Insuran islam (takaful islam)

24
-INSURAN ISLAM (TAKAFUL)- EN. MOHD TAHA BIN RULAM AHAMD..

Transcript of Insuran islam (takaful islam)

Page 1: Insuran islam (takaful islam)

-INSURAN ISLAM

(TAKAFUL)-EN. MOHD TAHA BIN

RULAM AHAMD..

Page 2: Insuran islam (takaful islam)

-AHLI KUMPULAN- NURUL FARINI BT YUSSOF : 19DHP14F1021

NUR FATIHAH BT SYAMSIR : 19DHP14F1020

QURAISHA BT NASARUDDIN : 19DHP14F1032

NURUL ADIBAH BT ZASRIZA : 19DHP14F1017

SITI NOOR IZZATI BT AHAMAD :19DHP14F07

NURATIKAH BT ABU BAKAR :19DHP14F1027

FATIN NOR AZLINA BT AZEMI :19DHP14F1043

Page 3: Insuran islam (takaful islam)

TAJUK :

INSURAN ISLAM (TAKAFUL)

Page 4: Insuran islam (takaful islam)

-ISI KANDUNGAN-

BIL TAJUK

1 Tajuk : Insurans Islam Takaful2 Penghargaan3 Pendahuluan4 Perbezaan Takaful dan insuran5 Takaful sebagai bentuk insuran islam6 Takaful keluarga7 Tujuan skim- skim disediakan8 Urusniaga takaful keluarga9 Manfaat takaful10 Takaful am11 Pelaburan12 Kumpulan sasaran13 Kesimpulan14 Lampiran

Page 5: Insuran islam (takaful islam)

-PENGHARGAAN-Bismillah..Assalamualaikum W.B.T..

Dengan selesainyantugas akhir ini, tidak lupa kami inginmengucapkan jutaan terima kasih sebesar-sebesarnya kepadapensyarah matapelajaran Tamadun Islam, En. Mohd Taha B. Rulam Ahmad kerana telah banyak memberi tunjuk ajar yang tidak pernahjemu dalam menyiapkan blog ini.Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan seperjuangan kami yang lain dalam usaha memberi idea-idea yangbernas serta memberi dorongan dan semangat dalam menyiapkanprojek ini dengan lebih sempurana.Akhir kata, kami harap blog ini akan dapat memberi manfaatkepada penuntut-penuntut lain apabila membacanya serta menjadibahan rujukan kelak.Sekian, terima kasih.

Page 6: Insuran islam (takaful islam)

-PENDAHULUAN- Konsep insuran umumnya ialah persediaan yang

dibuat oleh sekumpulan orang yang menghadapi kerugian kecil bagi sesuatu yang tidak dapat diduga.

Konsep insuran secara islam ialah penghayatan semangat takaful, kerjasama dan perlindungan dalam aktiviti-aktiviti masyarakat untuk kesejahteraan ummah dan perpaduan masyarakat.

Takaful adalah saling bertanggungjawab, kerjasama dalam perkara bail sahaja dan perlindungan adalah satu keselematan dan keamanan.

Page 7: Insuran islam (takaful islam)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“orang-orang mukmin yang sekaliannya diberi kasih sayang antara mereka umpama sebagai satu tubung. Apabila mana-mana anggota badan merasa sakit seluruh anggota akan turut merasakannya dan tidak dpat tidur di malam hari”

(Al-Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan petikan hadith tersebut, jelas menunjukkan bahawa konsep perlindungan dan jaminan dalam islam bukanlah satu perkara baru. Ianya adalah selari dengan kehendak islam yang sentiasa mementingkan nilai-nilai kebajikan.

Page 8: Insuran islam (takaful islam)

-PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURAN-

Page 9: Insuran islam (takaful islam)

-TAKAFUL SEBAGAI BENTUK INSURAN ISLAM-

Takaful terbahagi kepada dua : 1) Takaful Keluarga 2) Takaful Am

Perjanjian antara syarikat takaful dengan peserta adalah perjanjian Al-Mudharabah.

Syarikat takaful sebagai pengusaha yang menerima wang caruman peserta bagi menguruskan skim-skim perlindungan takaful, membuat pelaburan dan sebagainya.

Peserta bertindak sebagai pemilik harta dengan menyerahkan wang caruman untuk diuruskan dalam skim perlindungan takaful, pelaburan dan sebagainya.

Page 10: Insuran islam (takaful islam)

Keuntungan daripada pelaburan akan dibahagikan diantara syarikat takaful sebagai pengusaha dan peserta sebagai pemilik harta.

Di dalam perjanjian diterangkan dengan jelas bagaimana syarikat takaful menggunakan wang caruman peserta untuk mentadbir,melabur dan sebagainya di samping membantu rakan-rakan peserta yang mengalami malapetaka.

Diterangkan juga tentang hak-hak serta syarat-syarat berhubung dengan perlindungan yang diberikan dan apa-apa manfaat yang akan diperolehi.

Page 11: Insuran islam (takaful islam)

-TAKAFUL KELUARGA-

Takaful keluarga menyediakan perlindungan bagi menghadapi malapetaka, kematian dan kecederaan seseorang peserta.

Page 12: Insuran islam (takaful islam)

SKIM –SKIM PERLINDUNGAN INI DISEDIAKAN

BERASASKAN TUJUAN-TUJUAN BERIKUT :

Peserta-peserta menyimpan dan menabung secara berterusan.

Menyediakan perlindungan dalam bentuk manfaat takaful berkenaan kepada peserta yang ditimpa bencana atau malapetaka.

Mengembalikan bahagian simpanan dan bahagian untung serta manfaat takaful yang berkenaan kepada peserta-peserta yang tidak ditimpa malapetaka atau bencana.

kumpulan wang yang dilaburkan bagi mendapatkan keuntungan.

Page 13: Insuran islam (takaful islam)

-URUSNIAGA TAKAFUL KELUARGA-

Peserta yang menyertai skim takaful keluarga boleh memilih salah satu perlindungan yang disediakan.

Semua skim takaful mempunyai tempoh matang yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Perjanjian yang dibuat diantara syarikat takaful dengan peserta adalah secara Al-Mudharabah.

Page 14: Insuran islam (takaful islam)

Peserta akan membayar ansuran caruman. Jumlah caruman yang dibayar adalah bergantung kepada kemampuan seseorang peserta tetapi ia tidak kurang dari jumlah minimum yang ditetapkan oleh syarikat takaful.

Bayaran caruman dibuat secara tahunan. Setengah tahun atau bulanan.

Setiap kali bayaran dibuat oleh peserta, syarikat takaful akan membahagikan bayaran ini kepada dua akaun iaitu :

1) Akaun Peserta 2) Akaun Khas Peserta

Page 15: Insuran islam (takaful islam)

Sebahagian besar dari jumlah caruman akan dimasukkan ke dalam akaun peserta untuk tujuan tabungan dan pelaburan. Bakinya akan dimasukkan ke dalam akaun khas peserta untuk keperluan membayar manfaat takaful kepada rakan-rakan peserta yang ditimpa malapetaka atau bencana.

Wang yang dimasukkan ke dalam kedua-dua akaun ini akan disatukan dalam satu kumpulan wang.

Keuntungan yang diperolehi dari usaha pelaburan yang dijalankan akan dibahagikan mengikut perjanjian Al-Mudharabah. Keuntungan peserta akan dimasukkan ke dalam akaun peserta. Keuntungan bagi akaun khas peserta dari keuntungan pelaburan yang sama akan dimasukkan ke dalam akaun khas peserta.

Page 16: Insuran islam (takaful islam)

-MANFAAT TAKAFUL-Apabila seseorang peserta itu meninggal dunia sebelum

tempoh skimyang disertainya matang, waris-waris akan menerima

manfaattersebut :

Semua ansuran caruman takaful yang telah dibayar dan terkumpul dalam akaun pesertanya dan bahagian keuntungan pelaburan yang diperuntukan kepadanya mengikut perjanjian Al-Mudharabah.

Baki caruman ansuran takaful yang sepatutnya dibayar oleh peserta jika ia telah meninggal dunia, jumlah dri tarikh selepas kematiannya hingga tarikh skim tersebut matang.

Page 17: Insuran islam (takaful islam)

Baki bayaran ansuran ini akan dibuat daripada akaun khas semua peserta.

Lebihan daripada akaun khas semua peserta yang dapat diperuntukkan kepadanya. Lebihan ini didapati setelah ditolak semua perbelanjaan mengendalikan takaful keluarga seperti bayaran manfaat takaful kepada waris-waris dan rakan-rakan peserta yang meninggal dan sebagainya.

Sekiranya atas sebab-sebab yang tidak dpat dielakkan, peserta terpaksa menarik diri dan menamatkan penyertaannya sebelum tempoh skim takaful berkenaan matang. Ia akan mendapat kembali semua ansuran caruman takaful yang telah dibayar sebagaimana yang terkumpul dalam akaun pesertanya dan bahagian keuntungan pelaburan yang diperuntukkan kepadanya. Walau bagaimanapun, peserta yang menarik diri dan menamatkan penyertaannya sebelum tepoh skim tersebut matang, maka ia adalah tidak berhak menerima sebarang bayaran manfaat takaful.

Page 18: Insuran islam (takaful islam)

-TAKAFUL AM- Merupakan satu jenis perlindungan yang boleh

disertai oleh orang-orang perseorangan syarikat, pertubuhan atau perbadanan sebagai ikhtiar bagi menghadapi kemungkinan berlakunya malapetaka.

Peserta yang menyertai perlindungan takaful am ini akan membuat perjanjian Al-Mudharabah dengan syarikat insuran. Dalam perjanjian ini, hak-hak dan kewajipan takaful dan juga peserta akan dinyatakan. Syarikat takaful akan menjalankan kewajipannya sebagai pengusaha dan menerima caruman-caruman daripada peserta, menguruskan skim-skim perlindungan, membuat pelaburan dan sebagainya.

Page 19: Insuran islam (takaful islam)

Jumlah caruman oleh peserta adalah bergantung kepada jenis-jenis perlindungan takaful am yang disertainya dan biasanya ditetapkan oleh syarikat takaful. Peserta-peserta dikehendaki menyerahkan caruman penyertaan mereka kepada syarikat takaful.

Pembahagian lebihan antara syarikat takaful am mempunyai tempoh akad yang dikuatkuasakan selam setahun. Apabila tempoh akad skim-skim perlindungan ini tamat, peserta boleh memperbaharui akad perlindungan berkenaan bagi jangkamasa setahun lagi begitulah seterusnya.

Page 20: Insuran islam (takaful islam)

-PELABURAN-Objektif pelaburan syarikat takaful :

Melaburkan kumpulan wang caruman dari pemegang-pemegang polisi untuk membayar tuntutan yang dibuat oleh mereka yang mengalami malapetaka atau kemalangan dan semua tanggungan lain yang mungkin akan timbul.

Page 21: Insuran islam (takaful islam)

Melaburkan modal dengan teliti supaya dapat memperolehi pulangan yang tinggi untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap kemampuan insuran secara islam.

JENIS PELABURAN

STOK KERAJAAN

HARTA

BENDA

WANG TUNAI DAN

SIMPANAN TETAP DAN

SEBAGAINAY

SAHAM

SYARIKAT

Page 22: Insuran islam (takaful islam)

-KUMPULAN SASARAN- Kumpulan sasaran biasanya terdiri daripada

kakitangan sektor swasta, peniaga, majikan dan kesatuan.

Kumpulan sasaran tersedia yang dilakukan setelah syarikat insuran takaful mempunyai hubungan khusus dengan badan-badan tertentu seperti memberi perlindungan kepada bakal-bakal yang diurus melalui Tabung Haji.

Page 23: Insuran islam (takaful islam)

-KESIMPULAN- Kesimpulannya, takaful dapat memberikan

manfaat kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan insuran ini. Ia juga dapat melindungi pengguna-pengguna tersebut, secara tidak langsung dapat menjamin masa depan syarikat, individu, kesatuan atau sebagainya apabila menyertai takaful islam.

Page 24: Insuran islam (takaful islam)

-LAMPIRAN-