Info Sekolah SSN SERI KOTA, MELAKA

7
Info Sekolah LATAR BELAKANG SEKOLAH Pada tahun 1972, kawasan perkuburan Cina Bukit Kelian di kawasan Air Leleh dimajukan untuk mendirikan sebuah sekolah menengah rendah. Sekolah ini diperlukan untuk menampung bilangan pelajar menengah yang semakin meningkat di selatan bandar Melaka. Pada 3 Januari 1974, bermulalah Sekolah Menengah Rendah Air Leleh (SMAL) dengan pelajar peneroka seramai 396 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Sekolah baru ini mempunyai tenaga pengajar seramai 15 orang guru dan berjalan pada sidang pagi sahaja. Pengetua SMAL yang pertama ialah En. Visvanathan dan Guru Penolong Kanan pertama ialah En. Wee Hoe Cheng. Sebelum bangunan SMAL siap dibina, En. Visvanathan ditugaskan di pejabat Pendidikan Melaka untuk merancang dan membuat segala persediaan kurikulum dan fizikal SMAL. En. Wee berkhidmat di SMAL hingga 1979. Pada tahun 1980, beliau mula berkhidmat di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Baruh, Jasin sebagai Guru Penolong Kanan. Menurut beliau, pada mulanya SMAL tiada padang dan pelajar-pelajar terpaksa menggunakan padang Sekolah Menengah Kebangsaan Yok Bin. Memulakan sebuah sekolah adalah satu tugas yang amat berat dan rumit. Pentadbir-pentadbir awal sekolah ini telah dicabar oleh beberapa masalah dan halangan tetapi mereka telah berjaya mengatasi segala- segalanya. Setahun selepas SMAL dimulakan, iaitu pada tahun 1975, jumlah pelajar telah meningkat kepada 747 orang pelajar dan mempunyai 19 buah kelas

description

Info Sekolah SSN SERI KOTA, MELAKA

Transcript of Info Sekolah SSN SERI KOTA, MELAKA

Page 1: Info Sekolah SSN SERI KOTA, MELAKA

Info Sekolah

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Pada tahun 1972, kawasan perkuburan Cina Bukit Kelian di kawasan Air Leleh dimajukan untuk mendirikan sebuah sekolah menengah rendah. Sekolah ini diperlukan untuk menampung bilangan pelajar menengah yang semakin meningkat di selatan bandar Melaka.

Pada 3 Januari 1974, bermulalah Sekolah Menengah Rendah Air Leleh (SMAL) dengan pelajar peneroka seramai 396 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Sekolah baru ini mempunyai tenaga pengajar seramai 15 orang guru dan berjalan pada sidang pagi sahaja.

Pengetua SMAL yang pertama ialah En. Visvanathan dan Guru Penolong Kanan pertama ialah En. Wee Hoe Cheng. Sebelum bangunan SMAL siap dibina, En. Visvanathan ditugaskan di pejabat Pendidikan Melaka untuk merancang dan membuat segala persediaan kurikulum dan fizikal SMAL.

En. Wee berkhidmat di SMAL hingga 1979. Pada tahun 1980, beliau mula berkhidmat di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Baruh, Jasin sebagai Guru Penolong Kanan. Menurut beliau, pada mulanya SMAL tiada padang dan pelajar-pelajar terpaksa menggunakan padang Sekolah Menengah Kebangsaan Yok Bin.

Memulakan sebuah sekolah adalah satu tugas yang amat berat dan rumit. Pentadbir-pentadbir awal sekolah ini telah dicabar oleh beberapa masalah dan halangan tetapi mereka telah berjaya mengatasi segala-segalanya.

Setahun selepas SMAL dimulakan, iaitu pada tahun 1975, jumlah pelajar telah meningkat kepada 747 orang pelajar dan mempunyai 19 buah kelas (3 kelas Peralihan, 9 kelas Tingkatan Satu dan 7 kelas Tingkatan Dua). Bilangan guru juga bertambah daripada 15 orang kepada 25 orang. Disebabkan masalah kekurangan bilik darjah, sekolah ini menjalankan 2 sidang pembelajaran di mana Tingkatan Satu menjalankan pembelajaran pada sebelah petang.

Pada tahun 1976, buat kali pertamanya, 172 daripada 396 orang pelajar yang telah mengambil peperiksaan L.C. E. 72.3% daripada pelajar ini telah lulus dan mendapat Pangkat ‘A’. Kesemua mereka dihantar ke Sekolah Tinggi Melaka, Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dan Sekolah Menengah C.H.I.J. untuk mendapatkan pendidikan menengah atas kerana SMAL belum membuka kelas Tingkatan 4 & 5.

Page 2: Info Sekolah SSN SERI KOTA, MELAKA

Pada tahun 1980, SMAL telah dinaikkan taraf sebagai Sekolah Menengah Penuh apabila dua buah kelas Tingkatan 4 yang terdiri daripada satu kelas Perdagangan dan satu kelas Sastera dibuka. Pelajar-pelajar ini merupakan ‘batch’ pertama mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1981.

Pertukaran nama SMAL kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota mendapat restu kerajaan negeri Melaka pada tahun 1982. Oleh itu, mulai 9 Februari 1982, nama Sekolah Menengah Air Leleh telah ditukarkan dengan rasmi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota. Seterusnya, pada tahun 1996, tiga kelas 4 aliran Sains dengan 85 orang pelajar telah dibuka. Satu lagi peristiwa penting telah berlaku dalam sejarah SMKSK pada tahun 1988 apabila dua buah kelas Tingkatan 6 Sastera dibuka. Seramai 69 orang pelajar menjadi perintis dan dengan ini, taraf SMKSK dinaikkan ke peringkat gred A. Pada tahun 1997 pula, kelas pendidikan Khas pula telah ditubuhkan di sekolah ini.

Pada tahun 2010 pula, SMKSK telah dinaiktarafkan kepada Sekolah Sukan Negeri Melaka SMK Seri Kota. Setakat hari ini, SSN SMKSK mempunyai lebih kurang 883 orang pelajar, 101 orang guru dan 15 orang pekerja. Dari segi fizikal, SSN SMKSK mengandungai 42 buah bilik darjah dan ruang-ruang yang sedia ada sebagai kemudahan pengajaran. Surau dan bilik tayangan telah diubahsuai dan diperluaskan. Bilik tayangan dan makmal komputer menjadi tumpuan utama bagi pelbagai aktiviti pembelajaran serta kursus-kursus yang akan dijalankan.

SSN SMKSK yang pada tahun ini berusia 40 tahun, telah mengalami banyak detik-detik pahit dan manis. SSN SMKSK telah mencapai pelbagai kejayaan baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Berikut adalah merupakan senarai nama pengetua SSN SMKSK:-

TAHUN PENGETUA

1974-1979 En. C. Visvanathan, A.M.N., PJK

1980 - 1981 En. Alias Bin Abd. Ghani, P.J.K

1982 - 1985 Tuan Hj Ismail Bin Bachik

1986 Tuan Hj Abdul Rashid Bin Hj Yaakop

1987 - 1988 Tuan Hj Othman Bin Hj Rejap

1989 - 1991 Encik Seow Kim Swee

Page 3: Info Sekolah SSN SERI KOTA, MELAKA

1992 - 1994 En. Chong Teng Wan

1995 En. Yee Jin Gee

1996 - 2001 En. Song Kuan Kong

2002 - 2007 En. Tai Pon Hoy

2007 - 2008 En. Ramli Bin Othman

2008 - 2012 En. Othman Bin Sagap

2012 Hingga Kini Tn. Hj. Daud Bin Abdull

Lagu Sekolah

Seri Kota Sekolah Kami Para Pelajarnya Bersatu Hati Tuntut Ilmu Untuk Berdikari

Rajin dan Usaha Bersemangat Tinggi

Berdisiplin, Berdedikasi Cogan Kata Untuk Berjaya

Kami Ikrar, Kami Janji Mencapai Cita Untuk Berjasa

Seri Kota Kemegahan Kami Tegak Harum Untuk Berbakti

Pada Nusa Dan Ibu Pertiwi Semoga Jasanya Kekal Abadi

Lagu: Kamaruddin A Samah Lirik: Hj Rashid Hj Yaakop

Visi Sekolah SSNM SMK Seri Kota

sekolah cemerlang atlet terbilang menjelang 2015

Misi Sekolah

Menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif

Mewujudkan budaya kerja cemerlang

Meningkatkan prestasi pelajar pada tahap optimumdalam semua bidang

Memantapkan sahsiah kendiri pelajar agar menjadi insan

Page 4: Info Sekolah SSN SERI KOTA, MELAKA

Catra organisasi tertinggi SSN SMK SERI KOTA

PENGETUA TN. HJ. DAUD BIN ABDULL

GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

EN. ABD GHANI BIN AHMAD

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

EN. BAHARIM BIN MD YASIN

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

EN. ZAIMAN BIN HUSIN

GURU PENOLONG KANAN TINGKATAN 6

PN LILI BINTI BASMI

GURU KOKURIKULUM TINGKATAN 6

EN. LIM CHIN MENG

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS

PN. NORIZAN BINTI ABDUL KADIR

Page 5: Info Sekolah SSN SERI KOTA, MELAKA

Suasana sekolah yang kondusif :

Page 6: Info Sekolah SSN SERI KOTA, MELAKA
Page 7: Info Sekolah SSN SERI KOTA, MELAKA