Isu Trenda Pendidikan Khas.docx

download Isu Trenda Pendidikan Khas.docx

of 7

Transcript of Isu Trenda Pendidikan Khas.docx

  • 7/27/2019 Isu Trenda Pendidikan Khas.docx

    1/7

    1.0 PENGENALAN

    Dalam dunia pendidikan pada hari ini, terdapat banyak isu-isu yang diketengahkan samada melalui

    media cetak dan elektronik serta media massa. Pendidikan di Malaysia juga tidak terkecuali namun tidak

    ramai yang tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang isu-isu yang terdapat dalam pelaksanaan program

    Pendidikan Khas di sekolah. Oleh itu, setiap dari kita perlu segera membuka mata dan minda supaya kita

    dapat memberikan tumpuan sejenak untuk menyelami duania kecil pendidikan di Malaysia iaitu

    Pendidikan Khas.

    2.0 ISU DALAM PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH

    2.1 PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

    Pihak pengurusan merupakan tunjang kepada sesebuah organisasi termasuklah di sekolah-sekolah.

    Malang jika sesebuah program yang diadakan di sekolah tidak mendapat sokongan daripada pihak

    pengurusan khususnya program seperti Pendidikan Khas. Masalah ini merupakan masalah utama yang

    boleh terdiri daripada beberapa isu berbangkit iaitu isu pertama: isu layanan kelas kedua yang diterimaoleh guru-guru dan murid Pendidikan Khas daripada pihak pentadbir. Kenapa guru Pendidikan Khas?

    Jawapannya kerana mereka tidak menerima layanan yang sepatutnya apabila sering diperkecilkan oleh

    guru-guru daripada aliran perdana. Contohnya, guru Pendidikan Khas diperlekeh kerana mengajar

    murid-murid yang rata-rata terencat akal, mempunyai masalah tingkahlaku dan masalah pengurusan

    diri. Guru-guru dari aliran perdana menganggap tugas mengajar murid-murid ini tugas yang sia-sia dan

    tidak kurang juga yang merasa jijik. Selain itu, isu elaun yang diterima oleh guru Pendidikan Khas turut

    menjadi pertikaian kerana melalui anggapan mereka mengajar murid-murid khas lebih senang

    berbanding mengajar murid aliran perdana. Manakala murid-murid khas pula dipinggirkan dan tidak

    diberikan perhatian dimana Guru Besar sekolah tidak mengamalkan pendemokrasian pendidikan.

    Contohnya Md Aziz B. Haji Lani (n.d.) melalui dapatan yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negara,mendapati terdapat Guru Besar yang merasakan tumpuan perlu diutamakan kepada murid aliran

    perdana yang ramai berbanding murid-murid khas yang sedikit.

  • 7/27/2019 Isu Trenda Pendidikan Khas.docx

    2/7

    Isu kedua berkaitan pihak pengurusan sekolah ialah dari aspek peruntukan kewangan. Setiap sekolah

    akan mendapat peruntukan dimana peruntukan ini merupakan salah satu perkara utama yang dirancang

    dalam Rancangan Malaysia sejak dari Rancangan Malaysia pertama bertujuan menaiktaraf kemudahan

    sekolah serta bantuan kepada murid-murid yang memerlukan. Namun, adakah semua pihak mendapat

    manfaat daripada peruntukan yang diberikan ini terutamanya program Pendidikan Khas?. Perkara begini

    menyulitkan para guru Pendidikan Khas untuk menjalankan pelbagai aktiviti untuk murid-murid khas

    seperti aktiviti lawatan sambil belajar kerana kekurangan sumber kewangan. Selain kesulitan

    menjalankan aktiviti-aktiviti, kemudahan yang terdapat di program Pendidikan Khas juga tidak dapat

    dibaikpulih. Rata-rata kelas yang digunakan untuk Program pendidikan Khas mempunyai ruang yang

    sempit dan tidak kondusif yang akan mempengaruhi proses pembelajaran murid-murid.

    Isu ketiga pula adalah berkaitan dengan peperiksaan yang diambil oleh murid-murid Pendidikan Khas.

    Ari (2008) menyatakan Isu ini timbul kerana rasa kurang senang pihak pentadbiran apabila murid khas

    mengikuti peperiksaan umum di negara kita seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil

    pelajaran Malaysia(SPM). Pihak pentadbiran tidak begitu menggemari situasi ini kerana mereka takut

    perkara ini akan menjatuhkan graf peperiksaan sekolah.

    Isu keempat pula merupakan isu berhubung aspek pembangunan fizikal sekolah. Fokus isu keempat ini

    adalah kepada program Pendidikan Khas terutamanya program Integrasi dimana aspek pembangunan

    fizikalnya tidak mengikut keperluan murid-murid khas. Secara umumnya berdasarkan pengalaman

    semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan sekolah(PBS) dan praktikum, kebanyakan kelas-kelas di

    program Pendidikan Khas mempunyai ruang yang terhad dan keadaan biliknya pula sangat uzur. Ruang

    yang terhad menyekat pergerakan murid untuk melakukan aktiviti dan masalah yang serupa berlakukepada guru Pendidikan Khas. Sedangkan murid-murid normal pun berasa tidak selesa belajar di kelas

    yang sempit, apatah lagi mereka yang terdiri dari murid khas. tambahan lagi, program pendidikan Khas

    selalunya ditempatkan di blok bangunan-bangunan lama yang keadaannya teruk dan uzur, tidak

    kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Isu kelima ialah isu berkenaan mencipta rangkaian perhubungan dengan pihak yang sepatutnya

    berkenaan program Pendidikan Khas. Pihak pentadbiran sekolah khususnya guru-guru daripada program

    Pendidikan Khas tidak mengetahui saluran yang perlu dirujuk bagi mendapatkan bantuan berkenaan

    murid-murid khas. Kadangkala guru buntu dan tidak tahu alternatif lain bagi menambahkan dana supaya

    dapat melakukan penambahbaikan kepada program Pendidikan Khas sendiri walaupun terdapat banyak

    saluran yang boleh dirujuk dan sedia membantu guru-guru.

  • 7/27/2019 Isu Trenda Pendidikan Khas.docx

    3/7

    2.2 GURU KHAS

    Guru khas juga mempunyai isu-isu yang mengganggu tugas mereka bagi membolehkan anak-anak khas

    menerima pendidikan seperti murid-murid lain. Isu yang pertama ingin diketengahkan merupakan isu

    berkaitan bebanan tugas semasa di sekolah. Menjadi seorang guru memerlukan kesabaran dan ini

    merupakan perkara yang seharusnya diketahui oleh guru-guru sejak dari mula menjejakkan kaki kebidang ini lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan program Pendidikan Khas, namun setiap perkara

    ada batasannya kerana guru juga manusia biasa dengan keperluan sama seperti orang lain. Guru Khas

    selalunya diberikan dibebankan dengan waktu ganti (relief class) kelas perdana. ini akan mengganggu

    perjalanan sesi pengajaran guru pendidikan Khas yang terpaksa meninggalkan kelas kerana

    menggantikan kelas guru aliran perdana yang tidak hadir ke sekolah. Selain itu, guru Pendidikan Khas

    juga dibebankan dengan tugas-tugas bukan mengajar kerana dilantik memegang jawatankuasa yang

    mempunyai tugasan berat seperti setiausaha sukan di sekolah. melalui jawatankuasa seperti ini, guru

    pendidikan Khas perlu guru sentiasa meninggalkan kelas untuk bermesyuarat dan menjalankan

    menghadiri aktiviti luar yang akan menyebabkan murid-murid khas terabai.

    Isu kedua yang membabitkan guru-guru khas ialah berkenaan sikap dan minat mereka sendiri. Sikap

    guru Pendidikan Khas yang negatif membawa kesan buruk kepada murid-murid khas dan sekolah itu

    sendiri. Seorang guru Pendidikan Khas yang tidak berminat selalunya menjalankan tanggungjawabnya

    dengan tidak komited. Bak kata pepatah, seperti melepaskan batuk di tangga. Malang bagi murid-murid

    khas yang mendapat guru seperti ini. Contohnya, mengajar tanpa menggunakan rancangan pengajaran

    harian, tiada inisitif menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar dan lain-lain.

    Isu ketiga pula merupakan isu kemahiran guru Pendidikan Khas sendiri. Kebanyakan guru-guru yang

    mengajar di Program Pendidikan Khas adalah tidak terlatih untuk mengajar murid-murid Pendidikan

    Khas. Melalui kajian yang dilakukan oleh Aliza Alias dan Mohd Mokhtar Tahar dari fakulti Pendidikan,

    Universiti Kebangsaan Malaysia melalui petikan akhbar Utusan Malaysia (2007), menyatakan bahawa :

    Hanya 13.3 peratus sahaja guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai bidang pengkhususan

    masalah pembelajaran. Secara keseluruhannya 86.7 peratus guru yang mengajar dalam program ini

    adalah guru yang tidak dilatih mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran, menurut kajian itu.

    Ini bermaksud bilangan guru yang mengajar pendidikan Khas pada waktu itu bukanlah guru yang datang

    dari opsyen Pendidikan Khas yang mana mereka ini tidak terlatih. Contohnya terdapat segelintir manusia

    memasuki Pendidikan Khas sebagai batu loncatan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dengan

    mudah, ada yang memasuki bidang khas ini kerana mereka tidak mendapat pekerjaan lain setelah

    menamatkan pengajian di universiti. Menurut kajian itu lagi, guru perlulah mempunyai ilmu dankemahiran tentang ciri kanak-kanak supaya perhatian terhadap keperluan mereka dapat ditumpukan

    dengan berdasarkan keupayaan murid untuk belajar. Kekurangan ilmu dan kurangnya latihan pedagogi

    untuk mengajar murid-murid khas akan mencetuskan rasa tidak puas hati oleh ibu bapa yang terdiri

    daripada golongan berpendidikan.

    Isu keempat adalah isu berhubung kemahiran bersosial guru Pendidikan Khas. Melalui pengalaman

    praktikum semasa berada di sekolah, didapati kebanyakan guru yang berada di program Pendidikan

  • 7/27/2019 Isu Trenda Pendidikan Khas.docx

    4/7

    Khas tidak mempunyai hubungan interpersonal yang rendah dengan guru-guru daripada aliran perdana.

    Sudahlah blok bangunan program Pendidikan Khas terletak berasingan dengan bangunan lain, guru-

    gurunya pula tidak bercampur gaul dengan guru-guru lain walaupun mereka boleh memilih untuk tidak

    berbuat demikian. Contohnya, mereka lebih selesa makan di bilik rehat yang terdapat di bilik program

    Pendidikan Khas daripada makan di kantin. Melalui sikap dan tindakan sebegini, mereka akan

    mengundang persepsi negative dari guru-guru lain.

    Isu kelima ialah isu kekurangan guru-guru Pendidikan. Guru Pendidikan Khas menghadapi masalah untuk

    cuba menyelaraskan pelajaran apabila murid-muridnya terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan malah

    akan menjadi lebih sukar sekiranya menerima murid-murid yang dalam kategori berat seperti autisme

    dan hyperaktif. Pada hari ini, seorang guru akan mengajar enam hingga lapan orang murid khas di

    sebuah kelas dan untuk menjalankan satu sesi pengajaran. Masalah ini boleh diatasi jika terdapat guru

    Pendidikan Khas yang terlatih dalam bilangan yang ramai.

    2.3 MURID KHAS

    Selain isu yang melibatkan pihak pengurusan sekolah dan guru Pendidikan Khas terdapat juga isu-isu

    yang datang daripada murid-murid khas sendiri. Isu pertama ialah isu kehadiran murid. Murid-murid

    khas ini didapati kerap tidak hadir ke sekolah. Antara faktor penyebab kepada masalah ini ialah masalah

    pengangkutan dan masalah kesihatan. Terdapat Ibu bapa yang tidak berkemampuan serta tidak

    memiliki kenderaan yang menyukarkan mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Pernah saya

    lihat seorang tua yang menghantar cucunya ke sekolah dengan menaiki basikal setiap hari, namun

    apabila dia jatuh sakit maka cucunya tidak dapat hadir. Namun perkara ini adalah satu masalah kerana

    kehadiran merupakan salah satu perkara penting yang termaktub dalam undang-undang sekolah dan

    menjadi perhatian Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah.

    Isu kedua merupakan isu komunikasi. Kebanyakan murid-murid khas mempunyai masalah komunikasi

    yang menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran terjadi diantara guru dengan murid. Contohnya

    masalah tiada nahu tentang bahasa yang mana mereka menghasilkan bunyi yang tidak mempunyai

    sebarang makna.

    Isu ketiga pula ialah dari segi Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Isu ini berkenaan keberkesananpelaksanaan RPI terhadap murid-murid khas di sekolah. Rancangan pengajaran Individu yang terdapat

    disekolah kurang berkesan dalam membantu murid-murid. Ini kerana bagi seorang pelajar, harus ada

    seorang penilai supaya perkembangan murid dapat lebih diperhatikan dan dilaksanakan.

    Isu keempat yang melibatkan murid adalah berkenaan pelabelan murid semasa berada di program

    Pendidikan Khas. murid-murid khas sering dilabel dengan panggilan-panggilan yang buruk. Ini

    membuatkan mereka tertekan secara emosi. Kadangkala ia akan menimbulkan masalah tingkahlaku

  • 7/27/2019 Isu Trenda Pendidikan Khas.docx

    5/7

    seperti bersembunyi bagi mengelakkan daripada diejek oleh murid-murid lain ataupun terdapat murid

    yang bertindak lebih ganas sehingga memukul.

    Isu kelima pula merupakan isu gangguan seksual dan ketidakseimbangan hormone yang berlaku kepada

    murid-murid khas. Murid-murid khas yang tidak mengerti apa-apa selalu dijadikan mangsa gangguan

    seksual oleh rakan-rakan malah guru Pendidikan Khas sendiri. Isu ini merupakan isu serius yang perludiberikan perhatian kerana ia merupakan satu jenayah pedofilia. Lain pula dengan ketidakseimbangan

    hormone yang berlaku sesama murid-murid Pendidikan Khas. Murid-murid khas juga manusia yang

    diciptakan oleh tuhan dan mempunyai keinginan untuk berpasangan seperti orang lain, namun mereka

    tidak pandai mengawal keterujaan mereka sekiranya mereka menyukai seseorang. Contohnya, murid

    daripada kategori sindrom Down. Isu-isu seperti ini akan membawa kepada masalah-masalah lain jika

    tidak dibendung seperti hubungan jenis sesame murid.

    2.4 IBU BAPA/ WARIS

    Antara isu-isu yang melibatkan ibu bapa atau waris dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di

    sekolah-sekolah ialah : isu pertama, kerjasama oleh pihak ibu bapa kepada pihak sekolah. Melalui isu ini,

    pihak ibu bapa didapati tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah khususnya program

    Pendidikan Khas. Terdapat ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka mengikut program

    yang dianjurkan oleh pihak program Pendidikan Khas untuk anak-anak mereka. Sebagai contoh, aktiviti

    luar kelas seperti lawatan sambil belajar dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan unsure-unsur terapi seperti

    terapi renang dan terapi berkuda kerana khuatir keselamatan anak-anak mereka. Malah ada yang tidak

    membenarkan anak anak mereka mengikuti aktiviti yang diadakan kerana takut jika pihak sekolah

    meminta bayaran daripada mereka. Selain itu, ibu bapa mahupun waris juga tidak memberikan

    kerjasama apabila tidak hadir ke program bersama yang dianjurkan di sekolah terutamanya yang

    berkaitan dengan Pendidikan Khas seperti perbincangan Rancangan Pengajaran Individu (RPI).

    Isu kedua pula merupakan isu tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Maksud

    tanggungjawab ibu bapa di sini menjadi isu apabila mereka kurang memberikan perhatian terhadap

    pelajaran, pemakanan dan kesihatan anak-anak mereka sebaliknya melepaskan tanggungjawab tersebut

    kepada guru Pendidikan Khas. Antara contoh yang boleh diperhatikan ialah apabila ibu bapa tidak

    mengambil inisiatif untuk melakukan tindakan susulan dirumah seperti aktiviti berbentuk intervensiataupun bagi yang ibu bapa yang berkemampuan, mereka boleh mendapatkan khidmat daripada pakar-

    pakar terapi untuk membantu mengurangkan masalah anak-anak mereka. Selain daripada contoh di

    atas, terdapat ibu bapa yang menganggap program Pendidikan Khas di sekolah sebagai pusat asuhan

    apabila menghantar anak-anak pada awal pagi tetapi lewat mengambil mereka.

  • 7/27/2019 Isu Trenda Pendidikan Khas.docx

    6/7

    Isu seterusnya ialah jangkaan atau harapan ibu bapa yang tinggi terhadap anak-anak dan guru-guru. Isu

    ini terjadi apabila ibu bapa mendatangkan tekanan ke atas guru-guru Pendidikan Khas kerana inginkan

    peningkatan dalam pencapaian anak-anak dalam masa yang singkat. Melalui isu ini, ibu bapa akan

    sentiasa memberikan komen-komen yang negatif kerana apa yang mereka harapkan tidak menjadi.

    Isu keempat merupakan isu penyalahgunaan bantuan murid-murid khas. terdapat ibu bapa yangmenyalahgunakan bantuan yang diterima oleh anak-anak mereka terutaamanya ibu bapa yang tidak

    bekerja. Contoh penyalahgunaan yang melabtkan bantuan kepada murid-murid khas ialah elaun murid-

    murid khas dan elaun Orang Kurang Upaya (OKU).

    Isu yang kelima merupakan isu ibu bapa yang tidak mengetahui jenis bantuan dan saluran yang perlu

    dirujuk bagi membantu anak-anak mereka. Terdapat ibu bapa yang prihatin terhadap keadaan anak-

    anak mereka dan mereka ingin membantu anak-anak mereka namun mereka tidak mengetahui

    kemanakah hala yang patut ditujui dan apakah jenis bantuan atau khidamat yang boleh diberikan

    kepada anak-anak mereka selain daripada sekolah. ini juga merupakan isu yang dihadapi oleh segelintir

    pihak waris atau ibu bapa.

    3.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH

    Masalah yang banyak mempengaruhi seorang guru Pendidikan Khas ialah masalah dari aspek pihak

    pengurusan sekolah. Oleh itu, saya ingin memberikan cadangan untuk mengatasi isu layanan kelas

    kedua yang diterima oleh guru-guru dan murid Pendidikan Khas daripada pihak pengurusan sekolah.

    Terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi isu yang tedapat dalam masalah ini, yang memerlukan

    penglibatan beberapa pihak seperti Kementerian Pelajaran Malaysia dan guru Pendidikan Khas sendiri.

    Melalui pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, cadangan yang diberikan supaya boleh dilaksanakan

    ialah dengan mengeluarkan pekeliling ataupun peringatan kepada sekolah tentang kepentingan

    program Pendidikan Khas. Pekeliling yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian harus dipatuhi oleh

    semua guru dan mampu menjadi titik tolak kepada perubahan pemikiran prejudis terhadap guru-guru

    dan murid Pendidikan Khas.

    Cadangan kedua ialah berkaitan tindakan yang boleh diambil oleh guru Pendidikan Khas untuk

    mengatasi isu ini. Guru-guru pendidikan Khas perlu mengadakan sebuah ceramah pendedahan tentang

    program pendidikan Khas di kalangan pihak pengurusan pentadbiran dan guru-guru aliran perdana

    terutamanya jika sekolah tersebut baru sahaja membuka program Pendidikan Khas.

  • 7/27/2019 Isu Trenda Pendidikan Khas.docx

    7/7

    Adalah diharapkan melalui kedua-dua cadangan seperti ini mampu membuka mata dan minda guru-

    guru lain tentang kepentingan program Pendidikan Khas di sekolah.

    4.0 KESIMPULAN

    Kesimpulannya, setiap pihak mempunyai isu yang perlu diketengahkan dalam pelaksanaan program

    Pendidikan Khas di sekolah. Maka, pihak tersebut iaitu pihak pengurusan pentadbiran, guru Pendidikan

    Khas dan ibu bapa perlu menjalankan peranan masing-masing dan melalui kerjasama yang dibentuk,

    segala isu yang timbul diharapkan dapat diselesaikan.