Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

13
1. HUBUNGAN KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN a) Rasional Rasional dalam mempelajari mata pelajaran Matematik sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang mempunyai pemikiran yang abstrak, mampu membuat penaakulan logic, visualisasi ruang, dan analisis. Sekaligus, menjadikan murid yang mampu mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan mampu juga menyelesaikan masalah pembelajaran melalui aplikasi matematik. Oleh itu, matematik merupakan bidang yang terpenting dalam sebarang usaha pebinaan insan yang berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketika mempelajari matematik, ianya menyediakan peluang kepada murid untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dengan kreatif dan murid sendiri mengalami keseronokan apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman sedemikian menjadikan murid seorang yang kreatif dan kritis dan sekaligus meningkatkan minat dan menjadi daya pengerak murid mempelajari matematik sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah dan sehingga keperingkat yang lebih tinggi. b) Matlamat

Transcript of Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Page 1: Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1. HUBUNGAN KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN DENGAN FALSAFAH

PENDIDIKAN KEBANGSAAN

a) Rasional

Rasional dalam mempelajari mata pelajaran Matematik sekolah rendah ialah

untuk melahirkan murid yang mempunyai pemikiran yang abstrak, mampu

membuat penaakulan logic, visualisasi ruang, dan analisis. Sekaligus, menjadikan

murid yang mampu mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara

berfikir dan mampu juga menyelesaikan masalah pembelajaran melalui aplikasi

matematik. Oleh itu, matematik merupakan bidang yang terpenting dalam

sebarang usaha pebinaan insan yang berasaskan kepada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Ketika mempelajari matematik, ianya menyediakan peluang kepada murid

untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dengan kreatif dan murid sendiri

mengalami keseronokan apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman

sedemikian menjadikan murid seorang yang kreatif dan kritis dan sekaligus

meningkatkan minat dan menjadi daya pengerak murid mempelajari matematik

sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah dan sehingga keperingkat

yang lebih tinggi.

b) Matlamat

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran

Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor,

kemahiran asas dalam pengiraan,memahami idea matematik yang mudah dan

berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara

berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

2. Nilai – nilai murni

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk

melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu

dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum

Page 2: Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Dalam pada masa yang

sama pendidikan juga menitikberatkan sikap dan nilai-nilai murni. Penyerapan nilai

dan sikap dalam kurikulum Matematik bertujuan melahirkan insan yang

berketrampilan dan memiiki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan sikap dan

nilai dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian

yang luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang sikap dan nilai dalam masyarakat

Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak secara langsung selaras dengan

nilai-nilai sejagat.

Dalam matematik, sikap dan nilai perlu diterapkan kepada semua murid

melalui pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh guru.Walaubagaimanapun,

pembentukan nilai dan sikap meliputi aspek nilai peribadi, nilai interaksi, nilai

procedural dan nilai intrinsik.Sikap dalam matematik merujuk kepada aspek afektif

dalam pembelajaran matematik yang merangkumi seperti :

a) Tanggapan positif terhadap matematik dan kebergunaan matematik.

b) Minat dan keseronokan mempelajari matematik.

c) Penghargaan terhadap keindahan dan keupayaan matematik.

d) Keyakinan menggunakan dan mengaplikasikan matematik

e) Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah berkaitan matematik

(i) Nilai peribadi merujuk kepada nilai yang berkait rapat dengan pembentukan

sahsiah dan keperibadian individu seperti yang diinginkan dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Secara tidak langsung, nilai peribagi yang tinggi akan

melahirkan insane yang yang berakhlak tinggi. Contoh nilai peribadi seperti jujur ,

sistematik, bertekad, tekun dan sekal, kreatif, berkeyakinan, teliti, pengurus masa

yang baik, berdikaribertanggungjawab, sabar dan dedikasi.

(ii) Nilai interaksi pula merujuk kepada pembentukan tingkah laku baik sewaktu

berada di dalam bilik darjah. Nilai ini terbentuk semasa interaksi semasa

melakukan aktiviti-aktiviti matematik.Nilai ini secara tidak langsung dapat

Page 3: Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

membentuk tingkah laku yang baik.Contohnya, toleransi, adil, fikiran terbuka dan

hormat-menghormati.

(iii) Nilai procedural adalah merujuk kepada aktiviti spesifik yang dijalankan untuk

menjadikan minda lebih kreatif dan kritis seperti menaakul, membuat pewakilan,

menyelesaikan masalah, berkomunikasi , membuat kaitan dan menggunakan

teknologi.

(iv) Nilai instrinsik ialah berkait dengan pembentukan kandungan matematik dan

disiplinnya seperti nilai apistemologi, nilai pembudayaan dan nilai sejarah.

Implikasi Fasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap sistem pendidikan di negara kita

Page 4: Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Implikasi Fasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap sistem pendidikan di

negara kita.

Jika direnung kembali, pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah

banyak membawa kesan terhadap sistem pendidikan di negara kita. Implikasi-implikasi dapat

dikelaskan seperti berikut:

Jika lilihat dari segi implikasi terhadap kurikulum pendidikan, perubahan dalam aspek

kurikulum adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Perubahan ini meliputi:

        Sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu.

        Bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua

mata pelajaran.

        Program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis.

        Sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum.

        Sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang

vokasional dan teknologi.

Untuk melaksanakan kurikulum perubahan ini dengan berkesan, FPK telah

membahagikan kurikulum kepada 2 bahagian, iaitu KBSR (Kurikulum Baru Sekolah

Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah).  Sebelum KBSR adalah

Page 5: Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah), tetapi didapati bahawa KLSR mengandungi

beberapa kelemahan, iaitu seperti:

        Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata

pelajaran atau antara darjah.

        Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan

membosankan murid.

        Guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran terutama

apabila ada peperiksaan.

        Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan

penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

Maka, hal ini adalah tidak sepadan dengan matlamat pendidikan iaitu

memperkembangakan individu secara menyeluruh dan menekankan pendidikan dalam bidang

3M. Oleh itu, bagi memcapai matlamat yang ditetapkan dalam FPK, maka KBSR telah wujud

dengan perubahan, iaitu menekankan murid-murid supaya mencapai kemahiran dalam 3

bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekelilingnya dan bidang

perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan menta

serta kesediaan murid-murid.

Disebabkan KLSR yang tidak berkesan terhadap Malaysia, maka KBSR telah

dibentuk berasaskan syor-syor yang dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet.

KBSM dilaksanakan secara sepenuhnya pada tahun 1989 dengan menitiberatkan

kehendak individu, negara, dan sarwa sejagat. Pembentukan KBSM telah membolehkan

pelajar-pelajar memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan seimbang.

Aktiviti vokasional telah membolehkan mereka menyumbangkan tenaga untuk keperluan

negara dan pembelajaran bahasa asing seperti Bahasa Inggeris yang bertujuan untuk

memenuhi kehendak

sarwa sejagat.

Selain daripada yang tersenaraikan di atas, KBSM juga menekankan bahawa

pembentukan KBSM harus berlandaskan aspek-aspek berikut:

Page 6: Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

        Kesinambungan daripada KBSR yang berasaskan penguasaan kemahiran 3M, iaitu

mengira, membaca dan menulis.

        Pendidikan yang umum juga merangkumi pendidikan vokasional di antara bidang-

bidang elektif sehingga terdiri daripada jurusan akademik dan jurusan vokasional yang

dahulunya dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu jurusan sastera, jurusan sains dan jurusan teknik.

        Pendidikan seumur hidup di mana rancangan KBSM membekalkan ilmu pengetahuan

dan kemahiran yang boleh menjadi kemahiran asas untuk meneruskan pendidikannya secara

berterusan seumur hidup.

Dari segi implikasi terhadap pendidik pula, FPK telah membawa perubahan sikap

pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi:

        Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif

terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita-cita Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

        Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang

sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak

mulia.

Seperti yang kita tahu, pendidik iaitu guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai

tanggungjawab untuk mendidik murid-murid di sekolah. Seorang guru mesti mempunyai

pengetahuan yang luas dan mendalam tentang mata pelajaran yang diajar olehnya kepada

murid. Selain itu, guru juga perlu menguasai segala kaedah atau cara penyampaian dalam

pengajaran supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Seorang

guru juga perlulah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh

muridnya. Sahsiah yang baik merangkumi tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar,

bermurah hati dan sentiasa bersifat penyayang.

Selain itu, seorang guru juga haruslah mempunyai pandangan dan visi yang positif.

Hal ini kerana selain daripada sebagai seorang pendidik, guru juga merupakan penganti

ibubapa, penasihat, pembimbing, kaunselor, pengamal dan penyebar nilai kebudayaan serta

sebagai teladan kepada murid-murid dan masyarakat. Selain daripada yang tersenarai di atas,

seorang guru juga perlu

Page 7: Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

        berpengetahuan dan berketrampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran

yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar.

        Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna.

        Mahir menintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam pengajaran dan

pembelajaran.

        Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion Keguruan.

        Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal.

        Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa.

        Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan secara

aktif.

        Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan

ketamadunan dan nilai-niali agama yang dianuti.

Dari sudut implikasi terhadap institusi pendidikan, perubahan organisasi sekolah ke

arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan

citi-cita FPK. Ini meliputi:

        Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang

mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara

menyeluruh dan seimbang.

        Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni

dalam jiwa pelajar.

        Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang

mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

Maka, berpandukan senarai implikasi di atas, beberapa cadangan relevan boleh

dipertimbangkan :

1.      Bilik komputer – dilengkapi dengan segala perkakasan yang berkaitan dengan ICT.

             Supaya murid-murid dapat meningkatkan dan menambah ilmu mereka terhadap ICT.

             Membeli peluang kepada murid untuk mengetahui tentang kepentingan ICT dalam

dunia sekarang.

2.      Padang/ gymnasium – murid-murid boleh menjalankan aktiviti sukan tidak kira hujan atau

tidak .

              Murid-murid boleh menjalankan aktiviti mereka dengan selamat.

Page 8: Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

             Mengisi masa lapang.

3.      Pusat sumber – dipenuhi dengan segala buku tidak kira berkaitan dengan pelajaran atau

tidak.

             Murid-murid boleh mendapat segala maklumat yang berkaitan dengan kerja rumah

atau luar.

             Buku lain yang dapat menimba ilmu pengetahuan murid-murid.

4.         Projector – guru boleh memaparkan benda lain seperti video, gambar-gambar yang

berkaitan dengan P&P supaya terikat dengan cara yang tradisional iaitu guru hanya bercakap

dan pmurid-murid hanya meyerapkan apa yang diajar oleh cikgu

Page 9: Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

lebihmemperkembangkan potensi individu secara menyeluruh

danbersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

darisegi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmoniandan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

68 patah perkataan 2 baris ayat ( 37, 31 )40 inti pati 2 Malaysiasatu

usaha berterusanpotensi individu secara menyeluruhbersepadumelahirkan

insan yang seimbang dan harmonis intelek, rohani, emosi dan

jasmanikepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.berilmu pengetahuan,

berketrampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawabmencapai

kesejahteraan dirimemberi sumbangankeharmonian

kemakmurankeluarga, masyarakat dan negara.

2. Nama: _________________________ Tarikh : ____________

Page 10: Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FALSAFAH PENDIDIKAN ____________________

Pendidikan di Malaysia adalah ____________________________ke arah

lebihmemperkembangkan __________________________________________

dan___________untuk ___________________________________________ darisegi

_____________________________berdasarkan ________________

dan_________________________. Usaha ini adalah bertujuan untuk

melahirkanwarganegara Malaysia yang

__________________________________________________________________________

dan berkeupayaan _________________________________ serta

_________________ terhadap __________dan

_________________________________________

FALSAFAH PENDIDIKAN ____________________

Pendidikan di Malaysia adalah ____________________________ke arah

lebihmemperkembangkan __________________________________________

dan___________untuk ___________________________________________ darisegi

_____________________________berdasarkan ________________

dan_________________________. Usaha ini adalah bertujuan untuk

melahirkanwarganegara Malaysia yang

__________________________________________________________________________

dan berkeupayaan _________________________________ serta

_________________ terhadap __________dan

_________________________________________ .

Page 11: Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh danbersepadu

untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis darisegi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara