imbuhn aptn

download imbuhn aptn

of 2

Transcript of imbuhn aptn

  • 8/18/2019 imbuhn aptn

    1/2

    PENGIMBUHANPERKARA KETERANGAN

    PENGIMBUHAN Pengimbuhan merupakan salah satu cars proses pembentukan perkataan

     yang paling penting dalam bahasa Melayu. Melalui pengimbuhan akan

     wujud pelbagai perkataan baharu yang mendokong makna yang baharu.

    Proses pengimbuhan ini meliputi empat bentuk, iaitu awalan, akhiran,

    apitan, dan sisipan.

     IMBUHAN APITAN

    PERKARA KETERANGAN

    IMBUHAN

    APITAN

    Imbuhan apitan bermaksud imbuhan awalan dan akhiran yang mengapit sesuatu kata

    dasar.

     APITAN memper-...............-i dan memper-..........-kan

    PERKARA KETERANGAN

     Apitan

    memper-..........-i,

    memper-..........-kan

     Apitan ini akan berubah menjadi mempel- atau mempe- diikuti

    akhiran -i atau akhiran -kan berdasarkan kata dasar yang

    digunakan dan biasanya mempunyai perkaitan dengan awalan peR-.

    Kedua-dua apitan ini berfungsi sebagai kata kerja aktif transitif.

    Contoh mempersenjatai, mempertuani, memperbaiki, memperingati,memperhambai, memperdengarkan, mempertontonkan,

    memperdagangkan, memperhatikan, memperlakukan, memperlarikan,

    memperkenalkan, mempersembahkan, mempergayakan

    memperjuangkan,

    Peringatan:Kata dasar bagi apitan ini boleh terdiri daripada pelbagai kata, namun tidak boleh hadir bersama-

    sama dengan kata adjektif dan kata tugas khususnya kata sendi.

    Kata dasar   Betul Salah

     besar

    cantik

    lurus

    maju

     oleh

    memperbesar

    mempercantik

    memperlurus

    mempermaju

    memperoleh

    membesarkan

    mencantikkan

    meluruskan

    memajukanmendapat

    memperbesarkan

    mempercantikkan

    memperluruskan

    mempermajukan

    memperoleh

    Perlu juga dibezakan perkataan yang menerima apitanmemper-...-kan yang seolah-

    olah kata adjektif tetapi sebenarnya hanya menerima apitanmeN-... -kan.

    Contoh:-

      memperlahankan = meN- + perlahan + kan

     Terdapat juga perkataan yang menerima memper-...-i tetapi akhiran -i

    digugurkan walaupun kata dasar bukan kata adjektif atau kata tugas.

      mempersuamikan = memper + suami + i ( huruf i digugurkan)  memperisterikan = memper + isteri + i ( huruf i digugurkan)

  • 8/18/2019 imbuhn aptn

    2/2

     Awalan di-..., Apitan di-.......-i, di-.......-kan, dipeR-.......-i, dan

    diperR-........-kan

     Awalan dan apitan ini hadir bersama dengan kata dasar yang berfungsi sebagai kata kerja

    pasif. Secara umumnya awalan di- merupakan pasif daripada perkataan kata kerja

    aktif berawalanmeN-, di-...-i daripadameN-...-i, di-...-kandaripadameN-...-kan,

    dipeR-...-idaripadamempeR-...-idandipeR-...-kandaripadamempeR-...-kan.

    Contoh:-

     Aktif Pasif

    membaca, menarik menaikkan,

    menunaikan memenuhi, mencintai

    memperdengarkan,mempersilakan mempercayai,

    memperoleh

    dibaca, ditarik , dinaikkan,

    ditunaikan dipenuhi, dicintai diperdengarkan,

    dipersilakan dipercayai, diperoleh

    Peringatan:-

    Perkataan yang berimbuhandi-perlulah dibezakan dengan kata sendidi yang biasanya hadir

     bersama-sama dengan kata arah atau kata nama bagi tempat dan ditulis terpisah.

      (Rujuk kata sendi nama)

     Contoh:-

    di sekolah bukannya disekolah (disekolahkan - betul)

    di pejabat bukannya dipejabat (dipejabatkan - betul)

     di pinggir bukannya dipinggir (dipinggirkan - betul)