JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/2733-20140207 KHUTBAH JUMAAT -...
Transcript of JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/2733-20140207 KHUTBAH JUMAAT -...
1
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TAJUK : “GENERASI AL-QURAN”
07 FEBUARI 2014M / 07 RABI’UL AKHIR 1435H _________________________________________________________
.
2
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Khatib memperingatkan diri ini dan sidang jemaah yang dimuliakan
sekalian, marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah SWT
dengan sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala
perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah bersama kita
berpegang kepada tali Allah SWT, yakni dengan menjaga hubungan kita
sebagai hamba-Nya dan juga hubungan sesama insan, agar penyatuan
ummah dapat direalisasikan bermula di dalam rumah Allah SWT yang
penuh barakah ini. Nikmat Islam yang dikecapi dan hamparan luas
keamanan yang kita nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan
meningkatkan amal ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita
dengan Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa serta menjalin eratkan
hubungan kita sesama manusia. Semoga, hidup kita sentiasa dicucuri
rahmat serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT di
dalam Surah Ali-'Imran ayat 103 :
Maksudnya : ″ Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah,
dan janganlah berpecah belah.″
Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk
“GENERASI AL-QURAN”.
3
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Kehidupan di dunia ini penuh dengan pelbagai cubaan dan dugaan
dalam meniti perjalanan. Hanya mereka yang memilih petunjuk
daripada Allah SWT yang mampu mengatasi dan melepasi setiap
rintangan yang datang, manakala yang memilih selainnya pasti
menemui kegagalan. Rasulullah SAW pernah menggambarkan perkara
ini melalui sabda Baginda yang bermaksud : “Akan berlaku banyak
fitnah”. Para sahabat bertanya: “Bagaimana jalan keluar untuk
selamat daripadanya wahai Rasulullah?.” Baginda menjawab :
“Kitab Allah (berpegang dengan al-Quran) di dalamnya ada
perkhabaran-perkhabaran yang terdahulu dan peringatan tentang
perkara-perkara yang bakal berlaku serta hukum-hukum yang
memutuskan perkara berkaitan kamu”.
Hadis di atas jelas kepada kita bahawa sesiapa yang berpegang teguh
sepenuhnya dengan petunjuk Allah SWT yakni al-Quran pasti
memperolehi keselamatan di dunia dan di akhirat sebagaimana Firman
Allah SWT dalam surah al-Maaidah ayat 15 – 16 :
4
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
Maksudnya : “…Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya
daripada Allah dan Kitab yang menjelaskan. Dengan Kitab itulah Allah
memberi petunjuk kepada orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan
yang selamat, dan (dengan Kitab itu juga) Allah mengeluarkan mereka
daripada gelap gelita kepada cahaya dengan izin-Nya dan menunjukkan
ke jalan yang lurus”.
Al-Quran merupakan sumber hidayah yang menyuluh manusia ke arah
jalan yang terang dan penawar mujarab penyakit rohani dan jasmani
manusia. Allah SWT yang mencipta manusia, maka sudah tentu Dia
memahami kelemahan dan kehendak manusia itu sendiri. Inilah tujuan
sebenar Allah SWT mengutuskan al-Quran kepada pesuruh-Nya, Nabi
Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail A.S.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Generasi awal Islam telah dididik oleh Rasulullah SAW berdasarkan
petunjuk al-Quran dan ia melahirkan satu generasi unggul yang
berkualiti tinggi. Almarhum syahid Sayyid Qutub, iaitu pengarang tafsir
‛Fi Dzilalil Quran’ menggelarkan generasi awal ini sebagai generasi al-
Quran yang unik. Seorang tokoh ulama’ dan pemikir Islam pada hari ini,
iaitu Dr. Yusof al-Qardhawi pula menyifatkan generasi awal al-Quran
tersebut sebagai “manusia dan masyarakat pertama yang mendapat
cahaya al-Quran, telah banyak merubah cara dan gaya hidup yang
lebih sempurna. Mereka bagaikan menerima satu cahaya yang
menerangi seluruh kegelapan kehidupan mereka. Sistem
kehidupan mereka, iaitu sosial, politik dan ekonomi turut
mengalami perubahan pantas dan lebih baik menerusi dimensi atau
5
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
pandangan al-Quran. Al-Quran juga turut mengubah perilaku
jahiliyyah mereka kepada kesucian Islam dan akhirnya generasi-
generasi berikutnya mengikut sistem yang telah diturunkan kepada
manusia”.
Generasi al-Quran inilah yang patut menjadi contoh dan model sebenar
generasi umat Islam yang harus dilahirkan dan dipertahankan oleh
setiap umat Islam sepanjang zaman. Hakikatnya, apakah kita telah
memberi sepenuh perhatian dalam memastikan diri kita, keluarga kita
dan masyarakat Islam seluruhnya menerima hidayah Allah SWT ini
dengan cara yang selayaknya sebagai seorang muslim?.
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Dalam usaha melahirkan generasi al-Quran masa kini, tokoh ulama’
silam Ibnu Khaldun telah mengemukakan pendapat di dalam kitabnya
yang bertajuk ‘Muqaddimah’, betapa pentingnya mengajar anak-anak
membaca dan menghafaz al-Quran. Kata beliau : “Pengajaran al-
Quran adalah dasar pengajaran dalam semua kurikulum di sekolah
di pelbagai negara Islam. Al-Quran merupakan lambang agama
yang mengukuhkan aqidah”. Seorang tokoh Islam di dalam bidang
sains dan perubatan, Ibnu Sina telah menyatakan di dalam kitabnya ‘As-
Siasah’ : “kaum muslimin seharusnya mempersiapkan mental dan
fizikal anak-anak dari mula dengan pengajaran al-Quran”. Imam al-
Ghazali pula melalui kitabnya ‘Ihya Ulumuddin’ memberi pesanan agar
pengajaran al-Quran, hadis dan cerita-cerita orang soleh diberi kepada
anak-anak.
6
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
Membentuk generasi al-Quran merupakan satu tugas dan
tanggungjawab yang berat. Pelaksanaannya mestilah dilakukan dengan
bersungguh-sungguh dan berterusan sehingga menjadi tradisi dalam
masyarakat. Sejarah telah menunjukkan bagaimana kesungguhan
generasi awal Islam yang sanggup menghabiskan masa bertahun-tahun
untuk menghayati dan memahami isi kandungan surah al-Baqarah
sahaja dan puluhan tahun pula mengkaji keseluruhan isi kandungan al-
Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka. Dalam sejarah
Islam juga telah membuktikan bahawa al-Quran mampu mengubah
perilaku seseorang daripada cara hidup yang buruk kepada yang lebih
baik, mulia serta tinggi peribadinya, contohnya sahabat Nabi SAW, iaitu
Saidina Omar al-Khatab telah memilih untuk memeluk Islam selepas
beliau berasa kagum dengan gaya Bahasa dan maksud beberapa
potong ayat al-Quran yang didengarinya.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Rasulullah SAW telah menggesa umatnya sentiasa membaca,
mendalami dan menghafal al-Quran. Baginda sendiri sangat
memuliakan dan mengutamakan sahabat yang membaca al-Quran serta
menghafalnya berbanding sahabat yang lain. Mereka yang lebih banyak
menghafal al-Quran diberi pengiktirafan oleh Rasulullah SAW ketika
dikebumikan setelah terkorban dalam peperangan seperti hadis riwayat
Imam Bukhari yang bermaksud : “Adalah Nabi mengumpulkan dua
orang syuhada Uhud dan bersabda, manakah antara kedua-duanya
yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah
seorang daripada mereka, maka Baginda mendahulukan
pemakaman orang tersebut”.
7
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
Generasi yang menghafal al-Quran begitu istimewa di sisi Allah SWT
kerana di dalam minda dan hati mereka dipenuhi dengan wahyu Ilahi
dan mengekalkannya dalam kehidupan mereka. Mereka merupakan
golongan istimewa yang diangkat kemuliaan dan diberi ganjaran terbaik
di dunia dan di akhirat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah SWT memiliki kerabat-kerabat dalam
kalangan manusia”. Lalu sahabat bertanya: “Siapakah mereka ya
Rasulullah?”. Jawab Baginda: “Mereka adalah ahli al-Quran,
merekalah kerabat Allah dan orang-orang pilihan-Nya”. (Hadis
riwayat Ibnu Majah). Ganjaran yang diperolehi oleh mereka yang
menghafal al-Quran terbahagi kepada dua, iaitu ganjaran di dunia dan
ganjaran di akhirat. Ganjaran di dunia antaranya diangkat sebagai
pemimpin, diberi pengiktirafan oleh Nabi Muhammad SAW dan al-Quran
menjanjikan kebaikan kepada sesiapa yang mempelajari dan mengajar
ilmu al-Quran. Manakala ganjaran yang bakal diperolehi di akhirat pula
antaranya mendapat syafaat pada hari qiamat dan mendapat pahala
berlipat kali ganda atas setiap huruf yang dibaca akan dikira sepuluh
pahala setiap satunya. Cinta kita kepada al-Quran pasti akan berbalas
sebagai Syafa’at.
Abu Umamah al-Bahili berkata, "Aku dengar Rasulullah SAW
bersabda: Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya pada hari
qiamat ia datang memberi syafa’at kepada orang yang
membacanya."
Allah SWT bukan hanya mengangkat kemuliaan golongan yang
menghafal al-Quran, malah kaum kerabat pencinta al-Quran ini turut
diangkat kemuliaannya di sisi Allah SWT.
8
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
Atas kedudukan istimewa generasi penghafaz al-Quran di sisi Allah
SWT, kita melihat pada masa kini ibu bapa semakin cenderung untuk
menghantar anak mereka di sekolah-sekolah tahfiz bagi mendalami ilmu
al-Quran, sama ada di sekolah yang dikendalikan oleh Jabatan
Kerajaan, Jabatan Agama Islam Negeri atau pihak-pihak persendirian.
Di Negeri Sembilan, kerajaan negeri sentiasa mengambil inisiatif dalam
membangunkan generasi al-Quran melalui proses pembelajaran di
peringkat rendah hingga menengah. Penubuhan Institut Tahfiz al-Quran
Negeri Sembilan yang berpusat di Gemencheh, Negeri Sembilan
menunjukkan komitmen yang tinggi oleh kerajaan negeri terhadap
pembangunan rohani masyarakat Islam di negeri ini. Kerajaan Negeri
telah membina kompleks khas yang menempatkan pelajar untuk
memberi keselesaan dan memberi peluang kepada anak-anak Negeri
Sembilan khususnya berdasarkan kesedaran ibu bapa dan orang ramai
betapa pentingnya pendidikan al-Quran pada masa ini seiring dengan
kemajuan sains dan teknologi.
Tahap kesedaran masyarakat kepada agama Islam semakin tinggi
sejajar dengan kejayaan dan kesungguhan pemimpin yang
mementingkan pembangunan agama selari dengan pembangunan
fizikal. Melalui proses membina generasi al-Quran, pendidikannya
bukan sekadar menumpukan kepada proses hafazan semata-mata,
malah pelajar turut dituntut mendalami bidang qiraat, taranum dan tafsir
supaya maksud dalam al-Quran itu difahami sebenar-benarnya. Umum
mengetahui bidang ilmu di dalam al-Quran itu bukan hanya terbatas
9
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
dalam bidang aqidah, ibadah, syariah, feqah dan akhlak, malah
menjangkau kepada ilmu sains dan teknologi.
Usaha membentuk generasi al-Quran ini perlu dilakukan bersungguh-
sungguh agar ia menjadi proses yang berterusan tanpa henti. Beberapa
perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut :
Pertama : Kenalkan al-Quran kepada semua daripada peringkat
kanak-kanak lagi. Inilah yang berlaku kepada ilmuwan Islam seperti
Ibnu Sina, Saiyyid Qutub dan lain-lain sehingga mereka dimartabatkan
sebagai tokoh dalam bidang masing-masing.
Kedua : Tanamkan rasa kasih dan cinta kepada al-Quran
kerana dengan perasaan ini akan melahirkan dan membentuk generasi
yang sanggup mempertahankan al-Quran.
Ketiga : Hidupkan suasana dan persekitaran al-Quran, iaitu
dengan menghidupkan suasana membaca, menghafaz,
membincangkan isi kandungan al-Quran bersama keluarga dan
masyarakat seperti bertadarus al-Quran di masjid, surau, rumah,
sekolah ataupun di tempat kerja. Jangan jadikan amalan ini hanya pada
waktu-waktu tertentu sahaja sebaliknya jadikan ia satu budaya
berterusan sepanjang masa.
Keempat : Perlihatkan suasana indah bersama al-Quran. Ibu
bapa harus memainkan peranan dengan memberi sokongan kepada
anak-anak yang mula menjinakkan diri dengan pembelajaran al-Quran.
Jadikan tugasan menyemak bacaan al-Quran seperti menyemak
10
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
tugasan sekolah anak-anak. Suasana harmoni mampu diwujudkan
dengan memutarkan alunan bacaan ayat-ayat al-Quran melalui radio
atau pita rakaman sebagai ganti alunan muzik yang mengasyikkan.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Mengakhiri khutbah pada hari ini, MIMBAR menyeru sidang jumaat
sekelian khususnya kepada ibu bapa, marilah sama-sama berusaha
mendidik anak-anak dengan al-Quran untuk melahirkan dan membentuk
generasi al-Quran sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW
dan generasi awal umat Islam. Mudah-mudahan dengan cara ini
kehidupan kita akan sentiasa diterangi dengan cahaya kebenaran dan
keinsafan. Gemakanlah al-Quran di dalam jiwa anak-anak untuk
mencintai al-Quran, membentuk generasi yang tetap pendirian, generasi
yang hidup dengan semangat perjuangan, generasi yang sanggup
menghadapi cabaran demi mempertahankan al-Quran, generasi bijak
yang beriman serta generasi yang mempunyai matlamat dan tujuan
hidup.
Sempena dengan Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus 1435H/2014M yang akan
berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan
selama 3 hari bermula 13 – 15 Febuari ini, marilah sama-sama kita
menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin untuk
mendengar dan menghayati isi kandungannya. Mimbar mengambil
kesempatan menjemput jemaah serta keluarga untuk sama-sama
memeriahkan majlis tersebut.