IKLIM KERJA DAN.docx

Click here to load reader

Transcript of IKLIM KERJA DAN.docx

IKLIM KERJA DAN BURNOUT DI KALANGAN GURUPENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Lim Khong ChiuLeong Weng TuckUnit Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Abstrak

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai tahap burnout guru-guru PJK dan mengenal pasti hubungannya dengan iklim kerja di sekolah. Soal selidik yang diadaptasi daripada versi Fejgin et al (1995) dan Pines dan Aronson (1981) telah digunakan untuk mengumpul data ke atas 82 orang responden. Keputusan membuktikan tahap burnout di kalangan guru PJK masih di paras rendah(M=2.42 ). Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap burnout di antara guru-guru PJK sekolah rendah dan menengah(t=-2.044,k 50 Tahun11.2

Jadual 3. Taburan Responden Mengikut Status PerkahwinanN%

Bujang89.8

Berkahwin7287.8

Janda/Duda22.4

Daripada soal selidik 82 orang responden yang diperolehi didapati 48 orang ( 58.2% ) adalah lelaki dan 34 orang ( 41.5% ) Wanita ( Jadual 1 ). Sebahagian besar responden berumur dalam lingkungan di bawah 40 tahun ( 70% ) dan hanya seorang responden sahaja yang berumur lebih daripada 50 tahun ( Jadual 2 ). Di samping itu, daripada 82 orang responden sebanyak 72 orang ( 87.8% ) telah berkahwin, 8 orang ( 9.8% ) masih bujang dan 2 orang ( 2.4 % ) janda atau duda.( Jadual 3 ). Jadual 4. Taburan Responden Mengikut Pengalaman Sebagai Guru TerlatihN%

1 - 3 Tahun1113.4

4 - 6 Tahun1315.9

7 - 9 Tahun1417.1

10 - 12 Tahun1214.6

13 - 15 Tahun67.3

> 15 Tahun2631.7

Jadual 5. Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar PJKN%

1 - 3 Tahun2429.3

4 - 6 Tahun1720.7

7 - 9 Tahun1012.2

10 - 12 Tahun1315.9

13 - 15 Tahun33.7

> 15 Tahun1518.3

Jika ditinjau mengenai pengalaman mereka, didapati 26 orang ( 31.7% ) mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun sebagai guru terlatih, 11 orang ( 13.4% ) di bawah 3 tahun dan 18 orang ( 21.9% ) berpengalaman mengajar di antara 10 hingga 15 tahun ( Jadual 4 ). Dari segi pengalaman mengajar mata pelajaran PJK pula, didapati 41 orang ( 50% ) responden mempunyai pengalaman kurang daripada 6 tahun mengajar subjek PJK, manakala yang berpengalaman mengajar subjek PJK lebih daripada 15 tahun adalah seramai 15 orang ( 18.3% ) ( Jadual 5 ).

Jadual 6. Taburan Responden Mengikut Jawatan Yang DipegangN%

Setiausaha Sukan3137.8

Pen. Setiausaha Sukan78.5

Ketua Panitia PJK1113.4

Setiausaha Panitia PJK78.5

Jurulatih Sukan44.9

AJK Kokurikulum1113.4

Lain-Lain1113.4

Dalam jadual 6 menunjukkan taburan responden mengikut jawatan yang dipegang di sekolah. Daripada 82 orang responden terdapat 31 orang ( 37.8% ) memegang jawatan sebagai setiausaha sukan, ketua panitia PJK seramai 11 orang (13.4% ) dan sebagai AJK kokurikulum juga seramai 11 orang ( 13.4% ). Manakala responden-responden yang lain memegang jawatan sebagai penolong setiausaha sukan, setiausaha panitia PJK, jurulatih sukan dan sebagainya.Jadual 7. Taburan Responden Mengikut Jenis SekolahN%

Rendah4858.5

Menengah3441.5

Jadual 8. Taburan Responden Mengikut Lokasi SekolahN%

Bandar4554.9

Luar Bandar3745.1

Jadual 7 dan 8 dibentangkan tentang taburan responden mengikut jenis dan lokasi sekolah yang dipilih dalam kajian. Dalam jadual 7 menunjukkan sebanyak 48 buah ( 58.5% ) sekolah rendah dan 34 buah ( 41.5% ) adalah sekolah menengah. Dari segi lokasi sekolah dalam jadual 8 pula menunjukkan sebanyak 45 buah ( 54.9% ) adalah sekolah yang terletak di kawasan bandar Kota Setar dan Kubang Pasu dan 37 buah ( 45.1% ) adalah sekolah di kawasan luar bandar.BurnoutJadual 9 menunjukkan markat min dan sisihan piawai bagi setiap item dalam inventori burnout. Markat min burnout 2.42 adalah mewakili tahap burnout yang rendah yang dapat ditafsirkan sebagai keadaan sekali-sekala (rarely) kepada kadang-kadang (sometime). Item-item yang mewakili perasaan negatif yang menunjukkan markat min yang tertinggi ialah Menghiraukan ( bothered )(M=3.01 ), Keletihan mental ( mental weary )( M=2.74 ), Keletihan fizikal ( physically weary )( M=2.74 ), dan Kelesuan ( fatigued )( M=2.68 ). Di samping itu, bagi empat item yang mewakili perasaan positif pula adalah di luar jangkaan kajian ini kerana keputusan menunujukkan markat min yang lebih rendah. Item-item tersebut seperti Hari yang menyenangkan ( had a good day ) (M=2.52 ), Optimistik ( optimistic ) (M=2.35 ), Gembira (happy) (M=2.20 ), dan Cergas (energetic)( M=2.11) .Jadual 9. Min dan Sisihan Piawai bagi Item-Item Burnout

ItemMinSisihan Piawai

1. Menghiraukan( Bothered )3.011.01

2. Keletihan Mental( Mentally weary )2.740.94

3. Keletihan Fizikal( Physically weary )2.740.93

4. Kelesuan( Fatigued )2.680.89

5. Tertekan( Depressed )2.621.10

6. Membimbangkan( Worried )2.571.02

7. Hari yang menyenangkan( Had a good day )2.521.01

8. Keletihan kerana kurang tidur(Tired after sleepless night )2.511.09

9. Cukup setakat ini( Ive had enough )2.511.07

10. Kecewa( Frustrated )2.491.09

11. Optimistik( Optimistic )2.350.96

12. Ketegangan Emosi( Emotionally drained )2.301.07

13. Tidak dihargai( Worthless )2.291.24

14. Tidak bermaya( Worn down )2.230.95

15. Lemah dan sakit( Weak and sickly )2.230.96

16. Tidak gembira( Unhappy )2.220.99

17. Tiada harapan( Hopeless )2.211.20

18. Gembira( Happy )2.201.14

19. Terperangkap( Entrapped )2.161.01

20. Keadaan terasing( Reserved )2.161.14

21. Cergas( Energetic )2.110.90

Indeks burnout( Burnout Index )2.4230.677

(N=82)

Jadual 10 menunjukkan perbandingan tahap burnout guru-guru PJK mengikut jantina. Keputusan kajian telah membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap burnout guru-guru PJK lelaki dan wanita( t= - 0.52,k> 0.05 ).

Jadual 10. Ujian - t, Min dan Sisihan Piawai Guru-Guru PJK Mengikut Jantina

MinSisihan PiawaiUjian t

Lelaki ( 48 )2.38990.6180- 0.52

Wanita ( 34 )2.46920.7597

*k< 0.05

Jadual 11. Ujian - t, Min dan Sisihan Piawai Guru-Guru PJK Mengikut Jenis Sekolah

MinSisihan PiawaiUjian - t

Sekolah Rendah ( 45 )2.29660.5996-2.044*

Sekolah Menengah ( 37 )2.60080.7463

*k< 0.05

Jadual 12. Ujian - t, Min dan Sisihan Piawai Guru-Guru PJK Mengikut Lokasi Sekolah MinSisihan PiawaiUjian - t

Bandar ( 45 )2.48890.70550.975

Luar Bandar ( 34 )2.34230.6408

*k< 0.05Keputusan dalam jadual 11 pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap burnout di antara guru-guru PJK sekolah rendah dan menengah( t= - 2.044,k< 0.05 ). Markat min tahap burnout guru-guru PJK di sekolah menengah (M= 2.6008 ) didapati lebih tinggi daripada guru-guru PJK di sekolah rendah( M= 2.2966 ).Sementara itu, jadual 12 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap burnout di antara guru-guru PJK yang mengajar di sekolah-sekolah bandar dan yang mengajar di sekolah-sekolah luar bandar( t= 0.975, k> 0.05 ).Oleh itu, berdasarkan keputusan kajian di atas, hipotesis nol yang mengandaikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap burnout guru-guru PJK mengikut jantina ( lelaki dan wanita ), dan lokasi sekolah ( bandar dan luar bandar ) adalah diterima. Walau bagaimanapun, sebaliknya keputusan kajian ini menolak hipotesis yang mengandaikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap burnout di antara guru-guru PJK sekolah rendah dan menengah.Jadual 13. Min, Sisihan Piawai, dan Korelasi Dimensi-Dimensi Iklim Kerja Dengan BurnoutDimensiNMinSisihan PiawaiKorelasi Dengan Burnout

Psikologikal822.83500.33090.344**

Sosial822.99530.46810.544**

Birokratik822.64250.48840.654**

Struktural823.13670.36680.358**

*k< 0.05**k< 0.01 Keputusan dalam jadual 13 menunjukkan keadaan iklim kerja di kalangan guru PJK pada keseluruhannya berada di antara paras rendah dan sederhana. Dimensi struktural mencatatkan markat min yang paling tinggi iaitu 3.137 daripada markat maksimum 5, diikuti dengan dimensi sosial (M= 2.995 ), dimensi psikologikal (M= 2.835 ) dan dimensi birokratik( M= 2.643 ).Selain itu, untuk tujuan menguji hipotesis yang mengandaikan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara setiap dimensi iklim kerja dengan burnout guru-guru PJK, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara markat min tiap-tiap dimensi iklim kerja iaitu, psikologikal( r= 0.344,k< 0.01 ), sosial( r= 0.544,k< 0.01 ), birokratik( r= 0.654,k< 0.01 ) dan struktural( r= 0.356, k< 0.01 ) dengan markat min burnout guru-guru PJK. Oleh itu, berdasarkan dapatan-dapatan di atas hipotesis nol dalam kajian ini telah ditolak.Diteliti dari segi darjah kekuatan hubungan di antara dimensi-dimensi iklim kerja dan burnout dengan berpandukan klasifikasi Johnson dan Nelson ( 1986 ), hasil kajian menunjukkan hubungan di antara dimensi birokratik dengan burnout guru-guru PJK adalah pada tahap yang agak kuat dan teguh ( substantial )( r= 0.654 ). Manakala hubungan di antara dimensi sosial dengan burnout guru-guru PJK didapati pada tahap sederhana (r= 0.544 ), dan hubungan di antara dimensi psikologikal dan struktural dengan burnout di kalangan guru PJK pula, keputusan menunjukkan hubungannya adalah pada tahap sederhana rendah( r= 0.344 danr= 0.358 ). Jadual 14. Pekali Regresi Berganda Stepwise Pembolehubah Dimensi-Dimensi

Iklim Kerja Ke Atas Markat Burnout

Iklim KerjaRRPekali BetaF

Birokratik0.6540.4280.51159.800***

Sosial0.6820.4660.24134.416***

Struktural--T.ST.S

Psikologikal--T.ST.S

( N = 82 )*k< 0.05**k< 0.01***k< 0.001T.S Tidak SignifikanKeputusan dalam jadual 14 menunjukkan bahawa terdapat dua dimensi iklim kerja iaitu, birokratik dan sosial yang paling banyak memberi sumbangan terhadap burnout guru-guru PJK. Berdasarkan nilai beta membuktikan bahawa dimensi birokratik merupakan pembolehubah peramal yang paling berpengaruh( B= 0.511 ). Pekali penentuan regresi(R) bagi pembolehubah itu ialah 0.428. Ini bermakna pembolehubah tersebut dapat menjelaskan sebanyak 42.8% daripada keseluruhan varians dalam burnout di kalangan guru PJK. Keputusan juga menunjukkan yang keduadua dimensi sosial dan birokratik telah dapat menerangkan sebanyak 46.6% daripada keseluruhan varians dalam burnout guru-guru PJK. Kedua-dua dimensi kerja tersebut didapati telah menyumbang secara signifikan pada arask< 0.05 ke atas burnout guru-guru PJK.

PERBINCANGAN

Tahap burnoutMarkat min tahap burnout guru-guru PJK yang didapati dalam kajian ini (M= 2.42 ) menggambarkan darjah burnout yang rendah. Ini bermakna guru-guru PJK jarang-jarang mengalami masalah burnout. Penemuan dalam kajian ini didapati selari dengan hasil kajian-kajian yang pernah dijalankan oleh Fejgin et al ( 1995 ) terhadap guru-guru PJ di Israel; Quigley et al ( 1989 ) terhadap guru-guru PJ di Kanada; dan Sisley et al ( 1987 ) terhadap guru-guru PJ di Amerika Syarikat walaupun ketiga-tiga kajian itu telah menggunakan alat pengukuran burnout yang berbeza.Daripada kajian Fejgin et al ( 1995 ) guru-guru PJ didapati lebih optimistik, energetik, gembira dan mengalami hari-hari yang menyenangkan berbanding dengan guru-guru PJK dalam kajian ini. Guru-Guru PJK dalam kajian ini didapati kurang energetik, kurang gembira, kurang optimistik dan jarang-jarang mengalami hari-hari yang menyenangkan. Malahan yang agak mengejutkan ialah guru-guru PJK merasakan diri mereka kurang cergas ( energetic ). Guru-Guru PJK jarang-jarang mengalami perasaan dirinya dalam keadaan cergas dan bertenaga. Mereka mungkin dibebani dengan pelbagai tanggungjawab dan peranan untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti di sekolah di samping tugas-tugas tambahan lain yang harus dikendalikan mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan selain daripada tugas-tugas pengajaran. Ekoran daripada itu mereka perlu menggunakan daya fizikal dan mental yang banyak untuk melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Oleh itu, situasi-situasi yang sedemikian harus dibendung supaya guru-guru PJK akan merasakan dirinya lebih aktif dan dinamik.Walau bagaimanapun, penemuan kajian ini menampakkan keselarian dengan kajian Fejgin et al ( 1995 ) dari segi perasaan negatif guru-guru PJK. Hasil dapatan menggambarkan guru-guru PJK merasakan keadaan tidak menghiraukan ( bothered ), keletihan mental, fizikal dan kelesuan pada tahap yang sederhana. Mereka juga merasakan diri mereka tertekan ( depressed ) dan bimbang. Pelbagai faktor persekitaran kerja mungkin boleh dikaitkan dengan fenomena di atas. Daripada masalah-masalah konfliks dalaman seperti kelayakan, pengalaman, dan keupayaan sehinggalah masalah-masalah birokratik, hubungan sosial dan pengurusan kelas mungkin mempengaruhi perasaan negatif guru-guru PJK. Implikasi kepada kes-kes seumpama ini bukan hanya akan tertumpu kepada guru-guru terbabit semata-mata, malah lebih jauh daripada itu ia akan mendatangkan impaks yang bukan sedikit kepada martabat profesion perguruan itu sendiri. Kesannya mungkin ditakuti akan berpindah kepada murid/pelajar yang sentiasa terdedah kepada situasi yang kurang menyenangkan akibat tindak-tanduk guru yang bermasalah.Oleh itu, berdasarkan dapatan-dapatan kajian ini jelas membuktikan bahawa guru-guru PJK telah diselubungi dengan perasaan-perasaan negatif yang agak ketara di sekolah. Malahan, tanggapan perasaan positif mereka juga tidak menunjukkan sesuatu keadaan yang dapat membantu meningkatkan motivasi dalam kerjanya. Lantaran itu, pendekatan dan strategi tertentu harus diambil oleh pihak-pihak berkenaan untuk membendung masalah tersebut. Hati guru perlulah ditenteramkan dahulu sebelum guru dapat mengorak langkah ke arah menjayakan cita-cita murni negara.Perbandingan tahap burnout mengikut jantina, jenis dan lokasi sekolahTahap burnout guru-guru PJK lelaki dan wanita tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kajian ini. Hal ini dapat dihujahkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia tidak mengamalkan diskriminasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab pendidikan di kalangan guru. Guru-Guru lelaki dan wanita perlu sama-sama memikul tanggungjawab dan amanah terhadap tugasnya masing-masing. Guru-Guru lelaki dan wanita telah diberi tugas dan tanggungjawab yang sama untuk mengajar, membimbing, mengurus, melatih dan menilai di sekolah. Oleh itu, berdasarkan beban tugas yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul ini memungkinkan tahap burnout guru-guru lelaki dan wanita tidak menunjukkan perbezaan yang ketara.Walau bagaimanapun, kajian ini telah menunjukkan perbezaan yang signifikan tahap burnout guru-guru PJK sekolah rendah dan menengah. Guru-Guru PJK yang mengajar di sekolah menengah didapati lebih tinggi tahap burnout berbanding dengan guru-guru PJK yang mengajar di sekolah rendah. Pebezaan ini dapat dijelaskan bahawa beban tugas yang terpaksa ditanggung oleh guru-guru PJK di sekolah menengah adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan guru-guru PJK di sekolah rendah. Pelbagai peranan, jangkaan dan pengharapan sekolah (pentadbir) terhadap guru-guru PJK di sekolah menengah juga adalah lebih tinggi berbanding dengan guru-guru PJK di sekolah rendah. Pelbagai pengharapan dan ekspektasi terhadap guru-guru PJK ini mungkin antara punca menyebabkan kekaburan peranan dan konflik peranan. Justeru itu, keadaan-keadaan ini yang merupakan antara punca-punca burnout guru-guru PJK di sekolah menengah ( Sisley, Capel, & Desertrain, 1987 ).Di samping itu, guru-guru PJK di sekolah menengah mungkin terpaksa menanggung risiko dan tanggungjawab yang lebih berat dalam proses pengajaran-pembelajaran. Mereka terpaksa berdepan dengan pelajar-pelajar yang lebih besar dan matang. Oleh itu, mereka akan terdedah dengan pelbagai masalah disiplin yang lebih mencabar semasa mengendalikan pengajarannya. Masalah-masalah disiplin yang berterusan adalah salah satu punca mengakibatkan tekanan ( stress ) di kalangan guru PJK di sekolah menengah dan guru-guru berkenaan diakhiri dengan burnout( Mancini, Wuest, Valentine & Clark, 1984 ).Selain itu, guru-guru PJK di sekolah menengah juga sentiasa berada dalam keadaan kebimbangan yang berterusan kerana memikirkan tentang keselamatan atau kecederaan yang mungkin berlaku semasa mengendalikan kelas PJK. Proses pengajaran-pemelajaran PJK di sekolah menengah melibatkan aktiviti-aktiviti yang lebih lasak dan terbuka kepada kecederaan. Oleh itu, guru-guru PJK di sekolah terpaksa sentiasa berada dalam keadaan yang lebih bersediauntuk menanggung risiko dalam mengendalikan proses pengajajaran. Mereka bukan sahaja perlu menggunakan tenaga fizikal yang banyak, tetapi juga mental yang sentiasa didorong oleh suasana kebimbangan. Justeru segala fenomena yang dialami oleh guru-guru PJK ini akan mencetuskan perasaan kekurangan dan burnout.Dalam pada itu, kajian ini membuktikan tahap burnout guru-guru PJK sekolah bandar dan luar bandar tidak memperlihatkan perbezaan yang signifikan. Keadaan sedemikian dapat dijelaskan bahawa semua sekolah di Malaysia sama ada di bandar mahupun di luar bandar diwajibkan mengikuti kurikulum yang sama. Oleh itu, Guru-Guru PJK yang mengajar di bandar atau luar bandar seharusnya melaksanakan proses pengajaran-pemelajaran dengan menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Mereka mengendalikan pengajaran berdasarkan tajuk-tajuk dan garis panduan yang terkandung dalam sukatan tersebut. Selain itu, tiada perbezaan tahap burnoutguru-guru PJK di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar juga dapat dikaitkan dengan latihan perguruan asas yang mereka terima daripada maktab-maktab perguruan dan universiti-universiti yang menggunakan reka bentuk paradigma latihan perguruan yang sama. Jadi, tidaklah menghairankan bahawa mereka sememangnya mengetahui tanggungjawabnya, dan sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berkhidmat di mana-mana tempat yang diarahkan. Oleh hal yang demikan, beberapa faktor yang dibincangkan di atas di samping faktor-faktor lain mungkin dapat menjelaskan tentang tahap burnout guru-guru PJK sekolah bandar dan luar bandar yang didapati tidak berbeza secara signifikan dalam kajian iniHubungan iklim kerja dan burnoutIklim kerja dalam konteks kajian ini diukur berasaskan empat dimensi iaitu, psikologikal, birokratik, sosial dan struktural. secara umumnya, hasil kajian telah menunjukkan bahawa suasana iklim kerja di sekolah adalah pada tahap yang sederhana. Daripada pengamatan guru-guru PJK, iklim kerja yang berkaitan dengan psikologikal seperti darjah autonomi, kepelbagaian peranan, beban tugas, penjadualan, dan peluang-peluang untuk meningkatkan pemenuhan kendiri dan perkembangan kendiri serta pencapaian matlamat didapati pada tahap sekadar memuaskan.Iklim kerja yang berkaitan dengan struktural seperti kelengkapan kemudahan-kemudahan dan peralatan, saiz kelas, komposisi kelas, paras kebisingan, dan masalah-masalah keselamatan, kajian ini mendapati keadaannya adalah pada tahap memuaskan. Begitu juga iklim kerja yang berkaitan dengan sosial seperti interaksi antara guru-guru, pengetua/guru besar, murid/pelajar, dan ibu bapa; masalah-masalah disiplin; sokongan sosial; dan pengasingan sosial memperlihatkan keadaan yang memuaskan mengikut pengamatan guru-guru PJK. Manakala itu, iklim kerja yang berkaitan dengan birokratik seperti kerenah pentadbiran; konflik terhadap permintaan pengetua/guru besar, pentadbiran, dan ibu bapa; masalah-masalah komunikasi; dan kerja-kerja perkeranian diamati oleh guru-guru PJK sebagai di bawah tahap memuaskan.Walau bagaimanapun, hasil kajian ini menunjukkan bahawa tiap-tiap dimensi iklim kerja mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap burnout guru-guru PJK. Hasil kajian ini membuktikkan iklim kerja yang kurang memuaskan berkecenderungan mengakibatkan peningkatan tahap burnout di kalangan guru PJK. Penemuan ini telah menunjukkan sokongan terhadap hasil kajian-kajian lepas oleh Schwab & Ivanicki ( 1982 ), Friedman ( 1991 ), dan Fejgin et al ( 1995 ) dalam beberapa aspek. Dalam kajian-kajian lepas menunjukkan hubungan keadaan iklim kerja dengan burnout adalah berbeza-beza antara sekolah-sekolah. Guru-Guru yang menghadapi masalah konflik peranan, kekaburan peranan, kurang kuasa autonomi, pengasingan sosial, dan kurang berpeluang meningkatkan pemenuhan kendiri adalah hasil daripada sistem birokratik yang berbeza-beza di sekolah.Dalam pada itu, hasil kajian ini membuktikan bahawa dimensi birokratik adalah pembolehubah peramal yang paling berpengaruh ke atas hubungannya dengan burnout guru-guru PJK. Ini bermakna segala kerenah pentadbiran, kuasa autonomi, dan penghargaan daripada pelbagai pihak merupakan antara faktor-faktor penyumbang ke arah kewujudan masalah burnout guru-guru PJK. Selain itu, aspek-aspek sosial juga didapati mempengaruhi burnout guru-guru PJK. Kajian ini menunjukkan bahawa dimensi sosial adalah pembolehubah peramal yang signifikan ke atas hubungan dengan burnout. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya menggalakkan guru-guru PJK berinteraksi secara yang lebih meluas dengan guru-guru lain, pengetua/guru besar, pelajar dan ibu bapa di samping memberi pelbagai sokongan sosial. Pihak sekolah juga harus mengelakkan pengasingan sosial di kalangan guru serta mengawal masalah-masalah disiplin yang boleh menjejaskan keharmonian sekolah. Dengan tindakan-tindakan itu, berkemungkinan dapat membantu guru-guru khususnya guru-guru PJK daripada mengalami masalah burnout yang berterusan.Sehubungan itu, dapatan-dapatan kajian ini didapati banyak persamaan dengan hasil kajian Fejgin et al ( 1995 ). Kajian Fejgin et al ( 1995 ) telah menunjukkan bahawa dimensi psikologikal dan sosial dalam iklim kerja telah mempengaruhi tahap burnout guru-guru PJ di Israel. Secara yang lebih terperinci hasil kajiannya telah membuktikan bahawa aspek gaji yang rendah, batasan-batasan birokratik dan peranan merupakan faktor yang paling banyak menyumbang ke atas burnout guru-guru PJK. Namun, kajian ini tidak mengkaji tentang aspek-aspek dalam dimensi iklim kerja secara yang lebih mendalam, walaupun begitu kajian ini sedikit sebanyak telah dapat menyokong penemuan dalam kajian Fejgin et al ( 1995 ).

PENUTUPHasil kajian ini mungkin dapat memberi implikasi yang bernilai kepada pihak-pihak tertentu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang pendidikan. Walaupun tahap burnout di kalangan guru PJK adalah rendah, namun seandainya fenomena ini dibiarkan berlaku dengan berterusan sudah pasti prestasi kerja guru-guru PJK akan semakin menurun, dan ekoran daripada itu ia akan menjejaskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti dan program di sekolah. Oleh itu, kajian ini mengesyorkan bahawa program-program pendidikan guru seharusnya menyediakan bakal-bakal guru untuk mengatasi kemungkinan konflik-konflik sosial dan konflik yang timbul daripada pelbagai tuntutan sekolah dan pentadbir. Mereka juga seharusnya didedahkan cara-cara mempelbagaikan kerja/tugas dengan menggunakan kaedah-kaedah pengajaran alternatif; menggunakan pelbagai alat bantu mengajar yang mudah dibina, dan mengamalkan pengurusan strategi dan taktik untuk menyelesai masalah secara berkumpulan. Di samping itu, program-program juga seharusnya menggalakkan bakal guru memahami peranan dan tanggungjawab mereka dalam pentadbiran yang tidak semata-mata berkaitan dengan PJK supaya mereka akan lebih berpeluang dan kerap melibatkan diri dengan pelajar-pelajar, ibu bapa, guru-guru serta staf-staf yang lain.Pihak sekolah ( pengetua/guru besar, kaunselor, guru-guru kanan selain daripada guru kanan PJK ) seharusnya mewujudkan kumpulan-kumpulan sasaran yang lebih bersifat " interbidang mengikut subjek " dan melibatkan guru-guru PJK dalam aspek-aspek pentadbiran seperti hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan pelajar, kurikulum dan perancangan dasar-dasar sekolah. Adalah juga dirasakan wajar bahawa pihak kerajaan perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengkaji dari segi tingkat gaji yang merupakan sumber yang paling ketara mengakibatkan burnout guru-guru secara umumnya ( Fejgin et al 1995 ). Sehubungan itu, guru-guru PJK mungkin boleh dipertimbangkan untuk diklasifikasikan sebagai kelompok kritikal yang setaraf dengan guru-guru teknik dan vokesyenal yang lain, dan di samping itu, cadangan pihak kerajaan untuk mempertimbangkan pembayaran elaun kerja lebih masa di luar waktu bertugas rasmi adalah satu usaha yang memberangsangkan kaum guru.Akhir sekali, adalah dicadangkan kajian-kajian selanjutmya seharus menunjukkan tentang strategi-strategi pengurusan yang berkesan untuk guru-guru PJK supaya tindakan-tindakan dapat dilakukan sama ada oleh guru-guru secara individu, pihak sekolah atau pusat-pusat latihan guru dalam usaha mencegah fenomena burnout. Di samping itu, adalah lebih membantu dalam penyelidikan sekiranya kajian yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam menentukan sikap dan tingkah laku guru-guru yang mempamerkan tahap burnout yang sangat rendah. Kajian-kajian yang sedemikian akan dapat mengumpul lebih banyak maklumat tentang attribut-attribut yang membina supaya dapat membantu guru-guru PJK meningkatkan perasaan yang lebih optimistik, energetik dan gembira.

RUJUKANAbdul Shukor Abdullah ( Dato Dr ). Penilaian Semula Situasi Pengurusan Sekolah. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Nasional Ke-4 Pengurusan Pendidikan di Institut Aminuddin Baki pada 14 - 16 Nov 1996.Amla Mohd Salleh. ( 1994, 1 Okt ). Beban Kerja Halang Kemampuan Guru.Berita Harian. Kuala Lumpur : New Straits Times. hal.19.Austin, D.A. (1981). Teachers Burnout Issue .Journal of Physical Education Recreation and Dance, 52(9), 35-36.de Vries, L.A . Pendidikan Jasmani dan Kesihatan - Satu Dilema. Paper presented at Physical Education and Sport Sciences Seminar Towards the year 2020 at UPM, on 28 - 29 Sept. 1990.Campbell,J.P., Dunnette,M.D., Lawler,E.E., & Weick, K.E. ( 1970 ).Managerial Behavior,Performance, and Effectiveness. New York : McGraw-Hill.Depaepe, J., French, R., & Laray, B. (1985). Burnout Symptoms experienced among special physical educators : A descriptive longitudinal study.Adapted Physical Activity Quarterly, 2,189-196.Farber, B.A. (1983).Stress and Burnout in the Human Services Profession. New York : Pergamon Press.Fejgin, N, Ephraty,N, k Ben-sira, D. (1995). Work Environment and Burnout of Physical Education Teachers.Journal of Teaching Physial Education . 15. 64-78.Freedman, 1. (1991). High and Low Burnout Schools: School Culture Aspects of Teacher Burnout.The Journal of Educational Research, 84, 325-333.Freudenberger, H. (1980). Staff burnout .Journal of Social Issues, 34(4), 111 123Freudenberger, H.J., & Richelson, G. (1980),Burnout the High cost & High achievement.New York : Anchor Press.Friedman, I.A. ( May - June, 1995 ). Student Behaviour Patterns Contributing to Teacher Burnout.The Journal of Educational Research.88(5), 281-288.Gay, L.R. ( 1996 ).Educational Research : Competencies for Analysis and Application( 5th.ed ). New Jersey : Prentice Hall, Inc.Girdano, A.A, Everly, G.S, & Dusek, D.E, (1993)Controlling Stress & Tension - A Holistic Approah.New Jersey : Englewood CliffsGold, Y., & Roth, R.A. ( 1993 ).Teachers Managing Stress and Preventing Burnout : The Professional Health Solution. Washington, D.C : The Falmer Press.Horton , L. (1984). What do we know about teachers burnout? Journal of Physical Education, Recreation and Dance. 55( 3 ), 69 71.Ibrahim Ahmad Bajunid. ( 1995 ). Peningkatan Pelbagai Jenis Literasi Khususnya Literasi Saintifik Dan Teknikal : Ke Arah Pemantapan Martabat Kepimpinan yang Unggul. Jurnal Pengurusan Pendidikan. 4( 2 ). 1 19.Isaac, S., & Micheal, W.B. (1984).Handbook In Research and Evaluation( 4th.ed ). San Diego, Califonia : EdiTs Publishers.Johnson, B.C., & Nelson, J.K. (1986).Practical Measurement For Evaluation in PhysicalEducation( 4th.ed ). USA: Burgess Publishing.Mancini,V.A.,Wuest,D.A.,Valentine,K.W., & Clark,E.K. ( 1984 ). The use of instruction and supervision in interaction analysis on burned out teachers : Its effects on teaching behaviors, levels of burnout and academic learning time.Journal of Teaching in Physical Education. 3( 2 ), 29 46.Maslach, C., & Jackson, S. (1986).Maslach Burnout Inventory Manual. Palo Alto, CA : Consulting Psychological Press, Inc.Pastore, D.C., & Judd, M.R. ( May-June,1992 ). Burnout in Coaches of Womens Team Sports.JOPERD. 74 - 79.Pines, A. (1982). Changing organizations : Is work environment without burnout an impossible goal ? In W. Paine (ed), Job stress and burnout(PP . 274 - 281). Beverly Hills, CA : Sage.Pines, A., & Aronson, E. ( 1981 ).Burnout : From tedium to personal growth. New York : Free Press Schwab, R.L Ivanicki , E.F (1982). Perceived role conflict, role ambiguity and teacher burnout.Educational Administrative Quarterly18, 60 - 74.Sisley, B.L., Capel, S.A, & Desertrain G.S. (1987). Preventing & Burnout in teacher coaches.Journal of Physical Education, Recreation and Dance,58(2), 71 - 75.Smith, J.C. ( !993 ).Understading Stress and Coping, New York: MacMillan Publishing Company.Tuan Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad. "Towards High Quality Education Management in Physical Education" Paper Presented at Fourth National Seminar on Educational Management at IAB, Sri Layang, Genting Highland, Pahang on 14 - 16 Nov. 1994.Yukl, G.A., & Wexley, K.N.C. (1984 ).Organization Behavior and Personnel Psychology. Illinois: IRWIN.Yusoff Ismail .( Mei, 1987 ). Peranan Pendidikan Jasmani dalam KBSM.Jurnal Pendidikan.12, 51 - 60.