ISL 1

4
Nama pelajar: Muhammad Azizi Rahim No.KP: 870419-52-6095 Kumpulan: PISMP IPGM BM 07 ISL 1: Banding beza antara pemikiran Edward Sapir dan Bloomfield dalam bidang linguistik. Edward Sapir dan Leonard Blommfield Sapir mendapat pengetahuan asas dalam bidang filologi di Jerman tetapi lama dipengaruhi oleh F.Boas. Oleh sebab itu, beliau mengkaji bahasa-bahasa orang asli di Amerika. Sapir menulis bukunya yang pertama Language (1881). Buku ini bersifat umum dan ini berbeza dengan buku yang ditulis oleh Blommfield. Buku Sapir itu lebih mementingkan pendekatan kajian daripada segi antropologi dan melihat bahasa dan fungsinya daripada segi sesuatu masyarakat yang menggunakannya. Bloomfield pula adalah sarjana yang bertanggungjawab mengangkat linguistik menjadi suatu bidang kajian yang tersendiri. Bloomfield memperlihatkan dengan jelas konsep sains dalam kajiannya iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dapat dianalisis dan ditentukan secara empiris. Bloomfield turut mengatakan bahawa makna yang betul-betul tepat bagi satu-satu bentuk bahasa hanya dapat kita berikan bila kita mempunyai pengetahuan yang saintifik tentang perkara yang dimaksudkan oleh makna itu. Bloomfield lebih jauh mengatakan bahawa makna yang biasa kepada perkataan garam , ialah natrium klorida, tetapi terlalu sukar untuk menghuraikan makna perkataan- perkataan seperti sayang atau benci . 1

description

sem 5

Transcript of ISL 1

Page 1: ISL 1

Nama pelajar: Muhammad Azizi Rahim

No.KP: 870419-52-6095

Kumpulan: PISMP IPGM BM’07

ISL 1: Banding beza antara pemikiran Edward Sapir dan Bloomfield dalam

bidang linguistik.

Edward Sapir dan Leonard Blommfield

Sapir mendapat pengetahuan asas dalam bidang filologi di Jerman tetapi lama

dipengaruhi oleh F.Boas. Oleh sebab itu, beliau mengkaji bahasa-bahasa orang

asli di Amerika. Sapir menulis bukunya yang pertama Language (1881). Buku ini

bersifat umum dan ini berbeza dengan buku yang ditulis oleh Blommfield. Buku

Sapir itu lebih mementingkan pendekatan kajian daripada segi antropologi dan

melihat bahasa dan fungsinya daripada segi sesuatu masyarakat yang

menggunakannya.

Bloomfield pula adalah sarjana yang bertanggungjawab mengangkat

linguistik menjadi suatu bidang kajian yang tersendiri. Bloomfield memperlihatkan

dengan jelas konsep sains dalam kajiannya iaitu suatu kenyataan yang

menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan

dapat dianalisis dan ditentukan secara empiris.

Bloomfield turut mengatakan bahawa makna yang betul-betul tepat bagi

satu-satu bentuk bahasa hanya dapat kita berikan bila kita mempunyai

pengetahuan yang saintifik tentang perkara yang dimaksudkan oleh makna itu.

Bloomfield lebih jauh mengatakan bahawa makna yang biasa kepada perkataan

“garam”, ialah natrium klorida, tetapi terlalu sukar untuk menghuraikan makna

perkataan-perkataan seperti “sayang” atau “benci”.

1

Page 2: ISL 1

Kebanyakkan daripada bentuk bahasa yang kita pakai untuk lebih

daripada satu situasi. Kita mempunyai kebolehan menyamakan atau

mengadakan persamaan, antara satu perkara dengan perkara yang lain.

Walaupun persamaan yang betul-betul memang tidak ada di antara kedua

perkara itu. Lalu kita pindahkan makna untuk satu bentuk bahasa kepada situasi

yang lain pada hemat kita ada persamaannya dengan situasi yang asal bagi

bentuk bahasa itu.

Berbeza dengan kajian bahasa pada abad ke-18 yang relatif tidak banyak

yang berubah, peringkat terakhir ini membawa perkembangan yang penting

dalam wilayah linguistik. Hal ini semuanya bermula dengan kegiatan-kegiatan

para pedagang, misionari dan kolonasi yang secara tidak langsung

meningkatkan pengenalan dan pengetahuan bahasa-bahasa selain bahasa

Eropah. Bahasa klasik India Sanskrit dikenali oleh banyak orang, hal ini

kemudian memberi banyak jalan kepada penyelidikan linguistik perbandingan

dan linguistik sejarah.

Dengan cara yang hampir sama, survei antropologi pada suku bangsa

Indian di Amerika menyebabkan lahirnya pendekatan-pendekatan linguistik

moden abad ke-20 kini. Karya dari Frank Boas (1858-1942), Edward Sapir

(1884-1939) dan para pengikutnya banyak menghasilkan langkah-langkah maju

dalam ilmu kebahasaan terutama dalam fonem dan morfem. Makna sebagai

teknik dalam menganalisis bahasa mulai kurang dipercayai lagi. Begitulah

permulaanya dan dari sinilah bermulanya gagasan-gagasan penting dalam

linguistik moden.

Dalam tahun 1930-an berbagai disiplin keilmuan banyak memberikan

sumbangan kepada ilmu kebahasaan sekalipun disiplin-disiplin tadi masih agak

kabur. Seorang bangsa Amerika Leonard Blommfield (1887-1949) bergerak

sekaligus dalam antropologi, sejarah, dialektologi, psikologi, dan tatabahasa

tradisional. Karya besarnya Language (1933), menghimpunkan sumbangan

2

Page 3: ISL 1

kebahasaan dari masa silam dan sebagai landasan kukuh untuk lebih maju ke

hadapan.

Di Inggeris, langkah-langkah maju lingusitik ini relatif seimbang walaupun

dari waktu ke waktu dipengaruhi perkembangan di lain tempat yang setelah

sampai di Inggeris mengasimilasikan tradisi setempat bukannya mengganti.

Misalnya, antropologis linguistik dan behavioural dari Sapir dan Blommfield

dengan titik tekan pada pemerian bahasa-bahasa hidup bukanlah barang baru

bagi Inggeris kecuali dalam prinsip dan prosedur. Pada awal 1877dalam

pidatonya kepada masyarakat Filologi Inggeris, Henry Sweet alhi linguistik

Inggeris yang sangat terkenal pada abad ke-19 melihat dengan pasti akan

kecenderungan linguistik menuju penelaahan akan gejala-gejala bahasa hidup.

Bloomfiled menjelaskan ujaran sebagai rentetan stimulus dab respon.

Hubungan antara kata sebagai simbol dengan objek acuannya digambarkan oleh

C.K Ogden dan I.A Richards dalam Semantic Triangle atau Triangle Theory of

Meaning (1923).

3

Page 4: ISL 1

Rujukan

Abdullah Hassan, (1987). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Drs. A Chaedar Alwasilah, (1983). Linguistik Suatu Pengantar. Bandung .

ANGKASA.

4