Huraikan Perlaksanaan Dan Sumber

3
Huraikan perlaksanaan dan sumber-sumber Baitulmal pada zaman Khalifah al-Rasyidin abad ke-7 hingga abad ke-8 M. Pendahuluan § Baitulmal merupakan institusi kewangan yang berperanan menyelenggara segala sumber pendapatan dan perbelanjaan Negara. Menjadi tempat penyimpanan barangan yang berharga seperti emas, perak, batu permata, barang perhiasan dan harta-harta amanah seperti harta wakaf. § Institusi baitulmal wujud pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Buktinya, dinyatakan Abu Ubaidah adalah pemegang kunci baitulmal pada zaman tersebut. Ketika Khalifah Abu Bakar al- siddiq hampir meninggal dunia, beliau berpesan kepada Umar bin al- Khattab supaya mengambil hartanya sebanyak 800 dirham untuk dikembalikan kepada baitulmal. Isi-isi penting: § Peranan institusi ini menjadi penting pada zaman Khalifah Umar bin al-khattab, disebabkan harta Negara Islam kian bertambah berikutan kejayaan ekspedisi. Antara sumber pendapatan ialah zakat, fay’, jizyah, sedekah, kharaj, usyur dan ghanimah. Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran baitulmal. § Pada peringkat awal, Khalifah Umar bin la-Khattab telah melantik Uqail bin Abi Talib, Makramah bin Naufal dan Jubair bin Mut’im untuk mengendalikan institusi yang sebelumnya ini dikenali sebagai Diwan atau Khazanah. § Antara kepentingan atau peranan institusi baitulmal ialah bertanggungjawab secara langsung dalam menentukan pendapatan Negara dan mengagihkannya secara adil kepada mereka yang berhak dan untuk pembangunan Negara seluruhnya. § Matlamat penubuhannya untuk memberikan kemakmuran kepada umat Islam. Membina infrastruktur dan pelaburan dalam aktiviti-aktiviti social, perdagangan dan perindustrian. Kepentingan yang seterusnya

description

SEJARAH STPM P2

Transcript of Huraikan Perlaksanaan Dan Sumber

Page 1: Huraikan Perlaksanaan Dan Sumber

Huraikan perlaksanaan dan sumber-sumber Baitulmal pada zaman Khalifah al-Rasyidin abad ke-7 hingga abad ke-8 M.

Pendahuluan

§ Baitulmal merupakan institusi kewangan yang berperanan menyelenggara segala sumber pendapatan dan perbelanjaan Negara. Menjadi tempat penyimpanan barangan yang berharga seperti emas, perak, batu permata, barang perhiasan dan harta-harta amanah seperti harta wakaf.

§ Institusi baitulmal wujud pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Buktinya, dinyatakan Abu Ubaidah adalah pemegang kunci baitulmal pada zaman tersebut. Ketika Khalifah Abu Bakar al-siddiq hampir meninggal dunia, beliau berpesan kepada Umar bin al-Khattab supaya mengambil hartanya sebanyak 800 dirham untuk dikembalikan kepada baitulmal.

Isi-isi penting:

§ Peranan institusi ini menjadi penting pada zaman Khalifah Umar bin al-khattab, disebabkan harta Negara Islam kian bertambah berikutan kejayaan ekspedisi. Antara sumber pendapatan ialah zakat, fay’, jizyah, sedekah, kharaj, usyur dan ghanimah. Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran baitulmal.

§ Pada peringkat awal, Khalifah Umar bin la-Khattab telah melantik Uqail bin Abi Talib, Makramah bin Naufal dan Jubair bin Mut’im untuk mengendalikan institusi yang sebelumnya ini dikenali sebagai Diwan atau Khazanah.

§ Antara kepentingan atau peranan institusi baitulmal ialah bertanggungjawab secara langsung dalam menentukan pendapatan Negara dan mengagihkannya secara adil kepada mereka yang berhak dan untuk pembangunan Negara seluruhnya.

§ Matlamat penubuhannya untuk memberikan kemakmuran kepada umat Islam. Membina infrastruktur dan pelaburan dalam aktiviti-aktiviti social, perdagangan dan perindustrian. Kepentingan yang seterusnya ialah menyediakan keperluan-keperluan asas bukan sahaja untuk tujuan pembangunan Negara, bahkan ia merupakan tanggungjawab dari sudut kebajikan. Sumber daripada baitulmal juga digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan dan golongan tentera yang tetap ataupun secara sukarela.

Sumber-sumber Baitulmal

Zakat

§ Zakat daripada segi bahasa berasal daripada kata dasar zaka, iaitu bereti penambahan atau penyucian. Pada zaman Khulafa’ al-Risyidin, amil dilantik untuk melaksanakan urusan pemungutan dan

Page 2: Huraikan Perlaksanaan Dan Sumber

pengagihan daripada pihak yang layak berzakat mengikut ukuran dan kadar nisab tertentu. Zakat disalurkan kepada lapan golongan asnaf.

§ Antara peranan serta kepentingan ialah mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala, mensucikan jiwa daripada kekotoran dan serta memperoleh keberkatan. Zakat juga dapat mendamaikan dan mewujudkan kedamaian, dapat menyemai semangat bertanggungjawab serta tolong-menolong antara satu sama lain.

Cukai

KHARAJ

§ Hanya diperkenalkan sewaktu pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab. Pada zaman nabi Muhammad SAW, tanah-tanah yang dikuasai diberikan kepada pemilik asal dengan syarat membayar cukai dan bagi kawasan penganut Islam wajib mengeluarkan zakat.

§ Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, tanah yang dikenakan kharaj terdiri daripada tanah yang ditakluki terutama di Iraq.

§ Tanah lain yang dikenakan kharaj ialah tanah rampasan perang yang dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri daripada bukan orang Islam.

§ Kharaj pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab dibahagi kepada dua iaitu kharaj wazifah/masahah dan kharaj muqasamah.

§ Antara factor yang menentukan kadar kharaj ialah kualiti tanah, disiram air hujan atau menggunakan penyiram, jenis dan kualiti benih tanaman dan lokasi kawasan tanaman dengan Bandar.

§ Hasil yang diperoleh daripada daripada sumber kharaj ini disimpan di dalam baitulmal dan akan dimanfaatkan untuk memperbaiki infrastruktur, prasarana, rancangan memajukan kegiatan pertanian, mewujudkan keamanan, memperbaiki sistem perhubungan, mengadakan rancangan pengairan dan memperbaiki saliran sedia ada.

JIZYAH

§ Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Orang kafir dhimmi yang wajib menbayar jizyah ialah orang yang sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta.

§ Jizyah dibahagi kepada dua kategori iaitu jizyah yang kadarnya ditetapkan secara persetujuan bersama dan jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh kerajaan Islam. Biasanya jizyah dibayar setiap tahun, paling minima kadarnya ialah 1 dirham.bagi sesetengaj mazhab seperti mazhab Hanafi dan Hambali, kadarnya ialah antara 12 hingga 14 dirham bergantung kepada status seseorang individu.

Page 3: Huraikan Perlaksanaan Dan Sumber

§ Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya sesorang itu menganut agama Islam atau kerajaan Islam gagal membayar jaminan keselamatan nyawa atau harta benda orang-orang kafir dhimmi.

Penutup

§ Baitulmal telah membawa perubahan kepada dari segi pendapatan umat Islam melalui pinjaman subsidi dan mengeluarkan biasiswa untuk keperluan pelajar Islam.