istilah perkhidmatan

3
SILA BERI DEFINASI/MAKSUD KEPADA ISTILAH-ISTILAH PERKHIDMATAN DIBAWAH MENGIKUT KEFAHAMAN ANDA(Berikan contoh jika perlu). Perkhidmatan Jumud sebagai Perkhidmatan yang tidak diperlukan lagi dan semua perlantikan baru diberhentikan kecuali pengisian jawatan kenaikan pangkat yang dikosongkan oleh penyandangdalam perkhidmatan yang dijumudkan. Bolehkah seseorang pegawai yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam? Boleh dengan kebenaran khas Suruhanjaya seperti di perenggan 9 Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005. NAIK GRED Mengikut apa yang kami faham adalah di mana seseorang kakitangan awam (guru) dari segi perjawatannya telah memenuhi syarat-syarat perjawatan untuk berpindah ke sesuatu gred yang lain lebih tinggi. Contohnya jika ianya ingin naik gred DG41 ianya WAJIB memiliki lulus ijazah sarjana muda dan yang setaraf dengannya kerana itu adalah syarat asas perjawatan pada gred berkenaan selain mematuhi dan memenuhi prosidur lain seperti: mereka mesti memohon untuk naik ke gred berkenaan mereka yang layak ditemuduga dan mesti lulus menerima pakej tawaran lantikan ke gred baru dan syarat-syarat perkhidmatan dan gaji menerima surat lantikan ke gred baru menjalani apa jua kursus yang disyaratkan untuk pengesahan atas gred berkenaan

description

bahan kursus perkhidmatan

Transcript of istilah perkhidmatan

Page 1: istilah perkhidmatan

SILA BERI DEFINASI/MAKSUD KEPADA ISTILAH-ISTILAH PERKHIDMATAN DIBAWAH MENGIKUT KEFAHAMAN ANDA(Berikan contoh jika perlu).

Perkhidmatan Jumud

sebagai Perkhidmatan yang tidak diperlukan lagi dan semua perlantikan baru diberhentikan kecuali pengisian jawatan kenaikan pangkat yang dikosongkan oleh penyandangdalam perkhidmatan yang dijumudkan.

Bolehkah seseorang pegawai yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam?Boleh dengan kebenaran khas Suruhanjaya seperti di perenggan 9 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

NAIK GRED

Mengikut apa yang kami faham adalah di mana seseorang kakitangan awam (guru) dari segi perjawatannya telah memenuhi syarat-syarat perjawatan untuk berpindah ke sesuatu gred yang lain lebih tinggi. Contohnya jika ianya ingin naik gred DG41 ianya WAJIB memiliki lulus ijazah sarjana muda dan yang setaraf dengannya kerana itu adalah syarat asas perjawatan pada gred berkenaan selain mematuhi dan memenuhi prosidur lain seperti:

mereka mesti memohon untuk naik ke gred berkenaan mereka yang layak ditemuduga dan mesti lulus menerima pakej tawaran lantikan ke gred baru dan syarat-syarat perkhidmatan dan gaji menerima surat lantikan ke gred baru menjalani apa jua kursus yang disyaratkan untuk pengesahan atas gred berkenaan diurusetia proses permohonan dan pelantikan sepenuhnya oleh Suruhanjaya

Perkhidmatan Pelajaran

Page 2: istilah perkhidmatan

NAIK PANGKAT.

Naik pangkat mengikut fahaman kami ialah apabila seseorang pegawai memenuhi syarat-syarat perkhidmatan untuk layak menjawat jawatan lebih tinggi dengan berlaku perubahan pada gred jawatan dan bidang tugasnya sesuai dengan kekududukan naik pangkat jawatannya. Umumnya mereka mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

memenuhi syarat lama berkhidmat atas gred jawatan semasa ( seperti 8 tahun atau 10 tahun) 

mempunyai nilaian prestasi tahunan selama tiga tahun yang cemerlang bebas dari apa juga tindakan tatatertib mengisi borang permohonan melalui iklan yang disiarkan atau diperaku oleh Ketua

Jabatan lulus PTK / Prospek ditawar / dilantik berdasarkan kedudukan ranking (yang teratas ditawarkan dahulu) ujudnya tempoh pemangkuan di jawatan gred naik pangkat baru antara 6 bulan ke atas diperakukan oleh Ketua Jabatan dan Nilaian Prestasi Khas Keputusan layak atau tidak, lulus atau gagal ditentukan oleh Lembaga Naik Pangkat

 Mengikut fahaman kami Gred Jawatan Guru sama ada DGA29 atau DG41 adalah bukan gred naik pangkat tapi gred asas perkhidmatan bukan siswazah dan siswazah dengan gelaran jawatan sebagai Guru Penolong. Guru Besar gred DGA34 terlebih dahulu menyandang jawatan naik pangkat itu dengan gelaran jawatan Guru Besar akan kekal dengan gelaran itu setelah naik gred DG41 dengan diberi DG41(KUP) . Tapi guru Penolong DGA29 yang naik gred DG41 akan diberi gred DG41 tanpa berubah gelaran Jawatan dan Fungsi tugasnya sebagai Guru Penolong dan begitu jugalah guru DG41 yang baru. Mereka yang baru atas gred DG41 tidak layak jadi Guru Besar dan GPK Sekolah Rendah. Sebabnya bacalah kat SINI

Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh Mula berkhidmat dengan Kerajaan  o Sama dengan tarikh mula dilantik dalam jawatan pertama.o Contoh: 

bagi guru tarikh ini sama dengan tarikh mula dilantik oleh SPP/SPA/SPN/JPN/KPM; 

bagi bekas askar atau kerani tarikh ini sama dengan tarikh mula dilantik oleh SPP/SPA/Kementerian lain dalam jawatan berkenaan sekiranya mendapat perlepasan dengan izin

Tarikh Lantikan Pertama dengan Perkhidmatan Pendidikan  o Sama dengan tarikh dilantik oleh /SPA/SPN/JPN/KPM atau o Sama dengan tarikh melapor diri (rujuk PPA21) 

Tarikh Masuk Skim Pencen o Gunakan tarikh seperti yang dinyatakan dalam surat dari SPP sahaja.

Tarikh naik pangkat o Gunakan tarikh mendapat KUP bagi guru time based;o Bagi guru yang memangku ikut tarikh dalam surat perakuan NAIK

PANGKAT dari KPM.

Page 3: istilah perkhidmatan

 

2. Menu : Sejarah Perkhidmatan | Item : Jenis Perubahan

Kod Jenis Perubahan Keterangan Jenis Perubahan

01Penempatan Pertama

1. Guru - sebagai guru sandaran sebaik sahaja tamat kursus perguruan di maktab atau universiti atau mula menjawat jawatan dalam mana-mana perkhidmatan kerajaan.2. Bukan guru - mula menjawat jawatan dalam mana-mana perkhidmatan kerajaan.

02Penempatan Sebagai Guru Siswazah

Penempatan guru Bukan Siswazah sebagai guru Siswazah selepas tamat pengajian ijazah sepenuh masa (DGA29/32 ke DG41).

03Penempatan Semula

Penempatan guru yang kembali bertugas selepas cuti belajar/ cuti tanpa gaji (dalam gred yang sama) atau kursus perguruan (bukan LDP).

04 Pertukaran Setara

Pertukaran biasa dalam gred dan jawatan yang sama atas sebab permohonan sendiri atau atas arahan/ keperluan perkhidmatan.Contoh: Guru Besar Gred B kepada Guru Besar Gred A

05 Naik Pangkat

1. Penempatan guru atas sebab naik pangkat iaitu mengisi jawatan yang lebih tinggi.Contoh: GAB ke PK... atau PK... ke PGB, dll.2. Gred hakiki kepada KUP (time based) yang lebih tinggiContoh: DG41 ke DG44 KUP atau DGA29 ke DGA32 KUP, dll.

06 DipinjamkanGuru yang ditempatkan secara pentadbiran di sekolah lain selain daripada sekolah yang dinyatakan dalam surat penempatan

07 Pertukaran Jawatan

Pertukaran gelaran jawatan sama ada jawatan hakiki atau tidak hakiki dalam gred yang sama atau tidak dan tidak melibatkan kenaikan pangkat.Contoh:1. PK HEM (DG44 hakiki) kepada PK Pentadbiran (DG44 hakiki)2. GAB kepada GMA atau KB1

08 Perubahan Gred

Perubahan daripada gred hakiki kepada gred KUP yang lebih tinggi, tetapi bukan tujuan naik pangkat. Contoh:1. DGA32 memangku jawatan Guru Besar DGA34 tetapi belum layak dinaikkan ke gred DGA342. Gred SSB kepada SSM contoh DG6 ke DGA29

1.Gred Hakiki Jawatan

Sijil Perjawatan Sekolah.

2.Gred Hakiki Penyandang

Gred pegawai yang terkini (DG41)

3.Opsyen Ikhtisas

Opsyen pada DPLI/KPLI/Sijil Perguruan dan yang setaraf dengannya.