Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

28
GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN Definisi Stress Definisi stress dari Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (1996 : 343) bermaksud stress adalah tekanan, desakan dan ketegangan. Kebiasaannya stress wujud dari tejanan emosi Terdapat pelbagai takrif yang diberikan oleh pengkaji tentang tekanan dalam usaha untuk memahami fenomena tekanan. Dalam Lisan al-Arab istilah tekanan disebut sebagai (d.agt) Mu’jam ‘Ilm al- Nafs telah menjelaskan makna d. agt. sebagai keadaan jiwa atau emosi yang mengalami pergolakan dan kegelisahan yang amat dalam (Fakhir ‘Akil 1985: 110). Stress adalah pengalaman yang bersifat internal yang menciptakan adanya ketidakseimbangan fisik dan psikis dalam diri seseorang akibat dari faktor lingkungan eksternal, organisasi atau orang lain (Szilagyi, 2000). Stress biasanya dianggap sebagai sesuatu yang negatif. Sering dikira disebabkan oleh sesuatu yang buruk, dan disebut sebagai distress. Tetapi ada juga stress yang positif, yang disebabkan oleh sesuatu yang baik, misal dipromosikan untuk kenaikan pangkat dengan diberikan pekerjaan di tempat lain. 1 NO MATRIX: 200866

Transcript of Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

Page 1: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Definisi Stress

Definisi stress dari Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (1996 : 343) bermaksud stress

adalah tekanan, desakan dan ketegangan. Kebiasaannya stress wujud dari tejanan emosi

Terdapat pelbagai takrif yang diberikan oleh pengkaji tentang tekanan dalam usaha untuk

memahami fenomena tekanan. Dalam Lisan al-Arab istilah tekanan disebut sebagai

(d.agt) Mu’jam ‘Ilm al-Nafs telah menjelaskan makna d. agt. sebagai keadaan jiwa atau

emosi yang mengalami pergolakan dan kegelisahan yang amat dalam (Fakhir ‘Akil 1985:

110).

Stress adalah pengalaman yang bersifat internal yang menciptakan adanya

ketidakseimbangan fisik dan psikis dalam diri seseorang akibat dari faktor lingkungan

eksternal, organisasi atau orang lain (Szilagyi, 2000). Stress biasanya dianggap sebagai

sesuatu yang negatif. Sering dikira disebabkan oleh sesuatu yang buruk, dan disebut

sebagai distress. Tetapi ada juga stress yang positif, yang disebabkan oleh sesuatu yang

baik, misal dipromosikan untuk kenaikan pangkat dengan diberikan pekerjaan di tempat

lain.

Gibson, Ivancevich dan Donnely (1996) mendefinisikan stress sebagai suatu tanggapan

penyesuaian, diperantarai oleh perbedaan- perbedaan individu dan atau proses psikologis,

akibat dari setiap tindakan lingkungan, situasi, atau peristiwa yang menetapkan

permintaan psikologis dan atau fisik berlebihan kepada seseorang. Definisi tersebut

menggambarkan stress sedikit lebih negatif, sedangkan menurut pakar stress, Dr. Hans

Selye, memperkenalkan stress sebagai suatu rangsangan dalam pengertian posisif,

disebut sebagai Eutress. Eustress membuat individu mampu beradaptasi terhadap

lingkungan dan menyebabkan terjadinya perkembangan ke arah yang lebih baik. Eutress

diperlukan dalam hidup.

1.0 Pendahuluan

Setiap individu yang dilahirkan ke dunia ini pernah dan pasti akan menghadapi stress,

atau erti kata lain, ketegangan dalam kehidupan seharian mereka. Hampir tiada seorang

pun yang hidup di muka bumi ini akan terlepas daripada menghadapi stress, baik sedikit

1 NO MATRIX: 200866

Page 2: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

mahupun banyak. Stress boleh dirasai oleh hampir semua individu, tidak kira darjat, dari

peringkat paling bawah sehinggalah kepada orang yang ternama dan terkemuka. Stress

atau tekanan kepada jiwa, perasaan dan keadaan fizikal seseorang merupakan satu faktor

yang dihadapi oleh ramai khususnya golongan yang bekerja.

Sterss merupakan satu reaksi adaptif terhadap sesuatu yang dipandang sebagai mencabar

atau mengancam ketenteraman jiwa atau akal seseorang. Meskipun menurut pakar-pakar

terdapat dua aspek stress iaitu stress yang baik (eustres) dan stress yang tidak baik

(distress), namun pada lazimnya kesan dari apa yang dianggap sebagai tekanan ini adalah

selalunya negatif. Di dalam arus pembangunan yang moden kini, isu stress menjadi

semakin serius. Kini, stress di tempat kerja mempunyai pengaruh yang signifikan

terhadap individu dan organisasi. Ramai majikan dan pekerja semakin prihatin terhadap

isu ini kerana implikasinya sering menggugat prestasi kerja dan melemahkan tahap

pencapaian individu mahupun organisasi. Di kebanyakan negara - negara khususnya

negara - negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun isu stress ini

hangat diperkatakan dan di beri banyak perhatian. Isu ini mendapat tumpuan bukan

sahaja di kalangan ahli akademik yang banyak membuat kajian tentang tahap dan kesan

stres ke atas individu di tempat kerja, malah ianya telah mula diterima oleh organisasi -

organisasi sebagai satu perkara yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya untuk

dipantau dan dikawal.

Tugasan kumpulan kami ini akan mengupas dan meninjau sedikit sebanyak isu stress di

dalam organisasi. Di antara isu - isu yang akan dibentangkan termasuklah definisi stress,

faktor - faktor yang boleh menyumbang kepada stres, mengenalpasti tanda - tanda stres,

kesan - kesan stres dan langkah - langkah yang boleh dan patut diambil oleh majikan atau

organisasi dalam menanggani masalah stress ini.

2.0 Memahami Stress Dalam Organisasi

Terdapat beberapa definisi stres dalam organisasi, definisi-definisi stres dari cabang

pemikiran Gelagat atau Perlakuan Organisasi (Organizational Behavior) diutarakan.

Menurut Greenberg and Baron (1997), stress ialah reaksi dari segi emosi, kognitif dan

fisiologi individu terhadap faktor - faktor stress. Stress turut dirujuk sebagai tindakbalas

2 NO MATRIX: 200866

Page 3: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

individu terhadap situasi yang dirasakannya mencabar dan menggugat (McShane & Von

Glinow, 2003). Menurut Sidi dan Shaharom (2002) stres adalah tindakbalas minda dan

fizikal yang terhasil daripada permintaan (atau cabaran), mengikut sesuatu keadaan dan

tempat. Ianya, mengikut pendapat mereka, melibatkan perasaan subjektif, yang pada

mulanya diterima oleh diri seseorang secara aman, tetapi lama-kelamaan menjadi

semakin ‘kacau’ apabila permintaan atau cabaran semakin bertambah. Daripada definisi

yang telah diutarakan, stress dalam konteks organisasi bolehlah diringkaskan sebagai

satu tindakbalas mental dan fizikal individu terhadap faktor - faktor berkaitan dengan

tugas yang boleh memberi ancaman dan tekanan kepadanya.

Rajah 1 : Kerangka Konseptual dari Dunham (1992 )

3 NO MATRIX: 200866

STRESS

Faktor luaran Faktor

dalaman

Masalah Peribadi

Emosi

Pentadbiran

Pekerja

Keluarga

Geografi

Page 4: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

3.0 Faktor - Faktor Yang Boleh Menyumbang Kepada Stress Di Dalam Organisasi.

Memahami punca stress amat penting bagi seseorang mengurus diri, keluarga dan

sesebuah organisasi. Kefahaman tentang stress ibarat kayu pengukur yang mengukur

tahap kesedaran serta persiapan diri seseorang bagi meraih kejayaan dalam kehidupan.

Dalam organisasi dan dalam menjalankan tugas seharian, mahu atau pun tidak, setiap

individu pastinya tidak akan dapat lari dari berhadapan dengan stress. Apa yang

dianggap sebagai stres di tempat kerja dan apa sebenarnya yang mengganggu prestasi

kerja dan kewarasan pemikiran seseorang di tempat kerja. Hasil daripada kajian literatur

dan pendapat ahli-ahli akademik (Neufeld, 2004; Shannon, 2003; Cooper, Dewe and

O’Driscoll, 2001), punca-punca stres di tempat kerja boleh dibahagikan kepada dua

faktor utama iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran boleh dibahagikan

kepada lima kategori iaitu, peranan dan tanggungjawab, persekitaran tempat kerja,

perhubungan interpersonal, corak kepimpinan dan polisi organisasi. Faktor dalaman pula

berkaitan dengan diri individu itu sendiri dan boleh menjadi faktor yang boleh

menyumbang kepada stress.

a) Faktor luaran

i. Peranan dan tanggungjawab

Peranan dan tanggungjawab yang berat diberikan kepada pekerja akan

menyebabkan individu tertekan kerana tanggungjawab yang diberikan agak

berat. Selain itu beban kerja yang tinggi dalam masa singkat juga menjadi

punca pekerja tertekan semasa menjalankan tugas. Tugas dan tanggungjawab

seseorang pekerja yang tidak jelas juga menjadi salah satu penyumbang

kepada stress.

ii. Persekitaran tempat kerja (aspek fizikal di tempat kerja)

Misalnya, di tempat kerja , kita dilonggokan dengan bebanan kerja yang

semakin bertambah. Jesteru, kita akan bekerja keras setiap hari untuk

mengatasi stress yang semakin hari semakin meningkat. Di dalam persekitaran

tempat bekerja yang begitu menekan, bayangkan bagaimana seseorang pekerja

itu terpaksa balik lewat malam untuk menyelesaikan tugas yang diamanahkan

sehingga ke suatu tahap pemikaran jasad seseorang tidak lagi dapat menerima

4 NO MATRIX: 200866

Page 5: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

tekanan yang sedia ada. Akibatnya dia mula letih untuk memulakan kerja

kesokan harinya dan mudah marah kerana masalah kecil.

iii. Perhubungan interpersonal

Perhubungan diantara perkerja dalam organisasi amat penting dalam

memastikan hala tuju sesebuah organisasi. Budaya kerja yang kurang sihat

seperti mengumpat, dengki, tidak puas hati menjadi penyumbang kepada

masalah stress kepada pekerja. Selain itu masalah buli dikalangan pekerja juga

menjadi penyumbang berlakunya stress dalam sesebuah organisasi. Isu

perkauman dan ketidakadilan juga boleh menyumbang kepada stress.

iv. Sokongan

Corak kepimpinan dan penyeliaan dari pihak atasan menjadi faktor utama

berlakunyan masalah stress. Kurang sokongan dari pihak atasan, seseorang

individu merasakan dirinya tidak dihargai oleh pihak atasan sebagai individu

yang menyumbang kepada pembangunan sesebuah organisasi.

v. Polisi organisasi

Polisi organisasi yang tidak mempunyai jaminan kerja serta perubahan dalam

pengurusan/polisi akan menyebabkan pekerja kurang yakin dengan organisasi

tempat mereka bekerja.

b) Faktor dalaman

i. Jangkaan ealistik (tinggi) terhadap keupayaan diri- Seseorang individu yang

tidak mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap keupayaanya melakukan

kerja di dalam sesebuah organisasi, maka ia akan menyebabkan individu

tersebut berasa stres dan tertekan.

ii. Jangkaan tidak realistik (tinggi) tidak terhadap kerja. Sikap individu yang

tidak yakin terhadap hasil dan mutu kerja.

5 NO MATRIX: 200866

Page 6: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

iii. Tidak menerima kekurangan/kelemahan diri

Dalam kita membincangkan faktor - faktor yang boleh membawa kepada stress

dalam organisasi, dua perkara perlulah diberi penekanan. Pertama, stress tidak

sepatutnya dilihat sebagai satu faktor yang hanya memberi kesan negatif dan

kurang produktif kepada individu. Sebaliknya, ada yang berpendapat bahawa

tahap stress yang optima boleh memberi kesan positif kepada produktiviti dan

hasil kerja individu.

Kedua, perlu juga diberi penekanan bahawa kita tidak boleh membuat andaian

secara am atau meyeluruh bahawa setiap individu akan menghadapi dan

mengalami tahap dan kesan stress yang sama. Setiap faktor yang boleh

membawa kepada stres kepada individu dalam organisasi, seperti yang telah

dibincangkan sebelum ini, boleh memberi kesan yang berbeza antara individu.

Variasi ini disebabkan oleh kadar toleransi individu yang berbeza terhadap stres.

Misalnya, kerja lebih masa yang panjang mungkin tidak dianggap sebagai stres

kepada pekerja A tetapi adalah faktor yang memberi stres kepada pekerja B atas

sebab - sebab tertentu seperti kesihatan atau keluarga.

4.0 Kesan Stres Kepada Individu Dan Organisasi

Stress adalah satu masalah besar yang perlu diterima oleh organisasi masakini. Apabila

faktor-faktor yang boleh membawa kepada stress memberi kesan yang tidak lagi dapat

diterima oleh seseorang individu, kesan awal stress biasanya akan dapat dirasai dan

dilihat samada secara langsung atau tidak langsung.

a) Komplikasi fisiologi

Tekanan darah tinggi, kenaikan denyutan nadi, berpeluh, anak mata membesar,

kesukaran bernafas, badan rasa kebas adalakalanya seseorang itu terasa terawang-

awang.

6 NO MATRIX: 200866

Page 7: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

b) Komplikasi kognitif

Sukar membuat keputusan, sensitif terhadap kritikan, pelupa, sukar berfikir serta

memberi tumpuan terhadap sesuatu.

c) Kesan psikologi

Kurang tenaga, tekanan jiwa, murung, mudah bimbang atau resah tidak menentu,

kelihatan muram, berasa bersalah, cepat letih dan perasaan rendah diri.

d) Kesan perlakuan/tingkah laku

Panas baran, mudah marah, makan berlebihan atau hilang selera makan,

mengambil dadah untuk menenangkan fikiran.

e) komplikasi Organisasi

Seseorang tidak hadir ke tempat kerja, rasa tidak puas hati, produktiviti yang

rendah, suasana bekerja tidak harmonis.

Secara amnya, dapatlah disimpulkan bahawa kadar stress yang berlebihan boleh memberi

kesan yang negatif kepada individu yang bekerja. Sekiranya tidak diberi perhatian yang

sewajarnya, dalam jangka masa panjang boleh membawa kepada komplikasi dan

pelbagai masalah kesihatan yang lebih serius seperti kemurungan, tekanan darah tinggi

dan sakit jantung.

Dari segi kesan kepada organisasi, kajian ada menunjukkan bahawa individu yang stress

akan menyebabkan penurunan tahap kepuasan bekerja (job satisfaction) dan prestasi

kerja. Antara kesan - kesan lain ialah tidak hadir ke tempat kerja, rasa tidak puas hati,

produktiviti yang rendah dan tahap motivasi yang rendah. Menurut satu kenyataan

akhbar oleh Health and Safety Executive, United Kingdom bertarikh Oktober 2002, stres

adalah isu kedua terbesar yang menyumbang kepada faktor ketidakhadiran pekerja akibat

sakit. Ianya menyebabkan industri di United Kingdom mengalami kerugian hampir 6.7

bilion pounds setahun. Perkara ini dipandang amat serius oleh pelbagai pihak khususnya

kerajaan kerana stres membawa kepada kesan negatif khususnya dari aspek produktiviti

dan kemajuan satu-satu organisasi. Tidak hairanlah bahawa satu kajian di Amerika

Syarikat mendapati bahawa lebih separuh dari 50 negeri telah mengiktiraf bahawa stres

7 NO MATRIX: 200866

Page 8: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

di tempat kerja sebagai punca sah dari aspek perundangan dan pekerja boleh menuntut

gantirugi kerananya. Secara amnya, individu yang stress di tempat kerja bukan hanya

akan memberi kesan kepadanya tetapi akan turut memberi implikasi negatif kepada

organisasi sekiranya tidak diurus dan dikawal dengan baik.

5.0 KES-KES STRES:

a) Kes 1: Karoshi di Jepun

Yaoichi Kawamoto adalah seorang pengurus berusia 52 tahun di sebuah syarikat

perkakasan mesin di Selatan Jepun. Beliau yang biasanya bekerja lapan jam

sehari, kemudiannya bekerja enam jam lebih masa (overtime) dengan tidak

berbayar. Beliau turut bekerja pada hujung minggu dan cuti am. Satu hari,

Kawamoto telah menulis satu nota pendek; “bekerja lebih masa tanpa bayaran.

Dipaksa bekerja lewat”. Nota tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris mungkin

untuk menyembunyikannya dari rakan-rakan sekerja. Beberapa hari selepas

menulis nota tersebut, Kawamoto meninggal dunia. Dia mati akibat serangan

jantung yang kuat lagi mengejut. “Terlalu banyak masa dihabiskan bekerja telah

membunuhnya”, kata isterinya.

Kawamoto merupakan mangsa Karoshi (“Death from over work”). Kes pertama

karoshi telah dilaporkan pada 1969 di Jepun. Sejak itu, karoshi mula mendapat

perhatian dan pada tahun 70-an, lebih kurang 100 keluarga telah mendapat

gantirugi akibatnya. Kajian di Jepun telah menunjukkan bahawa karoshi adalah

berkait langsung dengan kerja lebih masa, kerja syif dan jadual kerja yang tidak

menentu (“irregular work schedules”). Kajian turut mendapati bahawa sebelum

kematian mereka, kebanyakan mangsa karoshi dikatakan telah bekerja lebih dari

3,000 jam setahun! Situasi kerja yang stres telah merosakkan sistem kardio dan

ini seterusnya membawa kepada strok dan serangan jantung. Ia juga

menyebabkan tekanan jiwa yang serius yang akhirnya membawa kepada kadar

membunuh diri yang tinggi.

8 NO MATRIX: 200866

Page 9: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Kes karoshi semakin bertambah dari setahun ke setahun. Kerajaan Jepun

mencatatkan 317 kes karoshi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun pakar meramalkan kadar kematian akibat karoshi adalah mungkin

hampir 10,000 dan hampir sejuta pekerja kolar putih berisiko tinggi.

Sumber: Financial Times (May 29, 2002)

b) Kes 2: Cubaan Membunuh Diri

Di Cheras, seorang lelaki berbangsa Cina telah naik ke atas bangunan tiga tingkat

pada jam 6 pagi tanpa seurat benang pun. Sekitar jam 7 pagi orang ramai

berkumpul di luar sekitar bangunan tersebut kerana ‘tertarik’ dengan bunyi bising

yang mereka dengar. Tidak lama kemudian pihak polis dan bomba tiba ke tempat

tersebut untuk membantu menyelesaikan masalah.Lelaki tersebut mundar-mandir

di atas bangunan tersebut sambil membuat bising. Beliau memegang sebatang

besi paip untuk menghalang pihak berkuasa bertindak ke atasnya. Ibu dan ahli

keluarganya yang lain berada di situ sambil memujuknya untuk turun. Beberapa

kali beliau cuba untuk terjun tetapi kemudian membatalkan niatnya. Pihak

berkuasa telah menggunakan kepakaran mereka untuk memujuknya bagi

mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku, tetapi gagal. Orang

ramai terus berkumpul di bawah untuk menyaksikan apa yang berlaku.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa lelaki tersebut merupakan seorang

jurutera yang tertekan akibat kerja. Sebelum kejadian itu, beliau baru sahaja

bertukar tempat kerja ke sebuah syarikat pembinaan yang baru. ‘Drama’ tersebut

berakhir apabila ibu jurutera tersebut tiba-tiba pengsan pada jam 12:30 tengahari

akibat terlalu lama berada di bawah cahaya matahari. Terkejut melihat kejadian

itu, lelaki tersebut bergegas turun untuk mendapatkan ibunya dan ini

membolehkan pihak berkuasa menangkapnya. Beliau kemudiannya dihantar ke

hospital untuk pemeriksaan lanjut. Sumber: NST, 2004

c) Kes 3: Pemberhentian kerja yang tidak adil (unfair dismissal)

9 NO MATRIX: 200866

Page 10: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Setelah hampir 27 tahun berkhidmat dengan setia dengan sebuah syarikat di

Pulau Pinang, Tan Sim Poh telah diberhentikan kerja pada tahun 1999. Alasan

yang diberikan oleh syarikat semasa pemberhentian tersebut ialah ‘prestasi

mendukacitakan’. Tan amat terkejut dengan tindakan syarikat dan

menganggapnya sebagai satu tindakan yang tidak adil (unfair dismissal). Beliau

bertindak untuk menyaman syarikat tersebut dan membawa kes tersebut ke

Mahkamah Industri.

Melalui siasatan yang dijalankan oleh peguam beliau, Tan yang pada waktu itu

bertugas di bawah Pengurus Operasi syarikat menghadapi perhubungan yang

amat tegang dengan pengurusnya. Mahkamah telah diberitahu bahawa pengurus

tersebut pernah mengatakan bahawa Tan adalah seorang yang degil. Tan pula

telah mengatakan bahawa dia merasa tertekan (stress) bekerja di bawah pengurus

tersebut. Tan memberitahu mahkamah bahawa di hadapan beberapa pekerja lain,

pengurus tersebut telah mengaku bahawa beliau tidak boleh bekerja dengan Tan

dan tidak mempercayainya. Bagaimanapun siasatan menunjukkan bahawa tiada

sebab kukuh yang dikemukakan oleh pengurus tersebut bersabit mengapa beliau

tidak boleh bekerja dengan Tan. Tan telah memenangi kes tersebut dan

menerima RM320,484.00 sebagai gantirugi. Sumber: TheStar, 24 Disember 2004

6.0 Cara-cara mengatasi Stress Dalam Organisasi

Daripada beberapa kesimpulan yang dibuat beberapa cadangan yang berkaitan dengan

penyelesaian stress guru di dalam organisasi. Cadangan-cadangan yang boleh

dilaksanakan seperti dalam perenggan-perenggan yang berikut.

a) Mengurus stres: pendekatan praktikal yang boleh diambil oleh majikan dan

organisasi.

Seperti yang telah dinyatakan dalam perbincangan mengenai tanda – tanda stress,

setiap individu mempunyai tahap ketahanan dan cara pengendalian stres yang

berbeza. Berdasarkan kepada andaian tersebut, adalah tidak menghairankan

bahawa majikan atau organisasi biasanya membuat rumusan bahawa stress adalah

10 NO MATRIX: 200866

Page 11: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

sekadar tindak balas individu terhadap apa yang dirasakan olehnya sebagai

tekanan dan lazimnya, akan ada individu yang lebih lemah daripada individu

yang lain. Selaras dengan itu, pengurusan stress dianggap sebagai

tanggungjawab individu itu sendiri dan perlu ditanggani sendiri olehnya. Stress

tidak dianggap sebagai masalah organisasi.

Kebelakangan ini, terutama di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun,

isu stres mula mendapat perhatian dari organisasi. Mahu tidak mahu, majikan

terpaksa akur bahawa stres sebenarnya banyak membawa implikasi negatif

khususnya ke atas tahap produktiviti dan prestasi kerja. Akibat dari

perkembangan ini, masalah stres mula diterima sebagai satu perkara yang perlu

dihadapi bersama oleh pekerja dan organisasi. Selain daripada melihatnya

sebagai satu masalah individu, organisasi/majikan mula mengambil langkah

proaktif untuk menanggani stres. Menurut kajian yang dibuat di Amerika

Syarikat, banyak organisasi mula mengambil kira isu stres untuk memastikan

ianya terkawal dan tidak menjejaskan prestasi kerja individu. Beberapa

pendekatan yang dirasakan pratikal untuk diambil oleh para majikan dalam

menanggani isu stres di tempat kerja. Mengikut McShane & Von Glinow (2003),

terdapat empat pendekatan yang boleh diambil oleh organisasi.

b) Menghapuskan Punca Stres

Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengawal stres adalah dengan

menghapuskan punca-punca stres yang terdapat di dalam organisasi. Organisasi

perlulah terlebih dahulu menyiasat punca utama stres di tempat kerja. Dengan

berbuat demikian, punca stres yang telah dikenalpasti akan dapat dihapuskan.

Contohnya, sekiranya rekabentuk pejabat merupakan faktor yang dikenalpasti

sebagai memberi tekanan kepada pekerja, perubahan ke atas rekabentuk pejabat

tersebut hendaklah dilakukan untuk mengurangkan stres kepada pekerja. Kaedah

ini, walaubagaimanpun, merupakan satu pendapat yang agak ekstrim kerana

bukan mudah untuk menghapus terus punca-punca stress. Apa yang dapat

dilakukan adalah untuk mengubah keadaan yang dapat mengurangkan atau

mengecilkan risiko kepada berlakunya stres.

11 NO MATRIX: 200866

Page 12: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

c) Mengundur diri dari stress

Satu lagi cara yang boleh membantu majikan/organisasi mengurangkan stres ialah

dengan menggunakan pendekatan yang membolehkan seseorang itu menjauhkan

dirinya dari faktor-faktor stres secara tetap ataupun sementara. Contoh

pengunduran berbentuk tetap ialah apabila pekerja berpindah tempat kerja

ataupun bertukar kerja kepada yang lebih sesuai dengan keupayaan dan nilai.

Kaedah pengunduran secara sementara, menurut McShane & Von Glinow (2004),

adalah pendekatan yang paling kerap digunapakai untuk mengurus stres di tempat

kerja. Kaedah ini termasuklah memberi cuti untuk membolehkan mereka yang

menghadapi stres merehatkan minda ataupun mengambil masa untuk

menyelesaikan permasalahan yang membawa kepada stres tersebut. Kerajaan

Australia, misalnya, telah memperkenalkan perundangan yang membenarkan para

pekerja untuk mengambil cuti istimewa dengan gaji selama dua atau tiga bulan

selepas 10 atau 15 tahun perkhidmatan selain dari kelayakan cuti tahunan.

d) Mengubah persepsi terhadap stress

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza terhadap apa saja yang berlaku

di sekeliling mereka termasuklah terhadap apa yang dianggap sebagai stres.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, setiap individu mempunyai tahap

toleransi dan pemahaman yang berbeza. Berlandaskan kepada fakta ini, pihak

majikan boleh membantu pekerja yang menghadapi stress dengan cuba untuk

mengubah persepsi mereka terhadap faktor-faktor stress tersebut.

Untuk berbuat demikian, para pekerja perlu didedahkan dengan latihan untuk

mengukuhkan daya tahan diri baik dari segi mental mahupun kesihatan tubuh

badan, menggunakan sepenuhnya keupayaan dan kebolehan yang ada pada diri

mereka dan disokong secara kukuh oleh pihak majikan. Elemen-elemen

kepimpinan kendiri seharusnya diterapkan dengan lebih mendalam di dalam

organisasi agar membolehkan pekerja menghadapi cabaran-cabaran perkerjaan

yang boleh dipersepsikan sebagai pengancam kepada berlakunya stres. Selain

daripada itu, aktiviti-aktiviti seperti ceramah motivasi dan pengurusan minda atau

masa boleh diadakan untuk membolehkan para pekerja mengetahui cara-cara

yang berkesan untuk mengurus stress yang mereka hadapi.

12 NO MATRIX: 200866

Page 13: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

e) Mengawal implikasi-implikasi stress

Mengurus stres juga melibatkan pengawalan implikasi-implikasi stres. Ini

melibatkan aktiviti-aktiviti riadah dan program-program yang dapat mengajar dan

menyokong para pekerja dalam usaha mereka untuk menguruskan stress secara

berkesan.Program pengurusan stres, misalnya, adalah satu amalan pengurusan

sumber manusia yang baik (Shannon, 2003). Antara amalan yang disarankan

ialah supaya organisasi menyediakan kemudahan bersenam/berekreasi seperti

gymnasium, kelab aerobik dan lain-lain. Semua ini boleh menjadi aktiviti/tempat

untuk menghilangkan stres dan kepenatan bekerja. Kajian oleh Daley dan Parfitt

(1996), Falkenberg (1987) dan Shepard, Coz & Corey (1981) menunjukkan

bahawa aktiviti-aktiviti riadah khususnya senaman dapat mengurangkan kadar

implikasi dari sudut fisiologi (kesihatan). Ternyata tubuh yang sihat dapat

membantu kekuatan mental untuk mengurus stress yang dihadapi. Di Malaysia

sendiri, terdapat jabatan-jabatn kerajaan dan swasta yang telah mula mengadakan

aktiviti riadah seperti senaman ringan sebelum waktu pejabat pada setiap hari

Isnin dan senamrobik beramai-ramai pada hujung minggu. Ini merupakan salah

satu cara dalam pendekatan mengawal implikasi stres seperti yang dicadangkan

oleh para pengkaji stres. Selain itu, program-program ilmiah dan berbentuk

keagamaan juga boleh diadakan bagi membantu pekerja menguatkan nila-nilai

murni yang mereka pegang. Terdapat juga program-program (“Employee

Assistance Program – EAP”) sokongan seperti kaunseling, kursus-kursus atau

latihan-latihan bagi membantu pekerja mengatasi permasalahan mereka.

7.0 Stres dari Perspektif Organisasi : Pendekatan Islam

Islam mempunyai pandangan yang lebih holistik di dalam membicarakan isu stress di

tempat kerja. Pembangunan insan adalah suatu yang sangat dititik beratkan di dalam

Islam samada dari segi spritual, mental dan fizikal. Perbincangan tentang stres yang

difahami oleh Barat dan negara maju kebanyakannya hanya memberi penekanan pada

aspek mental dan fizikal. Namun satu aspek yang sering diabaikan ialah dari segi

kerohanian yang boleh menjadi penyebab utama kepada serangan stres. Dalam satu

13 NO MATRIX: 200866

Page 14: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

hadith, Rasulullah telah menegaskan bahawa hati yang menempatkan taqwa adalah raja

kepada tubuh badan seseorang yang menentukan baik atau buruknya anggota badan yang

lain termasuk fizikal dan mental. Al Ghazzali dalam karyanya Ihya Ulumuddin

menegaskan bahawa semua tindak-tanduk manusia, samada sedar atau tidak, adalah

bertunjangkan kepada jiwa dan hati. Pandangan ini telah didokong secara tidak langsung

oleh pandangan Barat yang mencadangkan teknik-teknik menenangkan jiwa (relaxation)

secara mendalam termasuk meditasi bagi menguruskan stress.

Sifat iman dan taqwa tidak terhad untuk kepentingan akhirat semata tetapi merupakan

elemen penting dalam kehidupan kerjaya. Rasulullah telah menunjukkan dengan jelas

pertautan antara iman dengan kerjaya dengan sabdanya yang bermaksud “Allah sangat

suka kepada seorang mu’min yang mempunyai kepakaran tersendiri (professional)”.

Dalam satu hadith yang lain Rasulullah menyebut bahawa Allah sangat suka orang yang

bila mengerjakan sesuatu perkara, dia akan melakukannya dengan itqan iaitu dengan

kualiti dan penuh ketelitian. Intipati yang jelas dari hadith-hadith yang dibawa di atas

ialah bagaimana Rasulullah tidak pernah membezakan antara professionalisma dengan

Islam dan keimanan. Kepercayaan kepada Allah, nilai-nilai murni serta ketentuanNya

adalah antara paksi yang penting dalam kehidupan kerjaya. Segala bebanan kerja harus

dilihat sebagai dugaan keimanan dari Tuhan dan diurus dengan baik sesuai dengan fiqh

keutamaan (awlawiyyat / priority) supaya seseorang dapat menjuruskan stresnya kepada

sesuatu yang lebih positif.

Oleh yang demikian, seorang mu’min professional yang sejati sepatutnya mampu

mengawal sebarang tekanan stress dan melihatnya dari sudut yang membina dan

meningkatkan keimanan. Namun begitu, Islam juga mengakui naluri sifat stress dalam

kejadian manusia (rujuk al-Ma’arij : 19-25) dan mencadangkan beberapa prinsip yang

patut dipatuhi bagi menangani stres dalam konteks organisasi.

Pertamanya, prinsip al-Adl wa al-Ihsan perlu dilaksanakan oleh majikan seperti yang di

syorkan oleh Allah dalam firmaNya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh

berlaku adil dan berbuat kebaikan…” (al-Nahl: 90). Dasar keadilan dan kebaikan ini

dituntut oleh Allah dalam semua perkara termasuk berlaku adil dan memastikan

kebajikan pekerja di dalam sesebuah organisasi. Majikan dilarang menekan pekerja dan

memberi bebanan kerja maksima yang akhirnya akan menjadikan pekerja stress lantas

gagal menunjukkan prestasi. Kata hikmah ada menyebut bahawa seorang pengembara

14 NO MATRIX: 200866

Page 15: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

yang enggan berhenti rehat untuk tunggangannya tidak akan sampai ke destinasi dan

hanya akan mengakibatkan tunggangannya mati kepenatan.

Keduanya, organisasi mesti berusaha membina semangat al-Ta’aawun wa al-Takaful

iaitu setiakawan dan ‘team spirit’ yang kuat. Ini sangat bersesuaian dengan sabda

Rasulullah yang memberi gambaran organisasi Islam sebagai sebuah bangunan yang

mana setiap bahagian bata berperanan menyokong dan menguatkan bata yang lain. Dasar

ini jika dilaksanakan di dalam organisasi akan mampu mengekang stres dari kalangan

pekerja.

Ketiganya, organisasi mesti menyediakan suasana tempat kerja yang kondusif, Islamik

(Biah Solehah) dan berdaya membina iman, sesuai dengan tuntutan Islam yang

menyatakan kerja sebagai ibadah. Dengan adanya suasana ini, pekerja akan mampu

menjaga hubungannya dengan Allah dan secara langsung akan dapat mengawal stres

bebanan kerja.

Selain dari dasar yang disebut diatas, banyak lagi tuntutan-tuntutan lain yang diajar oleh

Islam bagi mengekang stres di organisasi. Antaranya majikan perlu sentiasa berbincang

dan meminta pandangan pekerja (Syura) dalam hal-hal melibatkan kepentingan bersama.

Majikan juga memikirkan cara memberi motivasi dan imbuhan sewajarnya kepada

pekerja untuk meggalakkan produktiviti dan menjauhi tekanan kewangan. Apa yang

dibincang diatas adalah sebahagian dari dasar-dasar penting bagi menangani stres dalam

organisasi yang disyorkan dalam Islam. Adalah menjadi tanggungjawab bersama,

majikan dan pekerja, untuk memikirkan cara dan metod terbaik untuk melaksanakan

dasar-dasar ini di dalam organisasi mereka sesuai dengan kehendak dan hukum yang

ditentukan oleh Islam.

8.0 Kesimpulan

Pelbagai faktor di tempat kerja boleh membawa kepada stres dan implikasi-implikasi

stres kepada pekerja dan organisasi telah dibincangkan. Saranan-saranan untuk

menanggani stres dari perspektif Perlakuan Organisasi turut dikemukakan. Tinjauan juga

mendapati bahawa berbanding dengan perspektif negara maju, Islam lebih memberi

15 NO MATRIX: 200866

Page 16: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

penekanan kepada isu spritual/kerohanian dalam menanggani stres. Satu perkara yang

perlu diambil perhatian ialah implikasi stress yang sekiranya tidak dikawal dengan betul,

boleh membawa kemudaratan bukan sahaja kepada individu bekerja tetapi juga kepada

organisasi secara amnya. Kadar stres di negara Jepun, misalnya, adalah pada satu tahap

yang merisaukan. Di negara kita stres mungkin belum sampai ke tahap yang kritikal

seperti di Jepun. Walaubagaimanpun, isu stres perlu diberi ruang, jika tidak penekanan,

sekiranya kita tidak mahu sampai ke tahap seperti yang berlaku di Jepun.

Masalah stres adalah satu isu yang kompleks. Faktor yang menyebabkan stres bukan

satu dan jalan penyelesaian bukan mudah. Tanggungjawab majikan bukanlah sahaja

untuk menyediakan persekitaran kerja yang bebas-stres (stres-free) tetapi adalah untuk

mengambil langkah-langkah sewajarnya yang boleh membantu pekerja daripada

terdedah kepada faktor-faktor/punca-punca yang boleh membawa kepada stres di tempat

kerja. Sebaiknya, masalah stres perlulah ditanggani secara bersama oleh individu

(pekerja) dan majikan (organisasi). Islam menyarankan, selain dari faktor-faktor di atas,

perhubungan manusia dengan tuhan mesti diberi keutamaan, terutamanya di dalam

mengerjakan ibadat untuk mengawal stres. Di samping itu, menyelidik punca stres,

mengubah perkara yang banyak menyebabkan stres, menyediakan program-program

pengurusan stres dan kemudahan rekreasi, misalnya, adalah amalan-amalan pengurusan

yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya.

16 NO MATRIX: 200866

Page 17: Hubungan Manusia Dlm Penradbiran

GMGM 3013 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

Rujukan

Abdur Rauf, M. (1991) Ummah: The Muslim Nation. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Colin, J.M., Cousins, R., Kelly, P.J., Lee, S. and McCaig Ron H. (2004) Managementstandards and work-related stress in the UK: Policy background and science. 18 (2), 91-112.

Dunham, J. (1992). Stress in teaching. London: Routledge

Financial Times, May 29, 2002, Karoshi di Jepun.

Greenberg, J. & Baron, R.A . (1997) Behavior in Organizations (6th. ed) New Jersey: Prentice-Hall.

Hatta Sidi, Mohamed Hatta Shahrom, 2002, Mengurus Stress Pendekatan Yang Praktikal,Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Health and Safety Executive, United Kingdom bertarikh Oktober 2002,

McShane, S.L & Von Glinow, M.A (2003) Organizational Behavior: Emerging Realities for the Workplace Revolution (3rd. ed). New York: McGraw-Hill.

Mohamed Hatta Shahrom, 1995. Perubatan Psikologi Islam.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

News Straits Times, 2004, Kes jurutera Cina.

Nishiyama, K. and Johnson, J.V. (1997) Karoshi-Death from overwork: Occupational health consequences of the Japanese production management. Retrieved Disember, 2004, from http://bugsy,serve.net/cse/whatsnew/karoshi.htm.

Robbins, S.P (2001) Organizational Behavior (9th. Ed). New Jersey: Prentice-Hall.

Shannon, G. (2003) Stress at work and the duties of the employer. Retrieved Disember 2004 from http://www.legal-island.com/Review17.htmm.

Sidi, H. & Shaharom, M. H. (2002) Mengurus Stres Pendekatan Yang Praktikal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Simple Stress Management (2004) Retrieved Disember, 2004, from http//www.selfleadership.com.au/articles/stress.htm

TheStar, 24 December 2004, Unfair dismissal.

17 NO MATRIX: 200866