INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TENGKU...

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK JABATAN : PENGAJIAN MELAYU MATA PELAJARAN : SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU KUMPULAN : PISMP SEMESTER : 6 TARIKH MULA 23 JULAI 2012 TARIKH HANTAR 27 OGOS 2012 Hasil Pembelajaran Kursus: 1.Menjelaskan tentang semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat. 2.Menghuraikan perubahan semantik; dan teori pembuktian. 3.Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna peribahasa. 4.Menerangkan skema tata cara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa dan semantic peristilahan BahasaMelayu. 5.Menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan, dan tatabahasa. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3,dan 5. OBJEKTIF PROJEK Pada akhir tugasan ini pelajar dapat: 1. Memberikan definisi, takrif, dan konsep Semantik dan Makna, Peristilahan, Tataistilah, dan Tatanama. 2. Memberi huraian tentang Kerangka Generatif Chomsky. 3. Menjelaskan proses penerbitan kata berdasarkan Kerangka Generatif Chomsky. 4. Membuat analisis tentang sumber perolehan istilah bahasa Melayu.

Transcript of INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TENGKU...

Page 1: INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TENGKU …jpmipgmtaa.webs.com/Kerja_Kursus/KKBPro/BMM3112_PISMP6_JUN… · Penulisan esei/laporan/refkelsi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK

JABATAN : PENGAJIAN MELAYU MATA PELAJARAN : SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU KUMPULAN : PISMP SEMESTER : 6

TARIKH MULA 23 JULAI 2012 TARIKH HANTAR 27 OGOS 2012

Hasil Pembelajaran Kursus:

1.Menjelaskan tentang semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat.

2.Menghuraikan perubahan semantik; dan teori pembuktian.

3.Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna peribahasa.

4.Menerangkan skema tata cara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa dan semantic peristilahan BahasaMelayu.

5.Menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan, dan tatabahasa.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3,dan 5. OBJEKTIF PROJEK Pada akhir tugasan ini pelajar dapat:

1. Memberikan definisi, takrif, dan konsep Semantik dan Makna, Peristilahan, Tataistilah, dan Tatanama.

2. Memberi huraian tentang Kerangka Generatif Chomsky.

3. Menjelaskan proses penerbitan kata berdasarkan Kerangka Generatif Chomsky.

4. Membuat analisis tentang sumber perolehan istilah bahasa Melayu.

Page 2: INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TENGKU …jpmipgmtaa.webs.com/Kerja_Kursus/KKBPro/BMM3112_PISMP6_JUN… · Penulisan esei/laporan/refkelsi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras

Tugasan Projek (50%) Dalam kajian semantik, kita perlu memahami beberapa istilah penting. Namun begitu, kita harus memahami istilah Semantik dan Makna terlebih dahulu. Dari sudut linguistik, semantik ditakrifkan sebagai sistem dan pengkajian tentang makna dalam bahasa, iaitu makna kata, frasa dan ayat. Sesuatu kata, frasa dan ayat dengan sendirinya mempunyai ciri semantik tersendiri dan makna yang berbeza-beza. Peristilahan pula membawa maksud pembentukan perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang Peristilahan sangat penting dan perlu diberi perhatian serius dalam usaha memodenkan dan memajukan bahasa sebagai bahasa ilmu. Dalam usaha ini, istilah-istilah baharu perlu dibentuk untuk kegunaan dalam pelbagai bidang ilmu khususnya Bahasa Melayu. Berdasarkan pernyataan di atas anda dikehendaki : a) Memberikan definisi, takrif dan konsep Semantik, Makna Leksikal, Makna Ayat, Peristilahan, Tataistilah, dan Tatanama. b) Dengan menggunakan Kerangka Generatif Chomsky, jelaskan proses transformasi (pengguguran, penyusunan semula dan

peluasan). Berikan contoh-contoh ayat dalam proses transformasi tersebut. Penjelasan perlu disertakan dengan sekurang-kurangnya satu ilustrasi seperti gambar rajah pohon.

c) Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut iaitu: i. Kosa Kata Umum Bahasa Melayu ii Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun iii. Kosa Kata Bahasa Asing Berdasarkan penyataan di atas, pilih satu artikel yang panjangnya antara 1,000 – 1,500 patah perkataan dan buat analisis tentang istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam artikel tersebut. Analisis perlu merangkumi ketiga-tiga aspek sumber perolehan istilah bahasa Melayu. Anda boleh merujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Istilah Bahasa Melayu sebagai panduan.

Sub tugasan: Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan ini mestilah menunjukkan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi.

Page 3: INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TENGKU …jpmipgmtaa.webs.com/Kerja_Kursus/KKBPro/BMM3112_PISMP6_JUN… · Penulisan esei/laporan/refkelsi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras

Panduan Pelaksanaan Tugasan Projek: 1. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan. 2. Ada boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data dan maklumat. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: 3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini 3.2 Fon Arial 3.3 Saiz huruf – 12 3.4 Langkau 1.5 baris 3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) 3.6 Lampiran adalah wajib 3.7 Jawab dalam bahasa Melayu / bahasa Inggeris sahaja 4. Panjang tugasan antara 2,500 hingga 3,000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka surat (termasuk persembahan visual) 5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. 6. Amalan plagiat tidak dibenarkan 7. Tugasan ini perlu disiapkan alam tempoh dua hingga empat minggu. 8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terpeinci. 2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut: (a) Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas kehendak soalan (b) Perkembangan (c) Implikasi (d) Rumusan / cadangan dan menjawab persoalan tugasan

Page 4: INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TENGKU …jpmipgmtaa.webs.com/Kerja_Kursus/KKBPro/BMM3112_PISMP6_JUN… · Penulisan esei/laporan/refkelsi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah. 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheran. 6. Penulisan esei/laporan/refkelsi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah. 7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber Daripada 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain.