Izin ilmu 2014

7
PROGRAM IZIN ILMU, SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK, MUKAH 2014 1.PENDAHULUAN Siapalah guru tanpa murid dan siapalah murid tanpa guru, Program Izin Ilmu ini adalah sebagai satu lagi cara untuk memberi semangat dan motivasi kepada pelajar ang akan menghadapai UPSR. Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan agar matlamat dan objektif tersebut dapat dicapai.Di sekolah juga, melalui aktiviti IZIN ILMU ia dilihat mampu menggalakkan murid meningkatkan semangat untuk mencapai kecemerlangan.. Aktiviti yang memfokuskan kepada penghayatan terhadapa ilmu yang telah dicurahkan oleh pendidik dan ibubapa diutamakan dalam aktiviti IZIN ILMU umpamanya. Bagi memberi impak dalaman kepada murid tahun 6 , pihak SKSP Mukah telah membina program IZIN ILMU tahunan bermula tahun 2011 yang dirangka bertepatan dengan matlamat objektif yang khusus.. Bertepatan dengan objektifnya yang melibatkan guru dan ibubapa pelajar tahun 6 maka restu dari kedua insan yang paling dekat dan akrab ini sangat perlu untuk menyuntik semangat pelajar. Keredhaan yang dilimpahkan oleh ibubapa dan guru nanti diharap menjadi satu penyuntik semangat kepada pelajar sekalian. Diharap

Transcript of Izin ilmu 2014

Page 1: Izin ilmu 2014

PROGRAM IZIN ILMU, SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK, MUKAH 2014

1. PENDAHULUAN

Siapalah guru tanpa murid dan siapalah murid tanpa guru, Program Izin Ilmu ini

adalah sebagai satu lagi cara untuk memberi semangat dan motivasi kepada pelajar

ang akan menghadapai UPSR. Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan agar

matlamat dan objektif tersebut dapat dicapai.Di sekolah juga, melalui aktiviti IZIN ILMU

ia dilihat mampu menggalakkan murid meningkatkan semangat untuk mencapai

kecemerlangan.. Aktiviti yang memfokuskan kepada penghayatan terhadapa ilmu yang

telah dicurahkan oleh pendidik dan ibubapa diutamakan dalam aktiviti IZIN ILMU

umpamanya.

Bagi memberi impak dalaman kepada murid tahun 6 , pihak SKSP Mukah telah

membina program IZIN ILMU tahunan bermula tahun 2011 yang dirangka bertepatan

dengan matlamat objektif yang khusus.. Bertepatan dengan objektifnya yang

melibatkan guru dan ibubapa pelajar tahun 6 maka restu dari kedua insan yang paling

dekat dan akrab ini sangat perlu untuk menyuntik semangat pelajar. Keredhaan yang

dilimpahkan oleh ibubapa dan guru nanti diharap menjadi satu penyuntik semangat

kepada pelajar sekalian. Diharap pelajar tahun 6 tahun ini akam memanfaatkan

program ini untuk salah satu usaha untuk mencapai kejayaaan mereka. Program ini

akan dilaksanakan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang sesuai dan mampu

mencapai matlamat dan objektif IZIN Usaha ini diharapkan Mampu meningkatkan tahap

kesedaran dan kecintaan warga SKSP Mukah terhadap semangat cintakan ilmu.

.

Page 2: Izin ilmu 2014

2. RASIONAL

Sambutan Majlis IZIN ILMU kali ini dilaksanakan pada bulan September bertepatan

dengan bulan sambutan Hari Malaysia yang akan diraikan pada 16 September kelak.

Majlis IZIN ILMU kali ini juga masih lagi dilangsungkan dalam bulan Syawal dan

kesempatan ini memudahkan jawatankuasa pelaksana IZIN ILMU SKSP Mukah

merancang agar program ini digabungkan dengan program Ramah Tamah

berkonsepkan perkongsian budaya pelbagai kaum yang terdapat di SKSP Mukah. Kita

juga menengahkan warga Emas yang banyak berbakti kepada SK Saint Patrick iaitu

mantan guru besar serta bekas guru yang pernah berkhidmat disini.

3. MATLAMAT

Majlis IZIN ILMU :

IZIN ILMU kali ini bermatlamatkan pemupukan kesefahaman dan perkongsian

budaya semua pihak yang terlibat mencerminkan kesefahaman dan pembudayaan

semangat kasih sayang kalangan seluruh warga SKSP Mukah dan juga penglibatan

pihak PIBG.

4. OBJEKTIF

4.1 Perlaksanaan majlis IZIN ILMU : kali ini diharap akan menyemaikan budaya

bekerja berpasukan kalangan warga SKSP terutamanya guru agar mampu

membimbing budaya tersebut kepada murid dalam usaha menjayakan semua

perancangan program ini.

4.2 Program ini juga diharap mampu mengekalkan semangat kerjasama warga

SKSP termasuklah PIBG sekolah.

4.3 Murid juga diharap akan mengetahui dan berkongsi budaya perayaan dan

pakaian tradisional pelbagai kaum yang terdapat di SKSP khususnya dan di

Malaysia amnya.

Page 3: Izin ilmu 2014

4.4 Perkongsian ini diharap mampu menyemai semangat perpaduan dan

persefahaman budaya kalangan warga SKSP Mukah..

4.5 Memupuk kreativiti murid melalui pertandingan yang dianjurkan.

4.6 Menyuntik semangat 1 Malaysia dan patriotisme ke seluruh warga SKSP

Mukah.

5. PERLAKSANAAN

5.1 TARIKH : 5 september 2014

5.2 HARI : JUMAAT

5.3 MASA : 7:30 PAGI HINGGA 11:30 PAGI

5.4 TEMPAT : SK ST PATRICK,MUKAH.

6 KUMPULAN SASARAN

6.1 SEMUA GURU

6.3 SEMUA TAHUN 6 MURID SKSP

6.4 SEMUA IBU BAPA TAHUN 6

6.5 EXCO PIBG

7 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 CENDERAHATI ALAT TULIS RM 231.00

7.4 JAMUAN

7.4.2 RM15 X 45 (STAF) RM 675.00

7.4.3 RM8 X 66 (MURID) RM 528.00

JUMLAH RM 1434

8 SUMBER KEWANGAN

8.1 SUMBANGAN PERIBADI GURU DAN IBUBAPA

8.2 SUMBANGAN PIHAK SWASTA

Page 4: Izin ilmu 2014

9 JAWATANKUASA PROGRAM

9.1 PENASIHAT : ENCIK LAWRENCE BIN AJIM

(GURU BESAR , SKSP MUKAH)

9.2 PENGERUSI 1 : ENCIK KIPLI BIN ABDULLAH

(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

9.3 PENGERUSI 2 : OMAR BAKHTHIAR

(YDP PIBG )

9.4 NAIB PENGERUSI 1: TN.HJ JAAFAR BIN HJ ZAIN

(PENOLONG KANAN KURIKULUM)

9.5 NAIB PENGERUSI 2: EN MOSSES(PK HAL EHWAL MURID)

9.6 PENYELARAS PROGRAM : EN. AHMAD BIN LILI

9.7 PENOLONG PENYELARAS : PN.SALAWATIE TE AWAN

9.8 SETIAUSAHA : PN. CHRISTINA MANSOR

9.9 PENOLONG SETIAUSAHA : PN.SITI NORMALLY

9.10 BENDAHARI : PN.FAKHRIAH

9.11 PENOLONG BENDAHARI : PN.NURLIYANA BTE MAHAMOOD

9.12 AJK :

1.SEMUA GURU DAN SEMUA STAF SK ST PATRICK

2. SEMUA EXCO PIBG/ KETUA KAUM

3. SEMUA AJK IB KELAS

10 ATURCARA PROGRAM

Page 5: Izin ilmu 2014

7:15 PAGI : KEHADIRAN TETAMU JEMPUTAN

7:00 PAGI : MAJLIS BERMULA

: UCAPAN EN.LAWRENCE BIN AJIM

(GURU BESAR SKSP,MUKAH)

0900 PAGI :PROGRAM MAJLIS IZIN ILMU (UPSR)

1.Suapan Kasih ( Ibubapa dan murid Tahun 6)

2.Izin Ilmu (Guru dan Murid Tahun 6)

10.00PAGI Jamuan Ringan

11:30 PAGI : MAJLIS BERSURAI

Semoga segala usaha dan kerjasama kali ini mampu mencapai objektif dan

matlamat program. Kerjasama semua pihak samada secara langsung mahupun tidak

didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

______________________________ ___________________________

AHMAD BIN LILI EN.KIPLI BIN ABDULLAH

(PENYELARAS PROGRAM) (PK KOKURIKULUM)

(GURU BIMBINGAN KAUNSELING)

Disahkan oleh :

_____________________________

EN LAWRENCE BIN AJIM

Page 6: Izin ilmu 2014

(GURU BESAR SK ST PATRICK,MUKAH)