JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada...

41
SULIT Kod Kertas : 940/1 JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SELARAS SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA SEJARAH 940/1 Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800 Masa : 3 jam Arahan kepada calon : Jawab empat soalan sahaja : Dua ( 2 ) soalan daripada Bahagian A dan dua ( 2 ) soalan daripada Bahagian B ( Kertas soalan ini terdiri daripada dua ( 2 ) halaman bercetak ) ( Lihat Sebelah SULIT

Transcript of JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada...

Page 1: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

SULIT

Kod Kertas : 940/1

JABATAN PELAJARAN MELAKA

2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SELARAS

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA

SEJARAH 940/1

Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800

Masa : 3 jam

Arahan kepada calon :

Jawab empat soalan sahaja : Dua ( 2 ) soalan daripada Bahagian A dan dua ( 2 ) soalan

daripada Bahagian B

( Kertas soalan ini terdiri daripada dua ( 2 ) halaman bercetak )

( Lihat Sebelah

SULIT

Page 2: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Bahagian A

Jawab dua soalan sahaja.

1. Huraikan peranan masyarakat pada zaman Neolitik kepada kemunculan tamadun awal

manusia. ( 25M )

2. Jelaskan tentang sistem pemerintahan republik yang diamalkan dalam Tamadun Rom pada Zaman Klasik. ( 25M )

3. Sejauhmanakah kekuatan ketenteraan penting dalam pengukuhan kuasa empayar

tamadun-tamadun awal. ( 25M )

4. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di Nusantara sebelum abad ke-15 Masihi. ( 25M )

5. Huraikan dasar dan sistem pendidikan dalam tamadun China. ( 25M )

6. Bincangkan konsep ketahanan dan pertahanan antara tamadun Islam dengan

tamadun Eropah. ( 25M )

Jawab dua soalan sahaja.

Bahagian B

7. Jelaskan konsep ketuhanan dan keagamaan secara perbandingan antara pandangan

Arab Jahiliah dengan pandangan Islam. ( 25M )

8. Huraikan kepentingan Sahifah Madinah dalam pemerintahan dan pentadbiran negara

kota Madinah. ( 25M )

9. Huraikan perkembangan institusi wazir pada zaman kerajaan Abbasiyah. ( 25M )

10. Huraikan organisasi ketenteraan Islam pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad

SAW sehingga zaman Bani Abbasiyah. ( 25M )

11. Huraikan sistem pendidikan Islam di Timur Tengah dan pengaruhnya terhadap sistem

pendidikan Islam di Alam Melayu. ( 25M )

12. Bandingkan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan

di Barat. ( 25M )

SOALAN TAMAT

Page 3: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Kod Kertas: 940/1

JABATAN PELAJARAN MELAKA

STPM 2010

SKEMA PEMARKAHAN

SEJARAH 940/1 ( Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800 )

PERINGATAN :

Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada

pihak yang tidak berkenaan.

Skema ini terdiri daripada 40 halaman bercetak.

Hakcipta Jabatan Pelajaran Melaka

2010

( Lihat Sebelah

SULIT

SULIT

Page 4: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

2

1. Huraikan peranan masyarakat pada zaman Neolitik kepada kemunculan

tamadun awal manusia.

Pengenalan: ( 3 Markah )

1. Zaman Prasejarah :

• Definisi prasejarah: sebahagian daripada masa silam manusia yang

tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan.

• Bukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil oleh ahli-ahli arkeologi.

• Zaman prasejarah dibahagi kepada 3 peringkat iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Perkembangan zaman Paleolitik dan Mesolitik

banyak mempengaruhi kemajuan pada zaman Neolitik.

2. Zaman Neolitik :

• Manusia dikatakan menyara hidup dengan bercucuk tanam dan

menternak binatang.

• Corak kehidupan mereka berubah yang bermula dari tahun 7000 S.M

hingga 3500 S.M. iaitu mula menetap dan berorganisasi berbentuk

mudah.

• Pada zaman ini manusia mula berfikir, mengetahui dan mengamalkan

cara-cara kehidupan lebih baik sama ada dari segi peralatan, ekonomi,

sosial, politik, dll.

3. Konsep masyarakat :

• Konsep Manusia

• Sejarah Manusia Zaman Prasejarah dan contoh-contoh manusia

Peranan masyarakat Neolitik ( 7 x 3M = 21 markah )

1. Memperkembangkan dan mengubah aspek pertanian

• Pakar sejarah yakin penemuan kaedah menanam dan menternak

binatang dimulai sekitar 10, 000 S.M hingga 5000 S.M lalu di Asia

Barat.

• Di kawasan utama seperti Jericho, Catal Huyuk, Iran, Syria, Mesir dan

Iraq manusia mula menanam gandum dan barli serta menternak

binatang seperti kambing, biri-biri dan babi sebagai sumber makanan

mereka yang berterusan.

• Bekalan makanan yang mewah menggalakkan pertambahan penduduk.

2. Memajukan aspek teknologi

• Pada zaman Neolitik penciptaan bajak dan roda sebagai kemajuan

teknologi telah meningkatkan lagi daya pengeluaran hasil pertanian.

Page 5: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

3

• Bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga binatang membantu meringankan tugas mereka.

• Binatang seperti kuda atau kerbau dilatih untuk mengangkut barang (anok) atau membajak sawah.

• Penemuan roda memudahkan pengangkutan hasil pertanian ke bandar-

bandar atau pelabuhan dan perkembangan pembuatan tembikar.

3. Mewujudkan perkampungan tetap

• Kemajuan pertanian (menanam dan menternak) membolehkan manusia

mula membina kawasan penempatan kekal di kawasan-kawasan yang subur, terutamanya di lembah sungai seperti Tigris atau Furat.

• Manusia tidak perlu lagi hidup secara nomad kerana kini dapat

menyara hidup daripada bekalan makanan yang dihasilkan di kawasan

tempat tinggal mereka.

• Mereka dapat mengawal bekalan makanan sendiri dan bekalan berterusan di samping dapat mengawal perubahan musim.

• Contoh : Perkampungan Jericho dan Jarmo.

4. Mewujudkan pertambahan penduduk

• Kemajuan pertanian dan teknologi pertanian pada zaman Neolitik menyebabkan manusia dapat mengawal dan menggunakan sumber

alam. Perubahan ini menyebabkan kehidupan manusia menjadi lebih stabil, selamat dan terjamin daripada kebuluran atau ancaman lain.

• Kehidupan sebagai individu atau anggota masyarakat bertambah baik.

• Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan

penduduk pada sesuatu kawasan dan akhirnya membentuk kawasan penempatan penduduk semakin kompleks seperti bentuk negara kota.

• Contoh, tanaman bijirin, millet dan gandum.

5. Mewujudkan pengkhususan kerja

• Pada zaman Neolitik berhasilnya peningkatan daya pengeluaran hasil

pertanian yang menjamin bekalan makanan mencukupi dan berterusan

membolehkan sebahagian penduduk telah menjalankan aktiviti bukan

pengeluaran pertanian seperti kegiatan kesenian atau kegiatan

keagamaan yang melahirkan pusat ibadat.

• Hal ini mencetuskan proses pembahagian kerja dalam masyarakat.

6. Membentuk organisasi sosial

• Perubahan kehidupan manusia bertambah kompleks menyebabkan

perlunjukan pengkhususan dalam menjalankan tugas tertentu

bergantung kepada kemahiran dan kebolehan seseorang.

• Kini diperlukan pemimpin untuk memandu dan memberi arahan

kepada semua anggota masyarakat.

Page 6: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

4

• Tentera dan pahlawan diperlukan untuk mengawal dan menjaga keamanan daripada ancaman.

• Pendeta diperlukan untuk mengetuai kegiatan keagamaan.

• Petani menumpukan usaha mempertingkatkan hasil pertanian.

7. Mewujudkan institusi pemerintahan

• Pada zaman ini juga melahirkan institusi pemerintahan, pendidikan, keagamaan dan sebagainya untuk membolehkan manusia

mengeksploitasi dan mengawal alam sekitar mereka seperti bencana

alam (banjir, kemarau).

• Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang berkuasa.

• Pemimpin dengan ideanya dan tipu helahnya, pahlawan dengan

senjatanya dan paderi dengan pengetahuannya.

• Contoh, tamadun Mesir penguasaan mutlak Firaun dalam bidang

kehakiman, ketenteraan dan pentadbiran

8. Mengasaskan kelahiran agama dan kepercayaan

• Manusia pada zaman Neolitik sudah ada kepercayaan berkaitan dengan unsur dewa-dewi dalam tamadun Indus.

• Minda pemikiran konseptual ketuhanan ini dimanifestasikan melalui upacara agama dan simbol-simbol pemujaan.

• Mereka yakin dan percaya upacara penyembahan akan

melipatgandakan hasil pengeluaran pertanian.

9. Mewujudkan petempatan bandar

• Perkembangan petempatan dan perkampungan yang tetap

menyebabkan peningkatan bilangan penduduk.

• Kehidupan manusia secara berkelompok dengan menjalankan aktiviti pertanian telah menyebabkan mereka mengalami proses pembandaran

yang pesat seperti bandar Catal Huyuk.

10. Mengasaskan sistem tulisan

• Masyarakat Neolitik menjadi lebih kompleks dan merintis jalan ke arah perkembangan sistem tulisan.

• Sistem tulisan lahir kerana keperluan untuk menyimpan rekod-rekod hasil pertanian serta jumlah keluasan tanah yang semakin meningkat.

• Contoh, hieroglif, ceuniform, piktograf dan ideogram

Page 7: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

5

Kesimpulan : ( 1 Markah )

• Neolitik merupakan zaman titik mula terbina tamadun awal manusia apabila manusia mulai bercucuk tanam dan berternak binatang telah menjana

perkembangan faktor lain seperti teknologi, pengkhususan kerja, organisasi,

institusi politik dan sebagainya. Implikasi daripada tinggal menetap kesan

daripada berlaku revolusi pertanian (bertanam dan menternak) menyebabkan

V. Gordon Childe merumuskan sebagai satu revolusi dalam kehidupan manusia atau sebagai titik tolak perubahan kepada kemunculan tamadun awal

manusia.

Catatan :

Pemeriksa perlu berhati-hati, ada calon menjawab ciri-ciri tamadun,

penekanan jawapan hanya kepada peranan zaman Neolitik.

Calon-calon yang menjawab ciri-ciri tamadun markah maksimum 5 markah.

Page 8: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

6

2. Huraikan sistem pemerintahan republik yang diamalkan dalam Tamadun Rom

pada Zaman Klasik.

Pengenalan : ( 3M )

a. Rom dipercayai wujud pada 1000 S.M dan mewarisi ciri-ciri dan pencapaian

Tamadun Yunani.

b. Menurut lagenda, Tamadun Rom dipercayai diasaskan oleh sepasang kembar yang dikenali sebagai Romulus dan Remus yang dibesarkan oleh sesekor

serigala betina.

c. Sebelum melaksanakan sistem republik, kerajaan Rom juga pernah mengamalkan pemerintahan beraja. Ketika itu iaitu sekitar tahun 753 S.M,

penduduk Rom terdiri daripada golongan bangsawan dan tuan tanah

(patrician) dan golongan rakyat biasa (plebian)

d. Raja-raja rom pada masa ini telah memrintah dengan zalim tanpa

perkemanusiaan. Justeru itu orang Rom telah memberontak dan mewujudkan

sebuah kerajaan bercorak republik.

Isi : ( 4 X 5M = 20M )

Definasi :

a. Kerajaan Republik boleh dinyatakan sebagai sistem kerajaan di mana rakyat

memilih wakil mereka untuk melulus dan melaksanakan undang-undang. b. Tidak ada sesiapa yang boleh mewarisi hak memegang jawatan politik.

c. Republik juga turut mengamalkan perinsip demokrasi d. Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan republik diketuai oleh

presiden.

Sistem pemerintahan republik dalam Tamadun Rom pada Zaman Klasik :

1. Konsul :

a. konsul merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan

republik terdapat dua orang konsul yang dipilih daripada penduduk

yang berumur melebihi 40 tahun.

b. konsul dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun. Ia

mempunyai kuasa dalam bidang pentadbiran, keadilan, ketenteraan,

Keagamaan dan kewangan. Ia berperanan sebagai ketua hakim,ketua

Angkatan tentera dan ketua eksekutif.

Page 9: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

7

2. Dewan Senat :

a. Senat diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan

bangsawan. Ahli-ahli dewan ini dipilih oleh konsul. Dewan senat

bertindak menasihati konsul dalam urusan pentadbiran Negara.

b. Antara tugas dan peranan ahli-ahli senat ialah membincangkan hal-hal

pentadbiran negara,menggubal undang-undang untuk dibincangkan

dalam dewan perhimpunan ,mengadakan rundingan dengan duta-duta

asing,menetapkan rovinsi yang akan diuruskan oleh

konsul,menguruskan hal ehwal kewangan,menyelesaikan krisis

keagamaan.

3. Dewan Perhimpunan :

a. Dewan perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom. Ia dikenali

Sebagai forum.Ia merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapat laporan tentang perbincangan dengan dewan senat

b. Dewan ini membantu dewan senat melaksanakan pemerintahan.Ia juga

bertindak meluluskan dan mengesahkan undang-undang yang telah

diputuskan oleh Dewan Senat.

Kesimpulan : ( 2M )

a. pemerintahan republik merupakan warisan kerajaan Rom kepada tamadun dunia.Dalam pemerintahan republik,terdapat imbangan kuasa

antara badan perundangan,badan eksekutif dan badan kehakiman.

b. Pemerintahan republik merintis ke arah pemerintahan diktator pada

Zaman Julius Caesar.Julius Caesar menamatkan pemerintahan

Republik dan mengistiharkan diri sebagai diktator setelah

Mengalahakan Jeneral Pompei.

Page 10: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

8

3. Sejauhmanakah kekuatan ketenteraan penting dalam pengukuhan kuasa

empayar tamadun-tamadun awal.

Pendahuluan : ( 3 M )

• Menurut Farmer dalam buku, Comparative History of Civilizations, empayar

merujuk kepada entiti politik yang menyatukan zon budaya yang luas.

Kemunculan empayar disebabkan oleh dasar imperialisme yang menyebabkan berlaku proses penaklukan dan perluasan kuasa terhadap

negara-negara lain. Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul beberapa

empayar seperti empayar Maurya dan Gupta di India, empayar Chin dan

Han di China dan empayar Rom di Eropah. Terdapat dua jenis empayar yang

utama iaitu empayar daratan dan empayar maritim. Empayar daratan

menguasai tanah yang luas seperti empayar Maurya, Gupta, Rom dan Chin.

Empayar maritim pula bergantung kepada penguasaan laut seperti empayar

Srivijaya dan Majapahit .

• Konsep ketahanan dan pertahanan.

Isi-isi : ( 7 x 3M = 21 M )

1. Kekuatan ketenteraan melalui teknologi

Kekuatan ketenteraan amatlah penting dalam pengukuhan empayar dan bagi

Mewujudkan Keamanan Dalam Empayar. Para pemerintah menggunakan

tentera untuk mengatasi rampasan kuasa, pemberontakan dan keadaan

kacau bilau. Bagi memudahkan tentera mengawal keadaan dalam negara,

kota-kota pertahanan, jalanraya dan tembok didirikan. Contohnya pada zaman

pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti, tembok besar yang dikenali sebagai

Tembok Besar China didirikan bagi mengelakkan serangan orang-orang

gasar.

2. Jenis Tentera

Dalam Tamadun India pula, kekuatan ketenteraan begitu dominan dalam pengukuhan dan perluasan empayarnya. Dalam hal ini,terdapat empat jenis

tentera yang digunakan iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera

berkereta kuda dan tentera berjalan kaki ( infantri ).

3. Komposisi Tentera

Terdapat juga unit – unit seperti tentera laut, pengintip, kumpulan perintis

dan komisariat. Keunikan ketenteraan India ialah penggunaan gajah dan ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

kubu, pintu kota dan benteng pertahanan. Kereta kuda pula digunakan

secara meluas pada zaman Maurya dan kebiasaannya Raja – raja India

mempunyai angkatan tentera yang besar. Misalnya, Candragupta Maurya

mempunyai 600, 000 orang tentera , Rajaraja I mempunyai 900, 000 orang

Page 11: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

9

tentera dan Mahendrapala boleh menggerakkan 800,000 orang tentera pada

bila-bila masa.

Selain faktor ketenteraan, ada faktor-faktor lain dalam pengukuhan kuasa

empayar tamadun-tamadun awal.

4. Perluasan wilayah

Salah satu ciri lain dalam pengukuhan empayar ialah perluasan kuasa.

Apabila sesebuah empayar menjadi stabil, langkah-langkah diambil untuk

memperkembangkan pengaruh di wilayah-wilayah berhampiran. Usaha

perluasan kuasa merupakan langkah untuk menundukkan kuasa-kuasa

besar di pinggiran yang menggugat kestabilan politik sesebuah empayar.

Contohnya, empayar Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dengan menyatukan negara-negara kecil di utara India. Pembentukan empayar ini

bertujuan untuk menundukkan ancaman Yunani.

5. Sistem birokrasi yang teratur

Kekuatan sesebuah empayar dapat dipertahankan dengan wujudnya sistem

pentadbiran yang sistematik dan teratur. Sistem pentadbiran amat penting

bagi mengukuhkan cengkaman kuasa kerajaan di seluruh wilayah jajahan

takluk. Untuk tujuan tersebut, biasanya sesebuah kerajaan membahagikan

empayar kepada wilayah-wilayah yang diperintah oleh gabenor. Kerajaan

pusat melantik pemerintah di peringkat wilayah dan sentiasa mengawasi pegawai-pegawai di wilayah. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti telah

membahagikan empayarnya kepada 36 wilayah dan wilayah-wilayah ini ditadbir oleh gabenor tentera.

6. Keseragaman budaya

Pembentukan empayar bertujuan untuk melahirkan keseragaman budaya di

seluruh empayar. Dalam konteks ini, lazimnya budaya negara induk akan

dijadikan budaya rasmi di seluruh jajahan takluk empayar. Contohnya,

Iskandar Zulkarnain menyebarkan kebudayaan Hellenistik yang merupakan

paduan antara budaya Yunani dan Parsi ke seluruh empayar. Beberapa

bandar baru ditubuhkan sebagai pusat penyebaran kebudayaan Hellenistik

seperti Iskandariah dan Antioch.

7. Kehegemonian sosial dan ekonomi

Para pemerintah sesebuah empayar lazimnya akan bertindak menyeragamkan

sistem tulisan, ukuran timbangan dan penggunaan matawang. Tindakan ini diambil untuk melicinkan urusan pentadbiran dan juga untuk memupuk

semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Contohnya, Sargon Agung telah memperkenalkan bahasa Akkadia sebagai bahasa rasmi empayarnya.

Manakala, Asoka yang merupakan pemerintah agung empayar Maurya telah

Page 12: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

10

menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi empayarnya bertujuan

mewujudkan penyatuan politik dan budaya. Dalam bidang ekonomi pula

para pemerintah memperkenalkan sistem timbangan, ukuran dan matawang

yang seragam. Contohnya, di Melaka, sistem timbangan berdasarkan ukuran

kati dan tahil digunakan.

8. Kewibawaan pemimpin

Kekuatan dan keutuhan sesebuah empayar bergantung kepada pemimpin

yang berwibawa. Pemimpin yang berwibawa dapat mewujudkan kestabilan

politik. Ini dapat diwujudkan dengan menggunakan kekuatan tentera. Di

samping itu, pemimpin-pemimpin juga memberikan naungan politik kepada

pertumbuhan tamadun. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti memberi peluang kepada golongan sarjana yang berminat dengan falsafah Konfucius

menjalankan penyelidikan sejarah. Manakala, kerajaan Maurya memberikan naungan politik kepada golongan karyawan untuk bergiat dalam lapangan

kesenian dan kesusasteraan.

9. Penyebaran agama

Pemimpin sesebuah empayar juga bertindak menyebarkan fahaman agama

ke wilayah-wilayah jajahan takluk khususnya kepada pemimpin yang terikat

dengan sesuatu fahaman agama dan ingin membawa perubahan dalam

masyarakat. Contohnya,Maharaja Asoka telah mengambil beberapa langkah

untuk menyebarkan agama Buddha dalam empayarnya. Selain, mengadakan

siri lawatan ke seluruh empayar untuk menyebarkan agama Buddha, baginda juga melantik pegawai-pegawai yang dikenali sebagai Dharma Mahamatra

untuk menyebarkan agama Buddha. Selain itu, Asoka telah mempraktikkan dan mengamalkan ajaran-ajaran Buddha dalam kehidupannya dengan

menghentikan amalan membunuh binatang dan memakan daging. Hasil usaha dan langkah-langkah tersebut, agama Buddha telah menjadi agama dunia.

9. Kemajuan komunikasi

Kejayaan sesebuah empayar juga bergantung kepada sistem pengangkutan

dan komunikasi. Rangkaian jalanraya diperlukan untuk menggerakkan

pasukan tentera untuk melicinkan pentadbiran. Hal ini dapat dilihat dalam

kerajaan Rom pada zaman Augustus Caesar. Beliau telah membina jalanraya-

jalanraya yang menghubungkan Rom dengan kebanyakan kawasan

jajahannya. Ini telah memudahkan pergerakan tentera ke kawasan jajahan

untuk mematahkan sebarang kebangkitan untuk mencabar kepimpinan

maharaja.

Page 13: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

11

Kesimpulan : ( 1 M )

Empayar merupakan entiti politik yang lahir daripada kegiatan ketenteraan yang

menyebabkan proses perluasan wilayah. Sebagai unit politik yang merangkumi

kawasan yang luas, empayar mempunyai beberapa ciri seperti sistem birokrasi

kerajaan pusat yang mantap , kehomogenian budaya, agama dan budaya,

kekuatan militer, perlaksanaan hegemoni dan sistem naungan ekonomi. Ciri-ciri

ini amat penting dalam memantapkan serta mengukuhkan kedudukan sesebuah

empayar dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Page 14: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

12

4. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di

Nusantara sebelum abad ke-15 Masihi.

Pengenalan : ( 3M )

Latar belakang perdagangan di Nusantara :

a. Sumber-sumber bertulis China, India,Arab dan Yunani membuktikan bahawa

kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang pesat sebelum kebangkitan kerajaan Melayu Melaka.

b. Latar belakang Nusantara (Alam Melayu) menjadi tumpuan pedaganga-pedagang India, Arab dan China sejak abad pertama lagi.

c. Contoh, pusat-pusat perdagangan yang muncul di Alam Melayu berdasarkan sumber-sumber berikut iaitu:

i. sumber China Tun-Sun, Tan chu-Li, Pan-Pan dan lain-lain

ii. sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria

iii. sumber India-Takola, Kataha, Kalagam, Tambaralinga

iv. sumber Arab-Kalah, Qaqullah dan Tiyumah

Isi-isi : ( 5 X 4M = 20M )

1. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan perdagangan di Nusantara

a) Faktor kedudukan geografi gagasan kepulauan Melayu yang

strategik :

� Terletak di tengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti

China, India, Arab dan kepulauan Melayu sendiri � Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu

pedagang-pedagang China dan India pergi ke gugusan kepulauan Melayu.

� Pusat persinggahan dan proses jual beli.

b) Kekayaan sumber asli :

� Nusantara kaya dengan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur

barus dan rotan

� Kekayaan hasil pertanian seperti rempah ratus, teh, beras dan

lain-lain

� Hasil-hasil laut seperti kowri (mata wang), kerang dwi katup,

tiram mutiara dan lain-lain

� Hasil Perlombongan seperti emas, bijih besi, antimony dan

bijih timah yang diperolehi menerusi proses mendulang.

Perkembangan hasil perlombongan menyebabkan pedagang

Eropah seperti British berdagang ke Asia khususnya Melaka

untuk mendapatkan hasil keperluan dan memperkembangkan pelabuhan Melaka di Nusantara.

Page 15: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

13

� Wujud pelabuhan dan pasar-pasar yang menarik pedagang luar.

c) Pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil :

� Kebanyakan kerajaan di Alam Melayu mempunyai sistem

pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun

� Empayar Srivijaya – terdapat sistem pemerintahan kerajaan

pusat dan wilayah

� Empayar Melaka – wujud sistem Pembesar Empat Lipatan dan

sistem perundangan sepeti Undang-undang Laut Melaka

� Sistem ini melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan perdagangan

d) Peranan Orang laut :

� Orang Laut direkrut untuk bertanggungjawab menjaga

keselamatan kawasan perairan untuk membanteras kegiatan perlanunan

� Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya selamat daripada

ancaman dan serangan lanun

� Orang Laut juga memaksa kapal-kapal dagang singgah

berdagang

e) Kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan :

� Pemerintah menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang, sistem

sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan lain-lain

� Kemudahan-kemudahan tersebut telah menarik pedagang untuk

berdagang di pelabuhan-pelabuhan perdagangan di Nusantara.

� Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi mengurus hal-hal

perdagangan

� Mata wang logam digunakan dalam urusniaga.

f) Hubungan diplomatik dengan China :

� Hubungan persahabatan Srivijaya, Majapahit dan Melaka

dengan China bererti mendapat pengiktirafan dan perlindungan

daripada China daripada ancaman musuh � Suasana aman dan damai meningkatkan kegiatan perdagangan

berjalan dengan lancar � Hubungan erat dengan China menggalakkan kemasukan ramai

pedagang dari China.

Page 16: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

14

g) Peranan dan pengaruh agama :

� Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-

Buddha di Nusantara

� Pusat perkembangan agama Buddha membantu

mengembangkan kegiatan perdagangan dengan India dan China

yang seagama

� Melaka merupakan empayar Islam, dapat menarik pedagang

Islam

Kesimpulan : ( 2M )

Perkembangan perdagangan di Nusantara berlaku kerana kedudukannya di pesisiran pantai dan kepentingannya berasaskan kepada penguasaan lalu lintas

perdagangan di antara China dan India.

Page 17: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

15

5. Huraikan dasar dan sistem pendidikan dalam tamadun China.

Pengenalan ( 3 M )

1. Pendidikan membantu manusia untuk meningkatkan tahap intelek yang

seterusnya membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang lain.

Pendidikan merupakan satu seni yang membolehkan manusia mengumpulkan segala pengalaman yang diperolehi dalam kehidupan mereka dan selanjutnya

menyampaikan pengalaman itu kepada generasi baru.

2. Proses pendidikan bermula serentak sejak kelahiran dan berterusan sehingga akhir hayat. International Dictionary of Education pendidikan ialah suatu

proses yang membentuk ability dan sikap manusia. Plato – Pendidikan sebagai sesuatu yang memberikan keindahan dan kesempurnaan kepada jasmani dan

rohani.

Isi : ( 20M )

Dasar pendidikan di China. ( 10M - Impression )

1. Dalam tamadun China, masyarakat menghargai pendidikan, matlamat utama

pendidikan ialah lulus peperiksaan awam.

2. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap : Hsiu Tai, Tahap pertama selaras

dengan ijazah pertama, tahap kedua, Chun-Jen, setaraf dengan sarjana dan

Chin Shih, setaraf dengan doctor falsafah seperti yang terdapat pada zaman

moden ini.

3. Pada zaman Confucius, terdapat sekolah-sekolah di kampung kecul ( hamlet ), kampung ( villaga ) dan negeri-negeri feudal.

4. Satu ciri nyata pendidikan tradisional China ialah hubungan system pemilihan

pegawai-pegawai awam melalui peperiksaan awam dan menyediakan pelajar-pelajar untuk tiga peringkat ijazah dan tiga tahap peperiksaan.

5. Pelajar perlu menduduki peperiksaan di daerahnya sendiri sebelum menduduki

peperiksaan untuk ijazah pertama di Bandar . Diadakan dua kali dalam

tempoh tiga tahun.– Lulus menerima ijazah Hsiu Tsai.

6. Peperiksaan peringkat kedua di ibu kota provinsi , calon yang berjaya di

anugerah ijazah Chun-Jen. Peperiksaan peringkat ketiga di adakan di Ibu kota

empayar, di istana dengan kehadiran maharaja, ijazah dikenali sebagai Chin

Shih. Peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.

7. Penghormatan kepada ketiga-tiga ahli akademik, penghormatan tertinggi

diberi gelaran Chuang Yuan.

Mereka yang lulus ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerjaan , ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.

Page 18: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

16

8. Han Lin- Sebuah majlis ahli-ahli akademik terkemuka sebagai sebuah badan

penasihat dan penyunting., kebiasaannya bertindak sebagai kabinet maharaja,

ada dilantik sebagai tokoh kesusasteraan negara dan berkedudukan tinggi

dalam negara.

Institusi Pendidikan China ( 10 M – Impression )

Terbahagi kepada dua :

Peringkat :

1. Sekolah peringkat rendah - diadakan di rumah guru, rumah penai\ung yang

kaya, di rumah pagoda lama, rumah berhala atau pondok . Di bilik darjah terdapat meja dan kerusi untuk guru dan tempat pemujaan Confucius di sudut

bilik darjah. Pelajar lelaki membawa kerusi, buku kertas, pensel dan dakwat sendiri. Pelajar berusia tujuh tahun ,berpakaian rasmi dan topi. Harus

menyembah gambar Confucius sebelum beri penghormatan kepada guru. Sekolah dari pagi hingga petang dan dibuka sepanjang tahun.

2. Sekolah menengah atau sekolah tinggi : tajaan kerajaan, naungan persendirian

atau dengan pembiyaan oleh golongan kaya dan pegawai-pegawai awam.

Peperiksaan Awam :

1 . Menyediakan pelajar untuk peperiksaan kerajaan , mereka yang lulus akan

mengisi jawatan-jawatan penting dalam kerjaaan.

Contoh :

a. Maharaja Wu Ti ( Dinasti Han ) : Diri sekolah tinggi di ibu kota dan galak penubuhan sekolah di provinsi dan daerah.

b. Maharaja Yan Kuan ( dinasti Sui ) : Galak penubuhan sekolah dan

perpustakaan imperial. Dinasti Sung : Sistem persekolahan

berkembang daru ibu kota ke semua bahagian pentadbiran imperial.

c. Dinaasti Ming : Kolej bagi belia dan universiti Kebangsaan di pusat

dan sekolah awam di setiap wilayah, jabatan daerah dan kampung.

d. Dinasti Tang : Galak penubuhan sekolah kerajaan, wujud sebuah

sekolah awam di setiap wilayah, daerah dan kampung. Maharaja

Hsuan Tsung menubuhkan akademik Han Lin.

e. Percetakan diperkenalkan buat pertama kali.

Dinasti Chou : Dua jenis sekolah, Pertama kolej yang terdapat di ibu

kota kerajaan diraja dan di daerah-daerah bangsawan. Kedua sekolah yang berselerak di kampung kecil, kampung dan derah.

f. Mereka yang lulus ijazah kedoktoran boleh mengambil peperiksaan keempat . Lulus menjadi ahli seumur hidup dalam Imperial Academy

Page 19: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

17

g. Tiada had umur untuk menduduki peperiksaan, calon dikunci

sepanjang waktu peperiksaan dijalankan .

Kesimpulan ( 1M )

Apa sahaja yang berkaitan.

Page 20: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

18

6. Bincangkan konsep ketahanan dan pertahanan antara tamadun Islam dengan

tamadun Eropah

Pengenalan : ( 3M )

1. Tamadun Islam merujuk kepada zaman kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

sehingga sekarang. Manakala tamadun Eropah pula merujuk kepada zaman

pertengahan yang bermuIa pada selepas keruntuhan Empayar Rom - berlaku

antara abad ke-5 hingga abad ke-15 Masihi. Zaman ini dapat dibahagikan

kepada Zaman Gelap dan Zaman Moden awal.

2. Dalam tamadun Islam, isu ketahanan dan pertahanan bermula sejak dari zaman Nabi Adam as. lagi. Manakala dalam tamadun barat pula isu ini mula

berkembang ketika munculnya tamadun awal manusia.

Isi-isi :

Tamadun Eropah : ( 10M – impression )

1. Pengertian Ketahanan :

Dalam tamadun Eropah ketahanan merujuk kepada ketabahan dan kecekalan

mencakupi unsur fizikal. Ketahanan yang kuat datangnya dari ilmu

pengetahuan, pengalaman, kecekapan pelaksanaan

2. Pengertian Pertahanan :

Pertahanan merupakan usaha untuk mempertahankan diri, masyarakat, dan

negara daripada ancaman pihak musuh. Dalam hal ini, pertahanan

bergantung kepada ketahanan. Setiap warganegara dimestikan mempertahankan diri masyarakat dan negara daripada serangan musuh

3. Etika Peperangan :

Etika peperangan tamadun Eropah tidak menekankan nilai-nilai moral dan akhlak.

3. Matlamat Peperangan :

Matlamat peperangan di Barat adalah berbeza-beza mengikut peringkat.

Pada zaman gelap - peperangan sering berlaku di kalangan golongan bangsawan kerana ingin menguasai wilayah-wilayah yang dimiliki oleh

golongan bangsawan yang lain. Pada zaman tersebut tanah merupakan punca

kekayaan.Peperangan yang berlaku di antara raja dengan golongan

bangsawan pula adalah disebabkan oleh raja mahu mengurangkan kuasa

golongan bangsawan. Pada zaman moden awal pula, di Eropah peperangan

merupakan perkara yang penting. Ini membawa kepada berlakunya Perang

Page 21: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

19

Salib di antara orang-orang Kristian dengan orang-orang Islam untuk

mempertahankan tanah suci Jurusalern. Matlamat peperangan di Eropah pada

zaman moden pula, menjelang abad ke-16 Masihi adalah untuk

mengukuhkan kedudukan clan imej sesebuah negara. Implikasinya

peperangan merupakan satu perkara yang biasa di antara negaranegara

bangsa.

Tamadun Islam : ( 10M – impression )

1. Pengertian Ketahanan :

Ketahanan umat Islam yang utama terletak pada akidah dan syariah. Dengan kemantapan akidahlah, pada peringkat awal umat Islam yang berjuang telah

mencapai kemenangan yang gemilang. Ketahanan dalam Islam juga

merangkumi aspek fizikal termasuklah jasmani, persiapan alat senjata atau

kelengkapan perang. Di samping itu Islam juga menekankan kepada ilmu,

sama ada ilmu ketenteraan atau ilmu agama.

2. Pengertian Pertahanan :

Sementara itu pengetian pertahanan dalam Islam merujuk kepada langkah

kedua yang berbentuk praktikal bagi melaksanakan dasar-dasar ketahanan untuk membendung kehormatan dan keutuhan agama, masyarakat, dan

negara. la juga merangkumi langkah bagi membela mereka yang lemah atau

golongan yang dizalimi. Dalam hubungan ini, setiap individu muslim wajib

mempertahankan diri, agama, masyarakat, dan negara jika diancam oleh

pihak musuh

3. Etika Peperangan :

Islam juga telah menetapkan etika dan peraturan ketika berperang. Antaranya

ialah larangan membunuh kanak-kanak, orang tua, wanita ahli ibadat,

melancarkan peperangan selepas menyeru pihak musuh kepada Islam dan

memberi pilihan membayar jizyah serta tidak menyiksa tawanan perang.

Etika-etika ini jelas menunjukkan matlamat peperangan dalam Islam adalah

untuk mewujudkan perdamaian dan bukannya menimbulkan permusuhan.

.

4. Matlamat Peperangan :

Setiap individu Muslim wajib mempertahankan diri, agama, masyarakat, dan

negara jika diancam oleh pihak musuh.

Kesimpulan : ( 2M )

Peperangan dalam Islam lebih mementingkan aspek akhirat.Manakala dalam tamadun

Barat ia lebih menekankan kepentingan duniawi.Islam menjadikan maslahat duniawi

hanya sebagai alat bagi menegak dan memelihara agama disamping membela ummah

Page 22: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

20

7. Jelaskan konsep ketuhanan dan keagamaan secara perbandingan antara

pandangan Arab Jahiliah dengan pandangan Islam.

Pendahuluan : ( 3M )

1. Pengertian Jahiliah..

2. Kedatangan Islam.

Isi : ( 20M )

Konsep Ketuhanan Orang Arab Jahiliah. ( 5 X 2M = 10M )

1. Agama Wathani adalah agama ciptaan manusia menjadi agama utama kepada orang-orang Arab jahiliah. Ada beberapa cara anutan dikalangan mereka,

iaitu:

1.1 Penyembahan Berhala

Orang Arab jahilian menyembah berhala terdapat sebanyak 360 buah

berhala di sekeliling kaabah. Diantara yang terkenal ialah Al-Latta, Al-

Uzza dan Al-Manat (tiga orang puteri tuhan. Burnagat (Tuhan yang

membawa kebaikan), jahanam (tuhan pembawa kecelakaan ) Hubal

(tuhan yang menyerupai manusia) widdah (berbentuk wanita) Yaghus

(berbentuk lembu jantan atau singa) Yang (berbentuk kuda) dan

sebagainya.

1.2 Penyembahan Cakerawala

Mereka menyembah matahari, bulan, bintang dan sebagainya. Mereka percaya bahawa cakrawala sebagai sumber segala kehidupan dan

kuasa. Matahari untuk kegiatan hidup di siang hari, bulan untuk perjalanan pada waktu malam dan membolehkan ternakan makan. Dan

bintang untuk pedoman perjalanan pada waktu malam.

1.3 Polidemonisme atau penyembahan jin dan dewa-dewa.

Agama ini diamalkan oleh mereka yang mengamalkan ajaran sihir.

Ada juga antara mereka menyembah malaikat yang dianggap

berjantina lelaki dan perempaun. Mereka dianggap sebagai perantaran

( Al- Quraan, Surah 43 : ayat 19 )

1.4 Majusi ( Zoroster)

Agama ini berasal dari Parsi yang mempunyai dua tuhan iaitu tuhan

baik dan tuhan jahat. Penganutnya mempercayaai bahawa api

mempunya dua konsep iaitu api sebagi penerang dan api sebagai

pemusnah.

Page 23: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

21

1.5 Penyembahan Tuhan Padang Pasir

Penganutnya dikenali sebagi ahl al- saf. Mereka berjalan – jalan di

tengah padang pasir pada waktu malam dengan membawa api sambil

bergendang dan bernyanyi – nyanyi sesama mereka.

1.6 Animise

Penganutnya menyembah objek yang dianggap ganjil dan yang

membawa untung atau yang menggerunkan di persekitaran mereka

seperti batu – batan, pokok – pokok besar, air, api, binatang, padang

rumput dan lain – lain lagi.

1.7 Kepercayaan Tahyul

Kepercayaan ini berhubung kait dengan ketuhanan, penyembahan dan

suci antaranya: a. mempercayaai tangkal azimat.

b. Roh orang yang mati menjadi seekor burung. c. Mempercayaan binatang yang melintas di tengah – tengah

perjalanan, kalau ke kanan membawa kebaikan, kalau ke kiri

membawa kecelakaan.

d. Mengikat tali pada mana – mana pokok. Jika ikatan tersebut terurai

sekembalinya suami dari perantauan, ini menandakan bahawa

isterinya telah berlau curang.

e. Mengorbankan anak perempuan yang merupakan perbuatan yang mulia.

f. Percaya kepada ahli nujum dan tukang tenun. g. Percaya kepada nasib dan sihir.

h. Membuat keputusan melalui anak panah (al-Azlam) yang diletakkan berhampiran dengan al-Hubal.

1.8 Orang Jahiliah menganggap apa sahaja yang boleh memberi

keuntungan dan manafaat kepada mereka berhak disembah. Mereka

menyembah pelbagau tuhan benbentuk pelabagi objek kebendaan atau

tahyul.

1.9 Agama Yahudi.

Agama kitab yang dianuti di Tanah Arab, ajaran disampaikan oleh

Nabi Musa a.s melalui kitab Taurat. Penganut agama tahudi terdapat di

Madinah, Khaibar, Yaman, dan Taima’. Penganut Yahudi menyeleweng isi Kitab Taurat dan menganggap agama Yahudi untuk

mereka sahaja.

Page 24: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

22

1.10 Agama Nasrani ( Kristian )

Agama ini dikenali sebgai agama masehi bersempena gelaran al-Maseh

yang diberikan kepada nabi Isa a.s. Berasal daripada Palestin dan

berkembang di Najran, Ghassan dan Tadmur. Kitab agama Nasrani

ialah Kitab Injil. Isi kandungan Injil telah diubah suai oleh pendeta-

pendeta Nasrani dab mewujudkan konsep Triniti dalam agama

Nasrani.

1.11 Agama Hanif

Agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, tidak mempunyai kitab

tetapi hanya mempunyai suhuf. Penganut agama ini dikenali sebagai Hunafa. Amalan agama ini bersembahyang, puasa dan mengerjakan

Haji

Kepercayaan agama yang diselewengkan ini berakhir dengan kebangkitan

Rasullah s.a.w.

Konsep Keagamaan Menurut Pandangan Islam. ( 5 X 2M = 10M )

Terdapat dua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w

1. Di Mekkah :

Ajarannya berbentuk Tasyri Kulli ( ajaran secara umum ) sebagaimana yang

termaktub di dalam al – quraan melalui surah – surah Makkiayah sebayak 93

surah. Ia menyentuh mengenai Hablum Minallah ( Hubungan antara Hamba

dengan Allah ) iaitu berhubung dengan akidah, keimanan, akhlak dan

peribadatan.

2. Di Madinah :

Ajarannya berbentuk Tasyri’ Juz’i (ajaran secara umum), sebagaimana disebut di dalam 21 surah Madaniyyah. Ia menerangkan persoalan Hablum Minanas (

Hubungan antara individu, manusia dengan individu yang lain ) iaitu berhubung dengan kenegaraan, ekonomi, kemasyarakatan dan lain – lain lagi.

Aspek-aspek Ajarannya pula menyangkuti :

Aspek Akidah:

1. Tauhid : mengesakan Allah s.w.t sebagai tuhan yang berhak disembah,

memiliki segala sifar kesempurnaan, berkuasa mencipta alam semesta. Dengan

sendirinya menolak segala ajaran anthropomorphisme iaitu segala bentuk

penyembahan berhala dan penyamaan tuhan dengan makhlukNya.

Page 25: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

23

2. Mempercayaai rukun iman, beriman kepada allah, kepada Malaikat kitab –

kitab Allah, para Rasul, hari kiamat dan Qada dan Qadar yang telah

ditetapkan oleh Allah.

3. Mempunyai tanggungjawab terhadap amalan sendiri. Mempercayaai bahawa

syurga adalah tempat kediaman di akhirat nanti bagi mereka yang mematuhi

perintah Allah dan negara yang tidak mematuhi peraturan Allah.

4. Perkara – perkara selepas mati : mempercayaai adanya alam barkhzah (kubur)

hari nisab, hari kiamat, titian siratul mustaqim, nikmat dalam syurga dan lain-

lain lagi. Di dalam ajaran islam ini, umat islam boleh terus beribadat kepada

Allah dengan mendirikan sembahyang lima wakyu sehari semalam. Semua

bentuk penyembahan dilarang melakukan perantaraan.

Aspek Syariah :

1. Ajaran ini membezakannya dengan ajaran-ajaran jahiliah kerana ia

membentuk cara hidup sendiri melalui syariah. Syariah yang merupakan

undang atau tatacara bagi manusia hidup sementara di bumi ini. Di dalam syariah terdapat pelbagai bentuk peraturan yang diturunkan oleh Allah melalui

wahyuNya kepada Rasullah s.a.w. hanya mengamalkan peraturan dan undang-undang ini sahaja yang terselamat dari kesesatan di dunia dan beroleh

keberuntungan di akhirat kelak.

Aspek Akhlak.

1. Ajaran ini tidak lengkap tanpa peraturan berhubung dengan akhlak di

dalamnya terdapat peraturan yang menegah umat Islam khasnya dan umat manusia amnya supaya tidak melakukan kejahatan dan tidak

berperikemanusiaan seperti merompak, mencuri, membunuh, menyakiti hati jiran, berzina dan sebagainya. Dengan melaksanakan tiga aspek ajaran Islam

ini sahaja, barulah umat Islam secara individu atau masyarakat boleh dianggapkan beriman kepada Allah, rasul Nya dengan sebenar – benarnya.

Aspek – aspek ini telah membezakan keagamaan setiap penganut Islam dengan keagamaan orang – orang Jahiliah sebelum Islam.

Kesimpulan : ( 2M )

Orang Arab jahiliah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, hanya menutut

nafsu semata-mata. Allah telah menurunkan agama Islam senagai agama kepada manusia seluruhnya.

Page 26: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

24

8. Huraian kepentingan Sahifah Madinah dalam pemerintahan dan pentadbiran

negara kota Madinah.

Pendahuluan : ( 3M )

1. Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan

penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri

dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar (Golongan Penolong)

dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin

(golongan Pendatang). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada

beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.

2. Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat

perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam

negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.

3. Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum

ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w

untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini

merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quran, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan

dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen

Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak -kanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap sebagai peraturan

pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Mauriya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu itu.

4. Aspek utama Piagam Madinah.

Isi-isi : ( 7 X 3M = 21M )

Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan berhubung

dengan perkara-perkara berikut:

1. Penerimaan Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan

kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana

penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk

memutuskan apa – apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah –

masalah yang timbul dari masa ke semasa.

2. Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak

bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya

mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan

memutuskan hukumaan terhadap kesalahan-kesalahan di luar bidang kuasa ketua-ketua kaum berkenaan.

Page 27: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

25

3. Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara

aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah

membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.

4. Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku

bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.

5. Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua

penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh

orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum

Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.

6. Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah.

Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams ecara beransur-ansur telah menguasai

ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.

7. Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan

keselamatan negara.

8. Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh

membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka

diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan

orang Islam.

9. Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-

penganut agama lain.

10. Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam

bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti

orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini

semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.

11. Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf

kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan

Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini,

ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.

12. Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana

pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah

dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam

Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan

Page 28: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

26

13. membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan

berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.

Kesimpulan : ( 2M )

1. Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.

2. Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama

di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya,

yang memerintah dunia selama tujuh abad.

3. Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana – mana piagam Islam

yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.

Page 29: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

27

9. Huraikan Perkembangan Institusi Wazir pada Zaman Kerajaan Abbasiyah.

Pengenalan : ( 3M )

1. Kalimah wazir (menteri) membawa erti pembantu yang menjalankan urusan

pentadbiran atau kuasa eksekutif bagi sesebuah negara telah dikenali dalam

hampir semua tamadun manusia. Di zaman Rasullah s.a.w dan Khalifah Ar – Rashidin, walaupun pemakaian istilah wazir ( menteri) tidak dikenali secara

rasmi, namun Baginda Rasullah s.a.w dan khalifah al-Rasyidin bermesyuarat dan memberikan tugas-tugas tertentu bersifat pentadbiran kepada kalangan

sahabat-sahabatnya.

2. Penggunaan wazir (menteri) dalam sistem pentadbiran Islam hanya pada zaman Khalifah Abbasiyah. Bahkan pada zaman Abbasiyah sendiri,

pemakaian sistem wazir telah bermula sebelum kejayaan pemberontakan

Abbasiyah yang terawal iailah Abu Salamah al – Khallal, diikuti oleh Khalid

bin Barmak dan lain – lain. Ada pendapat yang mengatakan bahawa

pemakaian sistem wazir dalam pemerintahan Abbasiyah sebagai membuktikan

pengaruh Parsi yang besar dalam kejadian itu. Ini disebabkan oleh kalangan

bangsa Parsi yang telah menjadi pendorong terkuat dalam pemberontakan

Abbasiyah dan pembinaan kerajaan dan pembangunannya.

Isi-isi : ( 7 X 3M = 21M )

1. Setelah pemberontakan Abbasiyah berjaya menamatkan kerajaan Islam

pimpinan bani Umaiyyah dan berjaya mendirikan kerajaan, ciri

pentadbirannya banyak dipengaruhi oleh sistem Parsi kerana bangsa itu menjadi pendokong terkuat kerajaan Abbasiyah sebagai tindak balas terhadap

Umaiyyah yang mengutamakan orang – orang Arab dalam pemerintahannya.

2. Pemerintah Abbasiyah yang beribu kota di Baghdad mentauliahkan seorang yang baik, berpengalaman dan terlatih bagi menjalankan urusan pentadbiran

atau diberi kuasa eksekutif bagi pihak khalifah. Wazir (menteri) yang diberikan kuasa ini bertanggungjawab bagi semua urusan negara.

3. Jawatan wazir atau menteri yang dilantik ini sama ada bertaraf Wazir Tafwidh

atau Wazir Tanfiz. Apa yang dimaksudkan dengan wazir Tafwidh ialah

seorang wazir yang diberikan kuasa yang tidak terbatas hingga ia

bertanggungjawab dalam menentukan dasar dan melaksanakan pentadbiran.

Wazir Tafwidh selalunya seorang sahaja. Manakala Wazir Tanfiz pula

diberikan kuasa yang terbatas dalam aspek perlaksanaan dan dalam banyak hal

ia dikehendaki merujuk kepada khalifah yang bertindak sebagai penggubal

dasar pemerintahan negara. Bagi Wazir Tanfiz jumlah yang dibenarkan agak

ramai seolah-olah bertaraf kementerian di bawah pimpinan khalifah. Dengan

kedudukan wazir Tanfiz ini seolah-oleah mereka ini adalah pengantara antara

rakyaat dengan khalifah.

Page 30: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

28

4. Sebagai contoh yang dijelaskan oleh Al-Iman al-Mawar di dalam kitabnya

Ahkam al Sultaniah bahawa Wazir Tafwidh berhak menjalankan tindakan

berikut secara bebas tanpa merujuk kepada khalifah. Anatarnya:

a. Menentukan urusan berkaitan peperangan dan mengendalikan kes-kes

al Mazlim ( aduan ).

b. Hak-hak mentauliahkan dan melantik pegawai-pegawai tinggi dalam

kerajaan.

c. Mengendalikan dan bertanggungjawab dalam kewangan negara.

d. Mengurus dan bertanggungjawab dalam urusan ketenteraan.

Dalam bidang seperti di atas kuasa bagi Wazir Tanfiz adalah terbatas dan

dikehendaki merujuk kepada khalifah sebagai penentu dasar.

5. Berdasarkan kedudukan wzir Tafwidh yang mempunyai kuasa pentadbiran yang lebih luas telah menyebabkan syarat-syarat bagi melantik ke jawatan

Wazir Tafwidh adalah seperti syarat-syarat perlantikan khalifah dan ia hendaklah beragama Islam. Manakala bagi Wazir Tanfiz pula boleh dilantik

dikalangan bukan penganut Islam.

6. Di Andalus pula, corak dan sistem wazir (menteri) berbeza di mana

pentadbiran Islam di Andalus dijalankan oleh Jemaah menteri. Contohnya bagi

urusan kewangan seorang wazir yang dikenali sebagai wazir almal. Bagi

pelaksanakan undang-undang dan pengadilan, ada seorang menteri. Bagi

urusan luar, terdapat seorang wazir, bagi urusan ketenteraan dan hal ehwal

keamanan dan pertahanan seorang wazir yang lain pula dilantik.

7. Jemaah Menteri dalam pentadbiran kerajaan Islam di Sepanyol diketuai atau dipimpin oleh seorang yang menggunakan istilah Hajib. Jawatan Hajib di

dalam Islam di Sepanyol seperti kedudukan Ketua Menteri atau Perdana Menteri dalam pentadbiran moden hari ini.

8. Hakikatnya jawatan hajib sebenarnya wujud juga dalam sistem pentadbiran di

Baghdad atau dalam kerajaan Abbasiyyah. Apa yang membezakan antara

keduanya ialah Hajib di Baghdad hanya sebagai pegawai protokol istana

sahaja. Manakala dalam kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol ialah

pengantara Khalifah dan Jemaah Menteri atau dapat disifatkan sebagai Ketua

Menteri.

Kesimpulan : ( 1M )

1. Berasaskan penjelasan di atas nyata terdapat perbezaan antara sistem menteri dalam Kerajaan Abbasiyah dan Umaiyyah. Perjalanan pentadbiran di Sepanyol berjalan

berdasarkan Jemaah Menteri. Manakala sistem pentadbiran kerajaan Abbasiyah pula kadang-kadang berjalan dalam bentuk sistem Wazir Wazir Tafwidh iaitu mengenal

seorang menteri terkadang-kadang sebagai bertaraf Wazir Tanfiz yang berkemungkinan dijalankan oleh lebih dari seorang Ketua Menteri.

Page 31: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

29

2. Demikian juga jemaah menteri dalam sistem pentadbiran di Sepanyol, ia merupakan

pengantara antara Khalifah dan Jemaah Menteri yang dipimpin oleh Hajib yang

bertindaak sebagai Ketua Jemaah Menteri. Sedangkan jawatan hajib di baghdad

merupakan pegawai protokol dalam Istana Khalifah sahaja yang sifatnya lebih rendah

dan umum berbanding Hajib di Sepanyol.

Page 32: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

30

10. Huraikan organisasi ketenteraan Islam pada zaman pemerintahan Nabi

Muhammad SAW sehingga zaman Bani Abbasiyah.

Pengenalan : ( 3M )

1. Konsep Ketahanan

2. Konsep Pertahanan

3. Latar belakang kepimpinan ketenteraan Nabi Muhammad SAW.

4. Konsep Organisasi Ketenteraan.

Isi-isi : ( 4 x 5M = 20M )

1. Sistem Pengerahan Tentera dan Daftar Tentera :

Pada zaman Nabi Muhammad dan Khalifah Abu Bakar tiada organisasi sosial

yang khusus. Organisasi ketenteraan terbentuk apabila diperlukan. Tentera

berperang secara sukarela dan jihad contoh Perang Badar. Zaman Khalifah

Umar al-Khattab perkenalkan daftar tentera kepada dua bahagian iaitu tentera

sukarela dan tentera sepenuh masa. Manakala pada zaman Bani Umayyah dan

Bani Abbasiyah, sistem pengerahan berubah dan tentera telah ditawarkan

ganjaran dan dibayar gaji.

2. Jenis Tentera :

a. Tentera Islam kebanyakannya terdiri daripada tentera darat sahaja.

Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab jalan laut telah digunakan

untuk tentera-tentera laut walaupun pada ketika itu potensi tentera laut

kurang terutamanya selepas kekalahan mereka di Tawus yang telah

mengorbankan ramai tentera laut Islam. Tentera laut masih diteruskan

juga pada zaman Khalifah Uthman dan Bani Umayyah pada zaman

pemerintahan Muawiyah yang telah melancarkan ekspedisi ketenteraan

laut menentang Byzentine dan Constantinople pada 54H.

b. Tentera laut terbahagi kepada dua bahagian iaitu tentera Laut

Mediterranean yang menggunakan kapal-kapal besar berpaku dan Laut

Merah dan Laut India yang menggunakan kapal-kapal kecil tanpa besi

dan berpaku.

3. Gaji Tentera :

a. Zaman Nabi Muhammad SAW tentera berjihad dan tidak dibayar gaji.

Zaman Khalifah Umar Al-Khattab telah memperkenalkan pembayaran

gaji dan elaun kepada para tentera setelah penubuhan Diwan Tentera

Page 33: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

31

b. pada tahun 20H.Contoh Lelaki Muhajirin dan Ansar menerima dua

hingga lima ribu dirham setahun. Tentera junior pula menerima 1500

hingga 2000 dirham setahun.

c. Pada zaman Bani Umaiyah purata gaji ialah 1000 dirham setahun

termasuk elaun keluarga dan elaun tambahan pada zaman

pemerintahan Yazid sebanyak 100 dirham.

d. Zaman Bani Abbasiyah, pembayaran gaji sebanyak 960 dirham

setahun dan harta rampasan perang diberikan kepada tentera pejalan

kaki, manakala tentera berkuda menerima sekali ganda kerana mereka

terpaksa menanggung kos pembiayaan kuda.

4. Alat Kelengkapan Perang :

a. Alatan senjata yang digunakan semasa zaman Nabi Muhammad SAW

yang diperbuat dari kayu dan telah dicelup dengan cuka dengan tujuan

kalis api dan pada zaman Bani Abbasiyah pula penggunaan kereta

kebal Bani Abbasiyah seperti tombak,panah,pedang, manjaniq dan

dabbabah.

b. Kuasa semula jadi seperti angin yang kuat merupakan senjata seperti

dalam Perang Khandak dan Hunain

c. Penggunaan kuda semasa serangan secara mengejut kerana lebih

tangkas dan sifat seekor kuda yang sabar dan tahan panas.

5. Komposisi Tentera :

a. Penyusunan tentera terawal adalah al-saf , setiap barisan mempunyai

100 hingga 1000 orang tentera semasa zaman Nabi Muhammad SAW.

Contoh Perang Badar diketuai oleh Nabi Muhammad SAW, jumlah

tentera seramai 313 orang dan dibahagikan dua barisan iaitu barisan

hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan belakang

pula bersenjatakan panah dan perisai.

b. Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, sistem kurdus atau Karadis

(pasukan) digunakan dalam penyusunan tentera Islam yang

mengandungi 300 hingga 600 orang.

c. Pada zaman Bani Umaiyah pasukan tentera diketuai oleh komander

atau al-Amir yang mempunyai 50 hingga 100 orang tentera.

d. Pada zaman Bani Abbasiyah tentera Islam terbahagi kepada lima

bahagian iaitu tentera berkuda (al-Fursan), tentera berjalan kaki (al-

harbiyah),tentera menembak (al-naqqaabun),tentera pemanah (al-

ramiyah) dan tentera bola api (al-ghilman).

Page 34: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

32

Kesimpulan : ( 2M )

1. Struktur dan organisasi ketenteraan yang sesuai dan berkesan membawa

kejayaan.

2. Memperlihat kewibawaan Nabi Muhammad SAW perintis sebagai seorang

pemimpin ketenteraan dan perangcang taktik dan strategic perang.

Page 35: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

33

11. Huraikan Sistem Pendidikan Islam Di Timur Tengah dan Pengaruhnya

Terhadap Sistem Pendidikan Islam Di Alam Melayu.

Pendahuluan : ( 3M )

1. Pendidikan Islam adalah wahana terpenting untuk meneruskan kesinambungan

budaya dan tradisi keilmuan Islam di dalam sesebuah masyarakat.

2. Pendidikan Islam amat berharga kerana ia boleh mempengaruhi pembentukan generasi Islam yang akan datang.

3. Institusi pendidikan islam bermula di rumah dan masjid – masjid pada wala

Islam, kemudiannya ditubuhkan Baitul – ‘ilm, al – Madrasah al – Baihaqqiyah di Naisabur dan Madrasan Nizammiyyah di Baghdad pada tahun 1067 Masihi

sebagi institusi pengajian tinggi Islam. Sebagi kemuncak perkembangan

institusi pendidikan Islam ialah dengan tertubuhnya Universiti Al – Azhar

359H ( 980 M ).

4. Terpengaruh dari sistem pendidikan Islam di Timur Tengah, pengajian

berbentuk Halaqah, pondok dan pesantren lahir di Alam Melayu.

Isi-isi : ( 20 M )

Konsep : ( 2 X 2M = 4M )

1. Menurut Ibnu Khaldun, antara matlamat pendidikan Islam ialah :

a. Mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syair – syair agama menerusi Al – Quraan dan Al – Sunnah. Melalui

kaedah sedemikian potensi iman dapat diperkukuhkan, sebagaimana halnya dengan potensi – potensi lain sekiranya telah menajdi darah

daging ia boleh menjadi fitnah. b. Memperlengkapkan akhlak manusia.

c. Memperlelengkapkan sosio – budaya manusia. d. Memperlengkapkan seseorang dengan asas kemahiran prosfesional

atau pekerjaan.

e. Mempertingkatkan daya pemikiran seseorang kerana dengan tahap

pemilihan yang tinggi seseorang itu dapat membuat berbagai – bagai

pekerjaan dan menambah lagi daya kreativitinya.

f. Membekalkan seseorang dengan kemahiran kesenaian, termasuk

muzik, syair, khat, seni bina dan lain – lain lagi.

2. Antara prinsip – prinsip pendidikan Islam ialah untuk :

a. memahami penciptaan manusia dan mahkluk seluruhnya, iiatu

mengenal Allah sebagai pencipta dan yang lain semuanya adalah

mahkluk Allah.

b. Memahami sumber ilmu yang diakui sebagai benar dalam Islam.

c. Memahami martabat ilmu dalam Islam.

Page 36: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

34

d. Menjurus kepada pembiaan tiga fakulti manusia, iiatu akal ( minda )

roh ( kerohanian, dan jasad ( jasmani ) dalam pengisian ilmu .

e. Memiliki dan mengembangkan ilmu berasaskan kepada tauhid.

Perkembangan pendidikan Islam Di Timur Tengah: ( 4 X 2M = 8M )

3. Sejarah perkembangan pendidikan Islam melalui beberapa proses mengikut

perubahan masa. perkembangan adalah seperti berikut:

a. Pada zaman awal Islam, penddikan agama disampaikan di rumah –

rumah perseorangan. Rasullah s.a.w menjadikan rumah al – Arqam bin

Al – Arqam sebagai tempat belajar, selain itu sebagai tempat markas

dakwah. Di rumah itu baginda menyampaikan dasar – dasar Islam dan pengajian Al – Quraan. Di samping rumah Al – Arqam, baginda

menyampaikan pendidikan agama di rumahnya sendiri sebagai tempat kaum muslimin berhimpun mempelajari akidah dan syariah Islam. Dar

Al – Arqam adalah sekolah pertama dalam Islam, mankala Rasullah s.a.w sebagai guru dan pendidik pertama.

b. Selepas baginda Rasullah s.a.w berhijrah ke Madinah pada tahun 622

masihi, masjid – masjid didirikan sebagai rumah ibadahdan

penyebaran islam. Di Madinah, Rasullah s.a.w menjadikan masjid

Nabawi sebagai tempat belajar. Struktur pengajian di masjid Nabawi

ini adalah tidak formal. Kemudian surau yang diberikan nama al –

Suffiah didirikan bersambungan dengan masjid Nabawi. Di sinilah

Rasullah s.a.w mengajar umat Islam memahami agama Islam secara formal, di samping melatih beberapa orang sahabat terkemuka untuk

menjadi guru mengajar pelbagai matapelajaran. Antara guru yang dilantik mengajar al – Suffiah ialah Abdullah bin

Rawahah, Ubadah bin Samit dan Ubaidah Al – Jarrah. Antara matapelajaran yang diajar ialah Al – Quraan, akidah Islam, hukum

Islam, seni Khat, sejarah, menunggang kuda, memanah dan bahasa

asing. Pengetahuan yang diajar di sini merangkumi pendidikan rohani

dan jasmani.

c. Pada zaman Khulafah Ar – Rashidin, banyak masjid – masjid didirikan

untuk menjadi pusat kegiatan masyarakat, termasuk menjadi tempat

ibadat dan pendidikan Islam. Pada masa ini para sahabat meneruskan

tugas Rasullah s.a.w sebagai pendakwah dan guru telah berkhidmat

secara sukarela sebaga guru atau pendidik. Antara mereka ialah

‘Aisyah yang mengajar di Masjid Madinah: Abdullah bin Abbas di

masjid Makkah; Abdullah bin Masud di masjid Kufah: Abu Musa Al – Asy’ari di masjid Basrah dan Abu al – Darda’ di masjid Damsyik.

d. Pada zaman kerajaan bani Umaiyyah, para sahabat dan tabiin pula

membuka banyak pusat pengajian Islam di masjid – masjid di seluruh negara Islam. Matapelajaran yang diajar ialah ilmu Tafsir, Hadis, Fiqh,

bahasa dan kesusasteraan Arab dan lain – lain.

Page 37: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

35

e. Pada zaman kerajaan Abbasiyyah, perkembangan penddiikan telah

mencapai kemajuan yang paling tinggi dalam pengajian Islam. Selain

masjid didirikan juga pusat – pusat pendidikan yang lain untuk

mempelajari ilmu agama dan ilmu – ilmu yang lain seperti matematik,

kimia, fizik, astronomi, logik, falsafah, bahasa kesusasteraan Arab dan

lain – lain lagi. Kursus pengajian dibahagikan kepada tiga peringkat

iaitu permulaan, menengah dan pengkhususan ( kepakaran ).

Untuk pendidikan di peringkat permulaan kuttab ( pondok ) didirikan

sebagai institusi pengajiannya. Institusi ini menyediakan pendidikan

kepada kanak – kanak. Kuttab ada didirikan bersambungan dengan

masjid dan ada juga berasingan di seluruh negara. Antara

matapelajaran yang diajar di Kuttab ialah Al – Quraan, Al – Hadis, Khat, tatabahasa Arab, dan sejarah.

4. Perkembangan pendidikan Islam melalui sistem persekolahan bermula

pada akhir abad keempat Hijar setelah penduduk – penduduk Naisabur menubuhkan al – Madrasah al Baihaqiyyah. Kemudiannya diikuti oleh

Nizam al – Mulk ( 485 H ) yang mendirikan institut Nizamiyyah di Naisabur dan baghdad. Kerajaan Ayyubiyyah dan mamlik

kemudiannya menubuhkan sekolah – sekolah di seluruh daerah yang

ditakluki oleh mereka.

5. Untuk menyokong perkembangan sistem pendidikan Islam, para ulama

telah mengarang pelbagai buku mengikut pengkhususan para sarjana

dan penuntut di Institusi pengajian rendah dan tinggi. Bagi memudahkan buku – buku dibaca dan ditelaah, pihak pemerintah

dengan pusat – pusat pengajian berkenaan telah menubuhkan beberapa perpustakaan yang diletakkan berhampiran dengan pusat – pusat

pengajian berkenaan. Antara perpustakan yang termasyhur pada zaman kegemilangan Islam ialah;

a. Baitul Hikmah : Perpustakaan terawal ini dibina oleh Harun Al

– Rasyid. Allah Al – Syuibi telah dilantik menjadi penyalin

buku bagi Al – rasyid dan al – Ma’mundi baitul Hikmah dan

Abu Shal al – fadl bin Nawbakht pula dilantik sebagai

pentyerjemah buku di bawah al – Rasyd di perpustakaan ini. Di

sini terdapat pelbagai koleksi buku berbagai – bagai bidang

ilmu pengetahuan.

b. Perpustakaan Haidani : Di Najaf, terletak berhampiran dengan

perkuburan khalifah Ali yang masih ada sehingga sekarang.

c. Perpustakaan Abu Ali bin Sawar di Basrah. Sebuah lagi

perpustakaan Abu Ali ialah di Ram Hurmuz. Seorang Ulama juga dilantik di perpustakaan ini mengajar ilmu agama.

Page 38: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

36

d. Khizanat Sabur ( Dar al – ‘ilm ) pula didirikan oleh Abu Nasr

Sabur bin Ardasyir ( 416 H ) pada tahun 381 H di Baghdad.

Beliau adalah perdana menteri kerajaan Buwaih. Terdapat

e. seratus naskhah Al – Quraan yang ditulis oleh Banu Muqlah

dan sebanyak 10.400 jilid buku yang ditulis tangan disimpan di

sini.

f. Perpustakaan separuh awam terdapat di sekolah Nizamiyyah di

baghdad dan di sekolah al – Mustansiriyyah pada zaman

pemerintahan Abbasiyyag di Baghdad.

g. Perpustakaan separuh awam juga didirikan oleh khalifah –

khalifah dan raja – raja antaranya ialah perpustakaan ‘Adud al – daulah di Syiraz dan perpustakaan Sanianid yang pernah

dikunjungi oleh Ibu Sina, eorang ahli falsafah Islam terkenal. Keahlianperpustakaan jenis ini hanya dikhaskan kepada orang

yang berpangkat dan terkenal sahaja.

6. Sejarah perkembangan sistem pendidikan Islam di Timur Tengah dan pengaruhnya di Alam Melayu adalah seperti berikut : ( 4 X 2M = 8M )

a. Perkembangan institusi pendidikan islam di rumah, masjid, kuttab

( pondok ) dan sekolah telah tersebar ke seluruh dunia Islam bersama

– sama dengan perkembangan agama Islam ke kawasan – kawasan

berkenaan. Perkembangan sistem penddiikan ini telah menjalar

sehingga ke Timur termasuk Alam Melayu. Struktur dan kurikulum pengajian Islam dan institusi – institusinya yang adadi kawasan –

kawasan ini adalah sama dengan yang wujud di negari – negari Arab di Timur Tengah.

b. Di Acheh, struktur pengajian Islam seperti ini telah wujud sejak zaman

awal kedatangan Islam lagi. Antara pelopor pengajian Islam ini ialah

wali Songo dan para ulama yang lain. Menurut kebiasaan kaum

muslimin apabila kanak – kanak mereka mencapai umur tujuh tahun,

mereka akan dihantar ke surau untuk mengaji Al – Quraan, ibadat,

tauhid dan akhlak. Sistem pendidikan Islam dilihat lebih jelas di

Acheh, apabila kerajaan Islam Acheh di bawah Sultan Iskandar Muda

Mahkota Alam ( 1607 – 1636 M ) telah menyusun sistem pendidikan

secara lebih teratur dengan menubuhkan Munasah dan Rangkang

untuk pelajar – pelajar peringkat rendah dan Jamiat Baitur – Rahman

sebagai sebuah universiti yang setaraf dengan Universiti – universiti di

Timur Tengah.

c. Di Filipina, kanak – kanak yang berumur antara enam hingga sepuluh tahun mula belajar membaca dan menghafaz Al – Quraan di rumah

d. guru yang diadakan di sebelah pagi pada setiap hari. Pembelajaran

sedemikian wujud sehingga sekarang.

Page 39: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

37

e. Di Brunei, sistem pengajian tradisi orang Islam wujud sehingga

diperkenalkan sistem persekolahan moden pada tahun 1908 dan tidak

ada pendidikan Islam di peringkat universiti.

f. Di Singapura, pendidikan tradisional Islam juga wujud sehingga

diperkenalkan sistem persekolhan moden pada tahun 1908 dan tidak

ada pendidikan Islam di peringkat universiti sehingga sekarang di

Singapura.

g. Di Semenanjung Tanah Melayu, struktur pendidikan tradisional Islam

juga wujud sejak Islam bertapak di Tanah Melayu, sebagaimana yang

disebutkan oleh Abdullah Munsyi dalam Hikayat Abdullah dan Kisah

Pelayaran Abdullah.

Kesimpulan : ( 2M )

Apa – apa sahaja yang berkaitan di atas.

Page 40: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

38

12. Bandingkan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalis yang

diamalkan di Barat.

A. Pengenalan : ( 3M )

� Perkataan ekonomi daripada bahasa Greek bermaksud pengurusan

rumah tangga.

� Menurut Routedge Dictionary of Economy ialah kaedah umum

manusia./individu bekerjasama untuk memenuhi kehendak material

manusia.

� Ekonomi ialah ilmu yang mengkaji pertukaran dan penggunaan bahan/

barang pelbagai dan terhad.

A. Isi : ( 5 X 4M = 20M )

1. Konsep :

� Islam menekankan usaha mencari rezeki yang halal, tanpa

menindas dan kerana Allah. � Barat meletakkan keuntungan material semata-mata

2. Pemilikan Harta :

� Islam menganggap harta kekayaan adalah milik Allah dan

diberikan milik sementara kepada manusia.

� Barat menganggap harta adalah milik individu.

3. Matlamat :

� Usaha mencari rezeki dalam Islam adalah untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

� Barat-untuk memaksimakan untung, majikan menindas pekerja,

bayar gaji yang rendah dan nafikan hak mereka.

� Barat- untuk kepuasan individu semata-mata.

4. Agihan Kekayaan :

� Islam mensyaratkan kekayaan yang diperoleh bukan untuk

individu semata-mata, malah dikenakan zakat bagi membantu

mereka yang kurang bernasib baik.

� Ekonomi barat meletakkan kekayaan yang diperoleh adalah hak

individu.

Page 41: JABATAN PELAJARAN MELAKA 2010 · PDF fileSEJARAH 940/1 ... • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan ... ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan

Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010

39

5. Ekonomi yang memudaratkan awam :

� Islam mensyaratkan aktiviti ekonomi yang dijalankan bagi

kesejahteraan awam. Akitiviti yang memudaratkan seperti judi,

arak, pelacuran, riba dan sebagainya diharamkan.

� Barat mengiktirafkan kegiatan ini.

6. Kebebasan mencari rezeki :

� Masyarakat Islam bebas mencari rezeki namun kerajaan berhak

campur tangan bagi menjaga kepentingan umum

� Kapitalis menuntut agar tidak campur tangan daripada kerajaan

‘laissez faire’

B. Kesimpulan : ( 2M )

� Sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi kapitalis adalah berbeza kerana ekonomi Islam berdasarkan sunnah dan wahyu sedangkan

kapitalis adalah ciptaan manusia.