ISL M8 Pendidikan Mt

3
Kong Swee Sien PISMP Matematik Ambilan Jun 2014 MTE 3023 ISL M8 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (1994) Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998. Perubahanyang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita- cita murni yangterkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Dengan ini, diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan pengetahuan matematik yang diperoleh, pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan menyumbang kepada pembentukan modal insane yang diperlukan untuk membangunkan masyaraka tdan negara. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Transformasi Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah (KSSR). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, transformasi bermaksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan. Dalam erti kata yang lain, ia merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain. Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira

description

asd

Transcript of ISL M8 Pendidikan Mt

Page 1: ISL M8 Pendidikan Mt

Kong Swee Sien PISMP Matematik Ambilan Jun 2014MTE 3023ISL M8

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (1994)

Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

pada tahun 1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami

perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah pada tahun 1998. Perubahanyang dibuat adalah selaras dengan kehendak

dan cita-cita murni yangterkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Matlamat

utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk

memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira.

Dengan ini, diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian

dengan berkesan. Berasaskan pengetahuan matematik yang diperoleh, pelajar seharusnya

boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu mereka

untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan menyumbang kepada

pembentukan modal insane yang diperlukan untuk membangunkan masyaraka tdan negara.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Transformasi Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah (KSSR). Menurut Kamus

Dewan Edisi Keempat, transformasi bermaksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan

keadaan. Dalam erti kata yang lain, ia merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu

dimensi yang lain. Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud

proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan

sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas

kurikulum seperti struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan

kurikulum dan pengurusan sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia).

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah

untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan,

memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan

serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Page 2: ISL M8 Pendidikan Mt

Kong Swee Sien PISMP Matematik Ambilan Jun 2014MTE 3023ISL M8

Objektif KSSR Matematik :-

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid:

•Memahami dan mengaplikasikan konsep dan kemahiran matematik dalampelbagai konteks.

•Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab danbahagi yang

berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.

•Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang

matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.

•Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan

istilah yang betul.

•Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat

penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.

•Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian.

•Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.

•Menghargai dan menghayati keindahan matematik.

•Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina

kefahaman konsep dan mengaplikasikan ilmu matematik.

Sumber:

http://www.academia.edu/4493344/

SEJARAH_PERKEMBANGAN_KURIKULUM_PENDIDIKAN_MATEMATIK_SEKOLAH_RENDA

H_UJIAN_PRA-PELAJARANSangat_Tidak_Setuju