ISL 4

3
ISL 4

description

isl4

Transcript of ISL 4

Page 1: ISL 4

ISL 4

Page 2: ISL 4

ISL 4Pelajar membuat rumusan tentang isi pelajaran dalam peta konsep dan simpan dalam portfolio.

Prenatal

Fasa PembenihanFasa embrioFasa fetal

Bayi

Pada peringkat ini kadar pertumbuhan bayi agak cepat. Sifat-sifat asas manusia seperti bahasa,kebolehan fizikal, kebolehan menjalin perhubungan emosi mula kelihatan.

Kanak-

kanak

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini,pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti.

Awal Remaja

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Perubahan saiz bagi remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum mencapai akil baligh. Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan mula menunjukkan sifat kewanitaannya dan bulu ketiak mula tumbuh. Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan melalui perubahan suara atau ‘suara pecah’. Tubuh badannya bertambah tegap, bulu ketiak dan misai mula kelihatan.