PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa...

30
EBOOK REKEMAS PERCUMA UNTUK ANDA MUHAMMAD DANIEL NELISON PG00101715

Transcript of PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa...

Page 1: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

EBOOK REKEMASPERCUMA UNTUK ANDA

MUHAMMAD DANIEL NELISONPG00101715

Page 2: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

Page 3: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tahniah dan terima kasih kerana anda telah berjaya untuk ‘download’ ebook REKEMAS – Rekemen Emas Je. Satu permulaan untuk anda dalam menyimpan emas PERTAMA anda! REKEMAS – merupakan gabungan perkataan Rekemen (recommend) dan Emas. Kenapa REKEMAS? Sebab emas merupakan mata wang yang sebenar dan telah lama wujud sebelum adanya mata wang kertas yang kita kenali hari ini. Mengambil kisah tentang harga kambing di zaman Rasulullah yang mana pada zaman nabi harga seekor kambing bersamaan dengan 1 Dinar. Dan kini Tahun 2020, harganya tetap juga sama 1 Dinar.

Perasan tak jika dulu dengan Rm1 kita boleh beli 5 ketul kuih pelbagai jenis dan saiz. Kini dengan RM1 berapa yang kita dapat? Baru-baru ni, sepaket kuih dalam bekas segi empat kecil tu, dijual dengan harga RM2.50 sepaket! Harga barang sekali dia naik, memang susah nak turun dan mungkin takkan turun pun. Sebab itu MENYIMPAN EMAS, anda MENYIMPAN NILAI SEBENAR WANG.

EMAS KALIS INFLASI

Page 4: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

Saya merupakan Dealer Aktif Public Gold sejak dari 2017 lagi. Permulaan saya dengan Public Gold sebenarnya bukan kerana celik tentang emas tapi kerana nak gandakan duit melalui emas. Itu yang saya komen didalam website mentor emas saya En Zulkiflie Shafie. Dan jawapan yang diterima sangat tidak masuk akal dan susah nak diterima. En Zul membalas komen saya dengan mengatakan emas bukan untuk mengandakan wang, nak gandakan wang haruslah melabur duit lebihan yang kita ada untuk jangka masa panjang. Dan duit itu pula bukan duit simpanan. Bermula dari situ, saya mula mencari ilmu tentang emas dan tahun 2017 saya dah beli emas dari Public Gold seterusnya menjadi dealer.

Matlamat utama saya adalah untuk mendidik masyarakat tentang ilmu yang betul mengenai emas. Menjadi pemudah cara bagi yang berminat untuk menyimpan emas di Public Gold. Dan seterusnya membimbing dalam mengurus kewangan peribadi. Selain itu saya juga menulis di www.danielnelison.com Ini merupakan website untuk saya kongsikan segala info menarik dan juga berita berkaitan emas serta pengurusan kewangan peribadi. Jemput layari ya.

Ikhlas Daripada Saya, Muhammad Daniel Nelison PG00101715 www.danielnelison.com

Page 5: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

Mentor Emas saya En. Zulkifli Shafie yang berpengalaman mendidik lebih 4,000 orang pembeli emas. Beliau merupakan penulis blog www.mohdzulkifli.com serta penulis buku Zero Hutang dan Wang Emas. E-book ini diolah dan mendapat kebenaran daripada tulisan Mentor Emas saya En. Mohd Zulkifli Shafie (Edisi May 2020)

JOM MANFAATKAN EBOOK INI

Minit Review Tentang Emas

CARA

Jika terima ebook ini dari kenalan anda, ia mungkin sudah outdated. Sila dapatkan versi TERKINI dari link http://bit.ly/ebookrekemas

Dan mula beli emas pertama anda!

Baca kesemua bahagian ebook ini. Jika

ada masa, baca juga LINK ARTIKEL

berkaitan.

Jika bermanfaat, SHARE kepada kenalan yang lain supaya mereka juga dapat manfaat.

Page 6: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

1. Mana lebih untung; ASB, Tabung Haji atau beli Emas? Ia bergantung pergerakan sebenar harga emas. Ada tahun harga emas naik sampai 30%, dan juga turun sampai 28%. Kalau untuk jangka panjang, simpan emas lebih

untung. Purata kenaikan harga emas sekitar 10.6% setahun sejak 10 tahun lepas. Lepas tolak kos susut nilai & zakat, untungnya sekitar 8% - 10%. Tabung Haji (5%), ASB (5.5% lepas tolak zakat 2.5%). Belum tolak inflasi 4%. Cek sejarah harga emas di Malaysia di http://bit.ly/webbnm (web BNM).

TAHUN ASB (%) TABUNG HAJI (%) EMAS (%)

2001 7.00 3.25 1.41

2002 7.00 3.50 23.96

2003 7.25 4.00 21.74

2004 7.25 4.30 4.97

2005 7.25 4.50 17.12

2006 7.30 4.70 23.92

2007 8.00 5.00 31.59

2008 7.00 5.00 3.41

2009 7.30 5.00 27.63

2010 7.50 5.50 27.74

2011 7.65 6.00 11.65

2012 7.75 6.50 5.68

2013 7.70 6.00 -27.79

2014 7.50 6.25 -0.19

2015 7.25 5.00 -11.59

2016 6.75 4.25 8.63

2017 7.00 4.50 12.57

2018 6.50 1.25 -1.15

2019 5.00 3.05 18.83

PURATA 7.16 4.61 10.53

Harga emas naik secara purata 10.53% sejak 2001 (dalam USD).

Menurut pakar kewangan Azizi Ali, kadar 10% itu dianggap satu

pulangan yang bagus untuk pelaburan.

Page 7: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

2. Apa Emas yang bagus untuk pelaburan di Malaysia?

(1) Public Gold

(2) Kijang Emas Bank Negara (Dijual oleh Maybank)

(3) UOB Bank (Jenama Antarabangsa)

Page 8: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

Selain tiga ni, ada banyak lagi, tapi ini yang paling berkredibiliti di Malaysia.

3. Adakah jaminan harga emas sentiasa naik? Tak ada jaminan. Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, tapi ia sentiasa naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak pakai at least dalam tempoh SETAHUN. Paling baik 2 – 3 tahun.

Sejarah harga emas 10 tahun.

Selepas berlaku kejatuhan dari 2013 – 2015, harga emas mulai trend menaik sejak 2016. Ia peluang yang baik untuk membeli.

Jika dilihat pada graft diatas, harga paling tinggi ialah USD 1900.30 per ounce pada tahun 2011. Adakah tahun ni harga akan naik seperti tahun 2011?

4. Apa keuntungan simpan emas?

Dari sudut simpanan; (1) Elak kebocoran wang. Duit simpanan lebih bertahan lama jika disimpan dalam

bentuk emas.

(2) Nilainya bertahan dari ketidaktentuan ekonomi & politik. Nilainya kekal walaupun berlaku krisis ekonomi, duit ringgit (RM) jatuh, ataupun berlaku peperangan. Emas adalah DUIT SEBENAR dan terbukti sebagai alat penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia.

(3) Selamat dari penyusan kuasa beli. Simpan emas, tak perlu risau kenaikan harga

barang (inflasi) dalam jangka panjang sebab KUASA BELINYA KEKAL. Sedangkan duit kertas, kuasa belinya confirm susut dari tahun ke tahun.

Page 9: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

Zaman Nabi, seekor kambing boleh dibeli dengan syiling emas 1 dinar (berat 4.25 gram). Hari ni, nilai 1 dinar sekitar RM800, juga cukup untuk beli seekor kambing.

Emas mengekalkan kuasa belinya selama 1,400 tahun! Berbeza dengan duit kertas; tahun 1980-an dulu, duit 50 sen cukup untuk budak sekolah makan kenyang di sekolah. Tapi hari ni RM2.00 sehari pun belum tentu cukup! Ini bukti duit kertas sentiasa susut kuasa belinya. Orang simpan emas, akan selamat daripada kesan inflasi.

5. Berapa modal paling minimum untuk beli emas?

Anda boleh mula dengan item sekecil gold bar 1 gram (bajet bawah RM290). Kalau modal besar, boleh beli gold bar lebih besar atau coin dinar.

Page 10: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

6. Di mana nak tengok harga emas semasa? Di mana boleh saya beli emas?

Emas bukan barang kawalan. Harga emas berbeza antara setiap pengeluar sebab kos pengeluaran mereka berbeza, dan kadar keuntungan juga berbeza. Anda boleh cek harga emas di website setiap pengeluar:

Jenama/Pengeluar Emas Fizikal

Website Catatan

Public Gold (PG) www.publicgold.com.my -

Emas UOB Bank www.uob.com.my

Corporate & Institutional Bank > Global Market & Investment Management > Gold Bullion

Kijang Emas BNM www.maybank2u.com.my Investment > Gold & Silver

Kuwait Finance House (KFH)

www.kfh.com.my -

Nusantara Bullion Exchange (NUBEX)

www.nubex.my -

Lee Wah Goldsilver (Kuala Pilah) www.facebook.com/leewahgold -

Harga Emas Uumum di Malaysia

www.hargaemas.com.my

Harga Emas Dunia www.kitco.com Sejarah Harga Emas Dunia https://goldprice.org/gold-price-history.html

Page 11: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

7. Jenama emas apa terbaik untuk pelaburan di Malaysia?

Apa jenama pun tak kisah. Tetapi kalau beli dengan tujuan menjual pada harga lebih tinggi pada masa akan datang, kena pastikan 5 kriteria ini:

1. Harga per gram rendah 2. Spread / susut nilai nipis – supaya cepat nikmati keuntungan 3. Stok tiada had – terutamanya bila harga tengah rendah 4. Cawangan jual beli banyak - supaya memudahkan urusan 5. Jaminan beli balik - bila kita nak jual nanti

Untuk betul-betul faham 5 kriteria di atas, boleh baca artikel guru saya di link http://www.bit.ly/kriteriaemas .

Setakat pemerhatian beliau, semenjak 2010, Public Gold yang terbaik. Sebab paling utama, senang beli, senang jual dan paling penting, untung maksimum bila jual balik; (1) Harga lebih murah sekitar 15% berbanding kedai emas, (2) Spread antara yang terendah di Malaysia, (3) Ada 18 cawangan & dealer banyak seluruh Malaysia, (4) Stok tiada had, dan (4) Public Gold jamin beli balik emas tu bila kita nak jual. Ada 5 lagi kelebihan emas Public Gold, boleh baca di www.bit.ly/kelebihanemaspg

Page 12: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

8. Adakah jual beli/pelaburan emas ini patuh syariah?

Public Gold adalah salah satu syarikat pengeluar emas tempatan yang dapat sijil patuh syariah untuk

kesemua urusan jual beli dan penyimpanan emas di Malaysia.

Public Gold telah mendapat pengesahan patuh syariah dari Amanie Group,

walaupun segala urusan jual beli emas sebelum ini sememangnya patuh syariah

tetapi dengan adanya sijil ini membolehkan penyimpan dan pelabur emas boleh

melakukan urusan jual beli emas dengan Public Gold dengan lebih yakin tanpa perlu

rasa ragu-ragu lagi.

Nak lagi jelas boleh tengok video daripada Datuk Dr Mohd Daud Bakar sini -

https://www.facebook.com/Rekemas/videos/2743381442559923/

9. Bila nak pakai duit, di mana boleh saya jual balik emas tu?

Emas tu boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia. Ia confirm laku. Asalkan ia emas, asalkan ia tulen. Tapi kalau nak dapat HARGA TERTINGGI, jual di tempat di mana anda membelinya. Kalau beli Kijang Emas, jual balik kepada Maybank. Kalau emas Public Gold, jual terus di office Public Gold atau dealer Public Gold. Kalau emas Poh Kong, jual kepada Poh Kong. Kalau nak guna duit sekejap untuk rolling, boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan PINJAMAN. Caj sebenar pajakan sekitar 1.15% sebulan atau 13.85% setahun dari

nilai pinjaman.

April 2011, saya pajak beberapa keping gold bar untuk pusing modal bisnes. Kos pajak sebulan ialah 1.15% dari nilai pinjaman, tapi saya dapat pusing duit tu melalui bisnes saya dan menjana keuntungan melebihi 10% sebulan. Itulah untungnya emas. Walaupun melabur, duit kita tak beku dan boleh dirolling untuk perkara lain.

Page 13: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

10. Berbaloi tak buat pinjaman untuk beli emas ? Saya tak galakkan beli emas dengan duit pinjaman sebab harga emas ada turun naik. Emas lebih sesuai dibeli dengan duit simpanan. Kalau masih ada hutang negatif seperti kad kredit, fokus langsaikan hutang dulu. Tak berbaloi beli emas sebab caj kad kredit (interest 18% setahun) lebih mahal dari potensi keuntungan kenaikan harga emas.

Jangan Ditambah Beban Hutang Yang ada

11. Sesuai tak beli barang kemas untuk pelaburan? Barang kemas kurang sesuai untuk pelaburan, ia lebih sesuai untuk perhiasan. Kalau untuk pelaburan, paling baik ialah gold bar atau syiling dinar sahaja. Barang kemas rugi bila nak jual balik sebab kedai emas akan tolak susut nilainya sekitar 25% - 30% daripada harga semasa. Harganya juga lebih mahal sekitar RM15 – RM20 per gram berbanding emas berbentuk gold bar dan dinar. Itu belum kira kos

upah yang boleh dimanipulasi pekedai emas.

Barang kemas perhiasan kurang

sesuai untuk pelaburan sebab;

(1) harga lebih mahal

(2) ada kos upah dan susut

nilainya tinggi, iaitu sekitar 25%

- 30%.

(3) dikenakan ST 6%.

Page 14: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

12. Bagaimana cara jana keuntungan dengan emas? Beli dan Simpan – Jadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang. Sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 – 3 tahun. Kalau ada duit simpanan jangka panjang, tukar kepada bentuk emas. Jual hanya bila nak pakai duit. Harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang sebab duit kertas sentiasa susut dari tahun ke tahun dimakan inflasi.

Beli, Jual, Beli, Jual – Jadikan emas sebagai alat untuk ‘trading’ macam saham. Prinsipnya, “beli harga rendah, jual harga tinggi”. Ulang proses ni secara kerap. Untuk kenalpasti bila harga emas dianggap rendah, dan bila dianggap tinggi, kena tahu sedikit sebanyak tentang Analisis Teknikal Harga Emas. Saya syorkan hadir seminar Analisis Teknikal dianjurkan oleh En. Shufaad http://www.shufaad.com. Secara jujurnya, teknik ni tak semudah teori. Cabarannya lebih kurang mereka yang bermain di pasaran saham.

Berniaga Sambil Simpan Emas - Cara paling cepat untung dengan emas ialah berniaga emas sambil menyimpan emas. Pelabur emas untung hanya bila harga naik, tapi peniaga emas untung lebih besar juga harga emas turun. Dengan platform Public Gold, penyimpan emas boleh jana keuntungan besar walaupun secara sambilan sebab dealer mempunyai 6 sumber keuntungan. Sila rujuk artikel di www.bit.ly/kelebihandealerpg.

Page 15: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

13. Macam mana dengan zakat emas? Emas simpanan kena keluar zakat 2.5% kalau cukup 85 gram (bersamaan 20 dinar) dan di simpan dalam tempoh cukup setahun (haul). Barang kemas yang dipakai pun kena zakat kalau lebih uruf setempat. Di KL, urufnya 150 gram. Detail, boleh rujuk www.zakat.com.my. Contoh Pengiraan Zakat Emas;

Katakan anda ada simpan 90gram Emas. Mengikut kepada perkiraan, zakat Emas hanya akan dikenakan jika simpanan melebihi nilai uruf tahunan. Dalam contoh ini, Emas 90gram yang disimpan, nilai zakat yang dikenakan ialah RM369.74. Tak rugi pun, zakat kan untuk menyucikan harta. Setiap yang kita miliki tu ada hak orang lain yang memerlukan.

Page 16: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

14. Ok tak kalau masuk Skim Pelaburan Emas yang janji dapat income bulan-bulan? Pelaburan emas tiada “pendapatan” bulanan / tahunan seperti dividen ASB dsb. Kalau ada yang menjanjikan “pendapatan”, itu adalah scam (penipuan) dan money game (skim cepat kaya)! Jauhkan diri dari mana-mana SKIM pelaburan emas yang menjanjikan; (1) pulangan tetap (2) pulangan tak masuk akal i.e. keuntungan lebih 15% setahun.

Berhati-hati kalau beli emas, tapi tak dapat emas fizikalnya. Beli emas, pastikan dapat emas, bukan dapat RESIT, SURAT PAJAK atau ada syarat TEMPOH MATANG untuk dapatkannya!

15. Di mana tempat simpan emas paling baik?

Kalau sikit, simpan di rumah. Tapi kena kreatif. Yang penting, jangan simpan dalam almari sebab itu sasaran utama pencuri. Kalau banyak, takut tak lena tidur dan lebih tenang tinggalkan rumah, simpan di Safe Deposit Box di bank, ataupun syarikat

swasta. Sewaan sekitar RM100 – RM550 setahun bergantung saiz box.

Simpan emas dalam safe deposit box lebih tenang untuk keluar rumah.

Kalau untuk penyimpan emas biasa, boleh simpan di rumah tetapi perlu kreatif.

16. Berbaloi tak simpan emas dalam ar-rahnu?

Tak berbaloi sebab cajnya sangat mahal, mencecah 14% setahun. Ar-Rahnu bukan tempat simpan emas, tapi untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Kaedah beli, pajak, beli pajak; risiko sangat besar sedangkan potensi untung sangat kecil. Kalau nak simpan, lebih baik simpan di Safe Deposit Box.

Page 17: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

17. Mana lebih baik, buka AKAUN EMAS di bank berbanding beli EMAS FIZIKAL? Beli emas fizikal lagi bagus sebab emas ada di tangan kita, dan boleh rolling emas tu dengan cara dapatkan pinjaman ar-rahnu untuk apa-apa tujuan menguntungkan. Dan ada beberapa lagi kelebihan emas fizikal sebagaimana saya terangkan di www.bit.ly/akaunvsemasfizikal. Bank yang tawarkan Akaun Emas di Malaysia : Maybank, Public Bank, CIMB, UOB Bank, dan Kuwait Finance House (KFH). Setakat ni, cuma KFH bank sahaja disahkan patuh syariah (halal). Alternatif KFH ialah Akaun Emas GAP keluaran Public Gold. Public Gold (bukan bank) juga keluarkan produk seperti Akaun Emas KFH tapi dengan

ciri-ciri yang lebih baik. Beli emas serendah 1 gram dan simpan dengan Public Gold

secara PERCUMA.

Tak perlu risau soal di mana nak simpan emas tu. Dan boleh juga keluarkan emas

fizikal dan simpan sendiri. Dapatkan maklumat lanjut di

http://danielnelison.com/senang-buka-gap

Page 18: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

18. Apa item terbaik untuk pelaburan? Gold bar atau Dinar?

Gold bar dan dinar sama sahaja dari sudut potensi pelaburan. Secara umumnya, item yang spread / susut nilai paling rendah yang paling untung. Item bersaiz lebih besar seperti gold bar 250 gram (spread 6%) & dan 100 gram (7%) lebih cepat untung berbanding gold bar 10 gram (9%).

Walaubagaimana pun, setiap orang mempunyai bajet dan matlamat berbeza. Jadi lebih baik dapatkan nasihat dealer berpengalaman untuk kenalpasti item terbaik sesuai dengan BAJET dan MATLAMAT anda membeli emas. Kesilapan memilih item juga boleh merugikan anda.

Untuk pilih item terbaik, dapatkan nasihat dari dealer berpengalaman, dan bagi tahu BAJET & MATLAMAT anda samada; (1) simpan semata-mata? (2) nak jual bila harga naik? (3) jana pendapatan sebagai dealer?

19. Mana lebih untung beli direct di office Public Gold atau melalui dealer?

Sama sahaja dari sudut harganya. Cuma nasihat saya, dapatkan bimbingan dealer sebelum bermula sebab dealer lebih tahu selok belok pelaburan emas. Untuk pembelian, dealer boleh bantu place order. Nanti, buat bayaran terus ke akaun Public Gold dan ambil emas direct dari mana-mana cawangan Public Gold terdekat dengan anda. Itu cara pembelian emas PALING SELAMAT.

Kalau PERTAMA KALI beli emas di office Public Gold, pastikan letak nama dealer yang anda percaya sebagai “INTRODUCER” supaya senang mereka bantu bila anda memerlukan.

Kalau nak letak nama saya, Muhammad Daniel Nelison Kod PG 00101715,. Simpan no. ni dalam handphone sekarang untuk mudah buat belian nanti.

½ dinar (2.125g)

1 dinar (4.25g)

5 dinar (21.25g)

10 dinar (42.50g)

0.5 gram 1 gram 5 gram 10 gram 20 gram 50 gram 100 gram 250 gram 1 kg

Page 19: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

Page 20: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

20. Di mana cawangan Public Gold terdekat?

, contact s Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia. Boleh cek maklumat lanjut di web www.publicgold.com.my > About Us > Where To Buy > Branches .

21. Macam mana cara mudah membeli emas Public Gold?

Contact mana-mana dealer Public Gold yang anda percaya, atau contact saya +6017-6840288 (wassap, sms, call). Saya juga dealer Public Gold yang aktif. InsyaAllah saya akan tunjukkan cara mudah membeli emas walaupun anda duduk di mana-mana seluruh Malaysia, Singapore, Brunei atau Jakarta (Indonesia).

Page 21: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

5 SOALAN BONUS

1. Public Gold dapat pengesahan Bank Negara tak?

Public Gold antara syarikat jual beli emas yang telahpun diteliti oleh BNM i.e.

menjalankan jual beli emas secara tulen. Bagi BNM, PG bukan syarikat yang menawarkan pelaburan, tapi hanya macam ‘kedai emas’ sahaja yang menjalankan aktiviti jual beli emas. Hulur duit dapat emas, hulur emas dapat duit. Tak ada apa-apa ‘SKIM’ PELABURAN ditawarkan.

2. Apakah RISIKO pelaburan emas? Risiko utama ialah kehilangan emas tu sendiri disebabkan kecuaian sendiri. Kedua, harga emas boleh turun dalam jangka pendek. Tak ada jaminan dan tak logik harga emas naik tapi tak turun-turun. Tapi ia tak ada risiko jatuh lingkup macam risiko saham sebab emas sentiasa bernilai sepanjang zaman. Ia penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Kalau nak diikutkan risiko, membiarkan duit dalam bentuk wang kertas lebih berisiko sebab ringgit Malaysia pernah jatuh 50% setahun, dan ianya tak pernah berlaku kepada emas.

3. Macam mana nak tahu emas Public Gold TULEN ke tak?

Emas PG telahpun diuji ketulenan oleh assayer (penilai) bebas & dikeluarkan bersama sijil ketulenan. Reputasinya yang kukuh ini membuatkan ia diterima untuk pajakan di POS Ar-Rahnu (www.bit.ly/posarrahnu) tanpa perlu buka seal dan tanpa perlu test ketulenan!

Page 22: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

4. Ada tak emas lain yang lagi murah daripada Public Gold?

Dulu ada tapi sekarang saya rasa tak ada, bila emas di Malaysia dikenakan GST 6%. Kalau dulu, emas Sri Ayu lebih murah daripada Public Gold tetapi bila ditambah GST 6%, saya rasa Public Gold lebih murah. Saya prefer emas Public Gold sebab senang beli, senang jual, untung maksimum. (1) Cawangannya banyak, dealernya bersepah seluruh Malaysia. (2) Permintaan tinggi, ia diterima ramai pelabur emas Malaysia. (3) Stok tiada had walaupun masa harga emas jatuh. (4) Harganya bergerak mengikut harga emas dunia, kita boleh buat untung dengan turun naik harga emas, dan paling penting (5) PG jamin akan beli balik emas tu bila kita nak pakai duit.

5. Bila masa terbaik membeli emas? Bila harga emas akan turun? Masa terbaik membeli ialah bila anda faham apa itu emas, kepentingannya dan keuntungan menyimpannya. Kalau first time, jangan tunggu harga rendah sebab anda tak faham bila harga rendah sebelum buat belian pertama. Tak siapa tahu “how low is low” dan “how high is high” hatta mereka yang pakar analisis harga emas sekali pun. Jadi, beli dulu at least 1 gram, lepas tu baru monitor harga. Pengalaman saya, orang yang tunggu harga paling rendah biasanya terpaksa beli pada harga lebih tinggi sebab tak siapa tahu bila harga dikatakan paling rendah!

Page 23: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

CARA ‘CELIK EMAS’ DENGAN CEPAT!

Saya cadangkan sahabat semua ambil sedikit masa untuk belajar tentang emas dari sumber yang berkredbiliti sebelum memulakan simpanan emas. Saya cadangkan sahabat rujuk:

(a) Artikel: Baca artikel emas;

i. Mahagur Emas En. Syukor Hashim di http://jutawanemas.com/v1/ ii. En. Mohd Zulkifli Shafie di www.mohdzulkifli.com Iii. Website saya di www.danielnelison.com

(b) Buku: Beli buku beliau di http://bit.ly/ebookgold. Atau dapatkan buku tulisan

mentor saya bertajuk “Wang Emas”. Ini cara paling pantas untuk celik emas;

Panduan Terbaik Pelaburan Buku “Wang Emas” (RM25)

Emas di Malaysia Dapatkan di kedai buku Popular atau

wassap (RM80) Pn. Najdah +6019-927 2780 untuk

http://bit.ly/ebookg

old pembelian cara poslaju. (Klik link di atas)

[ILMU VS UNTUNG] Sejauh mana anda mampu menjana keuntungan bergantung sejauh mana ilmu anda tentang emas & perak. Saya sangat syorkan anda dapatkan kedua-dua panduan di atas sebelum bermula. Ia boleh elakkan anda daripada melakukan kesilapan besar.

(c) Business Weekly Meeting: Hadir BWM secara percuma yang dianjurkan oleh

Public Gold hampir setiap minggu di semua pejabat cawangan. Rujuk jadual seminar di https://www.publicgold.com.my/index.php/event Kalau hadir seminar, pastikan tulis nama saya “Muhammad Daniel Nelison, PG 00101715” sebagai introducer bagi sesiapa yang ingin mendapatkan bimbingan peribadi saya selepas seminar.

Page 24: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

PENAFIAN! Sahabat semua perlu buat kajian sendiri. Apa yang saya tulis, itu cuma ilmu dan pandangan saya yang saya yakin ianya terbaik untuk saya dan sahabat pembaca semua. Dan pastinya ianya mempunyai kekurangan. Sekiranya bermanfaat untuk anda, puji-pujian bagi Allah.

Wallahu a’lam.

Muhammad Daniel Nelison Public Gold Authorised Dealer (PG 00101715) +6 017-6840288 (wassap, sms, call) www.danielnelison.com

Page 25: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

PRODUK UTAMA PUBLIC GOLD

(A) Gold Bar LBMA (Ketulenan 99.99%)

Item gold bar yang dijual:

0.5g, 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g dan 1kg

(B) Dinar Emas LBMA (Ketulenan 999.9%)

Item dinar Public Gold: ½ dinar (2.124g), 1 dinar (4.25g), 5 dinar (21.25g), dan 10 dinar (42.50g)

Lihat semua produk Public Gold - https://www.publicgold.com.my/index.php/products

Page 26: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

[ SEJARAH BELI EMAS ] Pertama kali saya beli emas pada 15 April 2017.

Bandingkan dengan harga terkini emas (21 May 2020). Untung ke?

Untuk semak harga semasa, boleh cek di http://www.publicgold.com.my .

Page 27: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

CARA MUDAH BELI EMAS

Kaedah Pembelian Biasa

(Outright Purchase) Akaun Emas GAP

(Gold Accumulation Program) CI

RI-

CIR

I

Beli, terus ambil, dan simpan sendiri emas yang dibeli.

Beli dan simpan dengan Public Gold secara percuma, minimum 1 gram. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluar emas itu (untuk disimpan sendiri) pada bila-bila masa di cawangan Public Gold terdekat. Maklumat lanjut, baca di http://danielnelison.com/senang-buka-gap

CAR

A P

EMB

ELIA

N

BELI DI CAWANGAN PUBLIC GOLD AKAUN EMAS GAP

Buat pembelian terus item yang “ready stok” di cawangan Public Gold terdekat. Bayar dan bawa balik emas yang dibeli. Pastikan beritahu nama “Muhammad Daniel Nelison PG00101715” sebagai introducer supaya anda dapat BIMBINGAN PERCUMA daripada saya. Lepas pembelian, wassap saya +6 017-6840288. Semak alamat dan no telefon cawangan Public Gold di

http://www.bit.ly/pgmybranch

Untuk pembelian pertama, ikut langkah di bawah: [#1 : MASUKKAN DUIT] Bank-in / online transfer / ATM transfer duit ke akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di bawah berdasarkan harga per gram GAP harian di www.publicgold.com.my

Untuk Belian Secara GAP ♢ 5571 3923 8048 (Maybank) ♢ 3167 52 0833 (Public Bank) Untuk Outright Purchase ♢ 5071 3410 4563 (Maybank)

[#2 : WASSAP MAKLUMAT BELIAN] Wassap maklumat di bawah dan attach slip bayaran ke nombor handphone Public Gold di +6017-4866 916:

¤ No. Telefon ¤ Nama Penuh ¤ No. Kad Pengenalan ¤ Email ¤ Jumlah Bayaran ¤ Tarikh dan Masa Bayaran ¤ Introducer : PG00101715 Muhammad Daniel Nelison

[#3 : SEMAK GAP STATEMENT] Tunggu Public Gold proses dalam masa 2 hari bekerja. Kalau dah terima email USERNAME, login website untuk semak GAP Statement selepas 2 HARI BEKERJA. Gunakan nombor Kad Pengenalan 12 digit sebagai PASSWORD. Apa-apa persoalan, wassap saya +6017-6840288 (Daniel).

BELI : ORDER SECARA ONLINE

[#1 : ORDER] Daftar di www.publicgold.com.my > Login > Register Account (atau terus klik link http://bit.ly/daftarpercuma). Isikan maklumat yang diminta, ikuti langkah hingga selesai. Masukkan no. “00101715” pada bahagian Introducer dan pastikan keluar nama “Muhammad Daniel Nelison” supaya anda dapat BIMBINGAN PERCUMA daripada saya lepas pembelian. [#2 : BAYAR] Buat bayaran berdasarkan Profoma Invoice yang anda terima melalui email, dan emailkan slip bayaran ke [email protected] bersama dengan no. order

Page 28: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

[#3 : AMBIL EMAS] Terus telefon cawangan PG terdekat, berikan no. rujukan order. Kalau stok belum ready, minta mereka simpan stok dan beritahu bila stok dah sampai. Ambil nama staff tersebut supaya senang nak follow-up nanti. Tempoh paling lewat selalunya 1 – 2 minggu. Emas tu confim dapat, itu saya jamin. Pastikan bawa slip bayaran original & Proforma Invoice semasa nak datang ambil emas tu.

Kalau nak saya tolong orderkan, wassap saya +6017-6840288 maklumat: (1) nama penuh (2) no ic (3) email (4) no. telefon (5) bajet pembelian.

Page 29: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas

Saya bermula menyimpan emas tanpa ILMU, emas bagi saya sebelum ini hanyalah unutk mereka yang bergaji besar dan kaya. Saya melihat emas sebagai satu medium untuk mendapatkan duit dengan lebih banyak. Ini kerana saya nampak ‘bukti’ seorang rakan kolej berjaya membeli sebuah ALPHARD pada usia yang muda – bawah 30an. Yang mana beliau menyertai satu skim pelaburan emas yang agak masyhur pada tahun 2014-2015. Namun segalanya lenyap bila skim itu jatuh dan telah banyak merugikan para pelabur. Rakan tadi pun hilang tanpa ada sebarang berita. Bermula dari situ saya mencari ilmu tentang emas. Dan akhirnya saya kenal Public Gold pada tahun 2017. Sejak itu saya mula menyimpan emas sebagai bekalan masa hadapan. Dan untuk tahun 2020 ni, saya target untuk bimbing 1000 orang dalam menyimpan emas. Tak kisah apa pun latar belakang anda, pekerjaan anda malah status kewangan anda. Saya akan bimbing anda untuk konsisten menyimpan emas. Matlamat saya, setiap keluar ada menyimpan 100gram emas sebagai Simpanan Kecemasan. Bunyi agak besarkan? Namun tiada yang mustahil jika kita yakin dan istiqomah. Pakar kewangan mencadangkan untuk mewujudkan atleast 6bulan simpanan kecemasan. Sebagai backup jika berlaku perkara yang diluar jangkaan kita. Adakah anda salah seorang daripada 1000 itu? Jika ya, tahniah kerana anda sememangnya seorang yang bijak untuk mengawal kewangan. Tahun 2020 merupakan tahun yang agak mencabar buat kita semua. Biar kita bermula dengan hanya RM100 daripada langsung tak simpan. Jom berhubung dengan saya di media social. Follow dan like Facabook Page Rekemas - https://www.facebook.com/Rekemas/ Facebook Personal - https://www.facebook.com/daniel.nelison Whatsapp say terus di sini untuk sebarang pertanyaan - https://bit.ly/bantusimpanemas

Page 30: PG00101715 MUHAMMAD DANIEL NELISON · 2020. 6. 10. · naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa susut. Kalau nak beli emas,guna duit yang agak-agak tak

REKEMAS – Rekemen Emas Je!

Nak saya bantu simpan emas? Klik je link WASSAP bawah ni untuk bantuan PERCUMA daripada saya https://bit.ly/bantusimpanemas