ISL MINGGU 2.docx

download ISL MINGGU 2.docx

of 8

description

edu 3073

Transcript of ISL MINGGU 2.docx

ISL MINGGU 2ETIKA KAUNSELINGETIKAEtika adalah batasan yang dikenakan bagi mengehadkan tingkahlaku individu. Etika dalam kaunseling merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor. Individu yang terlibat dalam profesion kaunseling perlu memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan supaya menjaga imej bidang kaunseling. Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah yang terbaik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai. Berdasarkan perkara ini, penetapan tingkahlaku beretika perlu berlandaskan agama atau sistem kepercayaan masyarakat tempatan.

PENGENALAN ETIKAEtika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah. Menurut Othman Mohamed, (dalam Othman Mohamed, 2005:283-284), kod etika merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan satu praktis profesional. Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan di antara satu dengan yang lain, iaitu ; Pola hidup am atau suatu cara hidup. Set peraturan tingkah laku atau kod moral Tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.

KOD ETIKA DALAM KAUNSELINGEtika dalam bidang kaunseling bertujuan menjamin keselamatan dan juga perhubungan yang dibina dalam sesuatu sesi. Kaunselor perlu menjelaskan kepada klien mengenai etika kaunseling pada peringkat awal supaya klien memahami konsep kaunseling. Menurut Persatuan Kaunseling dan Perkembangan Amerika Syarikat ,1952 (dalam Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh , Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper , 2009 :206-208), penghuraian tentang Kod Etika Kaunseling tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu : Kaunselor-kaunselor yang mempengaruhi perkembangan profesion dengan usaha yang berterusan bagi membaiki perkhidmatan, mengajar dan penyelidikan. Perkembangan profesion adalah untuk kerjaya kaunselor. Kaunselor digalakkan mengumpul data berdasarkan kebolehan kereka, juga dibimbing untuk mencari data. Setiap kaunselor mempunyai tanggungjawab dalam perkhidmatan terhadap individu yang dijaga dan juga institusinya. Penerima sesuatu institusi bermakna seseorang kaunselor itu telah bersetuju dengan polisi dan prinsip institusi itu. Jadi, aktiviti profesion yang dijalankan adalah berdasarkan objektif institusi. Kaunselor akan dihentikan dari institusi jika kaunselor tidak dapat memberi apa yang dijanjikan dalam perjanjian dengan majikan. Tingkah laku etika diharapkan dikalangan profesion sering berlaku. Ahli boleh mengambil tindakan melalui beberapa cara, berbincang dengan individu lain, mencari maklumat tambahan, bertanya atau berunding dengan jawatankuasa setempat dan sebagainya. Kaunselor tidak harus mencari kemajuan dengan cara perbandingan yang merugikan orang lain. Kaunselor juga tidak boleh menuntut atau menunjukkan kelayakan yang ada padanya daripada orang lain. Tetapi, bertanggungjawab untuk membetulkan segala interpretasi yang salah yang dibuat oleh orang lain. Bagi menentukan yuran ke atas perkhidmatan prefesion, kaunselor mesti mengambil tahu bahawa yuran dibayar hanya bergantung kepada kemampuannya. Apabila kaunselor mendapat maklumat untuk awam, dia mesti memastikan bahawa isi kandungan maklumat itu adalah tepat, tidak berat sebelah, objektif dan data yang nyata. Kaunselor mesti tahu perbezaan antara tawaran perkhidmatan kaunseling dengan perkhidmatan penerangan awam. Perkhidmatan kaunseling mungkin hanya melibatkan satu dengan satu. Perkhidmatan penerangan disebarkan oleh media massa. Berhubung dengan pekerjaan profesion, kaunselor mesti menerima kedudukan yang sebenar supaya perkhidmatannya dapat diteruskan.

KEPENTINGAN ETIKASeperti mana yang telah dinyatakan bahawa etika kaunselor adalah sebagai satu garis panduan menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor. Menurut Van Hoose dan Kottler, 1985 ( dalam Amia Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat,2009:261), segala perbalahan dalam profesion dapat diselesaikan berdasarkan garis panduan yang ada pada etika. Ini secara langsung dapat menjamin kestabilan profesion itu sendiri. Secara umumnya , etika ini memberitahu kaunselorapa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh mereka dalam menjalankan tugasnya sebagai kaunselor profesional.Selain itu, etika juga menggariskan dengan jelas beberapa perkara yang dianggap sebagai tingkah laku menyeleweng yang ditegah daripada dilakukan oleh kaunselor. Antara tingkah laku yang menyeleweng seperti tidak menyimpan rahsia, mengaku mempunyai kelayakan yang beliau tidak memilikinya, meletakkan nilai diri kepada klien, melakukan hubungan seks dengan klien, mengambil kesempatan di atas kelemahan klien dan sebagainya. Glading ( dalam Amia Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat,2009:261), menyatakan ada sesetengah tingkah laku menyeleweng dapat dilihat dengan jelas dan ada juga yang tidak. Namun demikian, kesan yang timbul hasil daripada tindakan menyeleweng itu akan memberi kesan yang negatif kepada klien dan juga profesion kaunseling itu sendiri.Seterusnya PERKAMA (dalam Amia Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat,2009:261) menggariskan empat perkara utama iaitu dalam kod tatalaku yang perlu dipatuhi oleh para kaunselor seperti : Kaunselor hendaklah menjaga tata lakunya demi memelihara piawaian dan identity sebagai kaunselor dan nama baik profesion kaunseling. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh Lembaga Kaunselor melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan perundingan (consultative support).Daripada penyataan yang dinyatakan dapat disimpulkan bahawa dalam usaha untuk membantu klien, maka seseorang itu haruslah mempunyai kemahiran membantu yang tertentu agar pertolongan yang diberikan tidak mendatangkan kesan yang boleh memudaratkan klien. Disamping itu, untuk membantu klien, kaunselor juga perlu sedar batasan yang perlu dipatuhi. Kaunselor perlu menjalankan tugasnya dengan ikhlas dan jujur, iaitu tidak mempunyai kepentingan peribadi apabila membantu klien. Dengan cara ini, profesion kaunselor akan mendapat pengiktirafan lebih baik daripada masyarakat.Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip (dalam Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh , Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper , 2009 :206-208), setiap pegawai dalam bidang kaunseling perlu mengetahui dan memahami etika yang dikenakan ke atas diri mereka yang sebagai individu yang professional. Antara tatalaku yang ditetapkan sebagai seorang pegawai ialah : Menjaga dan mengekalkan tatalaku yang cemerlang demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti profesion kaunseling. Sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. Menjalankan tugasnya dengan cekap, bertanggungjawab, objektif, jujur, ikhlas dan berdedikasi selaras dengan tahap profesionalisme yang tinggi.Etika penting semasa mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam menguruskan individu,keluarga,organisasi dan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan. Justeru, kepentingan etika dilihat dalam konteks sejagat melalui individu,keluarga,organisasi dan masyarakat.

PRINSIP ETIKA DALAM PERHUBUNGAN MENOLONGPerhubungan menolong amat utamakan kepada kebajikan dan kesejahteraan klien. Kaunselor perlu memahami bahawa proses membuat pertolongan adalah berlandaskan kepada prinsip yang telah digariskan. Prinsip etika merupakan garis panduan atau peraturan yang digunakan untuk menilai sama ada sesuatu perkara yang dilakukan baik atau buruk. Menurut Kitchener (dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad , 2007: 204-206), telah mengenal pasti lima prinsip etika yang utama di dalam membuat keputusan secara beretika di dalam perhubungan menolong. Lima prinsip yang juga dikenali sebagai golden five principles ialah autonomy, beneficence, nonmalefinence, justice dan fidelity. Autonomi ( Kebebasan untuk membuat pilihan)Autonomi merujuk kepada kebebasan dalam membuat keputusan untuk diri sendiri. Setiap individu mempunyai hak dan kebebasan untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri. Dalam hal ini, menurut Patterson dan Welfel (dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad , 2007: 204-206), autonomi melibatkan keadaan di mana individu berupaya untuk memahami implikasi dan akibat daripada pilihan yang dibuat.

BeneficenceBeneficence merujuk kepada melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah. Bimbingan dan penasihatan menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan klien. Oleh yang demikian, apa sahaja bantuan yang diberikan kaunselor perlu berasaskan kebajikan klien. Justeru itu, kaunselor perlu mempunyai komitmen dan kemahiran yang secukupnya untuk membantu pelajar.

NonmaleficenceNonmaleficence bermaksud menjauhi daripada membuat sesuatu yang tidak baik terhadap pelajar sama ada secara sengaja atau tidak. Menurut Patterson dan Welfel (dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad, 2007: 205), kaunselor bertanggungjawab untuk menghindari daripada melakukan sesuatu yang membahayakan serta mendatangkan mudarat kepada klien. Mereka perlu menjaga batasan dalam perhubungan, tidak cuai serta sentiasa mengekalkan rasa hormatnya kepada pelajar di samping mengelak daripada melakukan sesuatu untuk kepentingan diri.

JusticeMerujuk kepada memberi keadilan kepada semua. Kaunselor perlu memberi layanan yang sama rata kepada semua pelajar tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Keadilan merupakan asas kepada kepercayaan klien untuk membina hubungan yang baik.

Fidelity Fidelity melibatkan kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan menolong antara klien dan kaunselor. Menurut Corey Patterson dan elfel (dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad , 2007: 206), fidelity merupakan tanggungjawab untuk memberikan kepercayaan serta membuat janji yang jujur terhadap pelajar. Ianya merupakan aspek yang penting dalam proses kaunseling. Fidelity merangkumi aspek kerahsiaan dan segala janji yang diberikan oleh kaunselor terhadap klien. Selain daripada fidelity juga merangkumi kepatuhan kaunselor kepada orgsanisasi, majikan dan profesionnya.ISU ETIKAMenurut Othman Mohamed (dalam Othman Mohamed, 2005 :284-285), kaunselor sebagai professional akan berhadapan dengan isu etika dalam praktisnya. Dalam proses kaunseling, banyak perkara yang boleh melibatkan isu etika dan seterusnya mendatangkan dilemma bagi kaunselor. Kod etika juga adalah satu alat bantuan dalam usaha berkaitan dengan persoalan menjaga hak klien, hak masyarakat, hak kebebasan, kerahsiaan, keistimewaan penerimaan maklumat dan pengluahan professional oleh kaunselor. Begitu juga pentingnya menjaga kepentingan proses kaunseling dan salah praktis, kecuaian, menjaga keputusan, perhubungan penduaan dan proses kaunseling serta tuntutan kerugian ke atas hak ketiga. Kaunselor juga perlu mendapat persetujuan termaklum daripada klien bagi menjalankan proses kaunseling, keadilan dan kesetiaan, perlaksanaan penyelidikandan isu menjaga hak serta keselamatan subjek. Othman Mohamed (dalam Othman Mohamed, 2005 :284-285), berpendapat walaupun kod etika diwujudkan bagi membantu kaunselor membuat pertimbangan tindakan yang wajar serta sentiasa berwaspada kepada tatasusila profesion, namun ada isu isu yang tidak dapat diselesaikan hanya dengan berpandukan kod etika sahaja. Dalam keadaan demikian, kaunselor wajar menerapkan prinsip etika. Suatu dilema itu wujud apabila berlakunya suatu tindakan yang terselubung dalamnya perkara yang baik tetapi mempunyai sebab etika yang agak bercanggah dan pincang.Menurut Kichener, 1989 (dalam Othman Mohamed, 2005 :284), pergerakan ke arah penerapan prinsip dalam membuat kata putus berkaitan dengan dilemma boleh berpandukan penggunaan dua tahap penaakulan moral: 1) tahap intuisi; 2) tahap kritikan-penilaian. Tahap intuisis berkisar kepada kepercayaan etika yang terhasil daripada penyataan apakah yang wajar dilakukan dan apakah yang tidak wajar dilakukan. Prosedur intuisi demikian mempunyai asas bahawa kaunselor sememangnya telah mempunyai suatu keupayaan pengetahuan etika dan pengalaman kaunseling serta pengalaman hidup yang luas. Tahap kritikan-penilaian ini dapat mengemukakan suatu justifikasi dan rasional tentang elemen yang abstrak kea rah penghakiman yang seimbang dan saksama. Banyak perkara yang bersangkut paut dengan proses kaunseling yang menglibatkan tindakan sama ada oleh kaunselor, klien atau pihak ketiga yang begitu abstrak.

KESIMPULANPerkhidmatan kaunseling seperti uga perkhidmatan professional yang lain mempunyai etikanya tersendiri yang perlu dipatuhi oleh ahlinya. Secara umumnya etika adalah satu garis panduan atau peraturan yang perlu dipatuhi dalam menjalankan sesuatu tugas. Tidak kurang pentingnya, etika membantu menyelamatkan kaunselor daripada menganiaya klien atau dianiaya oleh klien. Selain itu, kaunselor boleh mengaplikasikan etika kaunseling untuk kegiatan seharian mereka.

Situasi yang membolehkan mengenepikan kod etika :

RUJUKANAmia Salleh , Zuria Mahmud dan Salleh Amat. 2009. Bimbingan dan Kaunseling Sekolah : Etika Kaunseling. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.Baharom Mohamad, Ph.D. dan Iliyas Hashim. 2010. Teori dan Amalan Kaunseling : Etika Kaunseling. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Khadijah Rohani bt Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad. Bimbingan dan Penasihatan : Falsafah, Kemahiran, Proses dan Etika. Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ph.D. Ahmad Jazimin Jusoh, Ph.D , Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper. 2009. KemahiranBimbingan Kaunseling. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Othman Mohamed. 2005. Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling : Etika dan Perundangan Kaunseling. Selangor. Universiti Putra Malaysia.