ISL 3

3
HAM FAI KIT ISL 3 PISMP MATEMATIK AMB JUN 2014 Peranan tabii matematik dalam P&P Matematik Matematik mendedahkan pola/corak tersembunyi yang membantu kita memahami dunia di sekitar kita. Kini bukan hanya di segi aritmetik dan geometri, bahkan matematik pada masa kini meliputi pelbagai disiplin berkaitan dengan data, pengukuran dan pengamatan dari ilmu sains; juga inferensi, deduksi, dan bukti, bersama model matematik dari fenomena alam tentang perilaku manusia, dan sistem sosial. Matematik adalah ilmu tentang pola/corak dan peraturan. Domainnya bukan molekul atau sel, tetapi nombor, kebarangkalian, bentuk, algoritma dan perubahan. Sebagai ilmu yang abstrak, matematik bergantung pada logik dan bukan hanya pada pengamatan,namun menggunakan pemerhatian,simulasi bahkan eksperimentasi sebagai mencari kebenaran. Peranan matematik dalam pendidikan adalah disebabkan banyak kegunaannya pada umum. Penemuan- penemuan Matematik seperti teorem dan teori adalah sangat signifikan dan berguna. Pengalaman berkaitan matematik

description

ISL 3

Transcript of ISL 3

Page 1: ISL 3

HAM FAI KIT

ISL 3

PISMP MATEMATIK AMB JUN 2014

Peranan tabii matematik dalam P&P Matematik

Matematik mendedahkan pola/corak tersembunyi yang membantu kita

memahami dunia di sekitar kita. Kini bukan hanya di segi aritmetik dan geometri,

bahkan matematik pada masa kini meliputi pelbagai disiplin

berkaitan dengan data, pengukuran dan pengamatan dari ilmu sains;

juga inferensi, deduksi, dan bukti, bersama model matematik dari fenomena alam

tentang perilaku manusia, dan sistem sosial. Matematik adalah ilmu tentang

pola/corak dan peraturan. Domainnya bukan molekul atau sel, tetapi nombor,

kebarangkalian, bentuk, algoritma dan perubahan.

Sebagai ilmu yang abstrak, matematik bergantung pada logik dan bukan hanya

pada pengamatan,namun menggunakan pemerhatian,simulasi bahkan eksperimentasi

sebagai mencari kebenaran. Peranan matematik dalam pendidikan adalah disebabkan

banyak kegunaannya pada umum. Penemuan-penemuan Matematik seperti teorem dan

teori adalah sangat signifikan dan berguna. Pengalaman berkaitan matematik

meninggikan tahap kebolehan matematik-keupayaan untuk membaca secara kritikal,

mengenalpasti kesalahan, mencari alternatif dan sebagainya. Matematik membolehkan

kita memahami informasi dan persekitaran dunia dengan lebih baik.

Page 2: ISL 3

Peranan nilai matematik dalam P&P Matematik

Rasionalisme

Menilai berdasarkan hujah, penaakulan, analisis logik dan penjelasan.

Emperisme

Mencari objektif, konkrit dan melaksanakan idea dalam matematik.

Pemikiran beranalogi,mencari simbol dan penggunaan data

Kontrol

Menilai kawalan menekankan kekuatan ,penguasaan peraturan,fakta,prosedur

dan kreteria ditetapkan.

Menggalakkan keselamatan dalam pengetahuan dan kemampuan untuk

meramal.

Kemajuan

Menilai kemajuan bererti menekankan cara-cara idea matematik berkembang.

Melalui teori alternatif,pembangunan kaedah baru dan mempersoalkan idea-idea

yang ada.

Menggalakakan nilai-nilai kebebasan individu dan kreativiti.

Keterbukaan

Menilai keterbukaan bermaksud demokrasi pengetahuan.

Melalui demonstrasi, bukti,penjelasan, pengesahan hipotesis dapat

menghasilkan signifikan yang baru.

Misteri

Menekankan keajaiban, daya tarikan dan mistik dari idea-idea sains dan

matematik.

Ini menggalakkan kita berfikir tentang asal usul dan sifat pengetahuan.