Hukum Mafqud Menurut Imam

download Hukum Mafqud Menurut Imam

of 3

Transcript of Hukum Mafqud Menurut Imam

  • 8/17/2019 Hukum Mafqud Menurut Imam

    1/3

    HUKUM MAFQUD BERDASARKAN PENDAPAT IMAM 4

    Ketika mana seseorang itu hilang sering timbul persoalan sama ada dia masih lagi

    hidup atau tidak. Persoalan ini penting memandangkan dalam kedua-dua keadaan ada

    implikasinya yang tersendiri. Implikasi daripada sudut hukum-hakam isteri atau suaminya

    serta warisnya. Mengenangkan adanya kebarangkalian dia masih lagi hidup sepertimana

    terdapat kemungkinan dia sudah mati, keadaan ini menuntut supaya ditetapkan suatu tempoh

    masa agar keadaannya dapat dipastikan. Dengan erti kata lain, sesudah tempoh masa itu

    berlalu, dapat disimpulkan bahawa dia sudah mati. Perbincangan mengenai orang yang telah

    hilang sangat penting kerana situasinya yang tidak diketahui sama ada orang yang hilang itu

    masih hidup ataupun telah mati.

    Mengikut ulama fiqh yang telah berijtihad menentukan hukum mafqud mengatakan

    bahawa hukum orang yang berada dalam situasi mafqud diiktiraf sebagai masih hidup. Hal

    ini menentukan bahawa pasangan orang yang hilang itu masih berstatus kahwin dan

    membahagian harta tidak terjadi serta tidak perlu dilakukan solat jenazah ghaib.

    Hal ini telah membawa kepada perbahasan mengenai hukum mafqud dalam kalangan

    para imam 4 mazhab dan ulama terdahulu dalam menentukan hukum orang yang hilang tidak

    diketahui keadaannya.

    Ulama dalam kalangan Hanafiyyah menolak bahawa isteri orang yang hilang

    dibolehkan fasakh nikah dan iddah. Hal ini kerana pasangan tersebut tidak boleh dipisahkan

    dengan orang yang hilang. Alasannya ialah :

    Kerana prnikahan itu diketahui tetapnya, maka kehilangan suami tidak mengharuskan

    pencraian kerana kematian suami masih dalam keraguan dan pernikahan pula tidak boleh

    dihilangkan dengan keraguan. Maka pernikahan antara orang yang hilang itu dengan isterinyamasih tetap sehingga suami tidak mengakibatkan cerai atau sudah diketahui statusnya.

    Ulama dalam kalangan Imam Malik berpendapat bahawa permintaan fasakh nikah

    untuk iddah boleh dilakukan bagi istri yang suaminya hilang atau mafqud. Dan tempoh

    masanya adalah 70 tahun , berdasarkan pada riwayat dalam hadis Mansyur:

    “Usia umatku adalah antara 60 dan 70 tahun”.

  • 8/17/2019 Hukum Mafqud Menurut Imam

    2/3

    Di riwayatkan dari padanya bahwa orang yang hilang didaerah Islam dan terputus beritanya,

    maka isterinya berhak mengajukan perkaranya kepada hakim. Dan hakim akan menyiasat

    tempat-tempat yang diduga berada, dengan menggunakan saranan yang memungkinkan untuk

    mengetahui keadaannya. Apabila tidak diketahui maka hakim menetapkan tempoh bagi

    isterinya 4 tahun. Apabila tempoh telah habis, maka isteri beriddah dengan iddah wafat dan

    boleh berkahwin dengan orang lain.

    Pendapat ulama dalam kalangan Imam Imam Syafi’i sependapat dengan pendapat

    kalangan Hanafiyyah. Ia dinyatakan dalam kitabnya ”Al Umm” yang bermaksud:

    (isteri yang suaminya mafqud) tidak boleh beriddah dan menikah lagi selamanya hingga

    datang keyakinan akan wafatnya suami. Maka bagi isteri yang suaminya hilang tesebut tidak

    boleh untuk meminta fasakh dan beriddah untuk boleh menikah lagi dengan laki-laki lain

    hingga datang keyakinan akan wafatnya suami. Pendapat Imam Syafi’i tersebut adalah

    pendapatnya dalam qaul jadid, sedang dalam qaul qadimnya, ia berpendapat bahwa wanita

    yang ditinggal oleh suaminya tanpa berita selama empat tahun berhak mengajukan fasakh

    nikah ke pengadilan, kemudian ia dibolehkan menikah lagi dengan laki-laki lain setelah

    menjalankan waktu tunggunya.

    Pendapat Imam Hanbali Ibnu Qudamah dari kalangan Hanabilah berpendapat bahawasuami yang mafqud terdapat dua kemungkinan, iaitu mafqud yang masih ada dugaan suami

    selamat dan mafqud yang menyebabkan berat dugaan bahawa suami tidak selamat. Jika

    suami hilang dan diyakini dia masih selamat, maka hukumnya adalah status pernikahan

    tersebut tidak hilang selama belum ada keyakinan akan wafatnya suami. Sedangkan jika

    suami hilang dan diyakini tidak selamat maka isteri hendaklah menunggu empat tahun

    sebagaimana waktu hamil yang panjang dan beriddah wafat selama empat bulan sepuluh hari

    dan boleh bernikah kembali.

    Selain itu, pendapat ini bersamaan dengan pendapat Ibnu Qudamah berdasarkan fatwa

    Umar berkaitan dengan peristiwa seorang perempuan yang suaminya hilang kerana

    disembunyikan jin pada zaman khalifah Umar.

    Pendapat dari golongan ulama Hanafi mendapat persetujuan oleh majoriti ulama, iaitu

    menyerahkan mengenai batas waktu ini kepada Hakim, kerana hal itu berbeza-beza menurut

    perbezaan negara atau daerah dan peribadi seseorang. Oleh itu, perkara tersebut diserahkan

    kepada ijtihad hakim. Pendapat ini sesuai pemahaman dan lebih berguna bagi kemaslahatan.

  • 8/17/2019 Hukum Mafqud Menurut Imam

    3/3