IKBN.A1.11.03.2 (a)-Ujian Pemutus Litar Udara

15
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.2(A) Page 1 of 15 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK TAHAP/KATEGORI A1 DUTI 11 – PAPAN SUIS TASK 11.03 KOMPONEN PEMUTUS LITAR UDARA OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAI PELAJAR AKAN DITUNJUKKAN DENGAN CARA-CARA UNTUK MENJALANKAN KERJA-KERJA SENGGARAAN KEATAS PEMUTUS LITAR UDARA ACB TAJUK PEMUTUS LITAR UDARA TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN ; 1. Tujuan Ujian 2. Langkah-langkah Pengujian -------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------- Modul 11-Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi 1)

description

elektrikal

Transcript of IKBN.A1.11.03.2 (a)-Ujian Pemutus Litar Udara

TAJUK:

Kod KertasIKBN.A1.11.03.2(A)Page 1 of 11

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUSPENJAGA JENTERA ELEKTRIK

TAHAP/KATEGORIA1

DUTI 11 PAPAN SUIS

TASK11.03 KOMPONEN PEMUTUS LITAR UDARA

OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAI PELAJAR AKAN DITUNJUKKAN DENGAN CARA-CARA UNTUK MENJALANKAN KERJA-KERJA SENGGARAAN KEATAS PEMUTUS LITAR UDARA ACB

TAJUKPEMUTUS LITAR UDARA

TUJUANKERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN ;

1. Tujuan Ujian

2. Langkah-langkah Pengujian

1. Tujuan Ujian

SENGGARAAN PERKAKAS SUIS PEMUTUS LITAR UDARA.

Perkara-perkara berikut adalah telah dicadangkan dan diambilkira perlu bagi menentukan peralatan dan radas elektrik berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan kerja.

Bagi peralatan yang membuka dan mengatup (ON/OFF) yang dikendalikan dengan cara elektrik menggunakan kawalan jauh adalah perlu dimatikan punca kuasanya. Ini dapat dicapai dengan cara seperti berikut:

i.Sebelum memulakan kerja terhadap perkakas suis, ianya perlulah ditripkan (dipelantikkan) dahulu dan mama-mana fius serta link (sambungan) yang bersangkutan dengan kawalan pemutus mestilah diputuskan. Bagi perkakas suis yang dikendalikan oleh solenoid, bekalan yang mengawal solenoid mestilah diasingkan dahulu (tanggalkan fius kawalan).

ii.Bagi perkakas suis yang dikendalikan oleh pegas, pegasnya haruslah dibuangcas (discharge) dahulu dan jika pegasnya dikawal oleh motor, bekalan ke motor haruslah dimatikan.

iii.Bagi perkakas suis yang dikendalikan oleh pneumatic, tekanan udara yang mengawalnya haruslah dibuangcas dahulu dan injap yang mengawalnya mestilah dibiarkan terbuka. Semasa membuka injap haruslah diperhatikan juga kepada tolok tekanan bagi memastikan tekanan betul-betul berada sama dengan tekanan sekeliling.

iv.Fius dan link yang mengawal litar mengatup/membuka mestilah ditanggalkan.

Sebelum melakukan sebarang kerja terhadap sesentuh tetap pada pemutus jenis tarik keluar (drawout type), hendaklah dibuktikan bahawa litar itu mati dan amalan keselamatan hendaklah diamalkan. Penggunaan penunjuk voltan adalah dicadangkan dan ia perlulah diuji sebelum dan selepas menggunakannya.

Sebarang pengatup (shutters) yang menutupi sesentuh pengasing yang mana masih dalam keadaan hidup mestilah dikunci dan tertutup.

Risalah dari pembuat (manufactures manual) yang menerangkan cara senggaraan dan kendalian mestilah dirujuk. Pembaikan dan penggantian alat mestilah dari jenis yang dicadangkan oleh pembuat.

Kekerapan Senggaraan.

Kekerapan senggaraan pemutus adalah bergantung kepada jenis litar yang dikawalnya, keadaan sekeliling dan kekerapan tripping (terpelantik). Apabila menentukan selangan senggaraan pada sesebuah pemutus cadangan dari pembuat pemutus mestilah dirujuk.

Ujian Diagnostik.

Teknik ujian diagnostik yang maksima digunakan bagi menentukan keadaan peralatan dan ketahanannya. Berikut adalah teknik yang sering digunakan terhadap pemutus jenis ini:

i.Ujian timing and travel dan pengukuran voltan kendalian minima bagi memutus dan mengatup akan menunjukkan kelemahan kepada mekanisma kendalian pemutus.

ii.Ujian kejatuhan voltan (milivolt) dan rintangan terminal bagi setiap kutub pemutus dan ujian rintangan tebatan akan menunjukkan keadaan kekuatan elektrikal bagi pemutus.

Pemeriksaan Kendalian Pemutus Litar Udara

Bagi memastikan pemutus ini berkendali apabila dikehendaki, adalah dicadangkan untuk praktik setiap pemutus jenis otomatik mestilah ditripkan dan ditutupkan (closed) pada masa selangan yang biasa. Kaedah tripping secara kendalian gegelung trip (shunt/undervoltage) adalah dicadangkan.

2.SENGGARAAN BERJADUAL BAGI PEMUTUS LITAR UDARA.

Pemeriksaan.

Periksaan am.

Peperiksaan am bagi pencawang atau bilik suis mestilah dibuat terutama kepada kebersihan, alat pemanas, pengalihudaraan dan lain-lain perkara yang bersangkutan.

Jika terdapat sebarang pengkaratan, kebocoran minyak atau compound ataupun sebarang bau yang luar biasa yang mungkin disebabkan oleh lampau panas dan kebisingan yang dikeluarkan oleh arka atau nat/skru yang longgar mestilah diperbetulkan.

Pemeriksaan juga dibuat terhadap tebatan luar, mekanisma tripping, mekanisma pengatup (shutter), sambungan bumi dan lain-lain bahagian yang nampak kelainan (abnormality).

Pemeriksaan juga dibuat bagi memastikan alat bantuan lain, alatganti, fius simpanan, alatukang dan lain-lain perkakas yang diperlukan bagi mengendalikan perkakas suis dalam keadaan baik dan sedia didapati.

Rombakrawat.

Selepas pemeriksaan, rombakrawat dan penggantian alat mestilah hanya dilakukan seperti yang disenaraikan oleh pembuat. Bukan semua bahagian yang boleh dibuka dan digantikan. Senarai berikut adalah diperlukan semasa senggaraan:

i.Mencuci.

Semua kotoran luaran mestilah dicuci dahulu. Apabila mencuci perkakas suis, jangan menggunakan cotton waste. Bahan yang digunakan mestilah bersih dan bebas daripada sebarang serabut, butiran pasir atau besi.

Berhati-hati agar tiada sebarang habuk, serpihan besi atau bahagian yang longgar memasuki ke dalam perkakas suis.

Bahan cecair pencuci mestilah bersesuaian dengan bahan yang digunakan pada perkakas suis. Ada sesetengah bahan pencuci tidak sesuai dan boleh merosakkan.

ii.Tebatan.Periksa dan cuci, ganti jika perlu. Porcelain dan penebat beracuan mestilah diperiksa dan bebas dari retakan atau lain-lain kecacatan. Lapisan papan serabut gentian atau lain bahan yang digunakan sebagai bahan tebatan mestilah juga diperiksa. Ujian rintangan tebatan adalah dicadangkan.

iii.Pemanas.

Pemanas yang digunakan mengawal kelembaban perkakas suis mestilah dipastikan berfungsi dan diselaraskan pelaras suhunya (thermostat) kepada suhu yang dicadangkan.

iv. Sesentuh Utama Dan Arka.

Periksa sama ada terbakar atau serpih dan gantikan jika perlu. Pastikan pegas memberikan tekanan yang sepatutnya dan sesentuh berada dalam jajaran yang betul semasa mengatup dan membuka. Adalah dijangkakan sesentuh utama dan arka akan menunjukkan kesan terbakar tetapi tidak memberikan masalah jika kesan terbakarnya sedikit.

Pemeriksaan kerataan permukaan sesentuh utama semasa mengatup dapat dibuat dengan cara menggunakan sekeping kertas putih di antara sesentuh semasa mengatup. Kesan stamping pada kertas akan memberikan keadaan sesentuh itu.

Kesan-kesan terbakar pada bahagian tembaga dapat dikeluarkan dengan menggunakan kertas kaca halus (kertas emery atau carborundum tidak seharusnya digunakan). Lapisan yang digosok harus diminimakan.

Semua sesentuh utama dan arka bagi pemutus litar dilapiskan dengan tip logam yang istimewa (special tipped contact). Di sinilah arka akan berlaku apabila pemutus mengatup dan membuka, oleh itu kesan terbakar pada bahagian ini dapat dilihat.

Untuk mencuci kesan terbakar ini, Silver polish atau Autosol digunakan. Pemeriksaan mestilah juga dilakukan kepada bahagian pengalir beranyam mudah lentur (flexible braids) yang berkemungkinan merekah di tempat cantuman atau penyambungan.

v.Alat Kawalan Arka Dan Penghalang Antara Katup (Interpole Barriers).Kesan-kesan karbon dan terbakar akan melekat pada bahagian ini. Penghadang antara kutub ini dibuat daripada bahan yang serabut yang dimampatkan serta kalis api dan jika ianya tidak dapat dicuci, ia mestilah diganti dengan yang baru.

Sebarang bahagian penyerap arka atau alat kawalan arka mestilah diperiksa dan bebas dari sebarang keretakan atau tersumbat. semua kerja-kerja senggaraan dapat dilakukan dengan tepat jika merujuk kepada buku panduan pembuat (manufacturer manual).

v. Mekanisma.

Semasa membuat pemeriksaan pada bahagian mekanisma, perhatian harus diberikan agar tidak memasukan jari ke dalam bahagian dalam pemutus. Tentukan clip dan pin selak berada pada tempat yang betul.

a)Mekanisma Pelantik (Tripping Mechanism).

Perisa dan gantikan bahagian yang haus. Adalah mustahak memastikan permukaan mekanisma pelantik mempunyai gelinciran yang baik dan tidak kering. Minyakkan bahagian yang kering dengan WD40 tetapi tidak berlebihan. Periksa gegelung solenoid (shunt trip) dan plungersnya tidak boleh diminyakkan.

b).Mekanisma Pengatup (Closing Mechanism).

Periksa, cuci dan gantikan bahagian yang telah haus dan cuci jika terdapat minyak yang berlebihan. Minyak dan gris yang berlebihan akan menyebabkan pengumpulan habuk kekotoran. Lakukan ujian tripping semasa pemutus dalam keadaan isolated.

vii.Suisbantu, Alat Penunjuk Dan Kaitpunca.

Suisbantu (auxiliary switch) mestilah sentiasa bersih dan mempunyai cantuman elektrikal yang baik kerana fungsi perlindungan adalah bergantung kepadanya.

Alat penunjuk (indicating device) mekanikal yang menunjukkan ON/OFF, Charge dan Discharge mestilah diperiksa dan menunjukkan bacaan yang betul.

Kaitpunca (interlock) dan kekunci lain (castor key) haruslah diberi perhatian kerana mungkin bersangkutan dengan lain-lain kawalan pembumian dan kemudahan ujian. alat yang haus boleh menyebabkan keadaan yang merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.

viii.Sesentuh Pengasing (Isolating Contact).Kadang-kadang menggunakan jenis tulip atau butt. Bahagian inilah yang menyambungkan pemutus dengan busbar utama. Oleh itu, pemeriksaan perlu terhadap tekanan pegas dan jajarannya. Jika terdapat kesan terbakar yang berlebihan, ianya patut diganti. Minyakkan bahagian tersebut dengan petroleum gris.

ix.Geganti Perlindungan, Peralatan Dan Alatubah Perlindungan.

Disenggarakan oleh Jurutera Tatahuji sahaja. Apabila membuat kerja-kerja mula tugas terhadap geganti dan alat perlindungan, jadual ujian mestilah disimpan bagi tujuan rujukan dimasa hadapan. Ini termasuklah kadaran arus yang disetkan (arus yang boleh dibawa, arus pelantik dan sebagainya).

x.Pendawaian Dan Fius Pendua.Pastikan litar kawalan bebas dari lembaban dan habuk. Tentukan rintangan tebatan dan keterusan pendawaian kepada alatubah arus, geganti, motor pengecas pegas dan lain-lain alat kawalan yang bersangkutan. Semua sesentuh dan palam mestilah dibersihkan. Fius mestilah diuji keterusan dan uji sentuhannya.

xi.Sambungan Pembumian.Periksa semua sambungan pembumian utama dan pendua serta pastikan sambungan berada dalam keadaan kukuh dan kuat.

xii.Pengatup (Shutters).Jika dipasang, kendalian mekanisma pengatup mestilah dibuat oleh orang yang berkebenaran dan mestilah dilakukan selepas pemutus ditarik keluar dari perumahnya. Mekanismanya perlu diperiksa dan diminyakkan dan pastikan ia bergerak bebas semasa memasukkan pemutus.

xiii.Spout Perkakas Suis.Spout dilindungi oleh pengatup, oleh itu sebelum kerja-kerja senggaraan dilakukan adalah perlu mematikan bekalannya dahulu. Periksa bahagian permukaannya dan pastikan bebas dari keretakan dan arka, cuci jika perlu.

xiv.Pengesahan/Varifikasi Akhir.Sebelum pemutus litar dan lain-lain alat yang bersangkutan dengannya dikendalikan, ujian tebatan mestilah dilakukan.

3.SENGGARAAN POST FAULT.

Senggaraan Post Fault bermakna senggaraan yang perlu terhadap pemutus selepas beberapa kendalian tripping disebabkan oleh kerosakan litar. Bergantung kepada di mana pemutus itu dipasang, pemeriksaan adalah perlu selepas berlakunya tripping apabila berlaku kerosakan litar. Apabila pemeriksaan perlu, beberapa langkah mesti dilakukan:

i.Mencuci.

Tebatan dan lain-lain bahagian yang diselaputi oleh habuk/karbon mestilah dibersihkan/dicuci dan diperiksa/ditentukan bebas dari keretakan, terbakar dan lain-lain kerosakan.

ii.Sesentuh dan Alat Kawalan Arka.Sesentuh mestilah diperiksa atas kemungkinan terbakar atau rosak dan gantikan jika perlu. Pastikan daya tekanan sesentuh serta jajarannya.

iii.Mekanisma.Mekanisma mestilah dipastikan berfungsi dengan sempurna dan pelarasan jarak jika sesentuh utama dan arka diganti.

iv.Rintangan Tebatan.Satu ujian rintangan tebatan mestilah dilakukan sebelum kendalikan pemutus litar. Keputusan ujian mestilah direkodkan.

4.JADUAL SENGGARAAN YANG DICADANGKAN.

Jadual Operasi Senggaraan Untuk Pemutus Litar Udara.

BilOperasi SenggaraanSenggaraanJadual Senggaraan

Post FaultPemeriksaan Rombakrawat

1.Pemeriksaan Kendalian.

2.Pemeriksaan Umum.

3.Mencuci.

4.Penebatan.

5.Penutup Pemutus Litar.

6.Sesentuh Utama Dan Arka.

7.Alat Kawalan Arka Dan Penghadang Antara Katup.

8.Mekanisma.

9.Suis Bantu, Alat Penunjuk dan Kaitpunca.

10.Sesentuh Pengasing

11.Alat Lampaubeban dan Geganti Perlindungan.

12.Geganti Kawalan dan Alatubah Perlindungan.

13.Geganti Kawalan Sesentuh.

14.Sambungan Utama.

15.Pendawaian Pendua dan Fius.

16.Sambungan Bumi.

17.Pemanas.

18.Pengatup (Shutters).

19.Spout

20.Busbar dan Ruangannya.

21.Varifikasi Akhir.

22.Alat Bantu.

23.Ujian Diagnostik.Jika Perlu

SENGGARAAN

Sebelum ACB disenggarakan, ujian penebatan dan keterusan (IR test) perlu dilakukan dan bacaan ujian perlu direkodkan.

1. Blow dan vacuum keseluruhan bahagian ACB hingga bersih.

2. Periksa dan ketatkan semua bolt dan nut pada ACB.

3. Letakkan pelincir yang sesuai pada roller bar.

4. Letakkan pelincir/minyak yang sesuai pada switch mechanism ACB.

5. Bersihkan main contact dan arc contact, roller contact. Lapkan dengan kain bersih dan letakkan pelincir Vaseline (high grade gris). Cuci main contact dan arc contact dengan fine glass paper jika perlu. (Perhatian perlu diberikan semasa pencucian dilakukan).

6. Ujian keserataan (stamping test) pada main, dan arc contact dilakukan menggunakan kertas putih dan kertas karbon.

7. Uji tripping mechanism untuk shunt trip coil bagi memastikan ianya dapat beroperasi dengan baik.

8. Uji shunt trip coil untuk memastikan ianya masih dalam keadaan baik dan boleh berfungsi dengan baik.

Setelah selesai senggaraan dilakukan, ujian penebatan dan keterusan perlu dilakukan sekali lagi dan bandingkan hasil ujian sebelum dan selepas senggaraan.

Selepas selesai kerja-kerja senggaraan, bolehlah dimasukkan semula ACB pada tempatnya dimana ianya dikeluarkan mengikut prosidur semasa mengeluarkannya.

Sebelum ACB boleh diONkan, semua fius yang berkaitan dengan ACB berkenaan perlu diperiksa dan setkan semula geganti (relay) jika perlu (selepas trip).

ONkan ACB setelah bersedia dan periksa jangka berkaitan (memastikan variasi voltan bekalan yang dibenarkan tidak melebihi +5% & -10% seperti disyaratkan).

Beritahu pengguna bekalan akan disambungkan semula pada beban. Mulakan memberi bekalan pada beban yang besar dahulu kemudian kepada yang terkecil.

Selepas selesai penyambungan bekalan pada beban, pastikan bacaan jangka-jangka berkaitan bersesuaian dengan bacaan sebelum senggaraan dilakukan ataupun ianya akan bertambah baik. Pastikan faktor kuasa bersesuaian apabila beban telah sepenuhnya digunakan.

Catatkan semua keadaan yang berlaku dan kerja-kerja senggaraan yang telah dilakukan dalam buku log Papan Suis. Batalkan PTW serahkan pada yang berkenaan (jika perlu).

1------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Modul 11-Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi 1)

_1132682247.doc