Indeks Pencemaran Udara

8
sekiranya anda memilih data 23 Jun - 26 Jun 2013 saya cadangkan : 1. Anda membuat penjelasan berkaitan data itu secara menyeluruh...maksud saya: a) membuat penjelasan secara ringkas data 23 - 26 Jun b) membuat analisa pola IPU ( menaik, menurun atau statik) c) membuat perbandingan antara hari2 tersebut ( 23 - 26 Jun) Harap dapat membantu dan memberi panduan pada anda. Sebagai panduan pada anda : 1. Pengenalan - menjelaskan secara ringkas berkaitan fenomena jerubu secara umum 2. Menjelaskan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi mengetahui tahap jerebu dan sertakan huraikan punca-punca terjadinya jerebu tersebut. 3. Analisis data indeks Pencemaran Udara (IPU) yang anda pilih. Sila huraikan dengan ringkas bacaan (IPU) tersebut. 4. Langkah mengatasi masalah jerubu 5. Kesan jerubu terhadap ; a) kanak-kanak, b) orang tua, c) perokok d) mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, jantung dan yang menghadapi alahan.

description

ipu jerebu

Transcript of Indeks Pencemaran Udara

Page 1: Indeks Pencemaran Udara

sekiranya anda memilih data 23 Jun - 26 Jun 2013 saya cadangkan :

1. Anda membuat penjelasan berkaitan data itu secara menyeluruh...maksud saya:

a) membuat penjelasan secara ringkas data 23 - 26 Jun

b) membuat analisa pola IPU ( menaik, menurun atau statik)

c) membuat perbandingan antara hari2 tersebut ( 23 - 26 Jun)

Harap dapat membantu dan memberi panduan pada anda.

Sebagai panduan pada anda :

1. Pengenalan - menjelaskan secara ringkas berkaitan fenomena jerubu secara umum

2. Menjelaskan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi mengetahui tahap jerebu dan sertakan huraikan punca-punca terjadinya jerebu tersebut.

3. Analisis data indeks Pencemaran Udara (IPU) yang anda pilih. Sila huraikan dengan ringkas bacaan (IPU) tersebut.

4. Langkah mengatasi masalah jerubu

5. Kesan jerubu terhadap ; a) kanak-kanak, b) orang tua, c) perokok d) mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, jantung dan yang menghadapi alahan.

6. Kesimpulan

Page 2: Indeks Pencemaran Udara

JEREBU

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain

zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World

Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori

kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan

salji.  Ia juga dianggap fenomena udara kering.

BAGAIMANA JEREBU BERLAKU?

Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering.

Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan

dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali

sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat). 

Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas

sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid

sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi,

dan keheningan udara.

DARI MANA SUMBER JEREBU?

Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas,

industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap

perindustrian dan kenderaan. 

LAGI SEBAB DAN PUNCA JEREBU

Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut.Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi

Page 3: Indeks Pencemaran Udara

membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan

BENTUK JEREBU

Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah."

MASALAH KESIHATAN AKIBAT JEREBU

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:

Kanak-kanak Orang tua

Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain

Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:

Iritasi kerongkong dan batuk-batuk Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat

Iritasi di mata serta mata yang merah

Kulit terasa gatal

Page 4: Indeks Pencemaran Udara

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar

Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal

Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi

Selalu minum air

Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik.

KESAN JEREBU

Jerebu menimbulkan isu dalam penggambaran bumi ("terrestrial photography"), di mana penembusan sejumlah besar atmosfera tebal mungkin perlu bagi mengambil gambar subjek jarak jauh. Ini menghasilkan kesan pandangan seperti kehilangan perbandingan ("kontras") pada subjek, akibat dari kesan penyelerakan cahaya melalui partikal jerebu. Disebabkan ini, warna matahari terbit dan terbenam kelihatan kelam pada hari berjerubu, dan bintang mungkin kabur pada waktu malam. Dalam sesetengah kes, kemerosotan akibat jerebu amat teruk sehinggakan pada waktu matahari terbenam, matahari hilang sama sekali sebelum mencecah ufuk. 

Page 5: Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara

MAKSUD IPU

Dalam bahasa inggeris IPU turut dikenali sebagai APU yang membawa maksud Air Pollutant Index. Fungsi IPU adalah untuk mengkaji kadar tahap pencemaran udara seperti jerebu akibat daripada pembakaran terbuka dan beberapa faktor lain. Seperti yang sedia maklum, kesan jerebu adalah sangat bahaya kepada kesihatan manusia kerana mengandungi kimia dan tosik akibat dari pembakaran terbuka. Tahap Ipu terbahagi kepada beberapa tahap seperti tertera dijadual dibawah. IPU pada tahap 101 keatas adalah tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan.

Rencana utama: Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara0 - 50 Baik51 - 100 Sederhana101 - 200 Tidak sihat201 - 300 Sangat tidak sihat301 - 400 Berbahaya401 - 500 Sangat berbahayaLebih 501 Darurat

Maklumat terkini masalah jerebu di Malaysia sepanjang bulan June 2013

Page 6: Indeks Pencemaran Udara

Masalah jerebu yang melanda Malaysia pada Jun 2013 telah membuatkan sesetengah kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, yang dianggap tidak sihat

Sesetengah kawasan di negeri Johor, Melaka dan Selangor adalah antara yang mengalami nilai status IPU melebihi 100

Pihak yang terlibat, telah mengeluarkan satu nasihat umum untuk orang ramai, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan supaya mengelakkan aktiviti luar

laporan jerebu 2013 maklumat terkini masalah jerebu di malaysia jun 2013

Jerebu di Malaysia

Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos

Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itu jerebu jarang kelihatan

Selain itu, negara jiran Singapura turut dilanda jerebu tebal yang memenuhi ruang udara negara itu ekoran kesan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia

Maklumat semasa dan terkini indeks pencemaran udara Malaysia (APIMS)

Orang ramai boleh mengikut laporan mengenai bacaan indeks jerebu dikawasan yang terjejas dengan melayari laman sesawang rasmi Jabatan Alam sekitar, klik pada pautan url http://www.doe.gov.my/webportal

Laporan mengenai status yang berkaitan dikemaskini dari masa ke semasa dalam laman sesawang itu untuk maklumat orang ramai

Page 7: Indeks Pencemaran Udara

My Sumber - http://www.mysumber.com/informasi/maklumat-terkini-masalah-jerebu-di-malaysia-jun-2013#ixzz2gteA5esJ