JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK PENGAGIHAN PLAN DATA GURU...

2
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak – 1 BestariNet Fasa 2 Muka - 1 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK PENGAGIHAN PLAN DATA GURU DIBAWAH PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2, KPM (AGIHAN PERANTI DONGLE) 1. PELAN DATA GURU Pelan data guru bersaiz 2GB dan peranti peribadi untuk semua guru bagi sekolah yang menerima perkhidmatan 4G. Semua guru akan mendapat plan data 2GB dan peranti peribadi secara berperingkat. 2. PENYERAHAN PERANTI DONGLE i. Penyerahan peranti dongle kepada sekolah diuruskan oleh Unit ICT, Pejabat Pendidikan Daerah. ii. Pengarah Kolej / Pengetua / Guru besar diberi kuasa untuk menentukan penerima peranti dongle. iii. Peranti dongle yang diedarkan hendaklah mengutamakan guru-guru yang melaksanakan tugas berkaitan VLE dan ICT seperti berikut : a) Guru yang melaksanakan VLE (contoh: Guru Penyelaras Bestari / guru-guru yang menggunakan VLE) b) Guru yang terlibat dengan sistem dan aplikasi online (contoh : Guru Data) c) Guru yang terlibat dalam pengurusan teknikal ICT (contoh : Guru Penyelaras ICT) d) Guru yang menggunakan kemudahan ICT bagi tujuan PdP (contoh : Ketua bidang / Guru Matapelajaran ICT / Sains / lain-lain) iv. Peranti dongle hendaklah digunakan sepenuhnya bagi tujuan PdP.

Transcript of JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK PENGAGIHAN PLAN DATA GURU...

Page 1: JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK PENGAGIHAN PLAN DATA GURU ...jpnperak.moe.gov.my/spmict/muatturun/1BestariNet_Fasa_2/Agihan... · Pelan data guru bersaiz 2GB dan peranti peribadi

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak – 1 BestariNet Fasa 2 Muka - 1

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

PENGAGIHAN PLAN DATA GURU DIBAWAH

PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2, KPM

(AGIHAN PERANTI DONGLE)

1. PELAN DATA GURU

Pelan data guru bersaiz 2GB dan peranti peribadi untuk semua guru bagi sekolah

yang menerima perkhidmatan 4G. Semua guru akan mendapat plan data 2GB dan

peranti peribadi secara berperingkat.

2. PENYERAHAN PERANTI DONGLE

i. Penyerahan peranti dongle kepada sekolah diuruskan oleh Unit ICT, Pejabat

Pendidikan Daerah.

ii. Pengarah Kolej / Pengetua / Guru besar diberi kuasa untuk menentukan

penerima peranti dongle.

iii. Peranti dongle yang diedarkan hendaklah mengutamakan guru-guru yang

melaksanakan tugas berkaitan VLE dan ICT seperti berikut :

a) Guru yang melaksanakan VLE

(contoh: Guru Penyelaras Bestari / guru-guru yang menggunakan VLE)

b) Guru yang terlibat dengan sistem dan aplikasi online

(contoh : Guru Data)

c) Guru yang terlibat dalam pengurusan teknikal ICT

(contoh : Guru Penyelaras ICT)

d) Guru yang menggunakan kemudahan ICT bagi tujuan PdP

(contoh : Ketua bidang / Guru Matapelajaran ICT / Sains / lain-lain)

iv. Peranti dongle hendaklah digunakan sepenuhnya bagi tujuan PdP.

Page 2: JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK PENGAGIHAN PLAN DATA GURU ...jpnperak.moe.gov.my/spmict/muatturun/1BestariNet_Fasa_2/Agihan... · Pelan data guru bersaiz 2GB dan peranti peribadi

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak – 1 BestariNet Fasa 2 Muka - 2

v. Peranti dongle tidak boleh berkongsi kerana telah didaftarkan secara individu ke

atas nama penerima.

vi. Pihak pentadbir sekolah dan penerima peranti dongle hendaklah merujuk kepada

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK

PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

vii. Pihak sekolah hendaklah melengkapkan Borang Pengakuan Penerimaan

Peranti selepas edaran dibuat dalam tempoh 30 hari kepada Unit ICT

PPD. Kelewatan serahan akan mengakibatkan pelan data guru 2GB digantung.

3. ISU TEKNIKAL

Isu teknikal berkaitan peranti dongle seperti kerosakan hendaklah menghubungi

pihak :

i. Pusat Kegiatan Guru (PKG) kelompok masing-masing

atau

ii. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

(Unit Pembestarian Sekolah)

MUAT TURUN MAKLUMAT 1BESTARINET FASA 2

Pihak sekolah boleh memuat turun maklumat 1BestariNet Fasa 2 melalui laman khas di

portal JPN Perak di url berikut http://jpnperak.moe.gov.my/spmict