Ibu Bapa Dan Perpaduan

2
Ibu bapa dan perpaduan Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari semakin kita menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Isu perpaduan antara kaum dalam kalangan remaja yang masih tidak kukuh merupakan antara isu yang menjadi batu halangan kepada aspirasi mantan perdana menteri kita. Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, begitulah budaya yang ditonjolkan oleh rakyat dalam era ini, iaitu sikap terlalu mementingkan diri sendiri sehingga mula merosakkan hubungan sesama manusia yang telah sekian lama terjalin. Masalah perpaduan di negara kita yang semakin luntur ini kian hari kian parah ibarat retak menanti belah. Persoalannya, bagaimanakah masalah ini dapat diselesaikan? Apakah pula peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka masih mementingkan perpaduan dalam era yang serba moden ini? Pada realitinya, tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan insan yang terawal dikenali oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa mesti mengambil inisiatif untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan anak-anak dengan menjadi suri teladan ataupun role model . Hal ini demikian kerana sejak dilahirkan setiap tingkah laku dan perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa akan dicontohi oleh anak-anak. Hal ini bertepatan dengan peribahasa bapa borek anak rintik. Malangnya, anak-anak yang kecil tidak mungkin tahu membezakan antara yang betul dengan yang salah. Mereka hanya mengikut jejak langkah ibu bapa mereka tanpa berfikir panjang. Jika ibu bapa mereka bersikap prejudis terhadap kaum lain, nescaya anak-anak juga akan mengamalkan sikap tersebut apabila membesar kelak. Sebaliknya, jika ibu bapa mereka mempunyai hubungan yang akrab dengan penduduk berbilang kaum di negara kita, tidak hairanlah jika anak-anak juga akan lebih mengenali keistimewaan kaum lain. Umumnya, anak sedemikian akan membesar menjadi seorang ahli masyarakat yang mementingkan hubungan silaturahim sesama kaum. Jika ditinjau dari perspektif yang lain, kebanyakan remaja dalam era yang serba mencabar ini sering berada dalam ketidakpastian. Mereka tiada hala tuju kehidupan yang jelas bagai layang-layang putus tali. Remaja sebegini mudah sekali diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan yang salah. Misalnya, ada segelintir remaja telah dijadikan alat untuk merosakkan perpaduan negara kita. Fenomena ini berlaku kerana ibu bapa gagal memainkan peranan mereka untuk mendidik anak-anak. Oleh itu, ibu bapa harus mengorak langkah untuk mendidik anak-anak tentang kepentingan perpaduan. Hakikatnya, pendidikan terawal setiap insan bermula dari rumah. Ibu bapa pula merupakan guru pertama yang memberikan pendidikan berbentuk tidak formal kepada anak-anak mereka. Antara tanggungjawab yang harus dimainkan oleh ibu bapa selaku mentor kepada anak-anak ialah memberikan pendedahan terawal kepada anak-anak tentang usaha-usaha yang harus dilakukan bagi menjadi insan yang mampu memupuk perpaduan. Pendidikan ini mesti bermula dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagaimana yang kita ketahui, negara kita didiami masyarakat majmuk berbilang kaum. Oleh itu, perpaduan antara kaum amatlah penting bagi menjamin keharmonian negara kita. Namun, pelbagai pihak telah menyalahgunakan laman sembang untuk menyebarkan fitnah yang mampu melemahkan semangat perpaduan. Dalam konteks ini, ibu bapa mesti mengambil tindakan yang lebih proaktif seperti yang terkandung dalam peribahasa sediakan payung sebelum hujan untuk memastikan anak-anak tidak terpengaruh oleh propaganda yang menghalang perpaduan ini dengan menyediakan persekitaran tumbesaran yang membina. Persekitaran ini seharusnya bebas daripada sebarang pengaruh negatif yang mampu menghalang

description

Cara ibu bapa dapat membantu memupuk semangat mementingkan perpaduan dalam kalangan anak-anak

Transcript of Ibu Bapa Dan Perpaduan

Page 1: Ibu Bapa Dan Perpaduan

Ibu bapa dan perpaduan

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari semakin kita menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Isu perpaduan antara kaum dalam kalangan remaja yang masih tidak kukuh merupakan antara isu yang menjadi batu halangan kepada aspirasi mantan perdana menteri kita. Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, begitulah budaya yang ditonjolkan oleh rakyat dalam era ini, iaitu sikap terlalu mementingkan diri sendiri sehingga mula merosakkan hubungan sesama manusia yang telah sekian lama terjalin. Masalah perpaduan di negara kita yang semakin luntur ini kian hari kian parah ibarat retak menanti belah. Persoalannya, bagaimanakah masalah ini dapat diselesaikan? Apakah pula peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka masih mementingkan perpaduan dalam era yang serba moden ini?

Pada realitinya, tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan insan yang terawal dikenali oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa mesti mengambil inisiatif untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan anak-anak dengan menjadi suri teladan ataupun ‘role model’. Hal ini demikian kerana sejak dilahirkan setiap tingkah laku dan perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa akan dicontohi oleh anak-anak. Hal ini bertepatan dengan peribahasa bapa borek anak rintik. Malangnya, anak-anak yang kecil tidak mungkin tahu membezakan antara yang betul dengan yang salah. Mereka hanya mengikut jejak langkah ibu bapa mereka tanpa berfikir panjang. Jika ibu bapa mereka bersikap prejudis terhadap kaum lain, nescaya anak-anak juga akan mengamalkan sikap tersebut apabila membesar kelak. Sebaliknya, jika ibu bapa mereka mempunyai hubungan yang akrab dengan penduduk berbilang kaum di negara kita, tidak hairanlah jika anak-anak juga akan lebih mengenali keistimewaan kaum lain. Umumnya, anak sedemikian akan membesar menjadi seorang ahli masyarakat yang mementingkan hubungan silaturahim sesama kaum.

Jika ditinjau dari perspektif yang lain, kebanyakan remaja dalam era yang serba mencabar ini sering berada dalam ketidakpastian. Mereka tiada hala tuju kehidupan yang jelas bagai layang-layang putus tali. Remaja sebegini mudah sekali diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan yang salah. Misalnya, ada segelintir remaja telah dijadikan alat untuk merosakkan perpaduan negara kita. Fenomena ini berlaku kerana ibu bapa gagal memainkan peranan mereka untuk mendidik anak-anak. Oleh itu, ibu bapa harus mengorak langkah untuk mendidik anak-anak tentang kepentingan perpaduan. Hakikatnya, pendidikan terawal setiap insan bermula dari rumah. Ibu bapa pula merupakan guru pertama yang memberikan pendidikan berbentuk tidak formal kepada anak-anak mereka. Antara tanggungjawab yang harus dimainkan oleh ibu bapa selaku mentor kepada anak-anak ialah memberikan pendedahan terawal kepada anak-anak tentang usaha-usaha yang harus dilakukan bagi menjadi insan yang mampu memupuk perpaduan. Pendidikan ini mesti bermula dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sebagaimana yang kita ketahui, negara kita didiami masyarakat majmuk berbilang kaum. Oleh itu, perpaduan antara kaum amatlah penting bagi menjamin keharmonian negara kita. Namun, pelbagai pihak telah menyalahgunakan laman sembang untuk menyebarkan fitnah yang mampu melemahkan semangat perpaduan. Dalam konteks ini, ibu bapa mesti mengambil tindakan yang lebih proaktif seperti yang terkandung dalam peribahasa sediakan payung sebelum hujan untuk memastikan anak-anak tidak terpengaruh oleh propaganda yang menghalang perpaduan ini dengan menyediakan persekitaran tumbesaran yang membina. Persekitaran ini seharusnya bebas daripada sebarang pengaruh negatif yang mampu menghalang usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan seperti yang terkandung dalam aspirasi 1 Malaysia. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membawa anak-anak menziarahi jiran yang berlainan bangsa pada masa senggang. Tindakan ini

Page 2: Ibu Bapa Dan Perpaduan

membolehkan anak-anak untuk lebih mengenali adat resam dan budaya serta pantang-larang bangsa yang berlainan. Anak-anak yang mendapat pendedahan seperti ini pasti akan membesar menjadi insan yang lebih lengkap dan pasti akan menjadikan semangat perpaduan sebagai pegangan hidup mereka.

Sekiranya kita meneruskan perbincangan dengan skop yang lebih luas, ajaran agama yang sempurna merupakan wadah yang paling penting untuk mewujudkan perpaduan yang ampuh. Setiap agama pasti menuntut penganutnya supaya berbuat kebajikan dan mementingkan perpaduan. Misalnya, selepas Nabi Muhammad s.a.w. membuka semula kota Makkah, perkara pertama yang dititikberatkan oleh baginda ialah perpaduan. Dalam hal ini, ibu bapa mesti menggembleng semua tenaga dan sumber untuk memastikan anak-anak memperoleh ajaran agama yang sempurna dengan membawa anak-anak ke tempat beribadat supaya anak mereka dapat berjinak-jinak dengan ajaran agama pada usia yang muda. Di samping itu, ibu bapa juga perlu mengambil berat perkembangan rohani anak-anak dengan menemani anak-anak mengaji kitab-kitab suci agama. Persepsi anak-anak sedemikian pasti akan menjadi lebih betul sejajar dengan matlamat negara untuk mengekalkan perpaduan yang telah terjalin. Jelasnya menunjukkan bahawa ibu bapa mesti memastikan anak-anak memperoleh ajaran agama yang kukuh.

Sebagai penutup wacana, anak-anak diibaratkan sebagai kain putih yang bersih dan suci, ibu bapa pula menjadi medium yang harus melengkapkan diri bagi mencorakkan kain ini. Sekiranya ibu bapa menjadi pengaruh yang negatif, nescaya anak-anak akan menyimpang daripada hala tuju kehidupan yang positif dan seterusnya menjadi penghalang kepada perpaduan negara kita. Umumnya, peribahasa ketam mengajar anak berjalan betul mesti dijadikan pedoman dan pegangan setiap ibu bapa supaya tidak menjadi teladan yang buruk. Jika perpaduan dapat dikekalkan, hasrat untuk mencapai wawasan 2020 dapat direalisasikan.