I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat...

27
UNTYERSITI TEKNOLOGI UTPSZ 19:16 (Pind.rD7) MALAYSIA BORANG PENGESAHAI\I STATUSTESISO JUDUL: TEKANAN MATEMATIK YANG DIALAMI OLEII PELAJAR MATEMATIK TAI{UN SATU FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, Saya SESI PENGAJIAN: 2fiD/2010 NTIR ZATTJL AKMAR BT HAM7,AI{ ( Hr.JR{.r BESAR ) mengakumembenarkan tesis (PSlWSarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknotrogi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: Tesis adalah hakrrilik Univeniti Teknologi Malaysia Perpustakaan Universiti TeknologiMalaysia dibenarkan meurbuat salinan untuk tujuan pengajiar sahaja- 3. Perpustakaan dibenarkan mernbuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. t*Silatandakn({ ) l. 2. SI]LIT TERAAI) TIDAK TERHAI) Alamat tetap:NO. 177 LORONG SERI KEMT/NTING 12 25100 KUAIYTAN PAHANG Tarikh: ?l *Pril e.e lc> Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia sepertiyang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMr 1972) Mengandungimaklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di manapenyelidikan diialankao Disahkanoleh: \If}, (TANDATANGAN PENYELIA) PROF. DR"N(X)R AZLAN BIN AHMAD T.N{ZALT raritfi: >t klif ggtt) CATATAN: t f* Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini SULIT atau TERI-IAD, sila lampirkan suat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskansebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafahdan Sarjana secara penyelidikan atau dis€rtasibagi pengajiansecara kerja kursusdan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Transcript of I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat...

Page 1: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

UNTYERSITI TEKNOLOGI

UTPSZ 19:16 (Pind.rD7)

MALAYSIA

BORANG PENGESAHAI\I STATUS TESISOJUDUL: TEKANAN MATEMATIK YANG DIALAMI OLEII PELAJAR MATEMATIK

TAI{UN SATU FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,

Saya

SESI PENGAJIAN: 2fiD/2010

NTIR ZATTJL AKMAR BT HAM7,AI{( Hr.JR{.r BESAR )

mengaku membenarkan tesis (PSlWSarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknotrogi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

Tesis adalah hakrrilik Univeniti Teknologi MalaysiaPerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan meurbuat salinan untuk tujuanpengajiar sahaja-

3. Perpustakaan dibenarkan mernbuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antarainstitusi pengajian tinggi.

4. t*Silatandakn({ )

l .2.

SI]LIT

TERAAI)

TIDAK TERHAI)

Alamat tetap: NO. 177 LORONG SERIKEMT/NTING 1225100 KUAIYTANPAHANG

Tarikh: ?l *Pril e.e lc>

Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMr 1972)Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan diialankao

Disahkan oleh:

\If},(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF. DR" N(X)R AZLAN BINAHMAD T.N{ZALT

raritfi: >t klif ggtt)

CATATAN: t

f*Potong yang tidak berkenaanJika tesis ini SULIT atau TERI-IAD, sila lampirkan suat daripada pihakberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau dis€rtasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

*Saya akui bahawa saya t€lah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazatr

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)"

N,\_Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh

Prof. Dr. Noor Azlan Bin Ahmad Tlrnzpili, f

d( (o (l"ElF).....-...t..........

Page 3: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

TEKANAN MATEMATIK YANG DIALAMI OLEH PELAJAR

MATEMATIK TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NUR ZATUL AKMAR BT HAMZAH

Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 4: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

l l

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tlap satunya telatr saya jelaskan sumbernya"

Tandatangan :

Nama Penulis :

Tarikh :

DI

4WNur Zatul Akmar Bt Hamzah

t t lo4/e<>lc>

Page 5: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

iii

DEDIKASI

Jutaan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan buat

Ayah dan Ibu tersayang

Hamzah Bin Abd Rani dan Roainon Haji Bidin

Kakak, Abang, dan Adik-adik

Yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraanku

Seterusnya

Penyelia pembimbing yang tidak jemu mendidik dengan penuh sabar

Prof. Dr. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali

Akhirnya

Rakan-rakan seperjuangan 4SPM

Yang sentiasa membantuku disaat-saat diperlukan.

Page 6: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga

saya menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia pembimbing saya iaitu

Prof. Dr. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali diatas bimbingan, tunjuk ajar, nasihat, dan

teguran sepanjang tempoh saya menyiapkan kajian ini.

Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua Pelajar Matematik

Tahun Satu Fakulti Pendidikan, UTM kerana telah memberikan kerjasama yang amat

baik dalam menjalankan kajian ini.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pensyarah akademik dan

kakitangan Akademik UTM diatas bantuan mendapatkan maklumat kajian. Tidak

lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan

4SPM kerana sentiasa memberi sokongan padu dalam menjalankan kajian ini. Akhir

sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini dengan sempurna.

Page 7: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap tekanan dan punca-

punca tekanan dalam diri pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan, UTM yang

mengambil subjek Matematik. Seramai 63 orang pelajar dari 4 buah kursus yang

mengambil subjek Matematik di Fakulti Pendidikan, UTM telah dipilih sebagai

responden kajian ini. Borang soal selidik telah digunakan dalam proses pengumpulan

data dan hasilnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the

Social Sciences (SPSS). Analisis dibuat dengan menggunakan kaedah statistik

deskriptif iaitu dalam konteks kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan dari

penyelidikan ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mengalami tekanan pada tahap

sederhana dengan skor min 2.12. Dari segi punca-punca pula didapati pelajar lebih

mendapat tekanan dalam Matematik dari punca peralihan ke universiti dan punca

akademik manakala mereka kurang mendapat tekanan dalam Matematik dari punca

personaliti dan punca hubungan interpersonal. Dalam kajian ini didapati bahawa

punca tekanan Matematik yang dominan dikalangan pelajar adalah dari punca

peralihan ke universiti.

Page 8: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to examine the level of stress in

Mathematics experienced by the first year Mathematics’ students in Faculty of

education in UTM. The sample of study consisted of 63 students from four

Mathematics’ courses. A set of questionnaire was used as the instrument to collect

the data and analyzed by using “Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS)

version 13. Descriptive statistical analyses were carried out in the form of frequency,

percentage and mean values. The results of this research showed that the students

were under the level of moderate stress with the mean score 2.12. From the source

point of view, it was shown that students are more stressed in Mathematics from

transition source and academic source to universities. However, they felt less stressed

in Mathematics from personality source and interpersonal relationship. The results

also showed that the dominant source of stress in Mathematics among the students is

a transition source.

Page 9: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Batasan Kajian 9

1.7 Kerangka Konseptual Kajian 9

Page 10: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

viii

1.8 Kepentingan Kajian 10

1.8.1 Pentadbir Fakulti Pendidikan 10

1.8.2 Kaunselor 11

1.8.3 Pensyarah Matematik 11

1.8.4 Pelajar Matematik 11

1.9 Istilah dan Definisi 12

1.9.1 Tekanan 12

1.9.2 Tahap Tekanan 12

1.9.3 Punca Tekanan Matematik 12

1.9.4 Peralihan ke Universiti 13

1.9.5 Akademik 13

1.9.6 Personaliti 14

1.9.7 Hubungan Interpersonal 14

1.10 Penutup 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Tekanan 16

2.3 Teori Tekanan 18

2.3.1 Teori Hans Seyle (1974) 18

2.3.2 Teori Psikodinamik 18

2.3.3 Teori Behaviorism 19

2.3.4 Teori Kognitivsm 19

Page 11: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

ix

2.4 Model Tekanan 20

2.4.1 Model Transaksi 20

2.4.2 Model Sindrom Adaptasi Umum 22

2.4.3 Model Tekanan Pelajar 23

2.5 Tahap Tekanan Pelajar 24

2.6 Punca Tekanan Matematik Pelajar 27

2.6.1 Peralihan ke Universiti 29

2.6.2 Akademik 30

2.6.3 Personaliti 31

2.6.4 Hubungan Interpersonal 33

2.7 Punca Dominan 34

2.8 Penutup 35

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian 36

3.3 Populasi Kajian 37

3.4 Tempat Kajian 38

3.5 Sampel Kajian 38

3.6 Instrumentasi 38

3.6.1 Soal Selidik

3.6.1.1 Bahagian A:

Latar Belakang Responden 39

3.6.1.2 Bahagian B: Tahap Tekanan Pelajar 39

Page 12: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

x

3.6.1.3 Bahagian C: Punca Tekanan Pelajar 40

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 41

3.8 Kajian Rintis 41

3.9 Prosedur Kajian 42

3.10 Analisis Data 43

3.11 Penutup 44

BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 45

4.2 Bahagian A – Latar Belakang Responden 45

4.2.1 Jantina 46

4.2.2 Kursus 46

4.2.3 Keputusan Matematik Semasa SPM 47

4.2.4 Keputusan Akhir Semester 1 2009/2010 48

4.3 Bahagian B – Analisa Mengikut Persoalan 1 49

4.3.1 Analisis Bilangan Dan Peratusan

Responden Mengikut Tahap Tekanan 50

4.3.2 Analisis Item Tahap Tekanan Responden 51

4.4 Bahagian C – Analisa Mengikut Persoalan 2 53

4.4.1 Analisis Peralihan ke Universiti 53

4.4.2 Analisis Punca Akademik 55

4.4.3 Analisis Punca Personaliti 56

4.4.4 Analisis Punca Hubungan Interpersonal 58

4.5 Analisa Mengikut Persoalan 3 59

4.6 Penutup 60

Page 13: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

xi

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 61

5.2 Perbincangan 61

5.2.1 Latar Belakang Responden 62

5.2.1.1 Jantina 62

5.2.1.2 Keputusan Matematik Semasa SPM 63

5.2.1.3 Keputusan Semester 1 2009/2010 63

5.2.2 Tahap Tekanan Responden 64

5.2.3 Punca Tekanan Matematik

Dan Punca Dominan 65

5.2.3.1 Peralihan Ke Universiti 66

5.3.2.2 Akademik 67

5.2.3.3 Personaliti 69

5.2.3.4 Hubungan Interpersonal 70

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 72

5.3.1 Tahap Tekanan Responden 72

5.3.2 Punca Tekanan Matematik

Dan Punca Dominan 73

5.3.2.1 Peralihan ke Universiti 73

5.3.2.2 Akademik 74

5.3.2.3 Personaliti 74

5.3.2.4 Hubungan Interpersonal 74

5.4 Implikasi Kajian 75

5.5 Cadangan 76

5.5.1 Pentadbir Fakulti 76

Page 14: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

xii

5.5.2 Kaunselor 77

5.5.3 Pensyarah 77

5.5.4 Pelajar-pelajar 77

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 78

5.7 Kesimpulan 78

RUJUKAN 80

LAMPIRAN 89

Page 15: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

xiii

SENARAI JADUAL

NO TAJUK MUKA SURAT

3.1 Populasi Pelajar Tahun Satu dari Empat Buah

Kursus Matematik Fakulti Pendidikan, UTM 37

3.2 Skala Soalan Item 39

3.3 Skala Penentuan Tahap Tekanan 40

3.4 Taburan Item Soal Selidik 40

3.5 Bentuk skala bagi item-item dalam Bahagian C 41

4.1 Taburan bilangan dan peratusan responden

mengikut jantina 46

4.2 Taburan bilangan dan peratusan responden

mengikut kursus 46

4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden

mengikut keputusan Matematik semasa SPM 47

4.4 Taburan bilangan dan peratusan responden

mengikut keputusan akhir semester 1 2009/2010 48

4.5 Analisis pengelasan skor min dan tahap penilaian 49

4.6 Analisis bilangan dan peratusan responden

mengikut tahap tekanan 50

Page 16: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

xiv

4.7 Analisis frekuensi, peratusan dan min tekanan

responden 51

4.8 Analisis frekuensi dan peratusan responden

berdasarkan punca peralihan ke universiti 53

4.9 Analisis frekuensi dan peratusan responden bagi

punca akademik 55

4.10 Analisis frekuensi dan peratusan responden bagi

punca personaliti 56

4.11 Analisis frekuensi dan peratusan responden

berdasarkan punca hubungan interpersonal 58

4.12 Analisis keseluruhan punca-punca yang

menyebabkan tekanan 59

Page 17: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

xv

SENARAI RAJAH

NO TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konseptual Kajian 10

2.1 Model Transaksi 20

2.2 Model Tindakbalas Sindrom Adaptasi Umum 22

2.3 Model Tekanan Pelajar 24

Page 18: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

xvi

SENARAI SINGKATAN

TP Tidak Pernah J Jarang KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan TR Tekanan Rendah TS Tekanan Sederhana TT Tekanan Tinggi TST Tekanan Sangat Tinggi UTM Universiti Teknologi Malaysia IPT Institut Pengajian Tinggi SPM Sijil Pelajaran Malaysia PSS Perceived Stress Scale DSP Self Report Inventory SSS Student Stress Survey SPSS Statistical Package for the Social

Sciences

Page 19: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Pengesahan Soalan Soal Selidik 89

B Borang Soal Selidik 93

Page 20: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia.

Semua insan di dunia ini tidak terlepas daripada mengalami tekanan khususnya

golongan pelajar. Mereka terpaksa hidup berdikari setelah melanjutkan pelajaran di

tempat lain di mana berlakunya perubahan persekitaran sekeliling. Tekanan boleh

berubah-ubah mengikut peredaran masa kerana tekanan boleh berada di pelbagai situasi.

Tekanan kebiasaannya dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang

tidak menyeronokkan dan menggembirakan diri pada keadaan tertentu.

Smither (1994) memberikan idea tekanan sebagai respon fisilogikal dan

psikologikal keatas permintaan terhadap seseorang manakala Schafer (1992) telah

menakrifkan tekanan sebagai kebangkitan minda individu dan tubuh badannya terhadap

tindakbalas dalam permintaan diri. Apabila seseorang berada dalam tekanan, satu tindak

balas biologi akan berlaku dimana tindak balas ini adalah automatik, dan berlaku secara

tidak sedar (Nicholas J. L. dan Betsy Duffner, 1980).

Tekanan bertindak sebagai penggerak kepada individu untuk bertindak kearah positif

atau negatif. Oleh itu, adalah amat penting bagi individu yang mengalami tekanan untuk

Page 21: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

2

mengawal tahap tekanannya agar tidak membahayakan dirinya sendiri dan juga orang

lain.

Pelbagai kajian telah dikaji dan mendapati terdapat hubungan yang rapat diantara

tekanan dan juga pelajar universiti (Greenberg dan Valletutti, 1980). Saunders dan

Balinsky, 1993 telah menyatakan bahawa tekanan dan pelajar universiti sudah dianggap

sebagai pengalaman yang biasa dihadapi oleh mereka sepanjang tempoh pengajian.

Pelbagai punca tekanan telah dikaji oleh penyelidik di dalam dan luar negara bagi

menyelesaikan masalah tekanan didalam diri pelajar.

Melati (1998) menyatakan dalam kajiannya bahawa tempoh ketegangan dan

tekanan kebiasaannya di hadapi apabila berlakunya transisi dari zaman masa kanak-

kanak ke masa dewasa. Begitu juga dengan pelajar yang baru memasuki universiti

sering mendapat tekanan akibat tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru di

universiti.

Di Malaysia, subjek Matematik adalah subjek yang sangat penting kerana bidang

Matematik adalah sangat luas dan sentiasa digunakan di dalam kehidupan seharian.

Pelajar yang mempelajari subjek ini kadangkala mempunyai kesukaran untuk

memahami dengan baik dan ini menyebabkan mereka menghadapi tekanan yang hebat.

Matematik dianggap oleh sesetengah pelajar sebagai subjek yang boleh menyebabkan

mereka kecundang di dalam dewan peperiksaan. Faktor kesukaran dalam akademik ini

menyebabkan ramai pelajar mendapat tekanan yang hebat.

Sifat ilmu Matematik yang abstrak dikaitkan dengan kesulitan mempelajari

subjek Matematik. Oleh itu, dalam proses membina kemahiran berfikir dalam

Matematik telah menimbulkan tekanan pelajar dalam mengambil subjek ini setiap

semester. Ini kerana bukan sahaja mereka terpaksa berhadapan dengan kesulitan subjek

Matematik, tetapi juga mereka terpaksa berhadapan dengan subjek-subjek lain seperti

subjek universiti dan subjek fakulti.

Page 22: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

3

Menurut Alder (1964), gaya hidup (lifestyle) seseorang merupakan kesatuan

personaliti mereka yang melibatkan pendapat kreatif terhadap diri sendiri, masalah

kehidupan dan keseluruhan sikap terhadap dirinya dan orang lain. Setiap pelajar

mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri seperti belajar dalam keadaan yang bebas

bergerak, belajar pada satu tempat sahaja dan sebagainya. Gaya pembelajaran ini

disebut sebagai personaliti seorang pelajar dimana menunjukkan sahsiah, keperibadian,

atau perwatakan seseorang. Personaliti mereka yang sebenar dapat digambarkan

daripada perwatakan mereka seharian.

Sebagai seorang pelajar universiti, seseorang itu harus pandai menyesuaikan diri

dengan persekitaran mereka. Hubungan interpersonal yang baik perlu dididik agar

tekanan belajar dengan persekitaran dapat dikurangkan. Hubungan interpersonal

melibatkan hubungan pelajar dengan warga kampus, kawan-kawan, rakan sebilik,

pensyarah, penasihat akademik dan masyarakat sekeliling.

Tekanan memberi kesan yang berbeza kepada setiap individu bergantung kepada

sikap individu itu dalam menangani masalah yang menimpanya ketika itu. Bersikap

rasional dalam semua perkara dapat memberikan impak yang positif terhadap pekerjaan

yang sedang dilakukannya. Manakala bersikap sebaliknya pasti memberikan kesan yang

negatif terhadap diri indvidu itu sendiri dan seterusnya memberikan kesan negatif

terhadap persekitarannya.

Pelajar yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada

perhubungan bersama rakan-rakan dan juga mutu pembelajarannya. Perkara ini

seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan profesion perguruan yang akan

membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia

ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya. (Sapora, 2007)

Hampir kebanyakan daripada tekanan yang dialami oleh para pelajar adalah

memberikan kesan yang positif kerana dapat memotivasikan diri mereka. Ini adalah satu

Page 23: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

4

contoh tekanan yang boleh memberikan impak positif. Pelajar juga cuba membuat

beberapa perkara seperti cuba memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang, aktif

dalam sukan, mengurus beban kerja kursus dan tekanan peperiksaan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa terlalu banyak punca tekanan yang

dihadapi oleh golongan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), tetapi dalam kajian ini

penyelidik hanya ingin mengkaji beberapa punca yang sering dihadapi oleh pelajar IPT.

Namun, skop kajian ini hanya melibatkan Pelajar Matematik Tahun Satu Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia kerana mereka merupakan golongan bakal

guru yang baru menyesuaikan diri dalam kehidupan universiti.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah

sosial yang melibatkan pelajar. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah

yang berkaitan dengan golongan ini juga banyak. Ini berikutan daripada tekanan yang

dihadapi oleh mereka yang kemudiannya menjebakkan diri ke dalam masalah sosial.

Golongan pelajar universiti adalah merupakan golongan yang sering menghadapi

tekanan dalam menempuh pebagai cabaran sepanjang mereka melanjutkan pelajaran di

universiti kerana pembelajaran dan kehidupan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)

adalah merupakan satu perubahan baru dalam kehidupan mereka. Golongan pelajar

universiti ini mula terdedah dengan persekitaran yang baru, belajar untuk berdikari

daripada kepompong keluarga dan mula merasai belajar di dalam dewan kuliah yang

kebanyakannya pensyarah hanya menggunakan satu jenis komunikasi iaitu komunikasi

satu hala.

Page 24: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

5

Tekanan yang dihadapi pelajar kebiasaannya melibatkan akademik dimana guru

yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya

menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan

terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat.

Golongan pelajar akan menjadi pasif dan tidak bersemangat semasa di dalam

bilik kuliah jika tekanan tidak wujud. Walaubagaimanapun, terlalu banyak tekanan pula

akan menyebabkan mereka panik dan berlakunya kekacauan fikiran (Nicholas J. Long &

Betsy Duffner, 1980). Masalah fizikal, emosi dan pelbagai perkara yang memudaratkan

diri sendiri boleh berlaku jika terdapat tekanan yang berlebihan berkembang dalam

jangka masa tertentu.

Pencapaian akademik merupakan punca yang sering diperkatakan golongan

pelajar kerana mereka sentiasa inginkan yang terbaik dalam akademik. Terdapat

pelbagai faktor yang berkait rapat dengan punca akademik terutamanya dalam subjek

Matematik, iaitu seperti persaingan mendapatkan keputusan yang cemerlang diantara

rakan sebaya, kesukaran matapelajaran matematik, matapelajaran Matematik didalam

Bahasa Inggeris, dan beban tugasan yang terlalu banyak diberi oleh pensyarah.

Mempelajari Matematik kebiasaannya dikaitkan dengan tekanan yang dihadapi

oleh diri pelajar. Tidak cukup dengan kesukaran dalam mempelajari Matematik,

ditambah pula pembelajaran Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Ini telah

menambahkan kesukaran dan tekanan ke dalam diri pelajar yang kurang berkemahiran

dalam Bahasa Inggeris. Hal ini juga tidak terkecuali ke atas pelajar universiti kerana

pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris sudah lama berkuat kuasa

dan ini akan membolehkan pelajar mencapai kefasihan yang tinggi dalam Bahasa

Inggeris dan membolehkan pelajar meneroka ilmu baru dalam Sains dan Teknologi

dengan lebih mudah.

Page 25: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

6

Setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza dan ini mempengaruhi

keputusan akademik yang diperolehi oleh seseorang pelajar universiti. Cara seseorang

pelajar berfikir adalah berdasarkan dari personaliti diri mereka, sebagai contoh

personaliti yang positif akan membawa keputusan yang lebih cemerlang daripada

personaliti yang negatif. Tingkah laku atau personaliti yang negatif mempengaruhi

tahap tekanan pelajar di dalam diri mereka (Zawani, 2006). Ini menyebabkan prestasi

pelajaran seseorang pelajar menjadi semakin merosot. Personaliti yang negatif berkait

rapat dengan masalah dadah, rokok, vandalisme dan menonton video lucah. Ketiadaan

minat dikalangan pelajar dalam bidang akademik haruslah diatasi dengan mendedahkan

mereka dalam bidang lain yang sesuai dengan minat mereka seperti bidang sukan, muzik

dan teknikal. Ini kerana setiap pelajar mempunyai pelbagai kepandaian dalam bidang

tertentu mengikut sembilan kecerdasan kepelbagaian yang telah diteorikan oleh Howard

Gardner (1983).

Dalam Azda (2004), Muhammad Abdul Rahman (Persatuan Pendidikan

Malaysia 2002) mengatakan bahawa pelajar universiti kebanyakannya mempunyai

masalah dalam hubungan interpersonal dimana mereka tidak suka bersosial, tidak suka

bergaul, dan tidak suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan mereka. Fenomena ini

tentulah menyebabkan sukar dalam membuat perancangan ilmiah. Oleh itu, mereka

akan mendapat tekanan yang hebat dalam pelajaran dan dipinggirkan kerana tidak

pandai untuk berhubungan dengan persekitaran mereka.

Muhammad Abdul Rahman (Persatuan Pendidikan Malaysia 2002) dalam Azda

(2004) juga telah mengatakan pelajar yang mempunyai latar belakang yang miskin dan

susah terutamanya di luar bandar sukar untuk menyesuaikan diri akibat perasaan rendah

diri dalam diri mereka. Tambah beliau lagi, komunikasi yang lemah juga menjadi

cabaran dan masalah kepada para pelajar di universiti tempatan. Oleh itu, satu lagi

aspek umum yang perlu diambil perhatian adalah komunikasi yang bijak dan ilmiah

yang perlu ada di kalangan pelajar-pelajar universiti dengan persekitarannya.

Page 26: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

7

Masalah tekanan di dalam diri pelajar adalah suatu yang kenyataan yang tidak

boleh mereka hindari dan sering berlaku di dalam kehidupan seharian melalui pelbagai

punca. Mereka harus bijak menangani sebarang masalah dan tekanan agar pencapaian

peperiksaan yang menentukan masa hadapan mereka tidak terjejas dan sentiasa

cemerlang dalam merealisasikan impian negara untuk membentuk bakal guru yang

beraspirasi dalam negara.

Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengalami tekanan ialah

mereka tidak tahu cara yang berkesan untuk mengawal tekanan yang dialami. Oleh itu,

adalah penting untuk mengkaji tahap tekanan yang dialami oleh pelajar matematik,

punca yang menyebabkan tekanan dan kaitan antara tahap tekanan dan punca yang

meyebabkan tekanan tersebut.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan masalah yang sedia wujud pengkaji ingin menjalankan kajian ke

atas tekanan yang dialami oleh pelajar matematik tahun satu Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia di dalam mencari punca tekanan tersebut berlaku.

Justeru itu, tekanan ini sangat penting untuk dikaji bagi mengelakkan lebih banyak

perkara buruk yang melanda instituisi pendidikan negara ini.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian amat penting bagi sesuatu kajian dalam memberi panduan kepada

penyelidik agar tidak terpesong dari objektif yang ingin dikaji. Berdasarkan kajian ini,

terdapat beberapa objektif yang ingin dikaji iaitu:

Page 27: I STATUS TESISO · PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatnya dapat juga ... KK Kadangkala AK Agak Kerap K Kerap T Tidak Ada Tekanan ... UTM Universiti

8

i. Mengenalpasti tahap tekanan yang dihadapi oleh Pelajar Matematik Tahun Satu

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

ii. Mengkaji punca-punca tekanan terhadap Pelajar Matematik Tahun Satu Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

iii. Menentukan punca yang dominan dalam tekanan yang dihadapi oleh Pelajar

Matematik Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.