INTEGRASI GURU

11
1.0 PENGENALAN Dewasa ini integriti guru sering diperkatakan. Perkataan ‘integriti’ menjadi salah satu istilah yang paling kerap digunakan sebaik sahaja pengumuman oleh kerajaan bahawa beberapa kertas soalan UPSR 2014 didapati telah bocor dan calon-calon diarahkan mengambil semula kertas-kertas tersebut. Peristiwa yang amat mendukacitakan dan memalukan ini memberi impak yang amat berbeza kepada anak-anak kita yang masih di sekolah rendah ini.Pada tahap umur ini, mereka seharusnya belajar tentang “usaha” dan “kesungguhan” akan membuahkan hasil yang membanggakan, namun kini mereka awal-awal lagi dikejutkan dengan realiti sebenar dunia yang penuh dengan tipu-helah dan penipuan. Ini secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada maksud integriti dan para pendidik kini harus berusaha mengembalikan keyakinan anak-anak ini bahawa integriti wujud dalam masyarakat dan setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga . Sebelum berbincang lanjut tentang integiriti, definisinya harus difahami terlebih dahulu. Menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-4) Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), integriti diberi maksud: (intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan. Wikipedia pula menyatakan bahawa perkataan ini berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa maksud:“keutuhan dari semua segi yang baik”. Nillsen, ( 2004 ) dalam Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru , Noriati Abdul Rashid mendefinisikan integriti 1

description

JEJAK GURU BERINTEGRASI

Transcript of INTEGRASI GURU

Page 1: INTEGRASI GURU

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini integriti guru sering diperkatakan. Perkataan ‘integriti’ menjadi salah satu

istilah yang paling kerap digunakan sebaik sahaja pengumuman oleh kerajaan bahawa

beberapa kertas soalan UPSR 2014 didapati telah bocor dan calon-calon diarahkan mengambil

semula kertas-kertas tersebut. Peristiwa yang amat mendukacitakan dan memalukan ini

memberi impak yang amat berbeza kepada anak-anak kita yang masih di sekolah rendah

ini.Pada tahap umur ini, mereka seharusnya belajar tentang “usaha” dan “kesungguhan” akan

membuahkan hasil yang membanggakan, namun kini mereka awal-awal lagi dikejutkan dengan

realiti sebenar dunia yang penuh dengan tipu-helah dan penipuan. Ini secara tidak langsung

mendedahkan mereka kepada maksud integriti dan para pendidik kini harus berusaha

mengembalikan keyakinan anak-anak ini bahawa integriti wujud dalam masyarakat dan setiap

kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga.

Sebelum berbincang lanjut tentang integiriti, definisinya harus difahami terlebih dahulu.

Menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-4) Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), integriti diberi maksud:

(intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh,

keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan

mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan. Wikipedia pula

menyatakan bahawa perkataan ini berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa

maksud:“keutuhan dari semua segi yang baik”.

Nillsen, ( 2004 ) dalam Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru , Noriati

Abdul Rashid mendefinisikan integriti sebagai kesempurnaan manakala ada pula yang

menganggapvintegiri sebagai soundness of moral principle yang merujuk kepada keihlasan dan

kejujuran. Sementara itu, dalam Pelan Integirit i Nasional ,  integriti secara umumnya ialah

kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti

berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam

tindakannya .

1

Page 2: INTEGRASI GURU

2.0 ANALISIS BUKU JEJAK GURU BERINTEGRITI

Jejak Guru Berintegriti menghimpunkan koleksi pengalaman beberapa orang tokoh

pendidik yang memberi perkhidmatan cemerlang sepanjang perkhidmatan sebagai warga

pendidik. Di dalam buku setebal 105 muka surat itu dicatatkan waja diri citra seorang guru

yang mempunyai integriti yang tinggi. Berdasarkan buku tersebut , rajah 1 berikut adalah

nilai integrity yang diamalkan oleh tokoh-tokoh tersebut .

Rajah 1 :- Ciri Integriti Keguruan Yang Diamalkan Tokoh-Tokoh dalam Jejak Guru Berintegriti

2

INTEGRITI YANG DIAMALKAN OLEH TOKOH-TOKOH DALAM JEJAK

GURU BERINTEGRITI

Ada hubungan baik dengan pelajar yang berteras keikhlasan

serta sifat penyayang

Menyediakan suasana PnP yang selesa dan seronok

Amanah dan jujur. Tidak menyalahgunakan kuasa

untuk kepentingan ;

Diri

Keluarga

Saudara-mara

Kaum kerabatSentiasa berfikir untuk membentuk modal insan dan

pelajar yang terbaik

Jadi contoh dan suri teladan yang

baik

Menghayati dan mengamalkan Kod Etika Profesion Keguruan dan

Piagam Pelanggan

Mengelakkan diri daripada dipengaruhi hawa nafsu marah

dan sebagainya.

Mampu menangani isu sosial dan disiplin murid

Page 3: INTEGRASI GURU

2.1 ANALIIS NILAI INTEGRITI TOKOH

3.0 BAGAIMANA MENGAMALKAN INTEGRITI DI SEKOLAH

Sebagai seorang guru, saya mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada

perlu menyampaikan pelajaran dengan berkesan saya perlu menjadi contoh kepada muris-

murid sayaTugas mendidik anak bangsa supaya menjadi masyarakat yang berguna di

kemudian hari memerlukan tenaga yang berkemahiran dan berkebolehan. Tugas ini bukan

suatu yang mudah dan boleh dikerjakan oleh semua orang, justeru itu nadi penggerak ke arah

tujuan suci itu adalah saya selaku guru dan pendidik. Justeru ,amalan integriti dapat saya

tampilkan dengan menjadikan diri saya 6M –Mudarris, Murabbi, Mualim, Muaddib, dan

Mursyid. Ciri-ciri unggul pada 6M ini secara tidak langsung memperteguh integriti saya sebagai

guru di sekolah.

3.1 Mudarris

Mudaris berasal dari perkataan Arab yang bermaksud mengajar ataupun pengajaran.

Sebagai pendidik, saya perlu menjalankan tanggungjawab mengajar dan menyampaikan

ilmu dengan sebaik-baiknya kepada pelajar saya. Di dalam bilik darjah, hanya saya dan

murid yang tahu apa yang berlaku. Di situlah ruang yang perlu dititikberatkan tentang integriti .

Saya perlu amanah dan jujur dalam tugasan saya. Menjadi guru di sebuah sekolah kecil di

pedalaman tidak menjanjikan saya untuk hidup kaya raya kerana kelas tambahan di sini

memang tidak berbayar. Saya melakukannya secara sukarela tanpa bayaran. Di situlah,

kejujuran dan keikhlasan saya dituntut. Sebagai penyampai ilmu, tanggungjawab

menyampaikan ilmu itu perlu saya lakukan dengan bersungguh-sungguh dan tidak bersifat

‘melepaskan batuk di tangga’. Saya perlu berfungsi sebagai ‘ Change –Master Leader’ yang

menurut Rosabeth Moss Kanter,aspek tersebut dapat menggenggam masa depan.

Justeru,saya perlu berfikiran jauh dan positif, kreatif dan inovatif dalam proses penyampaian

ilmu. Saya harus mempelbagaikan dan memperkemas strategi, teknik dan keadah pengajaran

saya agar bersesuaian dengan tuntutan semasa malah sentiasa terbuka pula kepada ilmu-ilmu

3

Page 4: INTEGRASI GURU

baharu , menjunjung aspirasi pendidikan dan paling penting, saya tidak harus memperlekeh

aspirasi pendidikan yang saya dukungi itu.

3.2 Mualim

Pendidik sebagai mualim boleh didefinasikan sebagai mengajar atau menyampaikan

limu kepada orang lain dan mengamalkan apa yang disampaikan di samping berusaha

menambah ilmu pengetahuan. Mualim mempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar dan

menganggap mereka seperti anak sendiri. Mualim mengajar kerana Allah Subhanahuwataala

dan bukannya kerana ganjaran dan tidak mengharapkan balasan daripada pelajar. Dalam

konteks ini, saya perlu bertindak bukan sekadar sebagai penyampai ilmu malah sentiasa perlu

menambah dan menimba ilmu baharu. Saya perlu memiliki ilmu yang mantap dan mendalam

dalam bidang saya. Saya percaya bahawa murid saya akan lebih yakin dan mudah menerima

ilmu yang disampaikan sekiranya saya benar-benar menguasai ilmu tersebut.Di samping itu,

sudah menjadi tanggapan masyarakat mahupun pelajar bahawa seorang pendidik adalah

seorang yang mempunyai kehormatan diri dan kehebatan ilmu pengetahuan. Oleh itu, sudah

semestinya saya harus beramal dan berpegang teguh dengan ilmu yang saya miliki. Setiap

amalan mestilah dilakukan dengan istiqamah dan seterusnya menjadikan diri untuk lebih

bertakwa kepada Allah Subhanahuwataala. Tidak sepatutnya saya melakukan perkara yang

berlawanan dengan ilmu yang saya miliki kerana ini akan menjatuhkan kehormatan diri

dan mengurangkan rasa hormat pelajar kepadanya. Hal ini telah dirakamkan oleh Allah

Subhahanahu Wataala di dalam surah al-Maidah ayat 44 yang bermaksud:-” Adakah patut

kamu menyuruh manusia membuat kebajikan dan kamu lupakan diri kamu sendiri sedangkan

kamu membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal”. Ini amatlah sejajar dengan Teori Bandura

yang menekankan aspek peniruan sebagai proses belajar.

4

Page 5: INTEGRASI GURU

3.3 Murabbi

Murabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir. Sebagai pendidik,saya

perlulah bersikap ikhlas,empati dan penyayang. Saya perlu sentiasa menyayangi , menasihati

dan membimbing murid saya dalam pembentukan sahsiah mereka. Saya juga perlu bertindak

sebagai kaunselor dan penyebar nilai budaya yang elok dan menjadi contoh kepada

pelajar. Tanggungjawab mernbentuk generasi berakhlak mulia adalah suatu amanah yang

perIu dilaksanakan oleh para pendidik dan tanggungjawab ini adalah sesuatu yang berat untuk

dipikul. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memimpin murid saya menjadi insan yang

harmonis dan seimbang seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini

amat selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru yang menyatakan “Guru yang berpekerti

mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta

menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara

suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

3.4 Muaddib

Muaddib bermaksud mendidik ke arah memperelokkan lagi akhlak pelajar. Saya perlu

menjadi guru yang muaddib yang merupakan individu yang bertanggungjawab dan

melaksanakan pendidikan peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam

terhadap peribadi dan kehidupan pelajar. Muaddib seorang yang memberi ilmu dan mendidik

mereka dalam akhlak dan adab yang baik. Saya juga harus mendidik pelajar agar tidak

merendahkan ilmu pelajaran lain selain dari yang diajar olehnya. Saya harus mendidik pelajar

melalui akhlak yang baik daripada hanya penyampaian secara teori sahaja . Ini kerana sebagai

guru di sekolah rendah, saya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pembentukan akhlak

dan adab murid saya. Abdul Raop Dalip dalam kajian yang dilakukan oleh Zaharah Hussin

menyatakan bahawa pengaruh guru terhadap murid sama besar dengan pengaruh ibu

bapa terhadap anak-anaknya. Justeru dengan adanya guru yang ikhlas, akan dapat

memperbaik alam pembelajaran murid-murid. Di sinilah, saya harus sentiasa mengamalkan

5

Page 6: INTEGRASI GURU

sikap ikhlas mendidik anak murid saya seumpama mendidik anak saya sendiri. Murid saya

merupakan golongan yang masih muda dan perlukan perhatian. Oleh itu, saya mesti

mempunyai sifat kasih kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Dengan

sifat ini, pelajar akan lebih mudah mendekati saya dan dapat meluahkan masalah mereka. Sifat

ini juga akan dapat menerbitkan suasana mesra antara kami dan seterusnya akan

memudahkan lagi proses pentarbiyahan dan pembentukan peribadi mulia .

3.5 Mursyid

Saya juga perlu menjadi pendidik yang mursyid. Mursyid bermaksud menjadi penuntun

jalan hidup yang benar dan betul dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan sebagai

hamba Allah Subhanahuwataala dan khalifahNya di muka bumi. Di sinilah saya harus menjadi

suri teladan atau ‘role-model’ kepada pelajar saya. Saya harus bertingkah laku baik dan terpuji,

bersih dari akhlah tercela, tidak taasub atau fanatik, zuhud pada amalan dan perbuatan dan

mempunyai tokoh kepimpinan. Saya perlu melepasi syarat untuk menjadi pendidik yang

mursyid iaitu alim dari segenap perkara atau disiplin ilmu, menyimpan atau menutup keaiban

pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan di dalam hati pelajar. Saya harus boleh bukan

sahaja menjadi ”role model” atau pun ikutan kepada pelajar menerusi sifat spiritual seperti

ikhlas, jujur, sabar, kasih sayang, warak dan takwa, bahkan menampilkan contoh sifat-sifat

fizikal atau lahiriah seperti tutur kata, tingkah laku, kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal dan

lain-lain. Justeru , bagi mencapai keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran serta

pembentukan peribadi mulia, saya harus kembali kepada tarbiah Islam yang mengutamakan

tutur kata, tingkah laku yang baik dan nasihat berguna serta menarik. Hal ini dapat dilihat jika

kita merujuk dakwah yang dijalankan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun, ketika mereka

menyampaikan seruan agama kepada Firaun yang amat zalim seperti yang difirmankan oleh

Allah Subhanahuwataala dalam al-Quran surah thaha ayat 43 yang bermaksud:-” Pergilah

engkau berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia derhaka. Katakanlah kepadanya perkataan

yang lemah lembut, mudah-mudahan ia akan dapat pengajaran atau takut kepada tuhan”.

6

Page 7: INTEGRASI GURU

RUMUSAN

Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat. Jika

selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata masyarakat, ia berkait rapat

dengan integriti.

Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan untuk mendidik dan

membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru harus membalas

kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi. Guru-guru dikenali oleh

ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok pendidikan.

Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk sahsiah anak

mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke semasa. Ibubapa masa kini

lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak mereka berbanding perkara lain kerana inilah

perkara yang ditekankan oleh sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan

pencapaian anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru membentuk juga sahsiah

anak mereka tetapi memandangkan trend masyarakat yang mementingkan pencapaian dalam

peperiksaan maka ibubapa juga seolah terlupa tentang peluang pembinaan sahsiah yang

sewajarnya dididik oleh guru melalui tingkahlaku mereka sendiri yang menjadi teladan. 

Isu-isu teknikal sering menjadi bahan rungutan ibubapa terhadap guru hari ini seperti tidak

memeriksa buku latihan, tidak memberi kerja rumah yang mencukupi, kertas soalan yang tidak

bermutu, menyemak buku latihan secara sambil lewa, gagal menghabiskan sukatan pelajaran

apabila peperiksaan semakin hampir dan pelbagai lagi isu teknikal yang berkaitan.

Isu pembentukan sahsiah pula hanya berkisar kepada permasalahan disiplin yang timbul

seperti gejala sosial yang semakin merebak seperti merokok, gangsterisme, melepak, dadah

dan sebagainya. Apabila diajukan persoalan ini maka ianya menjadi perbincangan sosial dan

guru-guru meminta mereka tidak dijadikan penyebab lantas mengaitkan juga kegagalan

ibubapa memikul peranan mendidik sahsiah anak-anak mereka.

Alasan guru-guru mudah, masa yang terhad di antara guru dan pelajar di samping tugasan

mengajar pelajar yang ramai menyebabkan pembentukan sahsiah pelajar tidak dapat

7

Page 8: INTEGRASI GURU

ditumpukan sepenuhnya. Guru sering berharap agar ibubapa tidak melepaskan tanggungjawab

tersebut kebahu mereka semata-mata tetapi perlu bersama-sama memikul tugas mengikut

masa dan tempat pelajar tersebut berada.

Ibubapa pula sering menunding jari mereka kepada keupayaan guru kerana tugasan mereka

yang sibuk dari pagi hingga ke malam tidak mengizinkan mereka mendidik sahsiah anak-anak

tambahan pula mereka tidak mempunyai kemahiran formal sebagaimana guru yang dilatih

untuk membentuk sahsiah pelajar.

Maka, tunding menunding berterusan dari tahun ke tahun tanpa penyelesaian tetapi kesan yang

ketara gejala sosial semakin bertambah parah di kalangan remaja sekolah dicelah-celah

perselisihan guru guru dan ibubapa. Semakin lama kita membicarakannya semakin parah

keadaannya.

Pepatah “Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari” perlulah difahami maksudnya dan

dijadikan peringatan sepanjang masa. Maksud sebenar pepatah tersebut iaitu sebagai seorang

guru perlulah menonjolkan sifat terpuji dalam diri tidak kira di mana sahaja kita berada samada

dihadapan pelajar ataupun dibelakang mereka.

Inilah maksud sebenar pepatah tersebut yang perlu menjadi pegangan guru-guru. Jika sebelum

ini guru-guru merasakan bahawa pepatah tersebut berkait dengan teladan mereka akan

dicontohi oleh pelajar maka hari ini kita perlu merenung lebih jauh lagi berhubung tindakan kita

yang konsisten di mana-mana sahaja.

8