intussusception

download intussusception

of 4

Transcript of intussusception

INTUSSUSCEPTIONINTUSSUSCEPTION berlaku disebabkan sebahagian usus masuk ke segmen yang lain iaitu ke bahagian usus yang lain yang berdekatan. Ini akan menyebabkan salur darah menyempit dan bekalan darah ke usus yang terlibat berkurang. Usus yang trlibat akan kelihatan membengkak dan menyebabkan obstruction, gangrene, dan bleeding serta mengakibatkan jangkitan pada perut dan berlakunya renjatan. ( shock ) . Boleh berlaku kepada orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua tetapi jarang ditemui kerana indikasi yang paling utama berlaku kepada bayi yang berusia kurang dari 1 tahun dan kanak-kanak lelaki. Penyebab berlakunya intussusception ini adalah tidak diketahui ( idiopatic). Berkemungkinan appendicitis, tumor atau polyp dan jangkitan virus atau bacteria pada usus.

sakit perutdiarrhea

demam

muntah kejang pada abdomen secara tiba-tiba

shock

TANDATANDA DAN GEJALA

fatigue

red current jelly stool (sekiranya lambat mendapatkan rawatan)

bayi menangis dengan kuat

Ujian-ujian yang dilakukan untuk mengesan intussusception adalah dengan melakukan pemeriksaan pada bahagian abdomen dan dan rectum, pemeriksaan X-ray atau ultrasound dilakukan untuk memeriksa pada bahagia usus., CT scan dan pemberian enema untuk meningkatkan tekanan dalam usus kanak-kanak yang mana boleh mengembalikan kawasan bermasalah kepada posisi yang normal. Pembedahan akan dilakukan jika pemberian enema tidak berkesan yang menyebabkan usus pecah dan feces memasuki bahagian

abdomen dan infeksi berlaku. Melalui pembedahan, usus yang rosak dan apendics akan dibuang. Jika infeksi teruk terjadi ileostomy akan dilakukan bagi mengelakkan pendarahan, usus pecah, hilang fungsi, kekurangan hemoglobin dan berlakunya renjatan. Semasa melakukan pembedahan, risiko untuk mendapat infeksi terlalu kerap berlaku jika seseorang itu kurang dalam hygiene care . Penjagaan luka perlu di ambil berat dan balutan pada tempat luka mestilah sentiasa kering. Bagi mereka yang mengalami intussusception ini, ketidakseimbangan nutrisi kemungkinan akan berlaku keran berasa tdak selesa pada bahagian gastrointestinal. Ventilasi dan persekitan yang bersih dan terapeutik dapt meningkatkan selera makan. Makanlah sedikit-sedikit tetapi kerap. Terapi intravena akan dilakukan jika pesakit mendapatkan rawatan di hospital jika perlu untuk mengekalkan keseimbangan elektrolit badan. Sokongan dan dorongan daripada keluarga amat diperlukan untuk mengelakkan tekanan dan rasa rendah diri kepada induvidu yang terlibat. Selain itu , mereka yang mengalami intussusception ini akan berisiko mendapat dehidrasi iaitu kekurangan cecair dalam

badan yang disebabkan oleh anorexia dan muntah-muntah. Untuk mengesan dehidrasi ukur berat badan setiap hari bagi melihat perubahan elektrolit badan dan nilai tahap turgor kulit dan lidah serta sokongan emosi. Antiemetic akan di preskripsikan oleh doctor untuk megelakkan muntah. Bagi yang mengalami intussusception , gangguan tidur sering berlaku kerana kesakitan pada bahagian abdomen. Tidurlah mengikut keselesaan dalam posisi yang sesuai dan selesa dengan ventilasi yang baik. Hadkan aktiviti-aktiviti harian dengan mendapatkan rehat yang secukupnya dan dapatkan bantuan jika diperlukan serta lakukan demahan panas pada bahagian abdomen yang sakit untuk mengurangkan kesakitan dan ambil ubatan analgesic mengikut arahan doctor.