ISL 8

3
Perancangan Pembangunan 5 tahun Perubahan dan penyesuaian dalam perancangan pembangunan lebih jelas apabila negara bangsa Malaysia dibentuk pada tahun 1963 dan setelah Pilihan Raya Umum tahun 1964 dilancarkan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970). Usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia pada masa itu lebih agresif sifatnya. Pelbagai dasar dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkan untuk melengkapi rancangan pembangunan tersebut yang rata-rata bercorak ekonomistik. Walaupun tumpuan utama diberikan kepada usaha membangunkan masyarakat desa yang miskin dan tertinggal namun usaha menggerakkan perindustrian gantian import, khasnya perusahaan pembuatan juga diperkenalkan. Kelancaran pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama terbantut seketika akibat Konfrontasi Indonesia-Malaysia yang berakhir pada tahun 1966, Namun begitu, pemerintah telah berjaya menunjukkan kemampuan yang dapat mereka laksanakan. Setidak-tidaknya dari segi kemudahan prasarana "pembangunan" telah dirasakan. Tentunya, segala usaha ini tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Hal ini dijelmakan melalui pencapaian pihak parti pembangkang dalam arena politik kepartian. Bibit-bibit pertentangan ini yang kian membahang, akhirnya mencetuskan suatu pertentangan terbuka lagi berdarah. Peristiwa 13 Mei 1969 terpahat dalam sejarah pembangunan Malaysia sebagai suatu tinta hitam yang menginsafkan rakyat Malaysia. Peristiwa ini berlaku sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum tahun 1969. Rusuhan bermula di Kuala Lumpur dan kemudiannya telah merebak ke beberapa tempat lain tetapi dapat dikawal negera. Parlimen telah digantung, demokrasi terhenti dan kedukaan daripada peristiwa itu dijadikan sempadan Biduk lalu kiambang bertaut, bak kata bidalan. Begitulah keadaannya di Malaysia kelika itu. Lahir daripada peristiwa 13 Mei 1969 ialah Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975). Digarab ke.dalamnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Apa yang psnting ialah rancangan ini telah menganjurkan suatu usaha

description

ISL

Transcript of ISL 8

Page 1: ISL 8

Perancangan Pembangunan 5 tahun

Perubahan dan penyesuaian dalam perancangan pembangunan lebih jelas apabila negara bangsa Malaysia dibentuk pada tahun 1963 dan setelah Pilihan Raya Umum tahun 1964 dilancarkan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970). Usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia pada masa itu lebih agresif sifatnya. Pelbagai dasar dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkan untuk melengkapi rancangan pembangunan tersebut yang rata-rata bercorak ekonomistik. Walaupun tumpuan utama diberikan kepada usaha membangunkan masyarakat desa yang miskin dan tertinggal namun usaha menggerakkan perindustrian gantian import, khasnya perusahaan pembuatan juga diperkenalkan.

Kelancaran pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama terbantut seketika akibat Konfrontasi Indonesia-Malaysia yang berakhir pada tahun 1966, Namun begitu, pemerintah telah berjaya menunjukkan kemampuan yang dapat mereka laksanakan. Setidak-tidaknya dari segi kemudahan prasarana "pembangunan" telah dirasakan. Tentunya, segala usaha ini tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Hal ini dijelmakan melalui pencapaian pihak parti pembangkang dalam arena politik kepartian. Bibit-bibit pertentangan ini yang kian membahang, akhirnya mencetuskan suatu pertentangan terbuka lagi berdarah.

Peristiwa 13 Mei 1969 terpahat dalam sejarah pembangunan Malaysia sebagai suatu tinta hitam yang menginsafkan rakyat Malaysia. Peristiwa ini berlaku sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum tahun 1969. Rusuhan bermula di Kuala Lumpur dan kemudiannya telah merebak ke beberapa tempat lain tetapi dapat dikawal negera. Parlimen telah digantung, demokrasi terhenti dan kedukaan daripada peristiwa itu dijadikan sempadan Biduk lalu kiambang bertaut, bak kata bidalan. Begitulah keadaannya di Malaysia kelika itu.

Lahir daripada peristiwa 13 Mei 1969 ialah Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975). Digarab ke.dalamnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Apa yang psnting ialah rancangan ini telah menganjurkan suatu usaha membangunkan masyarakat Malaysia

Page 2: ISL 8

untuk jangka masa panjang, iaitu mengambil tempoh selama 20 tahun (1971 - 1990). Hal ini bererti bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 75) dan untuk tiga rancangan lima tahun selanjutnya, iaitu Rancangan Malaysia Ketiga (1976 - 1980), Rancangan Malaysia Kempat (1981 - 1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986- 1990), segala usaha akan ditumpukan untuk mencapai matlamat DEB.Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975) merupakan rancangan pembangunan yang menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika itu terdapat peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan esksport. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua. Rancangan Malaysia Keempat (1981 - 1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986 - 1990) dan Rancangan Malaysia Kdenam (1991 - 1995) merupakan rancaragan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996- 2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001 - 2005) pula mula memberi perhatian kepada atas industri berteraskan k-ekonomi.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 - 2010), tumpuan tidak hanya diberikan kepada Industri berteraskan k-ekonoml tetapi turut memberi perhatian kepada isu pembangunan manusia atau disebut sebagai modal insan . Dalam konteks ini, Islam Hadhari dijadikan kerangka kerja untuk meningkat kualiti modal insan yang tidak hanya meliputi etnik Melayu atau masyarakat Islam tetapi juga semua rakyat Malaysia.

3.0 RANCANGAN / DASAR KERAJAAN DALAM EKONOMI DAN PENGLIBATAN ETNIK

Menurut Shamsul Amri Bharuddin (2007) mentafsirkan, dalam rentetan sejarah pembangunan negara, terdapat perubahan-perubahan dasar yang dilakukan untuk mencapai matlamat memodenkan Malaysia. Pada tahun 1960 -an dan 1970-an, meskipun pembangunan ekonomi sudah diarahkan kepada perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan sesuai dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sektor pertanian dan menghapuskan kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA, Lembaga Penyatuan

Page 3: ISL 8

dan Pemulihan Tanah Negara(FELCRA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Menjelang tahun 1980-an dan 1990-an, sektor perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal, seperti dasar Perindustrian Berat dan Dasar Penswastaan. Sesuai dengan perkembgan ekonomi dunla pada masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan kepada teknologi ICT dan k-ekonomi. Apa yang jelas dasar -dasar awam yang digubal merupakan suatu usaha politik daripada pihak kerajaan yang bersifat top-down untuk melengkapi apa yang sudah direncanakan dalam rancangan-rancangan pembangunan negara.

3.1 Isu-isu Utama Ekonomi

Perbincangan tentang pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada konteks sosialnya. Dalam kes Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutamanya berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan pendapatan menurut golongan etnik.

3.2 Pertumbuhan dan Agihan

Di celah-celah kepesatan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, Isu agihan kekayaan atau pendapatan merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan, Apa yang diharapkan ialah pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang baik akan disertai dengan agihan pendapatan yang sama rata dalam kalangan anggota masyarakat Di Malaysia, Isu agihan pendapatani ni dapat dilihat dari dua sudu pertama, antara kelas sosial yang berbeza, iaitu antara kelas atasan, menengah dan kelas bawahan. Kedua, antara kelompok etnik yang berbeza, iaitu antara Melayu, Cina, India dan Iain-Iain. Pada dasarnya, isu pertumbuhan ekonomi yang berkaitan dengan agihan kekayaan itu telah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi Baru. Namun, Ini tidak bermakna sumbangan golongan etnik lain tidak diakui seperti yang ditekankan oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Malah, pelbagai laporan dan kenyataan oleh pemerintah telah memperakui hal ini.