JABATAN BENDAHARI (Edisi 2016) -...

7
JABATAN BENDAHARI (Edisi 2016)

Transcript of JABATAN BENDAHARI (Edisi 2016) -...

JABATAN BENDAHARI

(Edisi 2016)

Peraturan Kewangan dan Akaun 2016

2 | M u k a

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PERATURAN KEWANGAN DAN AKAUN

(BAB 19 - POLISI KUTIPAN YURAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH)

_______________ Polisi ini bertujuan memberi panduan dan merupakan prosedur bagi kutipan yuran pelajar yang mengikuti pengajian di INSANIAH bagi semua peringkat pengajian. 19.1 CAJ YURAN

Caj yuran bagi pelajar Kolej Universiti INSANIAH secara amnya adalah seperti berikut;

a) Caj yuran kepada pelajar baru

(i) Yuran Pendaftaran Yuran Pendaftaran akan dicaj setelah pelajar membuat penerimaan dan pengesahan untuk mengikuti pengajian di INSANIAH. Caj yuran pendaftaran adalah seperti berikut; Yuran Pendaftaran (Program Asasi/Diploma/Ijazah) RM 660.00 (Pelajar tempatan & antarabangsa) Yuran Pendaftaran (Program Sarjana/PhD) RM550 (Pelajar tempatan) RM750 (Pelajar Antarabangsa) Pelajar diwajibkan membayar yuran pendaftaran ini semasa pra pendaftaran, minimum RM200 dan baki hendaklah dijelaskan sebelum pelajar menduduki peperiksaan akhir.

(ii) Yuran pentadbiran, yuran pengajian, yuran asrama (jika berkaitan), lain-lain caj yuran yang berkaitan dengan pengajian serta cagaran akan dicaj di dalam invois pelajar setelah selesai pendaftaran pelajar & pendaftaran subjek.

b) Caj yuran kepada pelajar lama

(i) Yuran pentadbiran, yuran pengajian, yuran asrama (jika berkaitan) dan lain-

lain caj yuran yang berkaitan dengan pengajian akan dicaj di dalam invois pelajar setelah selesai pengaktifan pelajar & pendaftaran subjek.

(ii) Pelajar-pelajar lama yang TIDAK mendapat tajaan/pembiayaan pengajian atau memilih untuk tidak mengambil pembiayaan di WAJIBKAN untuk membayar caj pengaktifan sebanyak RM500.

19.2 KAEDAH PEMBIAYAAN PENGAJIAN Kaedah pembiayaan pengajian yuran adalah seperti berikut;

Peraturan Kewangan dan Akaun 2016

3 | M u k a

(a) Pembiayaan sendiri Pelajar/waris pelajar adalah bertanggungjawab menjelaskan sendiri semua yuran yang berkaitan dengan pengajian kepada INSANIAH mengikut caj yang dikenakan.

(b) Pembiayaan oleh penaja/pembiaya pengajian melalui biasiswa, derma siswa,

pinjaman pengajian, sumbangan dan lain-lain bentuk yang dipersetujui oleh INSANIAH.

(i) Bayaran yuran akan dijelaskan oleh penaja/pembiaya pengajian secara terus

kepada INSANIAH berdasarkan caj yuran yang dikenakan.

(ii) Bukti penajaan/pembiayaan hendaklah dikemukakan kepada INSANIAH dan hendaklah disahkan oleh Seksyen Penajaan INSANIAH.

19.3 KAEDAH BAYARAN YURAN

(a) Bayaran yuran oleh pelajar hanya boleh dibuat melalui kaedah yang telah ditetapkan

oleh pihak INSANIAH seperti berikut; (i) Perkhidmatan pembayaran yuran melalui Bank Islam - Bayaran yuran boleh

dibuat di mana-mana kaunter pembayaran Bank Islam dengan mengisi Slip Pembayaran Bil yang disediakan di kaunter.

(ii) Pindahan Telegrafik dan Pindahan Bank.

(iii) Pemegang-pemegang Akaun Bank Islam, boleh membayar melalui ATM Bank Islam dan juga Perbankan Internet.

(iv) Mesin Deposit Tunai di Bank Islam.

(v) Tunai/bank draf/kiriman wang pos/cek– Pembayaran boleh dilakukan di

kaunter OSSC kolej pada waktu-waktu yang ditetapkan. (vi) Kaedah lain yang diterima pakai dari semasa ke semasa.

(b) Bayaran oleh penaja/pembiaya pengajian adalah berdasarkan sistem bayaran yang

digunapakai oleh pihak penaja/pembiaya pengajian dan dibayar terus kepada INSANIAH.

19.4 TANGGUNGJAWAB PELAJAR YANG MENDAPAT PEMBIAYAAN PENGAJIAN

Pelajar yang mendapat pembiayaan pengajian adalah bertanggungjawab; (a) Menunjukkan bukti dan maklumat lengkap penajaan kepada Seksyen Penajaan,

INSANIAH. (b) Mematuhi syarat penajaan atau pembiayaan pinjaman yang telah ditetapkan oleh

pihak penaja.

(c) Jika peruntukan yang diberikan oleh penaja tidak mencukupi, pelajar hendaklah menjelaskan perbezaan yang tidak dibayar oleh penaja.

(d) Bayaran perbezaan hendaklah dijelaskan sebelum pelajar menduduki peperiksaan

akhir semester. Pengecualian hanya boleh diberi sekiranya pihak penaja membuat pengesahan untuk menyelesaikan perbezaan yuran.

Peraturan Kewangan dan Akaun 2016

4 | M u k a

(e) Sekiranya pelajar mendapat Purata Matagred Semester (PMS) kurang dari syarat

yang ditetapkan, dan mengakibatkan penaja menyekat tajaan kepada pelajar tersebut, pelajar perlu menjelaskan sendiri yuran mengikut para 19.5.

19.5 TANGGUNGJAWAB PELAJAR YANG TIDAK MENDAPAT PEMBIAYAAN ATAU

MEMILIH UNTUK TIDAK MENDAPATKAN PEMBIAYAAN PENGAJIAN Pelajar yang tidak mendapat pembiayaan pengajian atau memilih untuk tidak mendapatkan pembiayaan pengajian adalah bertanggungjawab; (a) Mengisi Perjanjian Bayaran Yuran Pengajian.

(b) Membuat pilihan mod pembayaran yuran seperti berikut;

(i) Pilihan 1 - Bayaran secara berlonggok (lump sum payment) untuk :

- Satu (1) semester;

- Satu (1) tahun pengajian, dua (2) semester atau

- Keseluruhan sesi pengajian.

(ii) Pilihan 2 – Bayaran secara ansuran BULANAN dalam satu (1) semester

(iii) Pilihan 3 – Bayaran secara ANSURAN seperti berikut :

- Bagi tempoh pengajian dari minggu 1 – 4 sesuatu semester,

minimum bayaran adalah sebanyak 20% dari yuran perlu dibayar.

- Bagi tempoh pengajian dari minggu 5 – 8 sesuatu semester, minimum bayaran adalah sebanyak 30% dari baki yang tertunggak.

- Bagi tempoh pengajian dari minggu 9 – 12, minimum

bayaran adalah sebanyak 50% dan baki yuran yang belum dijelaskan hendaklah diselesaikan sebelum pelajar mencetak Slip Peperiksaan.

(c) Bagi pelajar yang menginap di asrama, mod bayaran bagi Yuran Asrama adalah

seperti berikut sahaja; (i) Pilihan 1 – Bayaran secara berlonggok (lump sum payment) untuk satu

semester; ATAU (ii) Pilihan 2 – Bayaran ansuran secara bulanan.

(d) Pelajar DIWAJIBKAN menjelaskan yuran sepertimana mod yang dipilih. (e) Jika pelajar gagal menjelaskan yuran seperti di dalam perjanjian, maka pihak

INSANIAH berhak menahan pelajar dari menduduki peperiksaan.

Peraturan Kewangan dan Akaun 2016

5 | M u k a

19.6 PELAJAR YANG MEMPUNYAI HUTANG TERTUNGGAK

(a) Pelajar yang mempunyai hutang tertunggak yang tidak melebihi satu semester,

dibenarkan untuk menduduki peperiksaan dengan bayaran minimum 50% daripada jumlah tunggakan dan baki hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan.

(b) Pelajar yang mempunyai hutang tertunggak melebihi satu semester (hutang lapuk) TIDAK dibenarkan untuk menduduki peperiksaan akhir dan pelajar dikehendaki untuk menjelaskan tunggakan yuran atau mendapatkan tajaan/pembiayaan pengajian dengan segera.

(c) Sekiranya gagal mendapat tajaan/pembiayaan pengajian, pelajar dinasihatkan

untuk menangguhkan pengajian sehingga bayaran tertunggak diselesaikan.

19.7 PELAJAR YANG MENANGGUHKAN PENGAJIAN Pelajar yang menangguhkan pengajian, hendaklah membayar Bayaran Pengekalan Status Pelajar sebanyak RM200.00 selaras dengan Peraturan Akademik, Perkara 3.7.

19.8 PELAJAR YANG BERHENTI ATAU MENARIK DIRI (a) Bagi pelajar yang berhenti atau menarik diri dari pengajian, polisi pemulangan

yuran adalah seperti di para 19.9, dan sekiranya mempunyai tunggakan, pelajar perlu menjelaskan kesemua yuran yang tertunggak.

(b) Pelajar yang berhenti atau menarik diri dari pengajian dan mempunyai baki yuran tertunggak hendaklah menyelesaikan keseluruhan tunggakan yuran sebelum diberi kelulusan berhenti atau setelah menandatangani perjanjian yang disediakan oleh INSANIAH.

19.9 PEMULANGAN BALIK YURAN PELAJAR (REFUND)

(a) Yuran Pengajian

Jika pelajar menarik diri/tangguh/gantung dari pengajian, yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan melainkan dalam situasi-situasi berikut: (i) Jika pelajar menarik diri dari pengajian dalam tempoh 1 – 14 hari, SEMUA

yuran termasuk yuran asrama (mengikut bilangan bulan yang tidak menginap) akan dikembalikan KECUALI Yuran Pendaftaran (seperti para 19.1) dan Yuran Pentadbiran.

(ii) Jika pelajar menarik diri dari pengajian dalam tempoh 15 – 60 hari, bayaran balik

sebanyak 50% daripada yuran pengajian yang telah dibayar oleh pelajar dan yuran asrama (mengikut bilangan bulan yang tidak menginap) KECUALI Yuran Pendaftaran (seperti para 19.1).

Peraturan Kewangan dan Akaun 2016

6 | M u k a

(iii) Jika pelajar menarik diri dari pengajian melebihi 60 hari, TIADA bayaran balik akan diberi KECUALI yuran asrama (mengikut bilangan bulan yang tidak menginap).

(iv) Jika pemulangan balik yuran pelajar yang melibatkan tajaan, pelajar perlu mengemukakan surat permohonan bayaran balik bersama borang permohonan bayaran balik yuran yang boleh diakses di portal pelajar dan di Kaunter OSSC, Kolej Universiti Insaniah.

(b) Wang Cagaran

(i) Semua pelajar yang berdaftar masuk ke INSANIAH dikenakan wang cagaran

seperti berikut :

Pelajar Asasi/Diploma/Ijazah - RM 400.00 Pelajar Sarjana/PhD - RM1,000.00

(ii) Wang cagaran akan dikembalikan sekiranya pelajar berhenti/tarik

diri/gantung/tamat dalam pengajian setelah ditolak baki tunggakan hutang.

(iii) Sekiranya pelajar tidak mempunyai baki hutang tertunggak, keseluruhan jumlah deposit akan dipulangkan kepada pelajar.

(iv) Pelajar perlu mengemukakan permohonan tuntutan bayaran balik deposit bagi

tujuan bayaran balik deposit.

(c) Bond Persendirian (Personal Bond)

(i) Pelajar antarabangsa dikenakan personal bond mengikut kadar negara

masing- masing.

(ii) Personal Bond akan dibayar balik sekiranya pelajar berhenti/tamat pengajian dan setelah disahkan oleh Unit Imigrasi.

(iii) Personal Bond akan ditolak baki tunggakan hutnag sekiranya pelajar

mempunyai hutang tertunggak dan baki akan dikembalikan kepada pelajar.

(iv) Sekiranya pelajar tidak mempunyai baki hutang tertunggak, keseluruhan

jumlah deposit akan dipulangkan kepada pelajar.

(v) Pelajar perlu mengemukakan permohonan tuntutan bayaran balik deposit bagi tujuan bayaran balik deposit.

Peraturan Kewangan dan Akaun 2016

7 | M u k a

(d) Lain-lain Deposit (i) Lain-lain deposit yang dikutip dari pelajar akan dipulangkan setelah urusan

yang berkaitan deposit itu dipungut selesai dan setelah ditolak bagi hutang tertunggak.

(ii) Sekiranya tiada apa-apa hutang tertunggak, keseluruhan wang deposit

hendaklah dikembalikan kepada pelajar.

19.10 TANGGUNGJAWAB JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK, DEKAN DAN PEGAWAI AKADEMIK Jabatan Hal Ehwal Akademik, Dekan Kuliyyah dan pegawai akademik di kuliyyah hendaklah memastikan prosedur ini dipatuhi sepenuhnya.

19.11 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG MEMBERI KEBENARAN TANPA KUASA

Mana-mana pegawai yang memberi pengecualian kepada peraturan ini dan memberi kebenaran tanpa kuasa adalah bertanggungjawab secara bersendiri dan bersama-sama kelulusan yang diberi.

19.12 TARIKH KUATKUASA

(i) Polisi ini berkuatkuasa mulai Semester 1 2016/2017.

(ii) Pelajar yang mempunyai tunggakan hutang terkumpul (hutang lapuk), dikehendaki membuat penstrukturan semula bayaran yuran dan hendaklah menandatangani perjanjian yang disediakan oleh INSANIAH.

(iii) Pelajar yang gagal menandatangani perjanjian penstrukturan semula pembayaran yuran dan tidak mematuhi jadual bayaran hendaklah diambil tindakan selaras dengan para 19.6 (b) dan 19.6 (c).

Jabatan Bendahari Kolej Universiti INSANIAH Aras 2, Bangunan Canselori 09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman Tel: +604-415 5000 Faks: +604-415 5050 www.insaniah.edu.my

“Penerokaan Ke Arah Kebijaksanaan”