Isu moral ELM 3043E

download Isu moral ELM 3043E

of 13

description

ELM 3043E

Transcript of Isu moral ELM 3043E

Isi KandunganBilPerkara

1Biodata / Borang Maklum Balas

2Penghargaan

3Definisi Ponteng Sekolah

4Faktor-faktor Berlakunya Ponteng Sekolah

5Cara-Cara Mengatasi Berlakunya Ponteng Sekolah

6Kesimpulan

7Kertas Kerja Program Sifar Ponteng

8Bibliografi / Rujukan

9Lampiran

Jangan libatkan diri anda dengan perkara yang memudaratkan, samada dari segi fizikal mahupun mental.

PENGHARGAANBersyukur kepada tuhan, kerana dengan izin dan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus ELM 3043E Isu-isu Moral Dan Cabaran Penghayatan Niali Murni ini dengan jayanya. jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kursus ini iaitu En. Zubir Bin Zakaria kerana memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada saya. ia telah dapat membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Dengan tunjuk ajar dan didikan dari beliau telah dapat memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan kerja kursus ini.Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam menghasilkan kerja kursus ini kami saling bertukar pendapat dan mendapatkan idea untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Sokongan dan dorongan sahabat telah banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu, ia dapat mendalami ilmu hasil daripada perkongsian maklumat antara kami. sesungguhnya penghargaan dan hutang budi ini tidak dapat dilahirkan dengan sempurnanya dengan beberapa baris ucapan ini.Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat tugasan ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan saya amat menghargainya.

Ponteng Sekolah

Isu moral di sekolah saya yang sering berlaku ialah murid ponteng sekolah. Apa itu ponteng? Menurut Rasidah bt Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yangmunasabah. Masa yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu pengetahuandi bangku sekolah sebaliknya dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di kompleks membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburanPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.Fenomena ini semakin merunsingkan banyak pihak terutamanya para guru dan ibu bapa. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding kes-kes disiplin yang lain.

Menurut bekas timbalan Menteri Pelajaran,Dato Datuk Mahadzir Mohd Khir dalam Utusan Malaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap kritikal dan dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia yang penuh dengan masalah.

Kategori Ponteng Sekolah

Faktor-Faktor Berlakunya Ponteng Sekolah

Kurang Berminat Terhadap Pengajaran Dan Pelajaran Di Sekolah.Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains dan sebagainya. Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

Kekurangan Kasih Sayang Daripada Ibubapa Ibu bapa juga menjadi penyumbang kepada kegiatan ponteng sekolah anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana terdapat ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka. Kesibukan bekerja telah mengekang masa ibu bapa untuk bersama anak-anak. Kesempatan ini diambil oleh anak-anak untuk ponteng sekolah tanpa dapat dikesan oleh ibu bapa mereka.

Pengaruh Rakan SebayaPengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah.

Sifat GuruSikap guru-guru dikatakan juga sebagai antara punca pelajar ponteng sekolah. Guru-guru yang mengajar secara sambilewa tanpa menitikberatkan kefahaman pelajar menyebabkan sesetengah pelajar tidak tertarik pada pelajaran yang disampaikan. Mereka berasa bosan dengan apa yang disampaikan oleh guru. Maka, ponteng sekolahlah tindakan yang diambil oleh mereka.

KeseronokanPelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan.

Pusat-pusat HiburanKemunculan pusat hiburan bagai cendawan tumbuh selepas hujan menyuburkan gejala ponteng sekolah lagi dalam kalangan pelajar kita. Kafe siber dan pusat permainan video yang begitu banyak di kawasan bandar termasuk pekan-pekan kecil sering dijadikan medan pertemuan para remaja. Pelajar-pelajar kita yang disogokkan dengan wang saku berlebihan oleh ibu bapa mendorong mereka mengunjungi kafe siber dan pusat hiburan. Ketagihan akan internet dan permainan video ini akan mendorong remaja untuk ponteng sekolah. Para pelajar yang seronok melayari internet dan melepak di pusat hiburan akan menghabiskan masa berjam-jam sehinggalah tamat waktu persekolahan

Sebagai kesimpulan, gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar akan mengheret mereka terlibat dalam masalah sosial yang lebih berat seperti gengsterisme, penagihan dadah dan jenayah kekerasan. Pihak polis, ibu bapa dan pihak sekolah harus berganding bahu seperti aur dengan tebing dalam usaha menangani masalah ini dengan kadar segera.

Cara-Cara Mengatasi Berlakunya Ponteng Sekolah

Untuk mengatasi masalah ponteng sekolah memang memerlukan komitment dan dedikasi semua pihak. Di mana antara lain cara penyelasaian yang boleh di buat ialah:sistem perundanganibubapa

kaunseling

sekolah

polisPIBG

Peranan Ibu bapa Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yangmempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak.

Peranan SekolahPihak sekolah pula memainkan peranan yang penting dalam kes ponteng sekolah. Pihak sekolah perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. Oleh yang demikian, guru haruslah mengubahkan cara mendidiknya ataupun menambahkan sedikit hiburan supaya pelajar tidak dapat berasa bosan dan mereka dapat menikmati keseronokan dalam pelajaran. Guru juga perlu melayan pelajarnya dengan ramah, penuh kasih sayang, ada perasaan empati dalam diri terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar.

Perkhidmatan Bimbingan Dan KaunselingDengan menolong pelajar yang selalunya lewat ke sekolah, pihak sekolah haruslah memberi kaunseling kepada pelajar, bukannya merotan mereka sebagai denda kerana tindakan tersebut mungkin akan memberi kesan yang negatif padanya. Sebaliknya, jika pelajar dapat dikaunselingkan, pihak sekolah dapat tahu sebabnya dan dapat memberi nasihat yang sewajarnya.

Mewujudkan Sistem Perundangan Di Sekolah.Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

Peranan PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yangpenting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu selalu berbincang untuk menyelesaikanm asalah ini.

Penguatkuasaan Undang-Undang Oleh Pihak Berkuasa Seperti Polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

Kesimpulannya gejala ponteng sekolah ini dapat dihadapi dan dibendung dengan berkesan jika pelajar itu sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan kepentingnya dalam pelajaran. Jika pelajar itu sendiri dapat memahami bahawa pelajarannya dapat membawa kajayaan dalam masa depan, mereka tidak akan ponteng sekolah dan sebaliknya akan belajar bersungguh-sungguh.

Oleh yang demikian, dengan mengatasi masalah ponteng sekolah, ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar memainkan peranan yang penting dan masalah ini harus dikenal pasti oleh mereka dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa akan datang.

Kesimpulan

Melihat kepada masalah disiplin yang melanda para pelajar dan remaja kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi akan datang. Kemunculan kumpulan gengsterisme di sekolah telah membimbangkan semua pihak. Ia merupakan isu yang memerlukan penyelesaian segera. Masalah disiplin hari ini telah mengeruhkan iklim sekolah dan seterusnya memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan, tindakan untuk membendung masalah-masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. Ketahanan iman pada diri anak-anak ini akhirnya akan melahirkan pelajar yang bersih dari pelbagai gejala dan salah laku jenayah seterusnya mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita.

Bibliografi

BukuAbd.Rahim Abd.Rashid (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Benjamin Goh (2011).Pendidikan Moral SPM, Subang Jaya:Pan Asia Publications Sdn.Bhd.

Ee Ah Meng (1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses, FajarBaktiSdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Kamarudin Hj.Husin (1994). Asas Pendidikan 1, Longman Malaysia Bhd. Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI Sekolah Rendah, Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Noraini Ahmad (1995). KaunselingRemaja, Budaya Ilmu Sdn.Bhd. Petaling Jaya.

Sheikh Othman Sheikh Halim dll, (1991),Kamus Dewan, cet 2, Edisi Baru, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 623

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon( 2013). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional, Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Ting Chew Peh (1997). Konsep Asas Sosiologi, DewanBahasadanPustaka, Kuala Lumpur.

Internethttps://nowieyieda.wordpress.com/kandungan/punca-punca-berlakunya-ponteng-sekolah/http://azwiraariwana.blogspot.com/p/punca-dan-langkah-menangani-gejala.htmlhttp://cikguhiew.blogspot.com/2012/12/punca-punca-gejala-ponteng-sekolah.html