ISL 7
Transcript of ISL 7
ISL 7 EDU 3103
Muat turun maklumat internet mengenai pembelajaran sosial, modeling, dan pembelajaran pemerhatian serta pendekatan humanistik.
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik dengan memberi tumpuan kepada rumusan semua teori dan simpan dalam portfolio.
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
1
Tiga Unsur Utama
Individu (Motivasi Intrinsik )
Tingkah Laku (Tindak Balas)
Persekitaran (Rangsangan
Luaran)
Teori Pembelajaran Sosial : (Bandura)
Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan.
Orang diperhatiakan sebagai model. Proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku
model sebagai permodelan (modeling).
ISL 7 EDU 3103
2
Teori Pemodelan : Bandura
- 4 unsur utama Pemerhatian (Attentian ) Mengingat ( retention ) Reproduksi ( reproduction ) Peneguhan / Motivasi (reinforcement / motivation )
Teori Pembelajaran Pemerhatian
Albert bandura (1925 hingga kini) adalah pakar psikologi yang menghubungkanpembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan. Kajian dilakukan ke atas kanak-kanak apabila mereka menonton video orang dewasa memukul, mengetuk,menendang dan duduk di atas patung Bobo sambil menjerit “sockeroo!”. Kemudian,mereka pergi ke bilik permainan yang terdapat patung Bobo dan mula menunjukkanaksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton tadi. Bandura menamakansituasi ini sebagai pembelajaran pemerhatian.Proses peniruan mempunyai empat langkah tertentu iaitu pemerhatian,penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Menurut Choong (2008), manusia belajar melalui pemerhatian atas tingkahlaku orang lain dan hasil tingkahlaku tersebut
ISL 7 EDU 3103
http://moshimoshi.netne.net/materi/psikologi_pendidikan/bab_12.htm
http://notapismpks.blogspot.com/2011/06/mdab-teori-pendekatan-humanis.html
3
TEORI PENDEKATAN HUMANIS
Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), pendekatan ini melihat pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Menurut Choong (2008)
pula, pendekatan ini menumpukan kepada perkembangan konsep kendiri, motivasi intrinsik dan kesedaran kendiri murid-murid.
Teori Pembelajaran Eksperiental
Carl Rogers (1902-1987), pelopor teori ini menganggap manusia pada dasarnya baik dan bermotivasi tinggi untuk mencapai potensi diri. Beliau juga percaya bahawa setiap individu
mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar. Teori pembelajaran eksperiental mengutamakan pelajar terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran. Rogers mengkategorikan teori ini kepada dua bahagian iaitu pembelajaran kognitif yang mementingkan akademik semata dan
pembelajaran pengalaman yang melibatkan aplikasi pengetahuan. Apabila pelajar berada pada tahap ancaman rendah, kadar pembelajaran menjadi lebih pantas kerana pembelajaran tersebut
atas usaha mereka sendiri.
Teori Hirarki Keperluan Maslow
Abraham Harold Maslow (1908-1970), menghasilkan peringkat keperluan manusia untuk mencapai potensi diri masing-masing. Peringkat keperluan ini pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu
keperluan kekurangan dan keperluan perkembangan. Di dalam keperluan kekurangan terdapat keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan yang perlu dicapai agar pelajar terus bermotivasi ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Dalam keperluan perkembangan pula,
pencapaian intelek, estetika dan penyempurnaan kendiri akan dicapai apabila keperluan kekurangan dipenuhi. Kita akan berusaha merealisasikan kebolehan kita agar menjadi manusia
yang sempurna.
Implikasi Pendekatan Humanis Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Guru perlu memenuhi keperluan asas murid-muridnya dahulu sebelum memulakan pengajaran. Kenalpasti setiap kekurangan keperluan asas semasa awal sesi pengajaran. Peruntukkanlah sedikit masa untuk melakukannya. Guru hendaklah menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), guru hendaklah melayani individu pelajar sebagai insan, membentuk individu pelajar mengikut potensi masing-masing dan
menyediakan mereka untuk menghadapi zaman dewasa kelak.