ISL 8

download ISL 8

of 2

description

sem 5

Transcript of ISL 8

Nama pelajar: Caroline anak GalinNo. KP: 850808-13-5606Kumpulan: PISMP IPGM BM07

ISL 8: Membuat rumusan tentang Linguistik Kontekstual, Linguistik Gunaan dan Linguistik Diakronik dengan menggunakan pengurusan grafik.

Linguistik Kontekstual

Bidang linguistik yang mengkaji bahasa mengikut situasi khususnya situasi sosial dan budaya. Konteks linguistik ialah konteks yang memberi makna yang paling sesuai pada unsur bahasa; konsep ini mencakupi konteks sintaktis dan konteks semotaktis.Konteks situasi ialah lingkungan gramatikal dari suatu unsur bahasa yang menentukan kelas dan fungsi unsur tersebut. Mengikut teori context of situation ini makna bagi sesuatu perkataan ditentukan oleh konteks dan situasi ujaran itu sendiri. Setiap perkataan itu apabila digunakan di dalam konteks yang berlainan merupakan perkataan-perkataan baru yang mempunyai erti yang berlainan. Mengikut Firth, setiap perkataan yang hendak diertikan terpaksalah diwujudkan konteksnya yang khusus ertinya makna sesuatu perkataan mestilah dikaitkan dengan apa yang menyebabkannya dan apakah peristiwa-peristiwa yang wujud di sekitar pertuturan itu.Dengan demikian, ciri-ciri prosodi seperti tekanan, nada suara, intonasi dan sebagainya termasuk di alam kajian makna beliau lakukan Oleh itu, linguistik kontekstual ada kaitannya dengan sosiolinguistik dan antropoligikal linguistik.

Linguistik Gunaan

Linguistik yang mengkaji dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dalam bidang ini linguistik digunakan untuk mengkaji kaedah mengajar bahasa, menguji kemahiran bahasa, membentuk bahan mengajar dan sebagainya.Linguistik ini juga dikenali sebagai Linguistik Terapan.

Linguistik Diakronik

Bersifat sejarah Berkenaan dengan pendekatan terhadap bahasa dengan melihat perkembangannya sepanjang waktu. Linguistik diakronik adalah kajian perubahan; perubahan bahasa dalam satu tempoh tertentu. Pengkajian diakronik yang sah sudah tentu didasarkan kepada kajian sinkronik atau deskriptif sebab tidak mungkin ada analisis sinkronik dalam paling tidak dua tahap perkembangan. Kajian bahasa yang berusaha mencari evolusi persejarahannya melalui pelbagai peringkat. Bersifat sejarah; berkenaan dgn pendekatan terhadap bahasa dengan melihat perkembangannya sepanjang waktu.Kajian mengenai sistem bahasa.