inkuiripenemuan1

download inkuiripenemuan1

of 26

Transcript of inkuiripenemuan1

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    1/26

    AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI INKUIRI-

    PENEMUAN DALAM PENGAJARAN SAINS DI KALANGAN GURU

    PELATIH UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR DI NEGERI JOHOR

    SIM SIEW LING

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    2/26

    PSZ 19:16 (Pind.1/97)

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL : AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI INKUIRI-

    PENEMUAN DALAM PENGAJARAN SAINS DI KALANGAN GURU

    PELATIH UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR DI NEGERI JOHOR

    SESI PENGAJIAN 2007 / 2008

    SAYA : ___ _SIM SIEW LING_____________

    (HURUF BESAR)

    mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

    1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

    pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

    pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( )

    SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselematan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972)

    TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

    TIDAK TERHAD

    Disahkan oleh

    ___________________________________ ______________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

    Alamat Tetap : Nama Penyelia:

    Peti Surat 403, PROF. DR. NOOR AZLAN BI

    93708 Kuching, AHMAD ZANZALISarawak.

    Tarikh : ....................................................... Tarikh: ..

    CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

    berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

    tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

    secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    3/26

    i

    AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI INKUIRI-

    PENEMUAN DALAM PENGAJARAN SAINS DI KALANGAN GURU

    PELATIH UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR DI NEGERI JOHOR

    SIM SIEW LING

    Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

    (Matematik/Kimia)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    APRIL 2008

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    4/26

    ii

    Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

    adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik/Kimia).

    Tandatangan : ..

    Nama Penyelia: PROF. DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

    Tarikh : ..

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    5/26

    iii

    Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

    ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan :..

    Nama Penulis : SIM SIEW LING

    Tarikh :..

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    6/26

    iv

    DEDIKASI

    TERISTIMEWA BUAT,

    Ibu dan Ayah yang Disayangi dan Dikasihi,

    Adik-adik Tersayang,

    Segala Doamu, Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang

    Dari Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai

    KHAS BUAT,

    Pembimbing yang dikasihi,

    Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai ..

    Teman-teman Seperjuangan

    Terima Kasih

    Di atas Sokongan dan Semangat Dari Kalian Sepanjang Pengajian Ku

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    7/26

    v

    PENGHARGAAN

    Di ruangan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

    pensyarah pembimbing saya iaitu Prof. Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali yang telah

    banyak membantu, memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Segala teguran, nasihat dan

    tunjuk ajar serta kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan amatlah dihargai.

    Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih juga ditunjukkan kepada semua

    pelajar-pelajar yang telah menjadi responden bagi penyelidikan ini. Tidak lupa juga

    mengucapkan terima kasih kepada pensyarah, kakitangan yang terlibat, serta rakan-

    rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi kerjasama di sepanjang

    tempoh menyiapkan penyelidikan ini.

    Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera diberkati oleh Tuhan.

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    8/26

    vi

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan dan masalah pelaksanaan

    strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih UTM

    semasa latihan mengajar di negeri Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk

    mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih sains terhadap pendekatan inkuiri-

    penemuan dan juga mengenalpasti sama ada mereka menggunakan strategi tersebut

    dalam pengajaran sains. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk

    mengenalpasti masalah pelaksanaan inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains yang

    dihadapi oleh guru pelatih. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Instrumen kajian

    yang terlibat adalah temubual dan pemerhatian. Sampel kajian ini terdiri daripada 6

    orang guru pelatih UTM terpilih yang mengajar subjek sains seperti Kimia, Fizik,

    Biologi, dan Sains. Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis secara kualitatif. Hasil

    kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru pelatih sains UTM terhadap

    pendekatan inkuiri-penemuan adalah sederhana. Guru pelatih sains UTM tidak

    mengajar sains secara inkuiri-penemuan dengan sepenuhnya tetapi lebih berpusatkan

    guru. Selain itu, pengkaji mendapati bahawa guru pelatih kurang persediaan dan

    kurang kemahiran fasilitator serta kurang kemahiran dalam teknik penyoalan

    berasaskan inkuiri.

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    9/26

    vii

    ABSTRACT

    This research is conducted to find out the practice and problems of discovery-

    inquiry strategys application by trainee teachers of UTM in science teaching during

    teaching practice. The main objectives of this research are to identify the level of

    knowledge for UTM trainee teachers in discovery-inquiry strategies and also identify

    whether the trainee teachers apply the strategies of discovery-inquiry in science

    teaching. In addition, the purpose of this research is to identify the problems faced

    by the trainee teachers in applying discovery-inquiry strategies in science teaching.

    This study used a descriptive approach. The instruments used in this research were

    interviews and observations. Six UTM trainee teachers who teach science subjects

    which include Chemistry, Physics, Biology, and Science were selected as

    respondents for this research. The result is analyzed qualitatively. The result of

    research showed that UTM trainee teachers have moderate level of knowledge in

    discovery-inquiry strategies. In fact, they do not fully apply the strategies of

    discovery-inquiry in science teaching but used more the teacher-centered approach.

    Besides that, the researcher found that trainee teachers lack of preparation and

    facilitators skills. In addition, they also lack skills in questioning which are based

    on the inquiry approach.

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    10/26

    viii

    SENARAI KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    HALAMAN JUDUL i

    HALAMAN PENGAKUAN ii

    HALAMAN DEDIKASI iv

    PENGHARGAAN v

    ABSTRAK vi

    ABSTRACT vii

    SENARAI KANDUNGAN viii

    SENARAI JADUAL xiii

    SENARAI RAJAH xiv

    SENARAI SINGKATAN xv

    SENARAI LAMPIRAN xvi

    BAB 1 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 4

    1.3 Pernyataan Masalah 5

    1.4 Objektif Kajian 7

    1.5 Persoalan Kajian 7

    1.6 Rasional Kajian 8

    1.7 Kepentingan Kajian 9

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    11/26

    ix

    1.8 Skop Kajian 10

    1.9 Kerangka Teori 10

    1.10 Definisi Istilah 11

    1.10.1 Amalan 11

    1.10.2 Masalah 12

    1.10.3 Strategi Inkuiri-Penemuan 12

    1.11 Penutup 12

    BAB 2 SOROTAN KAJIAN

    2.1 Pengenalan 14

    2.2 Pendekatan Inkuiri-Penemuan 14

    2.2.1 Tujuan Kaedah Inkuiri-Penemuan 19

    2.2.2 Kelebihan Dan Kelemahan

    Inkuiri-Penemuan 19

    2.3 Model-Model Pengajaran Inkuiri 21

    2.3.1 Model Inkuiri Sains Sosial 21

    2.3.2 Model InkuiriJurisprudential 22

    2.4 Tahap Pengetahuan Tentang Inkuiri-Penemuan 23

    2.5 Pelaksanaan Inkuiri-Penemuan Dalam

    Pengajaran Sains 25

    2.6 Masalah Pelaksanaan Inkuiri-PenemuanDalam Pengajaran Sains 28

    2.7 Penutup 29

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan 30

    3.2 Reka Bentuk Kajian 30

    3.3 Lokasi Kajian 31

    3.4 Persampelan Kajian 323.5 Instrumen Kajian 32

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    12/26

    x

    3.5.1 Temubual 32

    3.5.2 Pemerhatian 34

    3.6 Prosedur Kajian 34

    3.7 Analisis Data 35

    3.8 Penutup 36

    BAB 4 ANALISIS DATA

    4.1 Pengenalan 38

    4.2 Analisis Hasil Dapatan Bahagian A:

    Dapatan Kajian daripada Responden 38

    4.2.1 Hasil Dapatan Sampel A 38

    4..2.1.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 38

    4.2.1.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian

    Pengajaran Dalam Kelas 40

    4.2.1.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 42

    4.2.2 Hasil Dapatan Sampel B 43

    4.2.2.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 43

    4.2.2.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian

    Pengajaran Dalam Kelas 45

    4.2.2.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 47

    4.2.3 Hasil Dapatan Sampel C 48

    4.2.3.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 48

    4.2.3.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian

    Pengajaran Dalam Kelas 50

    4.2.3.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 52

    4.2.4 Hasil Dapatan Sampel D 53

    4.2.4.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 53

    4.2.4.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian

    Pengajaran Dalam Kelas 55

    4.2.4.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 57

    4.2.5 Hasil Dapatan Sampel E 584.2.5.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 58

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    13/26

    xi

    4.2.5.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian

    Pengajaran Dalam Kelas 60

    4.2.5.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 62

    4.2.6 Hasil Dapatan Sampel F 63

    4.2.6.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 63

    4.2.6.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian

    Pengajaran Dalam Kelas 65

    4.2.6.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 68

    4.3 Analisis Hasil Dapatan Bahagian B:

    Dapatan Persoalan Kajian 69

    4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 69

    4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 704.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 73

    4.3.3.1Masalah PelaksanaanInkuiri-Penemuan Dari Segi

    Persepsi Guru Pelatih 74

    4.3.3.2Masalah PelaksanaanInkuiri-Penemuan

    Dari Segi Persepsi Pengkaji 75

    4.4 Penutup 77

    BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan 78

    5.2 Perbincangan 79

    5.2.1 Tahap Pengetahuan Guru Pelatih

    Sains Terhadap Pendekatan

    Inkuiri-Penemuan 79

    5.2.2 Pelaksanaan Inkuiri-PenemuanDalam Pengajaran Sains 80

    5.2.3 Masalah-masalah PelaksanaanInkuiri-Penemuan dalam PengajaranSains 81

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    14/26

    xii

    5.3 Rumusan 82

    5.4 Cadangan-cadangan 84

    5.4.1 Cadangan Penyelesaian 84

    5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 85

    5.5 Penutup 86

    RUJUKAN 87

    LAMPIRAN 92

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    15/26

    xiii

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    4.1 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam

    Pengajaran Sains bagi Sampel A 41

    4.2 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam

    Pengajaran Sains bagi Sampel B 46

    4.3 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam

    Pengajaran Sains bagi Sampel C 51

    4.4 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam

    Pengajaran Sains bagi Sampel D 56

    4.5 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam

    Pengajaran Sains bagi Sampel E 61

    4.6 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam

    Pengajaran Sains bagi Sampel F 66

    4.7 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam

    Pengajaran Sains bagi Sampel-Sampel Kajian 70

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    16/26

    xiv

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

    1 Hubungan pendekatan inkuiri-penemuan 11dan pembelajaran berfikrah.

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    17/26

    xv

    SENARAI SINGKATAN

    SINGKATAN NAMA PENUH

    IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

    KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

    KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

    UTM Universiti Teknologi Malaysia

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    18/26

    xvi

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A Soalan Pra-temubual 92

    B Borang Pemerhatian 95

    C Soalan Pasca-temubual 97

    D Borang Senarai Semak Pengamalan

    Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains 99

    E Laporan Pra-temubual Bagi Setiap Sampel 101

    F Laporan Pemerhatian Bagi Setiap Sampel 131

    G Laporan Pasca-temubual Bagi Setiap Sampel 155

    H Senarai Semak Pengamalan

    Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran

    Sains Bagi Setiap Sampel 170

    I Surat Pengesahan Status Pelajar Universiti

    Teknologi Malaysia 172

    J Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran

    Malaysia 174

    K Surat Kebenaran Bahagian Perancangan

    Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 177L Pengesahan Soalan-Soalan Kajian 179

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    19/26

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Latihan mengajar adalah satu komponen yang penting dalam program latihan

    perguruan. Malah latihan mengajar adalah diwajibkan untuk semua pelajar yang

    mengambil kursus perguruan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Melalui

    latihan mengajar, guru pelatih akan dapat menunjuk dan mengaplikasikan segala

    ilmu pengetahuan yang dipelajari untuk mengajar secara berkesan serta cuba

    menggunakan segala teori yang telah didedahkan kepada mereka semasa mengikuti

    kursus pendidikan. Ia memberikan kesempatan dan peluang yang banyak kepada

    guru pelatih untuk menimba segala pengalaman awal sebelum mereka memasuki

    profesion perguruan yang akan ditempuhi nanti. Sebelum guru pelatih menjalankan

    latihan mengajar, mereka telahpun mempelajari pelbagai teknik dan kaedah

    pengajaran. Bagi guru pelatih sains pula, mereka digalakkan menggunakan kaedah

    mengajar sains yang berkesan dalam pengajaran sains. Akan tetapi, sebelum itu,

    guru-guru pelatih perlu menguasai segala pengetahuan tentang kaedah pengajaran

    sains dan bijak memilih strategi yang sesuai dalam pengajaran sains serta mahir

    untuk melaksanakannya dalam pengajaran sains.

    Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah

    sekolah, kebanyakannya bergantung kepada strategi pengajaran dan pembelajaran

    yang diamalkan oleh guru-guru. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih

    berpusatkan guru dan bergantung penuh kepada buku teks antara faktor yang

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    20/26

    2

    dikenalpasti menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pelajaran

    sains. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan, namun masih terdapat

    sebilangan besar guru yang menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti

    pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi melahirkan

    pelajar yang tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif. Pengajaran dan

    pembelajaran sains yang banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif

    memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran memerlukan

    kefahaman konsep yang lebih tinggi. Guru sepatutnya lebih memahami masalah ini.

    Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui

    pengalaman. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal danmenyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Penemuan merupakan

    hasil inkuiri-penemuan. Pembelajaran secara inkuiri-penemuan berlaku apabila

    konsep dan prinsip sains disiasat dan ditemui oleh pelajar sendiri. Sains sebagai

    inkuiri-penemuan mementingkan pelajar mempelajari kemahiran proses sains seperti

    pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains perlu melibatkan

    pelajar dalam inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepada mereka untuk

    menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa

    yang dipelajari.

    Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu

    matapelajaran yang menyeronokkan kerana pelajar sendiri terlibat secara aktif dalam

    proses penyiasatan dan pencarian maklumat. Oleh yang demikian, Pusat

    Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2001)

    memilih pendekatan inkuiri-penemuan sebagai pendekatan yang utama dalamkurikulum sains sekolah rendah dan menengah di negara ini. Walau bagaimanapun,

    pelaksanaan strategi ini memerlukan kemahiran dan keupayaan guru untuk

    mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi maklumat tetapi lebih

    kepada fasilitator pembelajaran, penanya soalan,prescriber of appropriate activities,

    stimulator of curiosity, pencabar idea murid dan sumber rujukan (resource person).

    Pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan memerlukan guru sains yang mampu

    merancang soalan secara sistematik dan berfokus. Guru sains harus dilihat sebagai

    seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan pengemuka masalah, iaitu

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    21/26

    3

    seseorang yang bertindak sebagai perangsang pembentukan idea, pengujian idea dan

    pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisme untuk mencapai

    tujuan tersebut.

    Memandangkan pendekatan inkuiri-penemuan telah dipilih sebagai

    pendekatan yang utama dalam kurikulum sains oleh Kementerian Pendidikan

    Malaysia (2001), guru pelatih seharusnya melaksanakan strategi inkuiri-penemuan

    dalam pengajaran sains seiring dengannya. Strategi inkuiri penemuan dalam

    pengajaran dan pembelajaran sains boleh dilakukan secara amali. Hasil kajian

    menunjukkan pendekatan yang berpusatkan pelajar lebih efektif berbanding

    pedekatan tradisional yang berpusatkan guru. Justeru, guru pelatih sains amatdigalakkan untuk mengajar sains secara inkuiri-penemuan. Sehubungan dengan itu,

    tahap penguasaan konsep pendekatan inkuiri-penemuan adalah penting bagi semua

    guru pelatih sains. Mereka perlu mempraktikkan diri dalam pengaplikasian inkuiri-

    penemuan dalam pengajaran sains semasa latihan mengajar. Peluang ini

    membolehkan mereka menambahkan pengalaman yang baik pada masa hadapan

    mereka.

    Pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains bukanlah

    sesuatu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi bagi guru pelatih. Guru pelatih

    digalakkan mengajar sains secara inkuiri-penemuan semasa latihan mengajar.

    Sungguhpun begitu, beberapa persoalan mungkin timbul semasa guru pelatih

    menjalani latihan mengajar, iaitu; Sejauh manakah tahap pengetahuan guru pelatih

    sains terhadap pendekatan inkuiri-penemuan? Adakah guru pelatih mengajar mata

    pelajaran sains secara inkuiri-penemuan? Apakah masalah-masalah guru pelatihdalam melaksanakan pengajaran sains secara inkuiri-penemuan? Untuk menjawab

    persoalan ini, satu kajian perlu dilakukan untuk menyediakan jawapan kepada

    persoalan tersebut.

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    22/26

    4

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Bagi guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Latihan Mengajar

    dijalankan pada semester ke-5 dalam pengajian mereka. Matlamat pengajian sains

    adalah untuk melahirkan guru yang berpengalaman, berpengetahuan dan

    berkemahiran dalam melaksanakan kurikulum sains dengan berkesan di sekolah-

    sekolah di mana mereka ditempatkan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

    Guru pelatih boleh mempergunakan latihan mengajar ini untuk memperolehi

    pengalaman mengajar sains dengan kaedah pengajaran yang pernah dipelajari.

    Pada umumnya, sukatan pelajaran pengajian sains mengandungi dua

    komponen iaitu akademik dan kaedah. Komponen akademik memberi peluang

    kepada guru pelatih untuk memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang fakta,

    konsep, prinsip dan teori sains. Kesemua ini adalah sejajar dengan susunan

    kandungan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Komponen kaedah pula memberi peluang

    kepada guru pelatih untuk menguasai kemahiran pedagogi, perancangan, pengurusan

    kurikulum, dan penilaian. Tumpuan diberikan kepada proses pembelajaran yang

    diperolehi melalui pengalaman supaya guru dapat mengubah peranannya daripada

    penyampai maklumat kepada fasilitator yang memudahkan proses pengajaran.

    Guru pelatih telah didedahkan dengan teori pembelajaran dan strategi inkuiri-

    penemuan sebelum menjalani latihan mengajar. Di peringkat ini, guru pelatih perlu

    memahami dan mengaplikasikan beberapa teori pembelajaran sains seperti teori

    perkembangan kognitif Kanak-kanak Jean-Piaget, Teori Bruner, Teori Ausubel,

    Teori Gagne dan Teori Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

    Beberapa model yang berasaskan teori konstruktisme dipelajari seperti model

    generatif Osborne, Model Interaktif, Model Pembelajaran Koperatif, Model

    Konstruktisme 5-Fasa Needham. Antara model-model ini, penekanan diberi untuk

    Model konstruktisme 5-Fasa Needham, di mana guru pelatih dibimbing untuk

    merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap fasa secara mendalam.

    Guru pelatih juga dibimbing menulis persediaan mengajar pelajaran sains mengikutModel Konstruktisme 5-Fasa Needham dengan menggunakan kaedah eksperimen,

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    23/26

    5

    simulasi, projek dan kajian lapangan. Di bawah sub-tajuk inkuiri-penemuan, strategi

    peningkatan tahap inkuiri-penemuan melalui kaedah eksperimen, simulasi, projek

    dan kajian lapangan didedahkan kepada guru pelatih.

    Sukatan pengajaran sains major telah disusun mengikut perkembangan yang

    terancang (developmental). Sepanjang tempoh latihan mengajar, guru pelatih telah

    diberi input mengenai fakta, konsep, bidang kajian dan juga dibimbing dengan

    kaedah-kaedah pengajaran sains yang berasaskan inkuiri-penemuan. Guru pelatih

    juga didedahkan dengan kaedah mengajar sains, kemahiran penyelidikan tindakan,

    pengajaran mikro dan diberi peluang untuk mempraktikkan segala ilmu dan

    kemahiran yang diperolehi dalam situasi yang sebenar di sekolah. Mengajar sainsdalam bilik darjah adalah satu tugas yang kompleks dan memerlukan guru pelatih

    menyedia rancangan harian yang rapi supaya dapat mengajar secara sistematik.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Seperti yang dinyatakan dalam latar belakang masalah, guru pelatih sains

    telah didedahkan kepada pelbagai kaedah pengajaran sains sebelum mereka dihantar

    untuk menjalankan latihan mengajar. Akan tetapi, bukannya segala kaedah yang

    didedahkan itu boleh dikuasai dan diaplikasikan dengan baik oleh guru pelatih dalam

    pengajaran sains. Hal ini disebabkan guru-guru pelatih masih lagi mentah dalam

    bidang pengajaran dari segi pengalaman mengajar. Mereka berkemungkinan

    menghadapi masalah seperti pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai dalam

    pengajaran sains. Walaupun guru pelatih telahpun didedahkan kepada pengajaran

    mikro iaitu pembelajaran cara untuk mengajar dalam kelas yang sebenar, pengajaran

    mikro itu bukannya dapat memberikan keadaan yang sebenar dalam kelas kepada

    guru pelatih untuk memperolehi pengalaman mengajar. Oleh yang demikian, guru

    pelatih kemungkinan akan menghadapi masalah dalam pengaplikasian kaedah

    mengajar sains dengan sepenuhnya dalam latihan mengajar akibat daripada

    kekurangan pengalaman.

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    24/26

    6

    Walaupun KBSM telah menyarankan proses pengajaran dan pembelajaran

    berpusatkan pelajar, namun, masih lagi guru yang mengajar berpusatkan kepada guru

    dan terikat dengan kaedah tradisional. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan

    penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya dan sehingga kini masih

    ramai guru yang menggunakan kaedah tradisional iaitu Chalk and Talk. Kaedah

    ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Guru

    juga lebih menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah

    daripada menumpukan kepada pembelajaran sepnjang hayat. Oleh itu kaedah Chalk

    and Talk digunakan kerana ia lebih menjimat masa dan peralatan tidak diperlukan.

    Akibat daripada pengaruh tersebut, guru pelatih sains kemungkinan akan turut

    menjejaki cara tersebut iaitu malas untuk mengaplikasikan kaedah berpusatkan

    pelajar dalam pengajaran mereka.

    Zahara (1998) dalam kertas kerja beliau yang bertajuk Pengajaran Inkuiri Di

    Sekolah-Sekolah Malaysia, menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan

    pengajaran inkuiri kurang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Faktor pertama adalah

    tanggapan. Menurut beliau, inkuiri adalah amat sesuai diaplikasi dalam

    matapelajaran sains. Guru beranggapan bahawa peranan sebagai fasilitator dalam

    inkuiri-penemuan yang hanya mendorong dan membawa pelajar ke arah penerokaan

    ilmu yang lebih luas sebagai tidak bekerja. Budaya pengajaran dan pembelajaran

    yang ada sekarang dianggap sebagai menepati disiplin ilmu. Faktor seterusnya ialah

    masa pembelajaran, iaitu proses pembelajaran inkuiri kadang-kala memerlukan masa

    yang panjang dan tidak terhad. Walaupun jadual waktu anjal diperkenalkan, jadual

    waktu ini masih lagi tidak mendorong dan tidak menarik minat guru untuk

    memberatkan perubahan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan

    pembelajaran. Selain itu, faktor seperti sikap di mana pelaksanaan kaedah inkuiri

    dalam KBSM memerlukan perubahan sikap pihak pengurusan kurikulum dan guru

    terhadap konsep pendidikan dan gaya pembelajaran. Keengganan menganjak

    paradigma ini menyebabkan corak pendidikan kekal lama dan keadaan ini akhirnya

    akan merugikan semua pihak khususnya para pelajar. Faktor lain merangkumi

    kemahiran, konsep dan cara aplikasi kaedah inkuiri tidak diberikan secara

    menyeluruh di universiti atau institusi perguruan. Guru-guru menghadapi masalah

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    25/26

    7

    apabila hendak menggunakan kaedah ini kerana tahap kemahiran yang tidak

    mencukupi.

    Memandangkan kaedah inkuiri penting bagi meningkatkan kemahiran

    berfikir pelajar dan untuk melahirkan pelajar yang tidak begitu bergantung kepada

    guru, maka kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih

    terhadap pendekatan inkuiri-penemuan, mengenalpasti sama ada guru pelatih sains

    mengaplikasikan pendekatan ini dalam pengajaran sains, dan juga masalah

    pelaksanaannya.

    1.4 Objektif Kajian

    Fokus utama kajian ini adalah untuk:

    1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih sains UTM terhadappendekatan inkuiri-penemuan.

    1.4.2 Mengenalpasti sama ada guru pelatih UTM menggunakan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains.

    1.4.3 Mengenalpasti masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalampengajaran sains.

    1.5 Persoalan Kajian

    Berdasarkan kepada objektif kajian, beberapa persoalan kajian telah

    dikenalpastikan iaitu:

  • 8/7/2019 inkuiripenemuan1

    26/26

    8

    1.5.1 Sejauh manakah tahap pengetahuan guru pelatih sains terhadap pendekataninkuiri-penemuan?

    1.5.2 Adakah guru pelatih melaksanakan pengajaran sains secara inkuiri-penemuan?

    1.5.3 Apakah masalah guru pelatih dalam melaksanakan pengajaran sains secarainkuiri-penemuan?