International Safety of Malaysia Shipping Port and Ship...

20
Jabatan Laut Malaysia 1 KERTAS CADANGAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH SEBUAH GALERI DIGITAL DI TERMINAL PENUMPANG KUAH LANGKAWI, JABATAN LAUT WILAYAH UTARA 1. TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan teknikal daripada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Jabatan Laut Malaysia bagi pelaksanaan Cadangan mewujudkan sebuah Galeri Digital di Terminal Penumpang Kuah, Langkawi oleh Jabatan Laut Wilayah Utara selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015. 2. PERANAN DAN FUNGSI ORGANISASI Jabatan Laut Wilayah Utara terdiri daripada Pengarah Laut Wilayah Utara dan empat (4) bahagian utama, iaitu: Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Hal-Ehwal Pelaut & Pelabuhan (HEPP) Bahagian Kawalan Industri (BKI) Bahagian Keselamatan Pelayaran (BKP) Pengarah Laut Wilayah Utara dan keempat-empat bahagian ini dibahagikan pula kepada unit-unit yang mempunyai fungsi tersendiri. Peranan dan tanggungjawab setiap fungsi berkenaan adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah:- Fungsi Peranan dan Tanggungjawab Pengarah Laut Wilayah Utara x Pengarah Wilayah x Undang-undang x Pembangunan Pentadbiran Ibu Pejabat dan Pejabat-pejabat laut Wilayah Utara. Hal-ehwal undang-undang yang berkaitan dengan pengangkutan laut dan undang- undang lain yang berkaitan Pengurusan dan pemantauan jeti dan terminal penumpang di Wilayah Utara.

Transcript of International Safety of Malaysia Shipping Port and Ship...

Jabatan Laut Malaysia

1

KERTAS CADANGAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH SEBUAH GALERI DIGITAL DI TERMINAL PENUMPANG KUAH

LANGKAWI, JABATAN LAUT WILAYAH UTARA 1. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan teknikal daripada

Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Jabatan Laut Malaysia bagi pelaksanaan

Cadangan mewujudkan sebuah Galeri Digital di Terminal Penumpang Kuah,

Langkawi oleh Jabatan Laut Wilayah Utara selaras dengan Surat Pekeliling Am

Bilangan 3 Tahun 2015.

2. PERANAN DAN FUNGSI ORGANISASI Jabatan Laut Wilayah Utara terdiri daripada Pengarah Laut Wilayah Utara dan

empat (4) bahagian utama, iaitu:

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Hal-Ehwal Pelaut & Pelabuhan (HEPP)

Bahagian Kawalan Industri (BKI)

Bahagian Keselamatan Pelayaran (BKP)

Pengarah Laut Wilayah Utara dan keempat-empat bahagian ini dibahagikan pula

kepada unit-unit yang mempunyai fungsi tersendiri. Peranan dan tanggungjawab

setiap fungsi berkenaan adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah:-

Fungsi

Peranan dan Tanggungjawab

Pengarah Laut Wilayah Utara

Pengarah Wilayah

Undang-undang

Pembangunan

Pentadbiran Ibu Pejabat dan Pejabat-pejabat laut Wilayah Utara. Hal-ehwal undang-undang yang berkaitan dengan pengangkutan laut dan undang-undang lain yang berkaitan Pengurusan dan pemantauan jeti dan terminal penumpang di Wilayah Utara.

Jabatan Laut Malaysia

2

Fungsi

Peranan dan Tanggungjawab

Bahagian Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan

Pembangunan Pelaut

Peperiksaan & Perakuan Pelaut

Penilaian & Standard Latihan

Pengurusan Pelabuhan dan Pejabat Laut:- -Pulau Pinang -Kuala Kedah -Kuala Perlis -Kuah, Langkawi -Lumut, Perak

Bertanggungjawab mengurus perkhidmatan untuk pelaut-pelaut dengan perancangan pembangunan dan program kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap dan teratur. Bertanggungjawab mengurus permohonan bagi tujuan peperiksaan, perakuan kekompetenan dan sijil-sijil kursus modular bagi pelaut-pelaut berdaftar di Malaysia serta urusan pelaut asing mengikuti pengajian di institusi latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Bertanggungjawab memastikan institusi latihan pelaut Malaysia dan pelaut-pelaut yang mengendalikan kapal yang berdaftar di Malaysia telah mencapai standard yang ditetapkan oleh Kerajaan dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa. Bertanggungjawab mengurus dan memantau hal-ehwal berkaitan pelabuhan, jeti dan terminal termasuk perkhidmatan feri dan kargo barang di bawah bidangkuasa Jabatan Laut Malaysia Wilayah di Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

Bahagian Kawalan Industri

Penguatkuasaan Kod International Safety of Port and Ship (ISPS)

Pendaftaran Kapal

Pengurusan

Bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang di bawah Malaysia Shipping Ordinance (MSO), menyiasat kes pelanggaran kapal di perairan negara dan juga di luar negara yang melibatkan kapal Malaysia. Bertanggungjawab terhadap pendaftaran dan persijilan kapal-kapal yang mengibarkan bendera Malaysia dan pendaftaran bot-bot. Bertanggungjawab ke atas pemeriksaan

Jabatan Laut Malaysia

3

Fungsi

Peranan dan Tanggungjawab

Keselamatan Kapal

Akreditasi Kapal

keselamatan kapal-kapal Malaysia. Bertanggungjawab terhadap urusan pengeluaran sijil-sijil statutori bagi kapal-kapal Malaysia supaya berada dalam keadaan layak belayar dan mematuhi peraturan-peraturan Konvensi dan Bukan Konvensi

Bahagian Keselamatan Pelayaran

Perkhidmatan Traffik Maritim

Keselamatan Maritim (Hidro)

Bantuan Pelayaran

Kontigensi Maritim

Bertanggungjawab mengurus pengumpulan data dan statistik jumlah serta jenis kapal yang melalui Selat Melaka dan statistik mengenai kemalangan laut. Bertanggungjawab merancang dan melaksana ukur hidrografi dan mengurus aktiviti pengerukan. Bertanggungjawab menyelaras projek-projek pembinaan alat bantuan pelayaran dan menyenggara / membaikpulih alat bantuan pelayaran. Bertanggungjawab dalam latihan dan penyediaan kontigensi serta menyelaras penyiasatan kejadian pencemaran.

Jadual 1: Peranan dan Fungsi Utama Jabatan

Carta organisasi Jabatan Laut Malaysia adalah seperti di Lampiran 1.

Jabatan Laut Malaysia

4

3. RASIONAL YANG MEMBAWA KEPADA CADANGAN PEROLEHAN OLEH JABATAN LAUT WILAYAH UTARA i. Cadangan Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Galeri

Digital Di Terminal Penumpang Kuah Langkawi, Jabatan Laut Wilayah Utara.

3.1.1 Tujuan

i. Membina sebuah Galeri Digital di Terminal Penumpang Kuah

Langkawi (Domestik) dalam Ruang Menunggu (Departure) secara lebih effektif melalui kaedah poster pameran, aplikasi permainan dan tayangan video.

ii. Menarik minat orang awam bagi mengetahui dan memahami dengan lebih jelas berkaitan penggunaan alatan keselamatan seperti life jacket dan lain-lain peralatan menyelamat ketika kecemasan.

iii. Menyediakan kemudahan informatik kepada penumpang semasa berada di dalam ruangan menunggu.

iv. Memilih Terminal Penumpang Kuah Langkawi dijadikan ruang galeri kerana merupakan terminal utama yang menjadi laluan keluar penumpang yang akan berlepas ke Terminal Kuala Kedah dan Kuala Perlis.

3.1.2 Latar Belakang

i. Terminal Penumpang Kuah Langkawi telah dinaiktaraf dibawah Blueprint Pelancongan Langkawi 2011-2015 dan menyediakan

Jabatan Laut Malaysia

5

ruangan menunggu baru dengan keluasan 3,189 meter persegi dan berupaya menampung kira-kira seramai 1,600 orang pada satu-satu masa.

ii. Datuk Seri Hj. Saripuddin Bin Hj. Kasim selaku Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan Malaysia semasa sesi lawatan di Jeti Kuah pada tahun 2017 telah mencadangkan kepada JLM untuk menggunakan ruangan menunggu dalam Terminal Kuah secara optimum dan mengadakan sebuah Galeri di ruangan yang kosong.

iii. Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Laut Malaysia Bil 1/2018 pada 20 Mac 2018 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Baharin Bin Dato’ Abdul Hamid, Ketua Pengarah Laut telah memaklumkan di dalam Minit Mesyuarat Perenggan 3.8 berkaitan cadangan untuk menggunakan peruntukan mengurus sedia ada dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM 105 ribu (RM 75 ribu untuk membangunkan galeri manakala RM 30 ribu untuk penyediaan tapak kiosk) setelah tiada respon yang diterima daripada pihak JKR berhubung permohonan berkaitan cadangan membangunkan Galeri.

3.1.3 Isu dan Cabaran Antara isu – isu dan cabaran sedia ada yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut :

i. Lokasi pembangunan Galeri Digital di kawasan tumpuan ramai dan mempunyai risiko vandalisme dan kerosakkan. ii. Penyelenggaraan secara berkala akan diperlukan bagi memastikan ketersediaan sistem berfungsi dengan baik. ii. Kemahiran oleh kakitangan/penyelia Terminal Penumpang Kuah dalam membantu pengunjung di Galeri Digital.

3.1.4 Pendekatan / Penyelesaian Antara pendekatan atau penyelesaian yang boleh diambil adalah seperti berikut :

i. Mempamerkan nombor aduan kerosakkan kepada pengunjung dan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan keatas Galeri bagi mengenalpasti sebarang masalah yang berlaku. ii. Mengadakan jadual pemeriksaan dan selenggara Galeri dan Peralatan secara berkala. iii. Kakitangan akan dilatih agar berkemahiran dalam mengendalikan urusan Galeri.

Jabatan Laut Malaysia

6

4. CADANGAN PEROLEHAN

4.1 Cadangan Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Galeri Digital Di Terminal Penumpang Kuah Langkawi, Jabatan Laut Wilayah Utara.

5.1.1 Keterangan projek/cadangan penyelesaian

(a) Nama projek ialah : Set Galeri Digital di Terminal Penumpang Kuah Langkawi.

(b) Objektif projek adalah seperti yang berikut:

i. Membangunkan Sebuah Galeri Digital yang lengkap dengan penerangan secara informatif kepada pengguna berkaitan sejarah Jeti Penumpang, maklumat keselamatan di atas feri/bot, info-info semasa berkaitan jadual feri dan maklumat-maklumat umum.

ii. Sebagai tarikan secara lebih santai kepada pengunjung

untuk namun padat dengan maklumat.

(c) Fungsi

i. Menyediakan Digital Screen with Poster Frame bagi memaparkan video keselamatan feri, info-info berkaitan dengan sejarah pembinaan Jeti Penumpang, Fungsi Jabatan/Kementerian dan maklumat semasa yang boleh dimainkan dalam bentuk video media.

ii. Menyediakan Display System jenis Touch Screen Kiosk yang memaparkan maklumat-maklumat pelbagai seperti Sejarah Jeti Kuah, Direktori/ Pelan Jeti Kuah, Kaedah memakai Life Jacket dan Kaedah menyelamat diri ketika kecemasan diatas feri.

iii. Ship Simulator for Kids adalah tarikan kepada kanak-kanak yang berkonsep mengendalikan kapal seperti kaedah sebenar.

iv. Wall Poster bagi tarikan kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat secara bergambar/bertulis di dinding Galeri

(d) Tempoh projek : 6 bulan

Jabatan Laut Malaysia

7

(e) Ciri-Ciri:

Skrin Digital yang diintegrasi dengan Media Player untuk memaparkan info-info keselamatan berbentuk video.

Touchscreen Kiosk yang memaparkan maklumat Jeti Kuah / direktori

Ship Simulator For Kids Poster Wall dan Set Galeri

(f) Senarai Perolehan

Perolehan yang dicadangkan sila rujuk Jadual B

(g) Lokasi Pemasangan

Keseluruhan Peralatan akan ditempatkan dalam Set Khas Galeri seluas 24 meter persegi di dalam Ruangan menunggu Domestik.

(h) Pelan Pelaksanaan

Maklumat setiap fasa dan komponen di dalam Pelan Pelaksanaan adalah seperti yang terdapat dalam jadual di Lampiran 5.

(i) Aspek-aspek keselamatan ICT yang diambikira di dalam projek ini adalah seperti yang terdapat dalam senarai di Lampiran 6.

(j) Kaedah Pelaksanaan projek ini adalah secara Sebutharga.

(k) Anggaran kos projek adalah adalah RM 192,800.00.

(l) Sumber peruntukan adalah daripada Belanja Mengurus.

5. Faedah jangka pendek dan jangka panjang perolehan yang dicadangkan

5.1 Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Galeri Digital Di Terminal Penumpang Kuah Langkawi, Jabatan Laut Wilayah Utara. 5.1.1 Faedah jangka pendek

(a) Mengoptimumkan ruangan menunggu dalam Terminal Penumpang Kuah Langkawi.

(b) Memberikan Info-info hal ehwal keselamatan dan semasa kepada pengguna.

Jabatan Laut Malaysia

8

(c) Memantapkan pengetahuan kepada penumpang berkaitan kepentingan peralatan menyelamat nyawa diatas bot/feri.

(d) Menyediakan maklumat dihujung jari serta mudah dan lebih menarik.

(e) Membantu untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan pantas.

5.1.2 Faedah jangka panjang

(a) Mendidik pengguna berkaitan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menaiki feri dan bot.

(b) Maklumat yang disampaikan mempunyai sumber rujukan.

(c) Mewujudkan suasana yang ceria dan menarik pengguna untuk mendapatkan maklumat.

6. Maklumat Pegawai Untuk Dihubungi

7.1 Nama Pegawai Penyelaras: Puan Rosziyana bt Zain

7.2 Jawatan: Pegawai Laut

7.3 No. Telefon: 04- 657 8494

7.4 No. Faks: 04-657 5521

7.5 Alamat E-mel: [email protected]

Jabatan Laut Malaysia

9

Jadual B

SENARAI PEROLEHAN YANG DICADANGKAN TAJUK PERMOHONAN: MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH SEBUHA GALERI DIGITAL DI TERMINAL PENUMPANG KUAH LANGKAWI, JABATAN LAUT WILAYAH UTARA. A. PEKAKASAN

BIL PERKARA BILANGAN HARGA PER UNIT

(RM)

JUMLAH (RM)

1. 0 Touchscreen Kiosk

1.1

Spesifikasi Touch Screen Kiosk

Digital Display touch screen kiosk High Definition Resolution 1920 x

1080 Screen Size: 42 inch Connect with Wifi / LAN Input power AC 240V 1year warranty Typical Power Consumption (150

W/Hr)

1 unit

7,000.00

7,000.00

2.0 Digital Screen With Poster Frame

2.1 Digital Display Screen

Minimum 65" display screen Power Supply AC 240V 50/60 HzResolution : 3840 x 2160 Cable & Accessories

1 unit

33,000.00

33,000.00

2.2 Digital Display Hardware WiFi / LAN

USB port VGA / HDMI port 1 GB RAM Cable & Accessories

1 unit

2,500.00

2,500.00

3.0 SHIP SIMULATOR FOR KIDS

Jabatan Laut Malaysia

10

3.1 i. Ship Simulator Hardware

i7 processor 16 GB RAM control buttons Throttle lever Steering bar USB Connections sea weather system ocean visual ship dynamics wide range of ships and boats Metal base Cable and accessories 1year warranty Power Consumption (300 w/hr)

ii. Ship Simulator Monitor Display

24" display High Definition Screen (1920 x

1080)

1 unit 3 unit

25,000.00

1,800.00

25,000.00

5,400.00

4.0 GALERY SET 4.1 a) Digital Display with poster frame wall

Wall panel Structure: 10ft x7ft x2ft Build in Frame for Digital Display

System Poster frame Maintenance door 3D structure logo Power Consumption (50 w/hr)

b) Ship Simulator Cabinet

Build in Frame for ship simulator. Maintenance door.

c) Touchscreen Kiosk

1 lot 1 lot

15,600.00

1,500.00

15,600.00

1,500.00

JUMLAH A 86,400.00 90,000.00

Jabatan Laut Malaysia

11

B. PERISIAN

C. SISTEM APLIKASI / CTOS

BIL PERKARA BILANGAN HARGA PER UNIT

(RM)

JUMLAH (RM)

1. Perisian:- Adobe Illustrator Adobe Photoshop Adobe Premier Microsoft Excel Microsoft Project Microsoft Word Unity Game Engine

3 unit 3 unit 3 unit 2 unit 2 unit 2 unit 2 unit

1,750.00 1,750.00 500.00 500.00 500.00 500.00

3,250.00

5,250.00 5,250.00 1,500.00 1,000.00 1,000.00 1,000.00 6,500.00

JUMLAH B 8,750.00 21,500.00

BIL PERKARA BILANGAN HARGA PER UNIT

(RM)

JUMLAH (RM)

1. Spesifikasi Software Touchscreen Kiosk

Interative touch feedback. content management customizable template Schedule content Smart timer for on/off operation

1year warranty. Power Comsumption (50 w/hr)

1 LOT 15,000.00 15,000.00

2. Digital Signage Software for Digital Screen.

content management remote monitoring customizable template Schedule content Smart timer for on/off operation 1year warranty.

1 LOT 5,500.00 5,500.00

3 Ship Simulator Software

1 LOT

10,000.00

10,000.00

Jabatan Laut Malaysia

12

D. PERKHIDMATAN

JUMLAH A (RM) 90,000.00 JUMLAH B (RM) 21,500.00

�� JUMLAH C (RM) 42,500.00 �� JUMLAH D (RM) 38,800.00

JUMLAH KESELURUHAN (A + B + C + D)

(RM) 192,800.00

JUMLAH BERSIH (RM) 192,800.00

a) 3D MAX b) Adobe Dreamweaver

3 unit 3 unit

2,250.00 1,750.00

6,750.00 5,250.00

JUMLAH C 34,500.00 42,500.00

BIL PERKARA BILANGAN HARGA PER UNIT (RM)

JUMLAH (RM)

1.1 Kerja-kerja penghantaran, perkhidmatan

dan konfigurasi.

1 lot 20,000.00 20,000.00

1.2 Latihan dan Pengujian 1 lot 3,000.00 3,000.00 1.3 Helpdesk dan Waranti Berkala

Perkakasan, Perisian dan Sistem selama setahun (12bulan)

1 lot 15,000.00 15,000.00

JUMLAH D 38,000.00 38,000.00

Jabatan Laut Malaysia

1

LOKASI PEROLEHAN:

Lokasi Tapak: Set Galleri yang mengandungi kesemua kelengkapan dan peralatan akan ditempatkan dalam Ruang Menunggu Domestik Jeti Kuah Langkawi.

Jabatan Laut Malaysia

1

CADANGAN PEROLEHAN PEKAKASAN:

1. Cadangan Ship Simulator

2. Cadangan Touchscreen Kiosk

Jabatan Laut Malaysia

2

3. Cadangan Display screen dan wall poster frame

Lampiran B LAPORAN RINGKASAN

UNTUK PEROLEHAN YANG DILULUSKAN/DISELARASKAN DI PERINGKAT JPICT JABATAN LAUT MALAYSIA Nama Agensi : Jabatan Laut Wilayah Utara Alamat : Jabatan Laut Malaysia , Wilayah Utara, Jalan Akuarium, 11700 Gelugor Pulau Pinang. Bil Nama Jabatan/

Bahagian dan Alamat

Nama Projek Skop Projek Senarai Perolehan

Tujuan Perolehan

Kos (RM) Tarikh Sokongan

JPICT Agensi

Tarikh Pelaksanaan

1.

Jabatan Laut

Malaysia Wilayah Utara

.

Cadangan Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Galeri Digital Di Terminal Penumpang Kuah Langkawi, Jabatan Laut Wilayah Utara

Membangunkan sebuah Galeri Digital legkap dengan peralatan informasi di Terminal Penumpang Domestik Kuah Langkawi

Seperti di dalam Jadual B1

Mewujudkan sebuah Galeri Digital di Terminal Penumpang Domestik Kuah Langkawi Kedah

2018

JUMLAH KESELURUHAN 192,800.00

Lampiran 1 – Carta Organisasi Jabatan Laut Wilayah Utara & Pejabat Laut Kuah

1 2 1 15 1 1 147 30 1 1

1 12 135 1 18

16

1 12 221 126 254641

Pembantu Laut Gred A22Pembantu Laut Gred A19/A22

Pen. Keselamatan Gred KP11/KP14JUMLAH

Pen. Keselamatan Gred KP14

Pen. Keselamatan Gred KP11/KP14

LANGKAWIPL AL41/AL44

PN. AZLINA BINTI JOHARPegawai Laut Gred AL41/AL44

BATU UBANPEMBANTU LAUT GRED A22

EN. VELAITHAM AL THANIMALAYPembantu Laut Gred A22Pembantu Laut Gred A19/A22PTPO Gred N19/N22

JUMLAH

Pen. Peg. Laut Gred A29/A36

KESELAMATAN PELAYARANPL AL41/AL44

EN. MOHAMMAD SAIFULLAH BIN YUSOF (TK)

KHIDMAT PENGURUSANPTD M41/M44

PN. MALINI A/P KRISHNAN

KAWALAN INDUSTRIPL AL41/AL44

EN. MOHAMMAD SAIFULLAH BIN YUSOF

PENGARAHPEGAWAI LAUT GRED AL54

KAPT. ABDUL SAMAD BIN SHAIK OSMAN

PEJABAT PELABUHAN

PULAU PINANG

PL AL41/AL44HAL EHWAL PELAUT DAN PELABUHAN

PN. ROSZIYANA BINTI ZAIN

MOHD NAJIB BIN MOHD SAAD

LUMUTPL GRED AL44

EN. RAMLI BIN SHARIFF

KUALA PERLISPL AL41/AL44

PN. SITI NORSHILAWATI BINTI SHUKORPPL GRED A29/A36

Pem. Awam Gred H11/H14JUMLAH

Pembantu Laut Gred A22Pembantu Laut Gred A19/A22

Pen. Peg. Laut Gred A29/A36Pembantu Laut Gred A22Pembantu Laut Gred A19/A22Pemandu Gred H11/H14

JUMLAH

KUALA KEDAHPPL GRED A36

HAJI BADRUL HISHAM BIN UMAR

Pembantu Laut Gred A26Pembantu Laut Gred A22

Pembantu Laut Gred A22Pembantu Laut Gred A19/A22

JUMLAH

Pen. Peg. Laut Gred A29/A36

Pembantu Laut Gred A19/A22Pem. Ops Gred N11/N14

JUMLAH

EN SYUKRI BIN MUNAJAF

Lampiran 5 Pelan Pelaksanaan Tempoh Siap Kerja = 6 bulan Aktiviti/Minggu B1 B2 B3 B4 B5 B6

1. Mula projek / Dokumentasi / Perjanjian

2. Lawatan tapak secara terperinci

3. Factory Test

4. Kerja-kerja pemasangan sistem 5. Site Acceptance Test

Petunjuk: B = Bulan

Lampiran 6

ASPEK-ASPEK KESELAMATAN ICT

Memastikan semua perolehan aset ICT dikenal pasti, dikelas, didokumen,

diselenggara dan dilupuskan apabila tiba masanya. Maklumat aset direkod dan dikemaskini dalam Kad Daftar Harta Modal dan Inventori sebagaimana mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA);

Semua perolehan peralatan yang digunakan secara berterusan akan diletakkan di kawasan yang berhawa dingin dan mempunyai pengudaraan (air ventilation) yang sesuai;

Media-media storan akan dipastikan berada dalam keadaan yang baik, selamat,

terjamin kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan untuk digunakan.

Sumber data atau server, peralatan komunikasi dan storan akan ditempatkan di pusat data, bilik server atau bilik khas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan termasuk sistem pencegah kebakaran;

Akses ke Sumber data atau server adalah terhad kepada warga Jabatan Laut

yang telah diberi kuasa sahaja dan dipantau pada setiap masa;

Penggunaan kata laluan untuk akses ke sistem aplikasi adalah diwajibkan. Sistem yang dibangunkan akan mempunyai kemudahan menukar kata laluan oleh pengguna;

Sebarang akses ke sistem aplikasi atau server akan direkodkan ke dalam log file;

Pengkalan Data di dalam server utama akan melakukan duplikasi rekod kepada

server-server sokongan;

Sebarang penyelenggaraan samada terhadap sistem aplikasi atau perkakasan akan dipantau dan direkodkan.