Polis dan tentera telah dikerah dari luar Kuala Lumpur. Pada masa itu

keadaan telah bertambah tidak terkawal lagi dan perintah berkurung telah diisytiharkan pada

pukul 8.00 malam 13 Mei 1969.

Angka rasmi berhubung dengan darurat yang berlaku dari 13 Mei hingga 31 Julai 1969

menunjukkan bahawa 196 orang telah kehilangan jiwa dan 180 orang telah tercedera oleh

senjata dan 259 orang oleh senjata lain. Tetapi jumlah angka itu telah dibantahi oleh pemberita

akhbar yang berada di tempat-tempat kejadian itu. Mereka menyatakan bahawa bilangan itu

adalah jauh lebih tinggi lagi. 9 143 orang telah ditangkap dan 5 561 didakwa di mahkamah. 6

000 orang telah kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 211 buah kenderaan telah

termusnah atau rosak dan 753 buah bangunan telah rosak atau terbakar.

Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjadi satu titik permulaan untuk membina negara

Malaysia yang bersatu padu dengan rancangan-rancangan dasar kerajaan baru. Pada masa

yang sama, peristiwa hitam ini juga menjadi satu pengajaran kepada semua. Ekoran daripada

peristiwa buruk itu, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan bagi

memandu hidup beretika dan bertanggungjawab supaya sejarah hitam itu tidak berulang.

Prinsip ini menjadi titik permulaan dan landasan kepada semua rakyat Malaysia untuk

melahirkan masyarakat yang perpaduan. Pada tahun-tahun berikutnya, sehinggalah ke hari ini

hubungan antara kaum adalah semakin baik

2

Page 3: Hubungan Etnik

2.0 Kepentingan Hubungan Etnik

Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberi beberapa kepentingan kepada ahli-ahli politik dan

setiap rakyat Malaysia, bak kata pepatah “ yang baik but teladan, yang buruk dijadikan

sempadan. Terdapat banyak kepentingan perpaduan antara kaum di Malaysia. Perpaduan

dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan

negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan. Hal ini adalah untuk

mengekalkan perulangan perkara yang tidak diingini seperti peristiwa pahit yang telah berlaku

di negara itu. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita

yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama

tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika

kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki

semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi. Dengan kata lain sekiranya kita gagal untuk

menjamin keselamatan negara maka negara lain mudah berlangkah ke negara kita ini untuk

menjajah.

Selain daripada itu, kepentingan seterusnya ialah keharmonian. Keharmonian ini juga

mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban

untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik negara ini juga akan mengukuhkan lagi

keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam negara. Warganegara yang memiliki

semangat nasionalisme akan melahirkan kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan

negara ini seterusnya. kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju

kemajuan. Negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang meningkatkan

taraf hidup. Semua pihak dapat berganding bahu memikul tugas masing-masing tanpa

sebarang perasaan syak wasangka. Hasilnya, negara kita akan membangun dengan stabil

merangkumi segenak aspek kehidupan. Pembangunan pesat negara kita setanding dengan

negara-negara maju di dunia.

3

Page 4: Hubungan Etnik

Di antara kepentingan memelihara perpaduan kaum ialah untuk mewujudkan suasana

kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling menghormati dan

memahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang perasaan negatif seperti hasad

dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja

menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan negara. Sebagai contoh,

setelah melewati setengah abad negara Malaysia mencapai kemerdekaan, telah banyak

perubahan positif yang berlaku. Malah negara malaysia juga sudah terkenal sebagai sebuah

negara membangun. Lantaran itu, perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah

masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama

dan kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan

terlabur begitu sahaja jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang

dipupuk sejak kita kecil lagi.

Kepentingan seterusnya ialah, perpaduan kaum di Malaysia menarik minat pelancong

dari luar negara. Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi

penyumbang pendapatan negara. Selain perpaduan, makanan, pakaian, dan kebudayaan yang

pelbagai menarik minat pelancong. Pendek kata, peluang pekerjaan dalam pelancngan akan

menjana sumber pendapatan rakyat Malaysia. Contohnya, rakyat ada peluang pekerjaan di

agensi pelancongan dan lapangan terbang. Justeru, perpaduan boleh memajukan ekonoi

negara kita. Hal ini sedemiian kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil dan aman tanpa

perasaan dengki dan prasangka. Contohnya, keadaan aman ini akan menarik pelabur asing

serta meyakinkan mereka untuk melabur di Malayisa. Pelabur asing akan meningkatkan

pendapatan negara dan membuka pelunag pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Secara

langsung, perpaduan dapat menentukan masa depan negara cerah.

4

Page 5: Hubungan Etnik

3.0 Cadangan dan Strategi untuk mengekal dan memantapkan Hubungan Etnik

Malaysia ialah sebuah negara unik yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama,

bahasa dan budaya masyarakat. Kepelbagaian ini bercorak masyarakatnya yang terdiri

daripada tiga kelompok utama iaitu, Melayu, Cina dan India. Setiap kaum mengamalkan

agama, bahasa, atau dialek yang berbeza. Situasi ini memerlukan negara memberi lebih

perhatian kepada hubungan etnik yang mantap dan sejajar dengan situasi ini. Perpaduan yang

sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana

negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Terdapat banyak cadangan dan strategi yang efektif untuk mengekal dan memantapkan

hubungan etnik. Memupuk semangat hubungan etnik yang berharmoni menjadi agenda utama

kerajaan yang dilaksanakan menerusi perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar tertentu.

Usaha-usaha ini diteruskan dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia oleh Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Tun Razak dengan slogan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”.

Konsep ini bertujuan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam

menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi. Inti pati gagasan ini idea satu

bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Ini adalah ramuan

formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang,

gemilang dan terbilang. Pelbagai agensi kerajaan juga dipertanggungjawabkan untuk

memastikan segala usaha dan perancangan kerajaan dalam menyatupadukan masyarakat

pelbagai etnik di negara ini dilaksanakan dengan berkesan.

Faktor yang boleh menimbulkan ketegangan hubungan antara etnik selalunya dikaitkan

dengan sentimen etnosentrisme, prejudis serta tanggapan dan kedudukan sosioekonomi antara

etnik yang tidak seimbang. Lantaran itu, usaha kerajaan untuk mencapai perpaduan adalah

dengan mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara etnik dan antara wilayah serta

mengurangkan pengenalan etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Hal ini ditangani menerusi

beberapa kaedah seperti meningkatkan taraf ekonomi antara etnik dan wilayah tanpa

merugikan mana-mana pihak.

5

Page 6: Hubungan Etnik

Penjelasan sewajarnya perlu diberikan kepada semua pihak supaya sebarang salah tanggapan

dapat diperbetulkan dan perasaan tidak puas hati dapat dibendung. Usaha kerajaan untuk

mengurangkan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira etnik dan berbezaan wilayah perlu

mendapat sokongan daripada sektor swasta supaya pengenalan etnik berdasarkan aktiviti

ekonomi dapat dikurangkan.

Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi membina

jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan, cinta kepada negara dan berperanan

mengeratkan perpaduan. Peranan sistem pendidikan meliputi menyediakan persekitaran serta

kemudahan yang kondusif bagi keperluan sosialisasi dalam kalangan sebilangan besar rakyat.

Semangat perpaduan boleh diterapkan kepada pelajar bermula dalam lingkungan usia muda di

samping menanam sikap dan nilai yang dapat melahirkan kesedaran nasional, semangat cinta

dan bangga kepada negara dan perpaduan antara kaum. Di samping itu, kurikulum sekolah

rendah dan menengah memberikan tumpuan yang sewajarnya dalam mata pelajaran Sejarah

negara, termasuk persetujuan antara kaum dan negeri tentang peruntukan tertentu dalam

perlembagaan, budaya dan adat resam etnik di Malaysia, serta unsur-unsur penting agama dan

kepercayaan utama. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum juga menerapkan sikap dan nilai-nilai

yang mendukung pencapaian perpaduan negara. Lantaran itu, pihak kerajaan juga perlu

membanyakkan sekolah Wawasan. Konsep sekolah Wawasan sebagai satu daripada

pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan etnik dengan membina dua tau tiga jenis

sekolah rendah yang berlainan bahasa penghantar. Namun, pentadbiran terletak dalam

kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas. Sekolah Wawasan ini memudahkan

untuk mewujudkan persekitaran yang memberikan peluang yang luas kepada para pelajar

pelbagai etnik untuk bergaul dab berinteraksi melalui pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan status

dan perkembangan sekolahnya.

Penggunaan satu bahasa yang sama merupakan salah satu alat yang paling berkesan

untuk memupuk perpaduan. Penggunaan satu bahasa juga membolehkan pelbagai etnik dan

keturunan berkomunikasi antara satu sama lain dengan selesa. Mereka menggunakan satu

bahasa rujukan yang sama untuk menginterpretasikan alam dan realiti dan mewujudkan satu

ciri persamaan antara mereka sebagai unsur utama pembentukan kebudayaan kebangsaan.

6

Page 7: Hubungan Etnik

Menurut Chan dalam Mahaizura Abd Malik, 2014, “saya bangga jadi anak Malaysia

kerana walaupun kita berlainan bangsa, kita masih boleh duduk makan semeja, bertutur dalam

bahasa sama dengan suasana harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain”.

Dalam hal ini, bahasa Melayu amat sesuai digunakan sebagai bahasa penyatu atau bahasa

perpaduan selain diangkat sebagai bahasa rasmi negara. Menurut Zubaidi Abas, 2013, bahasa

kebangsaan sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengukuhkan

perpaduan kaum. Kita memang tidak mungkin menjadi seragam, satu kaum, satu budaya, satu

agama, satu kefahaman, satu kepercayaan, satu adat, dan satu bahasa. Kita memang

dilahirkan berbeza antara satu sama lain. Namun, perbezaan yang ada tidak harus mengusung

semangat kesukuan yang menebal sehingga menghalang wujudnya perpaduan di dalam diri

sebagai sebuah bangsa. Oleh itu, dalam merealisasikan gagasan Satu Malaysia, kita bukan

sahaja dituntut supaya memahami dan menerima kepelbagaian dan perbezaan itu, tetapi juga

harus memiliki rasa kebersamaan dan kekitaan. Dengan rasa kebersamaan dan kekitaan yang

dikuatkan dan dikentalkan melalui “satu bahasa kebangsaan”, misalnya kita “bersatu dalam

kepelbagaian”. Lantaran itu, melalui penggunaan bahasa kebangsaan mampu membangunkan

keperibadian bangsa meskipun terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, agama, dan

budaya.

Pendekatan sosial dan kebudayaan telah melaksanakan oleh kerajaan, dengan

menggalakkan perkongsian nilai di kalangan pelbagai kaum. Usaha ini adalah untuk menjadi

milik bersama rakyat negara ini tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah sebagai asas

pembentuk bangsa, jati diri nasional dan perpaduan negara. Kebudayaan dibentuk

berpandukan tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu Kebudayaan

Kebangsaan Malaysia berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini; unsur-unsur kebudayaan

lain yang sesuai dan wajar, diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan; dan Islam

menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Agensi dan pertubuhan

yang berperanan dalam perpaduan kaum telah ditubuhkan seperti Jabatan Perpaduan Negara,

KEMAS, dan Rukun Tetangga. Di samping itu, kepercayaan agama juga dasawarsa penting

untuk mengekalkan hubungan etnik di mana perlembagaan dan Rukun Negara menjamin

rakyat Malaysia bebas menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing

bertujuan untuk memelihara suasana harmoni antara rakyat berbilang kaum.

7

Page 8: Hubungan Etnik

Walaupun agama Islam sebagai agama persekutuan namun agama-agama lain

dilindungi oleh perlembagaan. Pengembangan sesuatu agama dalam perlembagaan dan

undang-undang. Justeru, sebarang aktiviti keagamaan perlu dilakukan dengan berhati-hati

supaya tidak menyentuh sensitiviti penganut lain. Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah hormat-

menghormati agama lain.

Di samping itu, kerajaan juga perlu mengatur langkah keselamatan untuk memelihara

dan mencapai perpaduan yang mantap dan berkekalan. Cabaran perpaduan negara dalam

bidang keselamatan meliputi aspek pencegahan daripada berlakunya ancaman kepada

keselamatan negara dan ketenteraman awam. Aspek pencegahan merangkumi penguat kuasa

sekatan di sisi undang-undang ke atas kebebasan bercekap, berhimpun dan menubuhkan

persatuan, tahanan preventif, penguatkuasaan peruntukan Akta Hasutan, dan kawalan

terhadap penerbitan melalui undang-undang yang berkaitan. Aspek pemulihan termasuk

keselamatan dan ketenteraan awam yang melibatkan tindakan, terutamanya daripada pihak

polis dibantu oleh pihak lain seperti angkatan tentera, RELA, Rukun Tetangga dan dalam

keadaan yang ekstrem, mengisytiharkan darurat.

Media massa juga memainkan peranan berkesan untuk membantu memupuk

perpaduan negara melalui penyampaian maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat

serta penerapan nilai-nilai positif ke arah memajukan semangat perpaduan. Internet sebagai

wadah penyebaran maklumat perlu digunakan sebaik mungkin. Menurut Tun Dr. Mahathir

Mohamad bekas Perdana Menteri dalam Zuliaty Zulkiffli, “sudah tiba masa untuk kerajaan

menapis internet”. Kebebasan tanpa batasan yang ditawarkan oleh internet dikhuatiri menjadi

‘racun’ kepada pembangunan, kestabilan perpaduan masa depan negara. Menurut Pengarah

Kanan Bahagian Jangkauan dan Penglibatan SKMM Eneng Faridah Iskandar dalam Zulkififli

Jalil, pengguna internet sentiasa berwaspada terutama ketika melayari, berinteraksi di talian

dan bertanggungjawab iaitu memastikan penggunaan kandungan berangkai secara positif

dalam kalangan masyarakat. Selain itu pengamal media dituntut supaya bertanggungjawab dan

peka apabila menyentuh dan melaporkan perkara yang dapat menjejaskan perpaduan dan

perhubungan antara kaum dan agama.

8

Page 9: Hubungan Etnik

Sukan merupakan bidang yang ideal bagi membentuk perpaduan dalam kalangan

rakyat berbilang kaum, khususnya bagi acara sukan popular sukan berpasukan seperti bola

sepak, hoki, bola tambar, sepak takraw dan bola jaring. Sukan seperti ini akan mewujudkan

peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan interaksi sosial dan melahirkan suasana yang

sangat sesuai bagi memupuk semangat persaudaraan dan solidariti tanpa mengira etnik dan

keturunan. Melalui sukan juga dapat membantu menaikkan semangat patriotisme dan

mencairkan perasaan etnosentrisme, prejudis dan prasangka buruk dalam kalangan rakyat.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan

setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat

memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan

menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Aktiviti

memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong-royong yang

memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan

secara maksimum dapat dilahirkan. Berdasarkan laporan akhbar dan media massa elektronik,

Malaysia sentiasa dirujuk atas kejayaannya melaksanakan program perpaduan masyarakat

pelbagai kaum. Buktinya, pada 31 Oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan Timbalan Perdana

Menteri Britain, John Precott, menyatakan keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia

mengekalkan formula perpaduan antara suku kaum dan amalan tolak ansur agama (Ishak Ma

Shah, 2010). Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat yang cinta akan negara, kita perlulah

seperti “ibarat aur dengan tebing”. Hidup yang sering bantu-membantu “sedikit tanda ada,

banyak tanda ingat”. Amalan lama seperti budaya bergotong-royong hendaklah terus

disuburkan dalam kalangan masyarakat. Amalan seperti ini persis dapat mengikat dan

menyatukan masyarakat dalam pelbagai lapisan untuk turun padang dan bersama-sama

menyumbangkan tenaga demi kebaikan masyarakat setempat. Namun, agenda tersirat yang

lebih utama di balik aktiviti bergotong royong adalah untuk memperkukuhkan perpaduan antara

masyarakat pelbagai kaum, kepercayaan, dan budaya.

Sementelahan itu, untuk membentuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia ialah kita

perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk merapatkan jurang perkauman dengan

menghapuskan sebarang prasangka yang masih bersisa. Hal ini menjadi agenda utama kerana

prasangka perkauman itu pernah mencetuskan peristiwa yang tragis pada 13 Mei 1969.

Barangkali teori ini agak lapuk dan basi, tetapi itulah hakikatnya.

9

Page 10: Hubungan Etnik

Kenyataan yang kita hadapi kini perlulah berfikir secara rasional, membuat penilaian

semula tentang hubungan antara kaum, dan mengetepikan terus sebarang sentimen serta

perasaan emosional yang melulu. Setiap rakyat perlu memahami hakikat ini dan mengamalkan

hidup “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” dan hidup seperti aur dengan tebing, perasaan seperti

paha kanan dicubit paha kiri turut dirasa.

Di samping itu, memahami hakikat istimewa kaum bumiputera seperti yang termaktub

dalam Perlembagaan Malaysia juga amat penting. Hak-hak kaum bumiputera yang merupakan

penduduk peribumi Malaysia yang wajar mendapat pengiktirafan yang sewajarnya dan perlu

difahami oleh semua pihak. Lantaran itu, tidak timbullah soal agihan kuota yang berat sebelah

untuk kaum bumiputera jika dibandingkan bukan bumiputera walaupun kita semua warganegara

Malaysia. Agihan kuota yang diberi kepada kaum bumiputera, terutamanya dari aspek

pendidikan, pemilikan rumah, ekonomi, dan sebagainya ialah dasar kerajaan yang mahu

memelihara hak bumiputera daripada terhakis. Dengan itu, setiap warganegara haruslah

bersyukur dengan pemberian yang diberi oleh kerajaan Malaysia kepada kita. Dengan kata lain,

setiap kaum di negara ini perlu sentiasa bersikap terbuka dalam semua hal termasuk dalam hal

perpaduan antara kaum. Dalam hal ini setiap lapisan masyarakat perlu terbuka untuk menerima

budaya masyarakat lain selagi perkara ini tidak mendatangkan keburukan kepada negara.

Berfikiran terbuka adalah penting bagi mengelakkan berlakunya prasangka antara kaum. Sikap

berfikiran terbuka ini dapat dilihat dengan wujudnya penerimaan bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi dan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Sikap keterbukaan

antara kaum terutamanya keterbukaan masyarakat bukan Melayu akan perkara ini perlu dipuji

kerana sikap keterbukaan mereka ini bukan sahaja dalam perkara-perkara berkenaan, tetapi

banyak lagi yang menunjukkan sikap keterbukaan masyarakat bukan Melayu terhadap

masyarakat Melayu di negara ini boleh dilihat seperti pengenalan dasar kebudayaan nasional,

pemilikan ekonomi bumiputera, hak-hak istimewa bumiputera dan lain-lain lagi.

“Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” merupakan ungkapan penting untuk

menanamkan semangat sayang dan cinta akan negara. Justeru untuk mengekalkan keamanan

dan kedaulatan negara, setiap warganegara tanpa mengira bangsa dan martabat perlu turun

bersama-sama berjuang mempertahankan kedaulatan negara. Kesepaduan semangat yang

ditunjukkan itu bakal membentuk nilai kasih sayang dan seterusnya mengukuhkan hubungan

akrab antara rakyat pelbagai kaum. Budaya dan adat resam merupakan teras penglahiran yang

membentuk identiti sesebuah masyarakat.

10

Page 11: Hubungan Etnik

Oleh hal yang demikian, setiap kaum hendaklah memahami selok-belok kehidupan

kaum lain yang terutama dalam pengamatan budaya, agama, dan adat resam mereka. Dengan

memahami selok-belok kehidupan kaum lain, maka barulah wujud hubungan toleransi dan

saling menghormati. Menyedari kepentingan menghormati adat resam dan budaya setiap kaum,

kerajaan telah melancarkan sambutan rumah terbuka dan menggalakkan budaya kunjung-

mengunjungi.

Rumah terbuka juga satu pendekatan yang efektif untuk memantapkan hubungan etnik.

Rumah terbuka akan diadakan sempena musim perayaan sesuatu kaum di Malaysia.

Masyarakat pelbagai etnik saling berkunjung ke rumah jiran tetangga mereka. Sebagai contoh,

semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik Cina, India dan pelbagai lagi akan berkunjung ke

rumah etnik Melayu dan begitulah sebaliknya apabila tiba perayaan etnik lain. Etnik Cina

misalnya, akan berusaha menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila

menjemput etnik Melayu datang ke rumah mereka sewaktu perayaan Tahun Baru Cina.

Demikian juga semasa perayaan Krismas atau Deepavali. Pertimbangan ini memperlihatkan

keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami

keharmonian budaya masing-masing. Amalan ini membuktikan kesepaduan sosial dalam

masyarakat berada pada tahap yang tinggi walaupun mereka berlainan agama, etnik dan

budaya. Sehubungan dengan itu, sikap penerimaan budaya juga memainkan peranan penting

untuk mengekalkan hubungan etnik di Malaysia. Contohnya, orang bukan Melayu seperti Cina,

India memakai baju kurung dan baju Melayu. Malah, trend berpakaian dan menikmati juadah

makanan Melayu sudah menjadi lumrah bagi etnik bukan Melayu. Bagi orang Melayu pula,

mereka mula menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit raya telah menggunakan

sampul atau angpau yang terkenal dalam golongan Cina. Lantaran itu, konsep rumah terbuka

mewujudkan semangat silaturahim rumah terbuka. Kita hendaklah menjalin silaturahim

sekalipun dengan mereka yang berlainan agama kerana mereka juga ada beberapa haknya

seperti hak kewarganegaraan, kejiranan dan kekeluargaan ( Mohd. Shauki Abd. Majid, 2014)

Keperluan lain dalam kehidupan manusia selain daripada makanan dan pakaian untuk

memenuhi tuntutan jasmani ialah keperluan terhadap tuntutan rohani. Keperluan rohani dapat

dipenuhi menerusi beberapa sumber seperti daripada himpunan seni dalam bentuk alunan

muzik, nyanyian, tarian, sukan, seni lukis dan bentuk-bentuk kreativiti lain yang dapat

memberikan ketenangan, hiburan dan melegakan tekanan dalam kehidupan manusia.

11

Page 12: Hubungan Etnik

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik karya dengan pelbagai corak seni

warisan yang menggambarkan identiti etnik masing-masing. Malah penerimaan, penghormatan

dan pengiktirafan masyarakat kepada pelbagai corak seni tersebut menjadi salah satu unsur

penting usaha memupuk hubungan etnik. Contohnya, gabungan etnik untuk penghasilan

sebuah karya muzik, komposer muzik adalah etnik Cina yang ingin mengetengahkan bunyi

daripada alat muzik tradisional Cina, penulis lirik pula etnik Melayu dan penyanyi pula dari etnik

India. Kerjasama daripada pelbagai etnik tersebut telah menghasilkan suatu bentuk karya muzik

yang sempurna unsur muzik campuran pelbagai etnik dan didengar serta dinikmati juga oleh

masyarakat pelbagai etnik. Begitu juga dengan media dalam bentuk lain seperti perfileman dan

dokumentari. Pengisiannya juga tidak ketinggalan daripada menyemai nilai-nilai perpaduan

unik kepada pengukuhan masyarakat Malaysia. Industri perfileman menghasilkan kisah yang

berlaku dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Sekiranya rakyat mengamalkan cara hidup

yang sihat dan menerima serta memahami adat dan kepercayaan setiap etnik, maka tiada isu

yang akan ditimbulkan.

Di samping itu, setiap rakyat Malaysia perlu menanamkan sikap cinta akan negara ini

walaupun di mana-mana sahaja mereka berada. Sehingga sekarang, setelah negara kita

mencapai kemerdekaan hampir 57 tahun. Rakyat Malaysia kian mengerti maksud kemerdekaan

dan cara kemerdekaan itu dicapai. Kita mencapai kemerdekaan melalui perpaduan. Dengan itu,

perpaduan penting dan perlu diberi keutamaan dalam agenda negara. Sejajar dengan abad ke-

21 yang didominasikan oleh kemajuan material berteknologi tinggi, maka segala program yang

akan dirancang dirombak atau digubal semula perlu mengambil kira aspek perpaduan. Hal ini

sedemikian kerana kesesuaian zaman menjadi pemangkin utama kepada proses integrasi

kaum yang lebih padu dan kukuh. Di samping tidak mengetepikan unsur-unsur tradisional yang

melingkari budaya sesuatu kaum, keperluan masyarakat yang kian moden perlu diberi

pertimbangan agar segala program tersebut mencapai sasaran dan matlamat yang di

kehendaki.

Hubungan kaum atau etnik tidak boleh dipisahkan dalam agenda perpaduan kaum di

negara ini. Sehubungan itu, nilai-nilai murni juga memainkan peranan penting bagi menjayakan

agenda perpaduan kaum di Malaysia (Hasnah Hussin, 2009). Antaranya ialah nilai kerjasama.

Dalam usaha merapatkan hubungan antara kaum yang terdiri dari pelbagai agama, budaya,

dan bangsa, konsep kerjasama perlu diterapkan dalam pelbagai aspek kehidupan. Kerjasama

sebenarnya menjadi elemen penting dalam hidup masyarakat Malaysia.

12

Page 13: Hubungan Etnik

Sebagai contoh, dengan adanya kerjasama juga Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan

dengan begitu aman tanpa pertumpahan darah. Justeru, kerjasama yang erat sama ada politik,

ekonomi dan sosial akan dapat mengelakkan negara ini dengan mudah dijajah oleh bangsa

asing yang sentiasa mengintai untuk menguasai negara ini. Lantaran itu, pihak institusi

pendidikan perlu merangka sistem pendidikan yang terarah kepada pemupukan kerjasama

antara kaum sejak di bangku sekolah rendah.

Pada pendapat saya, sikap tolak ansur juga dasawarsa penting dalam hubungan etnik.

Sikap tolak ansur akan mengukuhkan hubungan silaturahim antara satu sama lain etnik. Sikap

tolak ansur amat penting kerana tidak semua kaum atau etnik di negara ini mendapat kekayaan

dan kesejahteraan yang sama. Justeru itu kepada mereka yang susah dan memerlukan

pertolongan jangan diabaikan.Secara keseluruhannya, semua pihak perlu berganding bahu

untuk melahirkan sifat bertolak ansur dalam setiap perkara supaya rakyat Malaysia dapat hidup

dengan aman dan damai di bawah satu bumbung yang bernama Bumbung Malaysia.

Tambahan pula, sifat taat setia juga akan menjadi garis panduan untuk mengekalkan

perpaduan antara etnik. Tidak kira sama ada kita orang Melayu, Cina, dan India atau bangsa-

bangsa minoriti yang lain kita perlu menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada

negara yang kita cintai ini. Dalam hal semua ini lapisan masyarakat Malaysia mereka perlu

mempunyai taat setia yang tinggi kepada pemerintah dan negara dan ini secara tidak langsung

akan membentuk perpaduan antara kaum kerana semua berpadu taat setia kepada negara

yang satu iaitu Malaysia. Sebenarnya tanpa perasaan taat setia di kalangan semua lapisan

rakyat negara ini, negara ini boleh runtuh bila-bila masa sahaja. Natijahnya, jangan pandang

ringan terhadap ungkapan taat dan setia ini kerana sekali kita mengkhianati negara akan

merosak selama-lamanya. Pemupukan semangat taat setia boleh ditanam semasa di alam

persekolahan lagi.

Salah satu elemen yang boleh merosakkan hubungan antara kaum di negara ini adalah

saling berprasangka tidak baik antara kaum-kaum lain. Ini sebenarnya sangat tidak baik dan

boleh memberi kesan kepada keamanan negara. Dalam hal ini setiap kaum perlu mempunyai

sikap sayang dan menyayangi dan saling menganggap setiap kaum adalah saling memerlukan

antara satu sama lain. Mereka perlu berprasangka bahawa jika tidak kerana semua kaum

Malaysia tidak berjaya dan aman seperti hari pada hari ini.

13

Page 14: Hubungan Etnik

Sikap buruk sesungguhnya akan menjadi sekam yang akan membakar secara senyap-

senyap. Keadaan ini juga secara tidak langsung boleh memusnahkan negara dan mencetus

huru-hara yang berpanjangan. Pihak kerajaan hendaklah dari semasa ke semasa memastikan

segala polisi pentadbiran negara mengambil kira kepentingan semua kaum agar tidak ada

kaum yang merasa tersisih dari arus pembangunan negara.

Selain daripada itu, sifat tolong-menolong juga membantu untuk mengukuhkan

perpaduan antara etnik satu sama lain. Setiap rakyat Malaysia yang mengaku sebagai rakyat

negara ini harus mempunyai perasaan tolong-menolong di antara satu sama lain. Tolong-

menolong ini perlu diamalkan dalam pelbagai segi seperti politik, ekonomi, dan sosial. Setiap

kaum yang maju perlu menolong kaum yang lain agar sama-sama maju. Justeru itu, rakyat

negara ini perlu menjadikan tolong-menolong sebagai satu amalan harian mereka kerana setiap

hari mereka akan bertemu dengan kaum-kaum yang berbeza sama ada di pasar, sekolah, dan

lain-lain tempat lagi. Semangat tolong-menolong di negara ini akan menjadi teladan kepada

negara yang bermasyarakat majmuk yang lain.

Sebagai sebuah masyarakat majmuk, sudah semestinya kita adalah berbeza

terutamanya dari segi agama, kepercayaan, budaya, cara hidup, dan sebagainya. Selain dari

perbezaan kita juga ada persamaan yang perlu kita kongsi bersama. Tetapi apa yang lebih

penting adalah setiap masyarakat Malaysia perlu mengetahui apakah yang ada dalam

perbezaan tersebut seperti apakah bentuk kepercayaan masyarakat lain, apakah larangan yang

terdapat dalam agama lain, apakah yang mereka boleh buat dan apa yang mereka tidak boleh

dilakukan. Ini sangat penting untuk diketahui oleh semua masyarakat agar sesuatu masyarakat

tidak memandang serong terhadap agama dan kepercayaan orang lain. Begitu juga dengan

budaya yang sememangnya berbeza antara kaum. Memahami perbezaan kita dan orang lain

akan merapatkan lagi hubungan sesama kaum kerana ada sesuatu yang kita boleh pelajari

daripada orang lain. Manakala dari aspek persamaan pula, sebagai rakyat Malaysia kita

mempunyai banyak persamaan dengan orang lain yang berbeza agama dan budaya. Sebagai

contohnya kita semua adalah rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina, India, Serani, Singh,

Murut, Bajau, Siam atau sebaliknya. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatunya mempunyai

tanggungjawab yang sama iaitu perlu bersama memajukan negara, menjaga nama baik negara.

Secara kesimpulannya semua bangsa da agama ada hak dalam Perlembagaan Malaysia.

14

Page 15: Hubungan Etnik

4.0 Kesimpulan

Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah

negara maju menjelang tahunan 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai melalui

perpaduan antara etnik. Hubungan etnik adalah satu matlamat pembangunan negara.

Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di negara

ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara

yang dicintai ini. Saya merumuskan bahawa untuk mewujudkan perpaduan yang lebih teguh

menjelang alaf baru, maka rakyat Malaysia di semua peringkat perlulah berganding bahu dan

menggembleng tenaga demi merealisasikannya. Dengan cara itu, rakyat Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai kaum boleh menjalani kehidupan dengan aman damai, makmur, dan

sejahtera. Sesungguhnya, segala kestabilan yang kita nikmati sekarang berpunca daripada

kesepaduan kaum yang wujud. Jadi perpaduan wajar dipertahankan.

15

Page 16: Hubungan Etnik

5.0 Rujukan

Buku

Hasnah Hussin. (2009). Artikel Kenegaraan Hubungan Etnik. Kuantan: Anugerah Ilham

Management & Services.

Ishak Ma Shah. (2010). Target Pro Karangan. Petaling Jaya: Sasbadi. Sdn. Bhd.

Leon Comber. (2007). Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina. Petaling Jaya: IBS

Buku. Sdn. Bhd.

Leon Comber. (2012). 13 May 1969 The Darkest Day in Malaysian History. Singapura: Graham

Brash (Pte) Ltd.

Nazaruddin Haji Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, dan Ismail Hj Mohd

Rashid. (2011). Pengajian Malaysia Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Paimah Atoma, Mohd Azmir Mohd Nizah dan Latifah Abdul Latiff. ( 2011). Hubungan Etnik.

Nilai: Aliff Resources.

Shamsul Amri Baharuddin. (2008). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Maska, Sdn. Bhd.

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Bangi: Bluesky Glory

Printing.

Suhaimi Mokhtar. (1981). Putera Kenyalang Satu Dekad Penuh Cabaran. Kuala Lumpur:

Percetakan Sentosa (K.L) Sdn. Bhd.

(2004). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

16

Page 17: Hubungan Etnik

Surat khabar

0Mohd. Shauki Abd. Majid, (2014, Ogos 1) Bangga menjadi Anak Malaysia, Utusan Malaysia. Ms

14.

Zuliaty Zulkiffli. (2014, Ogos 4), Sudah tiba masa untuk kerajaan menapis internet. Utusan

Malaysia, ms 19.

Zulkififli Jalil. (2014, Ogos 1), Menjadi Pengguna Bijak. Utusan Malaysia. ms 22.

17

Page 18: Hubungan Etnik

Lampiran

18