ISL 3

3
Nama pelajar: Muhammad Azizi Rahim No.KP: 870419-52-6095 Kumpulan: PISMP IPGM BM 07 ISL 3 (a) : Membanding beza antara fonetik dan fonologi Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa. Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi sistem bunyi atau fonologi itu. Manusia dapat menghasilkan banyak bunyi atau fon, tetapi daripada fon-fon tersebut hanya beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza. Bagi menetukan sama ada fon itu distingtif, fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu dengan yang lain. Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada yang berlainan tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fon-fon yang distingtif itulah yang dikenali sebagai morfem. Fonetik yang berasal daripada perkataan Inggeris phonetics ialah satu pengkajian bunyi pertuturan bahasa. Pengkajian ini bertumpu pada panjang pendek, keras lembut, tekanan, intonasi dan irama bunyi dalam satu-satu bahasa. Pengkajian fonetik pula dibahagikan kepada beberapa segi yang tertentu. Bagaimanapun, pembahagian yang besar dapat dipecahkan kepada tiga iaitu yang pertama, kajian dari segi gerakan alat-alat yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi. Seterusnya adalah kajian dari segi pendengaran bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori. Fonetik juga merupakan kajian dari segi sifat bunyi atau fonetik akustik. Fonologi bertugas untuk mempelajari fungsi bunyi untuk membezakan atai mengkelaskan kata-kata tertentu. Ada juga yang mengatakan bahawa ini adalah tugas fonemik sedangkan fonologi meliputi fonetik dan fonemik. Para linguistik Eropah sering menggunakan istilah Fonologi daripada Fonemik. Sebaliknya fonologi bukan hanya merangkumi tugas fonemik tetapi juga mempelajari perubahan- perubahan bunyi dalam sejarah perkembangan bahasa tertentu. Pengkajian fonetik ini di Barat misalnya, dilakukan dengan cara saintifik. Berbagai perkakas pemeriksaan, penyelidikan dan percubaan diadakan. Banyak hasil yang didapati daripada ciptaan-ciptaan yang berupa sainstifik ini. Contohnya,

description

sem 5

Transcript of ISL 3

Page 1: ISL 3

Nama pelajar: Muhammad Azizi Rahim

No.KP: 870419-52-6095

Kumpulan: PISMP IPGM BM’07

ISL 3 (a) : Membanding beza antara fonetik dan fonologi

Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa. Fonem ialah unit

bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi sistem bunyi atau fonologi itu.

Manusia dapat menghasilkan banyak bunyi atau fon, tetapi daripada fon-fon tersebut

hanya beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza. Bagi menetukan sama ada fon itu

distingtif, fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu dengan yang lain. Dengan

demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada yang berlainan

tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fon-fon yang distingtif itulah yang dikenali sebagai

morfem.

Fonetik yang berasal daripada perkataan Inggeris phonetics ialah satu

pengkajian bunyi pertuturan bahasa. Pengkajian ini bertumpu pada panjang pendek,

keras lembut, tekanan, intonasi dan irama bunyi dalam satu-satu bahasa. Pengkajian

fonetik pula dibahagikan kepada beberapa segi yang tertentu. Bagaimanapun,

pembahagian yang besar dapat dipecahkan kepada tiga iaitu yang pertama, kajian dari

segi gerakan alat-alat yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi. Seterusnya

adalah kajian dari segi pendengaran bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori.

Fonetik juga merupakan kajian dari segi sifat bunyi atau fonetik akustik.

Fonologi bertugas untuk mempelajari fungsi bunyi untuk membezakan atai

mengkelaskan kata-kata tertentu. Ada juga yang mengatakan bahawa ini adalah tugas fonemik

sedangkan fonologi meliputi fonetik dan fonemik. Para linguistik Eropah sering menggunakan

istilah Fonologi daripada Fonemik. Sebaliknya fonologi bukan hanya merangkumi tugas fonemik

tetapi juga mempelajari perubahan-perubahan bunyi dalam sejarah perkembangan bahasa

tertentu.

Page 2: ISL 3

Pengkajian fonetik ini di Barat misalnya, dilakukan dengan cara saintifik. Berbagai

perkakas pemeriksaan, penyelidikan dan percubaan diadakan. Banyak hasil yang didapati

daripada ciptaan-ciptaan yang berupa sainstifik ini. Contohnya, apabila diperiksa dengan alat-

alat tertentu dapatlah diketahui kedudukan lidah kita semasa kita bertutur, peranan yang

dimainkan oleh lelangit lembut bagi menyebut bunyi-bunyi sengau seperti [m],[n],[ny] dan [ng].

Peranan yang dimainkan oleh pita suara dalam menyebut bunyi-bunyi bersuara seperti [b],[d],

[g],dan [v], dan bunyi-bunyi tidak bersuara [p],[t],[k],[f].

ISL 3 (b): Membanding beza antara morfologi dan sintaksis

Sintaksis merupakan bidang ilmu yang mengkaji proses pembinaan ayat. Dalam

Bahasa Melayu, ayat terbentuk daripada 2 unsur iaitu subjek dan predikat. Subjek

merupakan perkara utama dalam ayat. Predikat menjadi penerang kepada subjek atau

sebagai keterangan dalam binaan ayat.

Subjek merupakan bahagian ayat yang letaknya di hadapan predikat dalam pola

ayat biasa. Bahagian subjek biasanya diisi oleh Frasa Nama (FN). Manakala predikat

pula ialah bahagian ayat yang letaknya selepas subjek dalam pola ayat biasa. Bahagian

predikat diisi oleh sama ada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA)

atau Frasa Sendi Nama (FSN).

Ayat terbina daripada beberapa unsur yang lebih kecil, iaitu kata merupakan unit

tatabahasa yang terkecil dan bebas. Frasa ialah gabungan dua perkataan atau lebih

yang dapat berfungsi sebagai predikat atau binaan yang terdiri daripada sekurang-

kurangnya satu perkataan yang berpotensi menjadi unit yang lebih besar. Klausa

perupakan satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu

predikat dan mempunyai potensi menjadi ayat.

Ayat dasar bersifat mujarad, iaitu masih berada dalam minda dan menjadi asas

kepada pembentukan ayat. Sebelum ujaran, ayat perlu dicipta dalam minda. Apabila

ayat itu diujarkan, maka perubahan bentuk terjadi. Perubahan inilah yang dinamakan

terbitan atau transformasi.

Page 3: ISL 3

Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk perkataan.

Perkataan ialah bentuk perkataan yang diujarkan dalam sesuatu bahasa. Bentuk ujaran

tersebut kemudian akan dituliskan dengan menggunakan lambang-lambang yang lazim

dalam bahasa tersebut.

Bentuk perkataan ialah struktur perkataan dalam bentuk ejaan yang biasa

digunakan seharian. Dalam erti kata lain, bahasa itu mempunyai struktur. Setiap

struktur ini terbina daripada unsur-unsur yang lebih kecil. Ada dua unsur bahasa yang

terlibat dalam membina perkataan iaitu morfem dan kata.

Morfem merupakan unit bahasa yang terkecil mempunyai makna atau fungsi

tatabahasa. Dalam bidang kajian morfologi, kata juga merupakan unsur yang digunakan

bagi membentuk perkataan lain. Morfem terbahagi kepada dua iaitu, morfem bebas dan

morfem terikat. Tidak semua perkataan itu terdiri daripada morfem bebas.