INDUKSI - BELANJAWAN

5
KURSUS INDUKSI AMBILAN 4/2006 1.0 PENGENALAN Belanjawan awam bolehlah didefinisikan sebagai satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara bagi memenuhi keperluan rakyat. Ini bermakna, belanjawan bukan sahaja merupakan perancangan untuk pentadbiran kerajaan tetapi ia memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan ekonomi sesebuah negara dan memberi kesan kepada aktiviti sektor swasta. Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1968. Sistem ini diperkenalkan kerana kerajaan mendapati sistem belanjawan yang diamalkan pada masa itu, iaitu sistem belanjawan tradisional, tidak sesuai lagi kerana ia tidak dapat memberi maklumat-maklumat yang cukup untuk membantu kerajaan membuat keputusan yang berkesan mengenai rancangan-rancangan pembangunannya. SBPP diperkenalkan kerana ia dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan seperti penentuan objektif, struktur dan program, kos program dan penilaian prestasi program. Walaubagaimanapun, pelaksanaan SBPP tidak mencapai kemajuan yang memuaskan. Pada masa itu, perlaksanaan SBPP hanya di peringkat menentukan objektif dan merangka struktur program dan aktiviti sahaja. Peringkat selanjutnya iaitu peringkat pengukuran prestasi dan penilaian program tidak dilaksanakan sepenuhnya kerana kebanyakan Kementerian/Jabatan terutama Kementerian/Jabatan yang TUGASAN INDIVIDU Page 1 of 5

description

D

Transcript of INDUKSI - BELANJAWAN

Page 1: INDUKSI - BELANJAWAN

KURSUS INDUKSI AMBILAN 4/2006

1.0 PENGENALAN

Belanjawan awam bolehlah didefinisikan sebagai satu pernyataan hasil

dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan

dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara bagi memenuhi keperluan

rakyat. Ini bermakna, belanjawan bukan sahaja merupakan perancangan untuk

pentadbiran kerajaan tetapi ia memainkan peranan penting dalam menentukan

kedudukan ekonomi sesebuah negara dan memberi kesan kepada aktiviti sektor

swasta.

Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) mula diperkenalkan di

Malaysia pada tahun 1968. Sistem ini diperkenalkan kerana kerajaan mendapati

sistem belanjawan yang diamalkan pada masa itu, iaitu sistem belanjawan

tradisional, tidak sesuai lagi kerana ia tidak dapat memberi maklumat-maklumat

yang cukup untuk membantu kerajaan membuat keputusan yang berkesan

mengenai rancangan-rancangan pembangunannya. SBPP diperkenalkan kerana

ia dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan seperti penentuan objektif, struktur

dan program, kos program dan penilaian prestasi program.

Walaubagaimanapun, pelaksanaan SBPP tidak mencapai kemajuan yang

memuaskan. Pada masa itu, perlaksanaan SBPP hanya di peringkat

menentukan objektif dan merangka struktur program dan aktiviti sahaja.

Peringkat selanjutnya iaitu peringkat pengukuran prestasi dan penilaian program

TUGASAN INDIVIDU Page 1 of 5

Page 2: INDUKSI - BELANJAWAN

KURSUS INDUKSI AMBILAN 4/2006

tidak dilaksanakan sepenuhnya kerana kebanyakan Kementerian/Jabatan

terutama Kementerian/Jabatan yang bercorak sosial dan keselamatan

menyatakan bahawa sukar untuk mengukur keluaran/perkhidmatan yang mereka

laksanakan.

Berdasarkan kepada faktor-faktor ini, Sistem Belanjawan Diubahsuai

(Modified Budgeting System-MBS) telah diperkenalkan pada tahun 1989. Tiga

kementerian telah dipilih sebagai perintis untuk melaksanakan sistem ini iaitu,

Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Kebajikan Malaysia dan

Kementerian Kerjaraya. Sistem Belanjawan Diubahsuai ini bukanlah merupakan

satu sistem belanjawan baru tetapi masih lagi berasaskan SBPP yang diubah

berdasarkan keperluan negara yang menitikberatkan hubungan antara input,

output dan impak. Perubahan yang dibuat hanyalah.ke atas proses penyediaan

belanja mengurus sahaja.

Tujuan utama sistem ini diperkenalkan ialah untuk membantu

memperteguhkan lagi ekonomi negara melalui agihan sumber yang lebih baik

dan teratur dan untuk mencapai perbelanjaan seimbang. Ianya juga untuk

membantu meningkatkan kemajuan pelaksanaan SBPP dan membantu

pengurus program meningkatkan lagi prestasi program serta memudahkan dan

meningkatkan akauntabiliti para pengurus program/aktiviti..

TUGASAN INDIVIDU Page 2 of 5

Page 3: INDUKSI - BELANJAWAN

KURSUS INDUKSI AMBILAN 4/2006

2.0 PRINSIP-PRINSIP ASAS SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI

Ada dua prinsip asas atau garis panduan terpenting dalam MBS. Prinsip

yang pertama ialah “Let Manager’s Manage”. Prinsip ini ialah kuasa membuat

keputusan perlu diberi seberapa praktikal yang boleh kepada pringkat bawahan.

Manakala prinsip yang kedua ialah kuasa yang diberi mestilah bersesuaian

dengan prinsip akauntabiliti.

Dengan terlaksananya sistem belanjawan ini, agensi pusat tidak perlu lagi

mengawas secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana. Sebaliknya mereka

boleh memberi tumpuan kepada perancangan dan pengukuran prestasi agensi

tersebut. Selain itu, agensi pelaksana mempunyai kuasa yang lebih luas untuk

mengurus program dan aktiviti mereka. Ianya juga menggunakan prinsip “Let

Manager’s Manage”. Dengan cara ini, kelewatan melaksanakan sesuatu

program/aktiviti dapat dielakkan.

3.0 MATLAMAT SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI

Pengenalan Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS) ini dibuat kerana

kerajaan menyedari bahawa sistem pengurusan kewangan terutama sekali

perbelanjaan kerajaan mesti dirancang dan dikawal dengan teliti kerana ia

mempunyai kesan yang besar ke atas ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

Disamping itu, kerajaan juga menyedari bahawa untuk memastikan objektif

TUGASAN INDIVIDU Page 3 of 5

Page 4: INDUKSI - BELANJAWAN

KURSUS INDUKSI AMBILAN 4/2006

negara dapat dicapai dengan lebih cepat, maka kuasa untuk membuat

keputusan berkaitan dengan sesuatu program/aktiviti patut diberikan kepada

pengurus-pengurus di peringkat bawahan seberapa luas dan praktikal yang

boleh agar kelewatan pelaksanaan projek dapat dielakkan.

Dengan terlaksananya Sistem Belanjawan Diubahsuai ini adalah

diharapkan bahawa beberapa matlamatnya dapat dicapai dengan sempurna.

Matlamat yang pertama ialah, agensi pusat tidak perlu lagi mengawas

perbelanjaan agensi pelaksana secara terperinci. Sebaliknya mereka boleh

memberi tumpuan kepada perancangan dan pengukuran prestasi agensi

tersebut. Matlamat yang kedua ialah agensi pelaksana diberi kuasa yang lebih

luas untuk mengurus program dan aktiviti mereka. Oleh yang demikian,

kelewatan melaksanakan sesuatu program/aktiviti dapat dielakkan.

Matlamat yang ketiga ialah agensi-agensi pelaksana mempunyai

kebebasan untuk mengambil tindakan yang sesuai dan segera bagi

melaksanakan program/aktiviti mereka. Ini adalah berasaskan kepada konsep

“Let Manager Manage” yang diberi kuasa yang lebih luas kepada pengurusan

peringkat bawahan yang melaksanakan dan membuat keputusan berkaitan

program. Matlamat yang terakhir ialah kelonggaran kawalan terperinci ke atas

perbelanjaan yang diberikan oleh agensi pusat kepada agensi pelaksana

hendaklah diturunkan sejauh mana yang boleh kepada pengurusan peringkat

TUGASAN INDIVIDU Page 4 of 5

Page 5: INDUKSI - BELANJAWAN

KURSUS INDUKSI AMBILAN 4/2006

bawahan. Ini membolehkan agensi pelaksana menjalankan aktiviti/program

mereka dengan lebih fleksibel dan efisien.

4.0 KESIMPULAN

Berdasarkan huraian, maka dapatlah dirumuskan bahawa strategi agensi

atau langkah yang dilaksanakan dan Sistem Belanjawan Diubahsuai ini telah

memudahkan dan meningkatkan lagi akauntabiliti para pengurus. Selain itu

sistem ini dapat mencapat perbelanjaan seimbang (balanced budjet) dan

seterusnya membantu memperteguhkan lagi ekonomi negara melalui agihan

sumber yang lebih baik dan teratur.

5.0 RUJUKAN

1. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, 2002, Jabatan Perdana Menteri

(MDC), Kuala Lumpur.

2. Nota rujukan kursus induksi untuk pegawai-pegawai perkhidmatan awam

Malaysia, 1992, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Kuala Lumpur.

TUGASAN INDIVIDU Page 5 of 5