Manual Pengurusan Konflik Manusia-Harimau di Semenanjung ...
Impak Alam Sekitar daripada projek Pembinaan Empangan Berskala Besar dan Kecil di Semenanjung, Sabah...
-
Upload
puterasulung -
Category
Documents
-
view
703 -
download
2
description
Transcript of Impak Alam Sekitar daripada projek Pembinaan Empangan Berskala Besar dan Kecil di Semenanjung, Sabah...
Empangan merupakan di antara struktur hidraulik yang paling besar dari
segi saiz dan kawasan. Struktur yang melintangi saliran air ini dibina
untuk menahan dan mengawal aliran air ke saluran, terowong dan
saluran tiub wayar yang bertujuan mewujudkan turus air yang diperlukan
untuk pelbagai keperluan. Antaranya adalah untuk menjanakuasa
hidroelektrik dan melindungi muara daripada banjir. Penjanaan tenaga
hidroelektrik merupakan sumber tenaga yang tidak menghasilkan
pencemaran udara kerana hidroelektrik adalah sumber tenaga yang
bersih, ia tidak menghasilkan karbon dioksida, sukfur dioksida, nitrus
dioksida dan juga pencemar udara yang lain. Penjanaan hidroelektrik
dikatakan juga adalah sumber utama tenaga yang boleh diperbaharui, ia
mudah diperoleh, cekap dan murah berbanding janakuasa tenaga yang
lain seperti geoterma, biomas, angin dan tenaga solar. Pembinaan
empangan hidroelektrik ini juga boleh dikelaskan mengikut skala
pembinaannya. Contoh empangan hidroelektrik yang dikenal pasti
sebagai berskala besar di rantau Asia Tenggara adalah seperti
Empangan Hidroelektrik Bakun di Sarawak, manakala empangan yang
berskala kecil pula adalah seperti Empangan Semberong di Johor.
Namun persoalannya, mengapakah setiap kali pihak kerajaan
mengumumkan pembinaan projek empangan samada berskala kecil atau
besar, maka kedengaranlah bantahan dan kritikan khususnya di
kalangan penduduk yang terpaksa dipindahkan dan pertubuhan pencinta
alam? Apakah impak negatifnya selain daripada kepentingan dan
kebaikan yang diperoleh daripada pembinaan empangan janakuasa
hidroelektrik ini?
Empangan Bakun terletak di Jeram Bakun iaitu di antara kuala
Sungai Rajang dan Sungai Balui di Sarawak. Pembinaan Empangan
Bakun ini dianggarkan mampu menghasilkan tenaga sebanyak 2,400
megawatt per saat dan berupaya menjana pendapatan negara setahun
sebanyak RM13.5 bilion atau bersamaan US$3.6 bilion kepada negara.
Projek pembinaan empangan ini juga telah melibatkan perancangan
penghantaran tenaga elektrik ke Semenanjung Malaysia melalui
perentangan kabel bawah tanah sepanjang 1,500 kilometer dan
1
perentangan kabel dasar laut sepanjang 650 kilometer yang merentasi
Laut China Selatan. Projek Empangan Bakun mempunyai ketinggian
tebing konkritnya setinggi 210 meter, di mana akan menghasilkan
kawasan tadahan berkeluasan sehingga 14,750 kilometer, dan dataran
yang akan dibanjiri seluas 69,640 hektar di kawasan hutan hujan yang
utama di Sarawak iaitu kira-kira sebesar negara Singapura yang akan
menjadikan empangan ini salah sebuah empangan yang terbesar di
dunia dan terbesar di rantau Asia Tenggara. Empangan Bakun dikatakan
sebagai salah satu daripada usaha untuk mencapai matlamat Wawasan
2020 iaitu untuk mencapai taraf negara industri yang sepenunhya
menjelang tahun 2020. Projek-projek berskala besar merupakan kunci
utama untuk mencapai matlamat tersebut. Empangan Bakun juga
dijangkakan akan menjadi pusat penjanaan kuasa selaras dengan
peningkatan peemintaan terhadap tenaga. Empangan ini juga membantu
kepada pertumbuhan ekonomi dan perindustrian di Sarawak. Kerajaan
Malaysia dengan bantuan empangan ini juga mensasarkan kepada
pembangunan dan pemodenan golongan masyarakat asal di kawasan
tersebut.
Empangan Semberong yang siap dibina pada tahun 1984
merupakan sebahagian daripada Projek Pembangunan Pertanian
Bersepadu Johor Barat Fasa 2. Empangan ini terletak 10 kilometer dari
Bandar Air Hitam dan dihubungkan oleh jalan utama Air Hitam-Kluang.
Empangan ini berfungsi sebagai bekalan air bersih yang akan diproses
oleh Syarikat Air Johor (SAJ) sebelum disalurkan ke paip bekalan air
pengguna di sekitar daerah Batu Pahat. Empangan ini terus
membekalkan kira-kira 2 juta liter sehari air mentah untuk bekalan air
domestik. Empangan ini dibina daripada tanah (zoned earthfill). Ianya
teridiri daripada dua empangan utama (1a dan 1b) dan tiga benteng
empangan pelana (saddle dams) iaitu empangan pelana 1, 2 dan 3.
Sumber air empangan ini datangnya daripada Sungai Semberong dan
mempunyai kawasan tadahan seluas 130 kilometer persegi.
2
Walaupun pembinaan empangan janakuasa hidroelektrik seperti
Empangan Bakun di Sarawak dan Empangan Semberong di Johor
dikatakan mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat antaranya
seperti menyumbang kepada bekalan air bersih untuk kegunaan
domestik, menyumbang kepada tenaga bersih dan murah kepada
negara, mengurangkan kepada pencemaran udara, mewujudkan peluang
pekerjaan dan membantu dalam meningkatkan pendapatan negara hasil
daripada jualan tenaga elektrik yang dijana sebenarnya juga telah
memberikan banyak impak yang negatif terutamanya kerosakan kepada
alam semulajadi dan masalah kepada komuniti setempat.
Dalam projek Empangan Bakun umpamanya, tidak dinafikan
bahawa projek empangan ini mendatangkan kebaikan kepada
masyarakat dan juga kepada negara. Empangan Bakun dikatakan telah
berupaya menukarkan sumber semulajadi yang selama ini dianggap
sebagai sumber air yang tidak bernilai (worthless water) kepada sumber
air yang bernilai (valuable electricity). Hal ini kerana, Sarawak terkenal
sebagai kawasan yang menerima kadar hujan yang tertinggi dengan
purata 300 hingga 400 cm setahun, suhu yang tinggi dan kelembapan
yang tinggi yang berupaya mampu menjadikan tempat yang terbaik
untuk penjanaan tenaga hidroelektrik. Empangan Bakun boleh
beroperasi tanpa hujan selama setahun setengah yang berpotensi untuk
menjana tenaga hidroelektrik bukan sahaja di Borneo malah ke kawasan
negara jiran yang berdekatan.
Empangan Bakun juga merupakan salah satu daripada visi negara
untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai sebuah negeri perindustrian
dan membantu Malaysia mencapai status negara moden di pentas
antarabangsa. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir
Mohamad dalam New Way Forward and Vision 2020, menyatakan
bahawa projek infrastruktur berskala besar atau mega merupakan salah
satu elemen kepada pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Sarawak
berhasrat untuk menjadi negeri perindustrian yang maju dan menjadikan
Malaysia sebagai pusat penjanaan kuasa ekonomi utama di rantau ini.
3
Empangan Bakun ini mampu menjana kuasa yang dipercayai sebagai
suatu mekanisme untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai sebuah
negeri yang moden sama seperti negeri-negeri lain yang terdapat di
Semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang, Melaka dan Selangor.
Projek Empangan Bakun juga secara tidak langsung memberikan
faedah dan kebaikan yang lain seperti menyediakan peluang pekerjaan
kepada masyarakat tempatan sebagai buruh binaan, menambahbaikan
infrastruktur seperti membangunkan kawasan pedalaman dengan
memodenkan sistem perhubungan dan komunikasi seperti jalan raya,
memberi khidmat latihan dan kemahiran kepada masyarakat asal seperti
penempatan semula dengan kemudahan asas yang mencukupi,
mengurangkan serta mengawal banjir semasa musim monsun dan
menjana sektor pelancongan kepada pelancong asing yang melawat ke
Tasik Bakun umpamanya.
Manakala, projek Empangan Semberong pada awal pembinaanya
adalah sebuah empangan yang dibina bagi tujuan tebatan banjir.
Sebagai kolam takungan air yang berskala kecil, empangan ini berfungsi
untuk mengurangkan kejadian banjir dengan menampung air banjir yang
melanda semasa musim tengkujuh dan membuang air pada kadar alir
yang terkawal dalam lengkungan keupayaan sistem sungai di hilir
empangan. Selain itu, simpanan air di empangan ini turut berfungsi
sebagai bekalan air bersih yang akan diproses oleh Syarikat Air Johor
(SAJ) sebelum disalurkan ke paip bekalan air pengguna di sekitar daerah
Batu Pahat. Pada masa sekarang, empangan ini terus membekalkan
sebanyak 2Mld atau 2 juta liter sehari air mentah untuk bekalan air
domestik. Empangan ini menyediakan perlindungan dan tebatan banjir di
hilir untuk tempoh masa 100 tahun tempoh ulangan dengan kadar
pelepasan maksimum 42 cubic meter cube (cumesc)
Walaupun kedua-dua projek empangan ini iaitu projek Empangan
Bakun di Sarawak dan Empangan Semberong di Johor memberi
kepentingan, namun secara tidak langsung kepentingan tersebut
4
memberi kesan yang boleh merosakkan alam semulajadi dan masalah
kecenderungan berlakunya bencana banjir besar jika empangan tidak
dapat menampung kuantiti air yang berlebihan atau empangan pecah
kepada komuniti pribumi setempat serta krisis bekalan air bersih.
Implikasi pembinaan empangan kepada alam sekitar boleh dibahagikan
kepada tiga kategori, iaitu kesan kepada kawasan hulu tadahan, kesan
takungan air dan kesan kawasan di hilir empangan. Hal ini kerana,
secara prinsipnya semakin besar saiz sesebuah empangan yang dibina
maka semakin besar pula kawasan tadahan dan kawasan takungan yang
diperlukan. Pembinaan empangan akan menenggelamkan kawasan yang
luas bergantung kepada kapasiti takungan air yang diperlukan.
Masyarakat asal yang tinggal di kawasan itu sejak turun temurun
terpaksa dipindahkan seperti yang berlaku ke atas masyarakat orang
asal Penan di Bakun yang terpaksa dipindahkan dan ditempatkan di
penempatan baru di Sungai Asap yang disebabkan aktiviti pembersihan
hutan seluas 70,000 hektar yang telah memusnahkan habitat semulajadi
yang merupakan sumber mata pencarian komuniti asal tersebut.
Penduduk di kawasan sekitar Batu Pahat dan Air Hitam sering
dilanda krisis bekalan air bersih terputus dan tidak memuaskan beberapa
tahun selepas empangan ini beroperasi. Dalam penyiasatan yang
dilakukan mendapati bahawa masalah dikatakan berpunca daripada
kekurangan bekalan air yang diperoleh daripada Empangan Bekok di
Segamat. Malah yang berlarutan itu di atasi dengan perlaksanaan hujan
tiruan di sekitar kawasan empangan dan agihan bekalan air
menggunakan lori tangki kepada penduduk. Namun pada penghujung
tahun 2006, bencana banjir telah melanda negeri Johor. Kejadian
berulang lagi pada penghujung tahun 2007. Kejadian banjir ini
mengakibatkan kerugian besar, kemusnahan harta benda tertinggi
dalam sejarah bencana negara. Kebimbangan terhadap struktur binaan
dan keupayaan Empangan Semberong mendapat perhatian kerana
kegagalan mengawal banjir di hilir sungai yang berpunca daripada
pelepasan air dalam kuantiti yang besar.
5
Penulis juga lebih memfokuskan kepada impak pembinaan
empangan dalam konteks permasalahan yang berlaku dalam komuniti
orang asal di kawasan yang terlibat yang telah menetap di kawasan
berkenaan sejak turun temurun lagi. Misalnya dalam projek Empangan
Bakun di Sarawak yang telah memaksa kira-kira 15,000 orang penduduk
asal dari kawasan Bakun. Menurut Laporan Aduan dan Siasatan, Hak
Masyarakat Asli Sarawak pada bulan Jun 2002 oleh Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), terdapat beberapa laporan
ketidakpuashatian penduduk berhubung isu yang berkaitan tentang
tanah adat mereka dan penempatan semula di Sungai Asap. Apabila
tanah mereka diperoleh, selain daripada kehilangan mereka ke atas
tanah tersebut mereka juga akan kehilangan tanah warisan (deprivation
of heritage land), kehilangan kebebasan untuk bermastautin atau
bergerak di bawah Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan, kehilangan
penggunaan sumber hutan, kehilangan kehidupan masa depan untuk
mereka yang terlibat dan keluarga terdekat mereka dan kehilangan
masa depan untuk warisan mereka yang terlibat.
Bagi pencinta dan aktivis alam sekitar pula, setiap lokasi itu
mempunyai keunikan yang tersendiri, khususnya hutan tropika. Spesis
flora dan fauna misalnya memang boleh dipindahkan ke kawasan lain,
tetapi kewujudannya tidak akan sekali-kali sama dengan lokasi asalnya.
Bahkan mungkin pupus sama sekali. Habitat semulajadi terganggu dan
menyebabkan organisma terpaksa mencari habitat yang baru.
Contohnya dalam projek Empangan Bakun, walaupun aktiviti penanaman
semula kira-kira 200 jenis herba asli termasuk orkid dan halia serta 20
spesis pokok terlindung dijalankan di kawasan pembinaan empangan
tersebut oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC), keadaan tidak akan
sama seperti yang sedia kala kerana walaupun penanaman semula
dijalankan, tempoh masa yang diambil oleh tumbuhan tersebut untuk
mencapai usia matang dan keadaannya seperti sedia kala akan
mengambil masa yang begitu lama.
Menurut Perkara 13 Perlembagaan Persekututan telah
menyatakan bahawa, tanah yang telah didiami oleh masyarakat asal
6
sejak turun temurun adalah hak asasi yang dilindungi. Hal ini kerana,
tiada seseorang pun yang boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut
undang-undang dan tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat
peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan
paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi. Hal ini kerana, tanah
yang diperoleh untuk tujuan pembinaan empangan Bakun ini telah
menyebabkan masyarakat asal di kawasan Bakun hilang tempat
bergantung kerana tanah yang didiami mereka adalah sejak turun
temurun untuk menampung kehidupan mereka.
Secara konklusinya, tidak dapat dinafikan bahawa pembinaan
empangan untuk tujuan janakuasa hidroelektrik mendatangkan 1001
kebaikan kepada kita dan negara. Malah dikatakan bahawa, penjanaan
elektrik melalui janakuasa hidroelektrik seperti empangan Bakun
merupakan salah satu penjanaan kuasa yang menjimatkan dari segi kos
pembinaan dan operasinya jika dibandingakan dengan loji yang
berasaskan kepada arang batu, gas atau bahan bakar fosil. Empangan
berskala kecil seperti Empanagn Semberong pula beurpaya sebagai
pembekal kepada bekalan air bersih untuk tujuan domestik yang
bertindak sebagai kawasan takungan air dan mampu mengawal banjir.
Kebaikan dan keburukan yang diperoleh daripada pembinaan projek
empangan bergantung kepada skala pembinaanya.
References
Books or Chapter in books
Duivendijk, H. V. 2003. Dam and Dikes in Development. Lisse: A. A.
Balkerna Publisher.
Jamaluddin, Md. Jahi. 2010. Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia: Dari
Stockholm
ke Rio de Janeiro dan Seterusnya. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Journal articles obtained from data bases
Beck, M. W., Claassen, A. H. and Hundt, P. J. 2012. Environmental and
7
Livelihood impacts of dams: common lessons across development
Gradients that challenge sustainability. International Journal of
River
Basin Management.
Kadaran, Mohd. Mazli. 2008. Pengurusan dan Keselamatan Empangan:
Kajian Kes
di Empangan Semberong. Universiti Teknologi Malaysia.
Namy, S. 2007. Addressing the Social Impacts of Large Hydropower
Dams.
The Journal of International Policy Solutions. Springer. 7.
Sovacool, B. K. and Bulan, L. C. 2011. Behind an ambitious megaproject
in
Asia: The History and Implications of the Bakun hydroelectric dam
in
Borneo. Journal of Energy Policy. 39;4842-4859. Retrieved from
www.elsevier.com/locate/enpol
Journals articles obtained from library
Bawe, L. 1996. Private profit at Public Expense. The Bakun Hydroelectric
Project. The Ecologist. 26(5).
Berkes, F. 1980. Some Environmental and Social Impacts of the James
Bay Hydroelectric Project, Canada. Academic Press Inc. (London)
Limited.
Newspaper clipping from E Media or from daily newspaper
available in library
Berita Harian. 2010. Sarawak bida lebih RM6b beli empangan hidro
Bakun. 27 September. (atas talian)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/
SarawakbidalebihRM6bbeliempanganhidroBakun/Article/ (diakses
pada 8 Oktober 2012)
8
Berita Harian. 2011. Sabah & Sarawak: Empangan Bakun dijangka
operasi pada 2012. 26 April. (atas talian)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ Sabah
SarawakBakundijangkaoperasipada2012/Article/ (diakses pada 8 Oktober
2012)
9