INTEGRASI DALAM PJ

19
Pengajaran & Pembelajaran PJ Yang Berkesan Terancang dengan rapi dengan penetapan objektif, isi pelajaran, strategi, kaedah-kaedah yang jelas beserta dengan bahan-bahan pengajaran yang relevan Kepelbagaian kaedah digunakan kerana wujud kepelbagaian individu murid yang berbeza antara satu sama lain dari pelbagai sudut seperti fizikal, kesediaan pembelajaran, tahap mental, emosi dan sebagainya Aktiviti P&P yang berpusatkan murid kerana murid merupakan fokus utama dalam proses pendidikan

description

PJM

Transcript of INTEGRASI DALAM PJ

  • Pengajaran & Pembelajaran PJ Yang BerkesanTerancang dengan rapi dengan penetapan objektif, isi pelajaran, strategi, kaedah-kaedah yang jelas beserta dengan bahan-bahan pengajaran yang relevan

    Kepelbagaian kaedah digunakan kerana wujud kepelbagaian individu murid yang berbeza antara satu sama lain dari pelbagai sudut seperti fizikal, kesediaan pembelajaran, tahap mental, emosi dan sebagainya

    Aktiviti P&P yang berpusatkan murid kerana murid merupakan fokus utama dalam proses pendidikan

  • Wujud hubungan yang interaktif antara guru dengan murid dan murid dengan murid yang lain

    Aktiviti serta isi pelajaran yang bersifat kontekstual, iaitu yang ada hubung kait dengan kehidupan harian kerana ia lebih memberi makna serta kesan yang positif kepada murid-murid

    Berlaku aktiviti pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai secara merentasi kurikulum

  • Integrasi Dalam Kurikulum

    Sistem Pendidikan di Amerika Syarikat

    Unsur sains adalah salah satu perkara yang diintegrasikan dalam semua mata pelajaran

    Sains adalah dianggap sebagai asas dalam kehidupan seharian rakyatnya

  • Kebaikan Integrasi

    Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting dapat digabungkan dalam proses pembelajaran

    Kebergantungan semata-mata kepada buku teks dapat dikurangkan

    Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu proses pembelajaran murid

    Orientasi keseluruhan dengan melihat permasalahan sebenar yang wujud di alam nyata

    Dapat menghubung kait sesuatu yang dipelajari dengan kehidupan seharian yang sebenarMenyerapkan pengetahuan serta kemahiran yang tidak dapat wujud sebagai satu mata pelajaran

  • Dapat menghubung kait sesuatu yang dipelajari dengan kehidupan seharian yang sebenar

    Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran yang tidak dapat wujud sebagai satu mata pelajaran

  • Pendekatan IntegrasiMenurut Passe (1999), terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaan integrasi dalam kurikulum:

    Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada

    Membina kurikulum baru

  • Adaptasi ke dalam kurikulum yang adaSesuatu perkara akan diintegrasikan ke dalam mata pelajaran yang sedia ada

    Sebagai contoh; antara mata pelajaran Sains dan mata pelajaran Matematik di mana terdapat unsur-unsur matematik dalam sains dan sebaliknya

    Contoh lain ialah antara mata pelajaran Sains dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, mata pelajaran Matematik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

    Adaptasi adalah melalui konsep penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan.

    Selain itu, unsur-unsur nilai seperti nilai murni, KBKK, patriotisme, unsur kebersihan dan penjagaan alam sekitar juga dintegrasikan melaui pendekatan adaptasi

  • Membina kurikulum yang baruMata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan di dalamnya mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan

    Sebagai contoh; disiplin kesihatan telah dimasukkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani sehingga menjadi mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    Contoh lain ialah Gabungan unsur sejarah, geografi dan hal ehwal tempatan telah mewujudkan mata pelajaran Kajian Tempatan

    Contoh lain bagi mata pelajaran Alam & Manusia di awal pengenalan KBSR yang mengandungi unsur sains, sejarah, geografi, sivik, pendidikan kesihatan dan hal ehwal tempatan

    Contoh lain seperti JQAF yang di dalamnya terkandung Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain

  • Integrasi dalam KBSRDalam KBSR, konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan

    Konsep bersepadu dalam KBSR membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh

    Pelaksanaan KBSR perlu menyepadukan perkara-perkara berikut:Teori dengan amaliPengetahuan dengan kemahiranPengetahuan dan kemahiran dengan nilaiPengalaman dalam bilik darjah dengan pengalaman di luar bilik darjahBahasa merentas kurikulum

  • PenggabungjalinanBermaksud proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan pelajaran yang integratif dan menyeluruh

    Objektif penggabungjalinan dalam proses P&P antara lain adalah:Penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa P&PMeningkatkan keberkesanan sesuatu proses P&PMenarik lebih minat murid kepada proses P&PMenjadikan proses P&P lebih bermakna kepada muridMemberi ruang dan peluangbagi pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang dan menyeluruh

  • Jenis-jenis PenggabungjalinanPenggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran

    Melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, mewarna dan lain-lain kemahiran asas

    Dalam pengajaran Bahasa melayu sebagai contoh, guru tidak boleh terhad kepada membaca dan menulis sahaja bahkan perlu juga ada aktiviti melukis, mewarna, mengira atau sebagainya

    Dalam pengajaran Pendidikan Muzik, penggabungjalinan kemahiran nyanyian, permainan alat dan gerakan menjadikan P&P lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna

  • Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain

    Sebagai contoh; penggabungjalinan kemahiran mata pelajaran Matematik ke dalam mata pelajaran Sains yang melibatkan pengiraan kekerapan, peratus, melukis graf dan purata

    Kemahiran nyanyian daripada mata pelajaran Muzik digunakan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan yang mengandungi lagu-lagu patriotik

    Kemahiran daripada Pendidikan Seni Visual seperti melukis juga boleh digabungjalinkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan, Sains, matematik, Kemahiran Hidup dan sebagainya

  • Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum

    Kemahiran belajar untuk belajar. Eg: kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, berkomunikasi di khalayak ramai dan sebagainya disepadukan dalam P&P

    Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. perlu digabungjalinkan agar murid berupaya mengenalpasti, membuat andaian, menyelesaikan masalah, menganalisis yang seterusnya membawa kepada perubahan yang lebih positif

  • Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum

    Kemahiran pelbagai kecerdasan. Eg: teori 8 kecerdasan pelbagai (Howard Gardner) iaitu kecerdasan bahasa, logik matematik, muzik, ruang, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturilistik yang digabungjalin dalam P&P akan melahirkan murid yang seimbang dan harmonis

    Kemahiran generik. Berkomunikasi dengan berkesan, mahir dalam penggunaan teknologi, berkebolehan membuat perancangan dan pengelolaan, mampu kerja berkumpulan, upaya menyelesaikan masalah dan sebagainya. Ini mampu melahirkan murid yang bersedia dalam pelbagai bidang pekerjaaan di masa depan

  • Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi daripada mata pelajaran lainKemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagai dikehendaki dalam objektif P&PMurid-murid berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupanBerkeupayaan menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosananMenggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang, harmonis dan bersepadu

    Kebaikan Penggabungjalinan

  • Proses menyebati dan menyepadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajarPenyerapan berbeza dengan penggabungjalinan kerana penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan manakala penggabungjalinan lebih kepada aspek kemahiranSebagai contoh; daripada mata pelajaran Sains guru mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa melayuDengan ini, murid akan memperoleh ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu

    Penyerapan

  • Kelebihan penyerapan

    Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarikPenguasaan ilmu yang lebih luas oleh murid kerana pelbagai maklumat dapat disampaikanAktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih produktifDengan memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain, murid menjadi lebih seronok, aktif dan progresifMurid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya kerana dengan penyerapan, hubungkait dengan pengetahuan lain dilakukan

  • PenerapanBermaksud proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja ko kurikulum.Nilai-nilai yang diterapkan adalah termasuk nilai-nilai murni KBSR, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya.Terbahagi kepada dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan pendekatan eksplisitContoh pendekatan implisit seperti guru bercakap benar, berpakaian dan penampilan kemas, datang tepat masa dan sebagainyaContoh pendekatan eksplisit seperti mengadakan peraturan, arahan, pekeliling secara bertulis, aktiviti motivasi, sambutan kemerdekaan, hari guru, kempen kebersihan dan sebagainya

  • SekianTerima kasih