Isl Minggu 3

9
Falsafah Barat(Pendidikan) Falsafah Pendidikan Barat Falsafah Pendidikan Barat mengandungi unsur-unsur falsafah tradisional dan juga aliran moden. Di antara falsafah pendidikan tradisional yang utama ialah perenialisme dan essensialisme. Manakala, falsafah pendidikan moden yang berpengaruh ialah progresivisme, rekonstruktivisme, dan eksistensialisme. Perenialisme Perenialisme berasas daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM). Sebagai aliran falsafah pendidikan moden, perenialisme ini adalah dipelopori oleh R. M. Hutchins (1899-1977), Mortimer J. Alder (I802-?) dari Amerika Syarikat, dan Jacques Maritain (1882-1973) dari Perancis. Mengikut ahli-ahli perenialisme, oleh kerana pengaruh materialisms, pragmatisme dan fahaman sains, nilai moral dan rasional manusia semakin merosot. Untuk menyelamat tamadun manusia daripada kelenyapan, fungsi asas pendidikan hendaklah mengutamakan perkembangan potensi rasional individu, menolong mereka menemui prinsip-prinsip mutlak, dan daripada itu, memahami dunia yang sebenar. Maka, tugas utama dalam proses pendidikan ialah mendisplinkan mental dan jiwa pelajar, di samping mengembang potensi menaakul. Sehubungan ini, membaca bahan- bahan tulisan agung dari masa lampau merupakan tugas yang penting bagi seseorang pelajar. Ahli perenialisme berpendapat, melalui pembacaan tulisan-tulisan cendekiawan zaman lampau, pelajar dapat bersemuka secara tidak langsung dengan pemikiran mereka dan mempelajari cara memikir seperti mereka. Maka, tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan moral, menguasai alat pembelajaran, melatih pelajar dalam 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira, serta mengingat petikan-petikan daripada karya-karya agung sebagai asas kehidupan yang rasional dan matang pada masa depan. Di samping itu, mereka berpendapat pula bahawa pendidikan kemanusiaan, termasuk agama, ialah mata pelajaran yang penting dan hendaklah dipelajari terlebih dahulu daripada pendidikan sains. Essensialisme

description

notes

Transcript of Isl Minggu 3

Falsafah Barat(Pendidikan)

Falsafah Pendidikan Barat

Falsafah Pendidikan Barat mengandungi unsur-unsur falsafah tradisional dan juga aliran moden. Di antara falsafah pendidikan tradisional yang utama ialahperenialismedanessensialisme.Manakala, falsafah pendidikan moden yang berpengaruh ialahprogresivisme, rekonstruktivisme,daneksistensialisme.

Perenialisme

Perenialisme berasas daripadafalsafah tradisionalyang banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM). Sebagai aliran falsafah pendidikan moden, perenialisme ini adalah dipelopori oleh R. M. Hutchins (1899-1977), Mortimer J. Alder (I802-?) dari Amerika Syarikat, dan Jacques Maritain (1882-1973) dari Perancis.

Mengikut ahli-ahli perenialisme, oleh kerana pengaruhmaterialisms,pragmatisme dan fahaman sains,nilai moral dan rasional manusia semakin merosot. Untuk menyelamat tamadun manusia daripada kelenyapan, fungsi asas pendidikan hendaklah mengutamakan perkembangan potensi rasionalindividu, menolong mereka menemui prinsip-prinsip mutlak, dan daripadaitu, memahami dunia yang sebenar. Maka, tugas utama dalam prosespendidikan ialah mendisplinkan mental dan jiwa pelajar, di sampingmengembang potensi menaakul. Sehubungan ini, membaca bahan-bahantulisan agung dari masa lampau merupakan tugas yang penting bagiseseorang pelajar. Ahli perenialisme berpendapat, melalui pembacaan tulisan-tulisan cendekiawan zaman lampau, pelajar dapat bersemuka secaratidak langsung dengan pemikiran mereka dan mempelajari cara memikirseperti mereka. Maka, tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan moral,menguasai alat pembelajaran, melatih pelajar dalam 3M, iaitumembaca,menulisdanmengira,serta mengingat petikan-petikan daripada karya-karyaagung sebagai asas kehidupan yang rasional dan matang pada masa depan.Di samping itu, mereka berpendapat pula bahawa pendidikan kemanusiaan,termasuk agama, ialah mata pelajaran yang penting dan hendaklahdipelajari terlebih dahulu daripada pendidikan sains.Essensialisme

Essensialisme pula berasas daripadafalsafah tradisional.Pandangan pendidikan ahli-ahli essensialisme banyak dipengaruhi oleh falsafahidealismedanrealisme.Falsafah pendidikanessensialismeini adalah dipelopori oleh William C. Bagley (1874-1946) dari Amerika Syariklat pada tahun 1938. Penyokong-penyokong essensialisme ialah Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L. Kandel. Selepas Russia berjaya menghantar satelitnya ke angkasa lepas pada tahun 1957, essensialisme semakin diutamakan sebagai pertimbangan asas dalam inovasi kurikulum sekolah.

Ahli-ahli falsafah pendidikan essensialisme, seperti James B. Conant (1893-1978) dan Hyman George Rickover (1900-?), berpendapat fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. Sama ada dapat dibaiki untuk menjadi insan yang baik adalah bergantung kepada pengaruh kebudayaan masyarakat, iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk membentuk personaliti dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan. Mengikut mereka, guru memainkan peranan yang utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa, agar mereka dapat berjaya hidup dalammasyarakat secara terus menerus. Guru hendaklah mengamalkan sikappimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagaipengajar, kreatif membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran danpembelajaran, dan mahir menggunakan teknik peneguhan ataupun ganjaran dan denda. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai kelayakanakademik yang berpatutan, emosi stabil, dan juga memahami psikologiperkembangan kanak-kanak dan remaja. Mengikut ahli-ahli essensialisme,ilmu diperolehi dengan berkesan adalah bergantung kepada kerajinan dantumpuan perhatian pelajar. Minat bukan kunci kejayaan dalampembelajaran. Minat boleh dipupuk selepas berusaha bersungguh-sungguhdaripada bimbingan guru secara terus-menerus. Pelajar hendaklahmemahami dan mematuhi kewibawaan dan pimpinan guru. Di dalambidang kurikulum, ahli-ahli essensialisme menyarankan kurikulum sekolahhendaklah dibentuk berdasarkan keperluan masyarakat; bahan-bahanpelajaran hendaklah disediakan secara rapi dan logikal; aktiviti pengajarandan pembelajaran hendaklah dirancang secara sistematik dan mengikutsekuen yang sesuai; dan kriteria kenaikan darjah hendaklah ditetapkansecara rapi mengikut pencapaian peperiksaan. Di dalam peringkat sekolahrendah, pendidikan 3M, (iaitumembaca, menulisdanmengira)merupakan perkara-perkara yang asas diikuti dengan mata pelajaran tambahan sepertisejarah, ilmu alam, sains dan bahasa asing. Mata pelajaran yang kurangpenting ialah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik. Di sekolah menengah, pendidikan membaca dan menulis yang lebih khusus hendaklahdiperkembangkan, diikuti dengan mata pelajaran arithmetik, algebra, geometri, trigonometri dan kalkulus, fizik, kimia, biologi dan geologi.Seperti sekolah rendah, mata pelajaran yang kurang penting ialahpendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik, ditambah dengan matapelajaran vokasional dan aktiviti luar bilik darjah (iaitu aktivitikokurikulum).Ahli-ahli essensialisme pula menyarankan nilai-nilai masyarakat termasuk nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik, cerdekiawan dan penulisan yang terkenal hendaklah diajar sepanjang peringkat persekolahan. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai-nilai masyarakat tradisi dan masyarakat moden.

Progresivisme

Progresivisme berasas daripada falsafahnaturalismedanpragmatisme.Falsafah naturalisme adalah dipelopori oleh Jean J. Rousseau (1712-1778: Perancis), Heinrich Pestalozzi (bangsa Swiss : 1746-1827) dan Freidrich Froebel (bangsa Jerman : 1782-1852), semasa zaman reformasi di antara tahun 1712hingga 1860.

Mengikut Rousseau,kelahiran manusia adalah suci dan semula jadi seperti kainputih, dan coraknya pada masa depan adalahdipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekitarnya.Maka,Teori Pembelajaran Semula Jadi,yang berasaskan daripada falsafah pendidikan Rousseau ini, menekankanhasil pembelajaran seseorang adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekelilingnya. Teori pembelajaran ini bercanggah dengan memaksa pelajarbelajar seperti yang disarankan dalamTeori Disiplin Mental.la sebaliknyamenyarankan agar menunggu timbul minatnya terhadap pembelajaran. Maka, Teori Pembelajaran Semula Jadi menekankan keberkesananpembelajaran bergantung kepadakesediaan pembelajaranseseorang, yang telah menjadi salah satu prinsip pengajaran dan pembelajaran yang utamadalam masakini.Naturalismemerupakan teras falsafah pendidikan Rousseau. Beliau menegaskan, untuk membentuk manusia yang ideal, kita harus ; melaksanakan pendidikan bercorak naturalisme. Di dalam alam sekitar, mengikut kajian beliau, kedudukan orang dewasa dengan kanak-kanakadalah berlainan. Oleh itu, di dalam aspek pendidikan, kedua-dua kumpulanmereka hendaklah dipandang berlainan. Tambahan pula, kanak-kanakhendaklah diajar cara yang sesuai mengikut peringkat perkembangan umurmereka. Kanak-kanak akan menjadi mangsa sekiranya mereka dipaksabelajar mengikut pendidikan orang dewasa.Manakala,pragmatismeadalah dipelopori oleh John Dewey (1859-1952), William H. Kilpatrik (1871-1965), Boyd H. Bode (1873-1953), dan Harold V. Rugg (1886-1960) dari Amerika Syarikat.

Falsafah pragmatisme adalah dilahir daripada andaian bahawa ilmu pengetahuan dapat diperolehi melalui cara perhubungan manusia dengan alam sekitarnya. Ahli falsafah yang menggunakan pendekatan pragmatik ini berpendapat bahawa sesuatu idea, prinsip atau fakta hanya boleh dikatakan benar dan bermakna apabila idea, prinsip atau fakta itu telah diuji secara objektif serta saintifik, dan membawa hasil yang memuaskan. Dengan perkataan lain, kebenaran sesuatu idea, prinsip atau hukum bergantung kepada hasil yang diperhatikan secara objektif dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan.

Ahli-ahli falsafah pragmatisme, seperti Pierce dan John Dewey,berpendapat pula bahawa cara yang paling berkesan untuk memperolehi ilmu pengetahuan ialah menggunakankaedah penyelesaian masalah.Mengikut mereka, usaha mencari penyelesaian sesuatu masalah dilahir daripadakeperluandanminat.Aktiviti menyelesaikan masalah akan dapatdilaksanakan dengan berkesan apabila timbulnya keperluan dan minatuntuk menyelesaikan masalah tersebut. Di bawah konteks pendidikan,pendekatan pragmatik pula menjadi sesuatu kaedah mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan penggunaan kaedah penyelesaianmasalah, pelajaran akan menjadi lebih mudah, lebih menarik dan lebihbermakna kerana pelajaran adalah dirancang mengikut keperluan dan minatpelajar.Kemunculan aliran progresivisme pada tahun 1930-an adalah bertujuan menentang pendidikan tradisional yang disifatkan sebagai pasif dalam pembelajaran, kerana ia mengutamakan kemahiran mengingat dan latihan yang rapi. Lantaran ini, John Dewey dan ahli-ahli progresivisme yang lain menyarankan progresivisme untuk menentang aliran perenialisme, khasnya mengritik autoriti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Didalam fahaman progresivisme, pelajar merupakan peranan utama dalampembelajaran. Mereka berpendapat segala aktiviti pengajaran danpembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan minat, keperluan dankebolehan pelajar. Mereka menggambarkan pelajar sebagai individu yang berpengalaman, bermotivasi kendiri dan mempunyai naluri ingin tahu. Olehitu, mereka harus diajar dengan pendekatan kajian sosial, projek,penyelesaian masalah dan ujikaji. Guru yang berkesan adalah guru yangmemainkan peranan sebagai pembimbing dan penasihat denganmembimbing pelajar menggunakankaedah inkuiri dan penemuanuntuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui usaha diri sendiri. Sehubungan ini, pcrkara-perkara yang hendak disampaikan patutlah berlandaskan minatpcngalaman dan kebolehan pelajar.Mengikut Dewey, pendidikan di sekolah merupakan sebahagian kehidupan harian pelajar. Maka, sekolah bukan sahaja tempat untuk memperolehi ilmu pengetahuan, tetapi juga sesuatu tempat untuk pelajar bckerja dan hidup secara bermasyarakat. Sehubungan ini, beliau menyarankan mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup diperkenalkan dan tlipelajari dengan kaedah praktik di dalam bengkel sekolah, demi memupuk kemahiran daya cipta di kalangan pelajar.

Sebagai masyarakat kecil, sekolah hendaklah berperanan untuk mendorongkan kerjasama di kalangan anggota-anggotanya di samping mengamalkan kepimpinan demokratik dalam hal pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkataan lain, ahli-ahli progresivisme menyokong penggunaanstrategi kolaboratif dan koperatif dalamaktiviti-aktiviti pendidikan. Guru hendaklah menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan kaedah kerja praktik dan pengalaman sedia ada untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. Ilmu sains sahaja merupakan ilmu yang sebenar. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan berdasarkan langkah-langkah kajian sains, termasuk aplikasi prinsip"membuat sambil belajar".Kaedah sains merupakan kaedah koperatif, dan di bawah aplikasinya dalam kehidupan bermasyarakat ialah sesuatu kaedah bersifat demokratik. Ini bermakna, mengikut mereka, sekolah hendaklah beroperasi sebagai organisasi yang bercorak demokratik.

Rekonstruktivisme

Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi suatu falsafah sendiri. Pelopor utama aliran fahaman rekonstruktivisme ialah George S. Counts (1899-1974) dam Harold O. Rugg (1886-1960), kedua-duanya adalah penyokong pragmatisme John Dewey.

Ahli-ahli rekonstruktivisme berpendapat falsafah pendidikan progresivisme hanya sesuai digunakan dalam masyarakat yang stabil; oleh itu, adalah perlu mengadakan sesuatu falsafah'krisis'seperti rekonstruktivisme untuk menyelamat kebudayaan masyarakat yang kian diancam dan menghadapi masalah keruntuhan. Tambahan pula, mengikut mereka, progresivisme terlalu mementingkan pendekatan dan proses pendidikan, hingga mengabaikan objektif dan hasilnya. Mereka berpendapat, tugas utama pendidikan hams mengandungi objektif eksplisit, iaitu membentuk"Order Baru Masyarakat"sebagai objektif yang ideal, membaiki masyarakat, merealisasikan demokrasi untuk masyarakat dan sarwa jagat, demi membawa kebajikan dan kesejahteraan untuk manusia.

Aliran fahaman rekonstruktivisme mula menjadi perhatian di dalam tahun 1950-an, apabila Theodore Burghard Hurt Brameld (1904-?) menggabungkanteori progresivismedenganbehaviorial sainssebagai asas rekonstruktivisme. Beliau berpendapat pengalaman sebenarnya ialah hasil interaksi manusia dengan elemen-elemen dalam alam persekitaran dan alam sosial, di mana pengalaman individu merupakan tempat utama dalam proses interaksi tersebut. Nilai berubah mengikut perubahan masyarakat. Nilaiyang tertinggi akan dapat dicapai apabila individu dan masyarakatmemperolehi kepuasan dalam peringkat penyempurnaan. Sehubungan ini, sekolah seharusnya menjadi sesuatu organisasi yang mengamalkan prinsiprekonstruktivisme. Hal ini memerlukan pelajar mematuhi segala prinsiptingkah laku yang ditentukan dan berusaha mempertingkatkan kualitipembelajaran mereka. Mengikut mereka, teori progresivisme yangmenyarankan kaedah penyelesaian masalah tidak mempunyai objektif dan nilainya, dan cara yang berkesan untuk mengkaji masalah sosial ialahteknikperbincangan,yang akan dapat mencapai matlamat penyelesaian masalahsosial, dan seterusnya membentuk masyarakat sosial yang harmoni dansempurna. Maka, teori rekonstruktivisme, di dalam usaha membinamasyarakat baru, menumpukan usaha kepada perkembangan ekonomi dankebajikan sosial manusia. Mereka percaya bahawa sekolah bolehmemainkan peranan membentuk semula masyarakat yang harmoni dansempurna. Maka, peranan guru bukan sahaja menyampaikan ilmupengetahuan, tetapi juga, yang lebih pentingnya, membawa isu-isu sosialyang penting untuk dibincang dan diselesaikan secara usahasama. Ringkaskata, teori rekonstruktivisme menekankanteknik perbincangandanpenggunaaan kemahiran berjikir kritis dan kreatifdalam penyelesaianmasalah. Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, bahan-bahan pelajaranhendaklah distrukturkan secara sistematik dan bersepadu. Mata pelajaran kemanusiaan hendaklah menjadi fokus utama dalam rancangan kurikulum sekolah, agar membentuk pelajar yang berperikemanusiaan, berlandaskan kebudayaan masyarakat yang ideal.Eksistensialisme

Aliran fahaman eksistensialisme merupakan falsafah pendidikan Barat yang berasaskannaturalismeRousseau danmazhab humanis,adalah dipelopori oleh Carl Rogers (1902-1987), dengan mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan ilmu pengetahuan. Ahli-ahli eksistensialisme berpendapat pelajar tidak patut mengorbanindividualitimereka untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Maka, pembelajaran yang berkesan harus mempunyai makna kepada individu yang berkenaan. Hanya melalui cara ini, pelajar barulah berupaya bertindak berdasarkan ilmu pengetahuan dan kefahamannya dalam situasi mengikut masa dan keadaan yang sesuai. Mereka menekankan kurikulum yang menjadi fokus utama hendaklah dipindahkan daripada perkara alam dunia kepada dunia personaliti. Ini bermakna bahan pembelajaran, cara belajar, kuantiti pembelajaran dan nilai-nilainya hendaklah ditentukan oleh pelajar sendiri. Pemilihan dengan tepat atau silap adalah tanggungjawab pelajar sendiri. Guru hendaklah menghormati pandangan dan pemilihan pelajar dan tidak patut memaksa pelajar menerima nilainya. Permainan yang mempunyai unsur kreatif dan pendidikan seni mengandungi nilai etika dan estetik yang tinggi, kerana kedua-duanya membongkar konflik di antara individualiti dengan alam persekitaran, mencetuskan perasaan dan emosi pelajar, dan oleh itu, membolehkan pelajar mengembangkan potensi mereka dengan sempurna. Maka, sekolah hendaklah menyediakan peluang untuk pelajar menemui kendiri diri dan memupuk kemahiran berfikir secara reflektif untuk menilai diri serta keupayaan disiplin diri. Amalan falsafah pendidikan eksistensialisme banyak didapati daripada sekolah-sekolah terbuka di Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun dan model Sekolah Summerhill di United Kingdom.

Membanding beza antara cabang-cabang dalam falsafah pendidikan BaratTRADISIONAL

ASPEK

MAZHABKONSEPMATLAMAT PENDIDIKANTUMPUAN

PERENIALISMESecara semulajadi, ciri manusia bersifat sejagat dan tidak berubah-ubah.Mengajar ilmu dan nilai bersifat sejagat dan abadi.Kurikulum : Bidang Kemanusiaan dan kesusasteraan;Guru : penyampai ilmu yang pakar;Kaedah mengajar:

Didaktik;Murid : penerima ilmu yang bersifat pasif.

ESENSIALISMEPenekanan diberi kepada perkara-perkara asas.Mengajar ilmu dan budaya yang bersifat asas sahaja.Kurikulum :Kemahiran asas (3M).Guru :penyampai ilmu yang mahir.Kaedah mengajar :didaktikMurid :Penerima ilmu yang bersifat pasif.

MODEN

ASPEK

MAZHABKONSEPMATLAMAT PENDIDIKANTUMPUAN

PRORESVISMEManusia berupaya menyesuaikan diri terhadap perubahan.Menghasilkan individu yang sedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian.Kurikulum : Kebebasan memilih mata pelajaran yang diminati.Guru : Pembimbing dan pengurus ;Kaedah mengajar : Induktif;Murid : Mencari ilmu dan bersifat aktif.

REKONSTURKTIVISMESekolah merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru.Mengasaskan corak budaya baru.Kurikulum :bidang sains sosial;Guru : Agen perubahan;Kaedah mengajar :berpusatkan murid;Murid :Berani mencuba dan bersifat aktif.

EKSISTENTIALISMEManusia bertanggungjawab ke atas diri sendiri.Tidak digariskan.Kurikulum :Bidang estetik dan falsafah.Guru :pemangkin ilmu.Kaedah mengajar :Berpusatkan murid.Murid :Penerima ilmu dan bersifat aktif.