asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

28
MODUL ASAS PANGKALAN DATA ASAS PANGKALAN DATA OBJEKTIF Di akhir Modul ini anda sepatutnya dapat:- Menerangkan konsep pangkalan data Membina struktur jadual Membina Entity - Relationship Diagram (ERD) Wizni/KKPG/2013 1 TOPIK 1 Perwakilan Keperluan Pangkalan Data TOPIK 2 Bina Struktur Jadual TOPIK 3 Bina Entity – Relationship Diagram (ERD)

description

pangkalan data, asas

Transcript of asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

Page 1: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

ASAS PANGKALAN DATA

OBJEKTIF

Di akhir Modul ini anda sepatutnya dapat:-

Menerangkan konsep pangkalan data

Membina struktur jadual

Membina Entity - Relationship Diagram (ERD)

Wizni/KKPG/2013 1

TOPIK 1

Perwakilan Keperluan Pangkalan Data

TOPIK 2

Bina Struktur Jadual

TOPIK 3

Bina Entity – Relationship Diagram (ERD)

Page 2: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

PERWAKILAN KEPERLUAN PANGKALAN DATA

HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir topik ini, pelajar akan dapat:-

mengenalpasti permasalahan sistem manual

menamakan sistem yang akan dibangunkan

mendapatkan perisian yang akan digunakan untuk membangunkan

sistem.

1.1 PENGENALAN

Pangkalan Data digunakan secara meluas di dalam setiap sudut kehidupan manusia hari

ini secara sedar atau tidak. Ia boleh didapati di kebanyakan organisasi sama ada kecil atau

besar. Pangkalan Data digunakan untuk menyimpan, memanipulasi dan mencapai data di

kebanyakan organisasi. Ia merupakan satu koleksi data yang disimpan dalam format yang

piawai dan direka khusus supaya mampu untuk berkongsi data dengan ramai pengguna.

Berikut adalah contoh Pangkalan Data:

a. Kolej

Sistem pangkalan data pelajar Kolej Komuniti Pasir Gudang mengandungi

maklumat berkenaan peribadi, kursus, keputusan peperiksaan dan lain-lain.

Untuk mendaftar kursus, masukkan login id dan katalaluan. Kedua-dua ini

diguna untuk mencapai pangkalan data kursus & pangkalan data peribadi.

Sahkan kursus yang akan diambil, pangkalan data kursus akan

dikemaskinikan.

Wizni/KKPG/2013 2

TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1TOPIK 1

Page 3: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

b. Pasaraya

Semasa membuat bayaran barang-barang yang dibeli di TESCO, setiap

barang diimbas menggunakan pembaca bar code.

Ini dihubungkan dengan program aplikasi yang menggunakan bar code untuk

mencapai harga barang dari pangkalan data produk .

Program akan menolak bilangan barang dalam stok. Jika stok di paras perlu

order semula, di mana sistem pangkalan data akan order secara automatik

c. Perpustakaan

Perpustakaan Tun Sri Lanang mempunyai pangkalan data mengandungi

maklumat buku, peminjam, tempahan dan lain-lain.

Buku boleh dicari mengikut judul, penulis atau bidang subjek melalui

Gemilang (indeks berkomputer)

Sistem pangkalan data membolehkan penempahan buku.

Sistem ini juga perlu pembaca bar code untuk merekod buku yang keluar

masuk dari perpustakaan

1.2 ISTILAH ASAS PANGKALAN DATA

Istilah Maksud Contoh

Data Fakta asas 1998, Sejarah

Maklumat Data yang telah diproses dan berada

dalam struktur yang berguna untuk

membolehkan keputusan dibuat

Bilangan buku

Sejarah pada tahun

2000

Persekitaran

(Dunia Nyata)

Organisasi di mana pangkalan data

direka bentuk dan dibangunkan.

Perpustakaan

Entiti Suatu objek yang unik dan boleh dikenal

pasti di dalam persekitaran tertentu.

Pengarang

Atribut/ Medan

/ Item Data

Ciri-ciri yang menghuraikan tentang

sesuatu entiti.

NamaPengarang,

Wizni/KKPG/2013 3

Page 4: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Istilah Maksud Contoh

Rekod Sekumpulan atribut/medan/item data yang

ber- hubungkait (secara logik)

AA61.90, Sejarah,

Zain

Fail Sekumpulan rekod-rekod yang

berhubungkait.

Buku

Pangkalan

Data

Koleksi data yang berhubungkait Katalog

1.3 SISTEM FAIL TRADISIONAL

Sistem Fail Tradisional adalah sistem sedia ada yang digunakan iaitu penyimpanan secara

manual. Contoh : Unit Pengambilan menyimpan maklumat pelajar dalam kabinet (sistem

fail manual) di mana fail-fail pelajar dilabel dan disusun mengikut kelas. Kaedah ini sesuai

jika fail-fail hanya diguna untuk stor dan mencapai data biasa. Walaubagaimanapun sistem

fail manual ini akan gagal sekiranya perlu menyilang kait dan memproses maklumat dalam

fail seperti untuk mendapatkan perbandingan keputusan peperiksaan yang lebih baik bagi

pelajar tahun 1 pada semester 2 dan semester 1.

1.3.1 Konsep Sistem Fail

Sistem Fail adalah usaha awal dalam mengkomputerkan sistem fail manual bagi

menbolehkan capaian data yg lebih efisyen. Sistem Fail merupakan koleksi atur cara

aplikasi yang melaksanakan perkhidmatan (contoh: pengiraan, pengisihan data dan

penjanaan laporan) kepada pengguna akhir. Bagi carian sebarang maklumat hanya dengan

membuka Sistem Fail dan mencari satu persatu dari awal hingga maklumat yang

dikehendaki diperolehi dan juga boleh membina sistem indeks utk pencarian lebih pantas.

Wizni/KKPG/2013 4

Page 5: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Rajah 1 Konsep fail biasa untuk persekitaran kilang pembuatan

1.3.2 Kelemahan Konsep Fail Biasa

i. Duplikasi Data (Pertindihan Data)

Data Lewah (Data Redundancy)

Ketidakselarasan Data

Kawalan Data yang Lemah

ii. Pengasingan Data di mana data disimpan di dalam fail yang berbeza

iii. Kebersandaran Format Data iaitu struktur fail sukar dipinda kerana

ditentukan oleh program

iv. Ketidakserasian Fail iaitu berlainan struktur atau program

v. Kesukaran Mewakilkan Data Organisasi dimana data tidak dapat dihasilkan

dapat bentuk yang dikehendaki

Wizni/KKPG/2013 5

FAIL STOKNoStok, NamaStok,Kuantiti, ParasMin,Kos/unit

FAIL JUALANNamaPel,Alamat,NoInvois,NoItem,NamaStok,Amaun,Kos/item,KosTempahan,HadKredit

FAIL AKAUNNamaPelanggan,NoInvois,KosTempahan,Bayaran, HadKredit

Aplikasi atur carasistem pengeluaran

Aplikasi atur carasistem jualan

Aplikasi atur carasistem kewangan

Page 6: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

1.4 KONSEP PANGKALAN DATA

Pangkalan data sebagai koleksi data logikal yang berkaitan dan koleksi data tersebut

disusun supaya kandungannya dapat dikeluarkan, diurus dan dikemaskini dengan mudah.

Aplikasi pangkalan data adalah satu program yang berinteraksi dengan pangkalan data

pada masa-masa program execution.

Sistem pangkalan data merupakan satu koleksi program aplikasi yang berinteraksi

dengan pangkalan data.

Rajah 2 Perbezaan Antara Sistem Fail dengan Sistem Pangkalan Data

1.4.1 Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD)

Sistem Pengurusan Pangkalan Data(Database Management System) merupakan

Perisian yang mengurus dan mengawal capaian kepada pangkalan data

Wizni/KKPG/2013 6

Page 7: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Rajah 3 SPPD(DBMS) mengurus interaksi antara pengguna dengan pangkalan data

melalui SPPD

1.4.2 Komponen Persekitaran SPPD (DBMS)

Terdapat 5 Komponen Utama dalam Persekitaran Pangkalan Data

i. Perkakasan

ii. Perisian

iii. Data

iv. Prosedur

v. Orang/Individu

i. Perkakasan

Perkakasan merupakan alatan fizikal yang perlu digunakan bagi melarikan

sistem pangkalan data. Ia bergantung kepada keperluan organisasi dan DBMS

yang digunakan. Keperluan paling utamanyaa dalah dari segi kapasiti storan

primer (memori) dan storan sekunder yang besar bagi menampung urusan

perkongsian data yang agak kompleks. Perkakasan utama yang diperlukana

dalah sebuah komputer.

Wizni/KKPG/2013 7

Page 8: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

ii. Perisian

Komponen perisian terdiri drpd;

a. Perisian SPPD mempunyai 4G tools, membolehkan pembangunan

aplikasi yang cepat, menyediakan query language, penjana laporan,

penjana borang, penjana grafik & penjana aplikasi

b. Program aplikasi dibangunkan menggunakan 3GL (C, C++, VB, Java)

atau 4GL dlm 3GL (SQL)

c. OS (Sistem Pengoperasian) merupakanpPerisian rangkaian (jika SPPD

digunakan pada rangkaian)

iii. Data

Merupakan komponen terpenting dan fakta asas bagi keperluan maklumat

sesuatu organisasi. Maklumat pelajar = keputusan peperiksaan dan lain-lain.

Guru = matapelajaran dan lain-lain

iv. Prosedur

Pengamal dan pengguna akhir bertindak sebagai penggerak sistem pangkalan

data dengan mengikuti beberapa peraturan dan tatacara tertentu. Ianya meliputi

peraturan, piawaian, panduan rekabentuk dan penggunaan pangkalan data.

v. Orang/Individu

Individu yang terlibat:

Pengguna akhir – individu/organisasi yang mencapai dan menggunakan

pangkalan data. contohnya, pelajar, guru dan ibubapa.

Pemilik (pentadbir) data – mengarahkan pembangunan sistem pangkalan

data.

Pentadbir Pangkalan Data (DBA)– menentukan system keselamatan,

pemulihan bencana, kaedah capaian dan memilih DBMS.

Pengaturcara program – bertanggungjawab membuat kod aturcara

Wizni/KKPG/2013 8

Page 9: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Pemasuk data – memasukkan dan mengemaskini data. Contoh; kerani

sekolah

Rajah 4 Persekitaran Sistem Pangkalan Data

1.4.3 Jenis SPPD

a. Bilangan Pengguna - Pengguna Tunggal, Pengguna Berbilang

b. Lokasi – Terpusat, Teragih

c. Kegunaan - Transaksi/Produksi,Sokongan Keputusan

1.4.4 Kebaikan & Kelemahan SPPD

Kebaikan SPPD:

i. Kawalan terhadap data lewah kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi

(Meminimakan perulangan / lewahan data ).

ii. Keselarasan data yang lebih tinggi apabila kawalan terhadap data lewah

dilaksanakan (Mewujudkan data yang kosisten).

iii. Kebebasan data dari program – struktur fail tidak bersandar kepada bahasa

pengaturcaraan yang digunakan untuk bangunkan program mudah untuk

mengubah struktur fail seperti saiz data item.

Wizni/KKPG/2013 9

Page 10: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

iv. Perkongsian data di antara individu atau jabatan tinggi kerana data dipunyai oleh

organisasi dan bukan individu atau jabatan tertentu (Kebolehcapaian data).

v. Integriti data – data yang sah dan stabil, khidmat baik pulih, sokongan dan

keselamatan yang lebih baik seperti penggunaan kata laluan, penyulitan serta

penambahan kawalan serempak (Penyelarasan keselamatan, privasi dan

integriti)

vi. Piawaian data dapat dilaksanakan disebabkan konsep perkongsian dan

pengendalian data terpusat (Penguatkuasaan dan keseragaman piawaian).

vii. Lebih ekonomi dari segi tenaga manusia, storan dan kos (Mengurangkan

penyenggaraan program).

viii. Pengurangan konflik di antara pengguna kerana data terletak di bawah

pengurusan(Integrasi dan kewibawaan data)

ix. Kesediaan data yang lebih baik disebabkan SPPD menyediakan kemudahan

pertanyaan dan penjanaan laporan yang mudah (Menyediakan data berkualiti).

x. Penambahan produktiviti disebabkan pengurangan dari segi atur cara

berbanding dengan kaedah fail biasa.

Kelemahan SPPD:

i. Kekompleksan proses pembangunan akan memberi kesan kepada prestasi

sistem.

ii. Saiz SPPD yang besar melibatkan storan yang banyak.

iii. Kos pembinaan SPPD dan penyediaan perkakasan lain yang tinggi.

iv. Kos peralihan dan larian sama ada dari sistem manual atau sistem fail biasa

kepada sistem pangkalan data yang tinggi.

v. Kesan kegagalan lebih tinggi kerana pengguna dan aplikasi amat bergantung

kepada SPPD.

Wizni/KKPG/2013 10

Page 11: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

BINA STRUKTUR JADUAL

HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir topik ini,pelajar akan dapat:-

mengenalpasti entiti yang terlibat dalam pembinaan struktur jadual

mengenalpasti atribut bagi setiap entiti

mengenalpasti kekunci jadual

menghasilkan jadual

menghasilkan rajah aliran data

2.1 PENGENALAN

Entiti adalah suatu objek yang unik dan boleh dikenal pasti di dalam persekitaran tertentu.

Persekitaran(Dunia Nyata) merupakan organisasi di mana pangkalan data direka bentuk

dan dibangunkan.

Atribut/Medan/ Item Data adalah ciri-ciri yang menghuraikan tentang sesuatu entiti.

Rekod merupakan sekumpulan atribut/medan/item data yang berhubungkait (secara logik)

Fail adalah sekumpulan rekod-rekod yang berhubungkait

Wizni/KKPG/2013 11

TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2TOPIK 2

Page 12: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

No. ISBN Tajuk Buku Nama Pengarang Tahun Penerbit

Contoh Analisis Kes Pangkalan Data:

Contoh Data yang terlibat

Sistem yang terlibat Kegunaan Pangkalan Data

Pasaraya: BarangKuantiti barangHarga barangPembeliResitPembekal

Sistem Rekod Pembelian merekod setiap pembelian yang berlaku

Sistem Inventori menyimpan rekod inventori barang-barang yang terdapat di pasaraya.

Merekod transaksi yang berlaku–pembelian, pembayaranMengawal stok inventori – tentukan stok sentiasa cukupAnalisa jualan – merekodjualan yang berlaku untukmenganalisa prestasi jualanharian.

Contoh Data yang terlibat

Sistem yang terlibat Kegunaan Pangkalan Data

Library Bukujurnaltajukpeminjamtarikh pinjamdue date

Sistem Katalogmenyimpan rekod-rekod bahan yang disimpan di librarySistem Carianmenyediakan fungsicarian untuk mencaribahan di librarysistem pinjamanmenyimpan rekod-rekodpeminjaman danpemulangan bahan

Merekod bahan-bahan yangterdapat di dalam library

Memudahkan fungsi carianbahan.

Merekod maklumat bahanyang dipinjam oleh pengguna

Wizni/KKPG/2013 12

Contoh Persekitaran : Perpustakaan

Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama Atribut Nama

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

REKOD

Fail : Buku

Atribut Nilai

Page 13: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Contoh Data yang terlibat

Sistem yang terlibat Kegunaan Pangkalan Data

Universiti

pelajarpensyarahkakitangankursusyurangajikeputusan

Sis. Mak. Pelajarmenyimpan rekod-rekod pelajarSis. Mak. Staffmaklumat staff

Sis. pendaftaran pelajar merekod pendaftaran pelajar.

Sistem KeputusanMerekod keputusan

Merekod, menyimpan,kemaskini maklumat pelajar, pensyarah, kakitangan.

Merekod, memantau rekod pembayaran yuran pelajar

Merekod, mengira dan menganalisa keputusanpeperiksaan pelajar.

Contoh Data yang terlibat

Sistem yang terlibat Kegunaan Pangkalan Data

Klinik PesakitDoktorUbatPenyakitRawatanTemujanji

Sistem Mak. Pesakitmenyimpan rekod pesakitSistem Iventorimenyimpan rekod ubat.Sistem Jadual Bertugas Doktor menyimpan rekod bertugas doktor atau jururawat.Sistem Rawatanmenyimpan rekod rawatan pesakit.Sistem temujanji.

rekod, simpan, semak rekod pesakit.rekod, simpan, kawal stokpharmacy.Mengalert temujanji yangberlaku.Mendiagnose penyakit pesakit.

Memudahkan proses penjandualan bertugas.

2.2 JENIS PANGKALAN DATA

Terdapat empat (4) jenis Pangkalan data, iaitu :-

i. Pangkalan Data Hirarki

Menyusun rekod mengikut pepohon iaitu menggunakan konsep bapa dan anak.

Sesuai digunakan sekiranya terdapat hubungan antara satu ke banyak. Memerlukan

struktur data dinyatakan terlebih dahulu dan berbentuk statik

 

Wizni/KKPG/2013 13

Page 14: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

ii.Pangkalan Data Rangkaian

Membenarkan hubungan banyak ke banyak. Struktur data perlu dinyatakan terlebih

dahulu sebelum digunakan.

iii. Pangkalan Data Hubungan

Mudah dibina dan digunakan. Merupakan jenis pangkalan yang mudah diguna,

mudah urus dan banyak digunakan. Struktur pangkalan data tidak perlu dinyatakan

terlebih dahulu. Data disusun di dalam jadual terdiri daripada lajur dan baris.

 

iv. Pangkalan Data Berasaskan Objek

Merupakan kaedah baru dalam pengurusan data. Ia akan menakrif objek-objek yang

boleh diguna semula di dalam banyak program dan menggunakan kaedah

encapsulation (teknik dimana atribut dan kaedah ditakrifkan dalam kelas yang

sama).

2.2.1 Ciri-ciri Pangkalan Data Hubungan

Data di dalam pangkalan data disusun dalam bentuk jadual yang terdiri

daripada baris dan lajur

Satu hubungan (jadual) mempunyai nama yang berbeza daripada nama

hubungan-hubungan yang lain

Setiap atribut (lajur) mempunyai nama yang berbeza

Susunan atribut tidak mempunyai kepentingan

Setiap rekod (baris) adalah berbeza

2.2.2 Struktur Data

a. Hubungan

Hanya digunakan di dalam struktur logikal sahaja.

Ciri-ciri hubungan :-

Setiap rekod mewakili kejadian satu entiti berdasarkan set entiti.

Setiap lajur mewakili atribut, dengan nama yang bersesuaian.

Setiap pertindihan rangkap dan lajur mewakili satu nilai data.

Wizni/KKPG/2013 14

Page 15: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

▪ Setiap jadual mempunyai sekurang-kurangnya satu atribut atau kombinasi

atribut yang mengenalpasti setiap baris secara unik. (Kunci utama)

▪ Setiap nilai rangkap hendaklah sama format datanya.

▪ Setiap rangkap mempunyai domain atribut.

▪ Susunan baris dan rangkap dalam SPPD tidak menjadi sesuatu masalah.

Jenis Data :-

i.Numerik

▪ Merupakan perwakilan Aritmatik yang bermakna.

▪ Contoh :CGPA = 3.54 dan Tempoh masa = 20

ii.Character

▪ Juga dikenali sebagai text data atau string data.

▪ Contoh :Nama = Nursafi dan telefon : 89210007

iii.Date

▪ Mewakili tarikh dalam kalendar.

▪ Contoh :29/12/2003 dan 12/29/2003

▪ Kebanyakan DBMS sekarang membenarkan pengguna

mentakrif sendir format tarikh yang dikehendaki.

iv.Logical

▪ Data dinyatakan dalam bentuk true atau false (yes or no)

▪ Contoh :Bayaran = Ya

b. Atribut

Lajur yang dinamakan dlm hubungan.

Ia menerangkan ciri-ciri entiti.

Nama atribut yang digunakan hendaklah memberi pengertian yang jelas

kepada semua pihak.

Cth : staff_no (:- Nombor staf)

stu_phone (:- nombor telefon pelajar.)

Wizni/KKPG/2013 15

Page 16: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Rajah 2.1 Contoh Hubungan Pelajar

c. Istilah alternatif

Formal Terms Alternative 1 Alternative 2

Hubungan Jadual Fail

Rangkap Baris Rekod

Atribut Lajur Medan

2.2.3 Skema Hubungan

Skema hubungan dinyatakan dalam 2 format iaitu

i. Pernyataan teks

NAMA HUBUNGAN(Atribut 1, Atribut 2,….Atribut N)

Contoh: PELAJAR(NoMatrik, Nama, Alamat, Bidang)

ii. Perwakilan grafik

contoh: PELAJAR

Wizni/KKPG/2013 16

sid name login age gpa

53666 Jones jones@cs 18 3.453688 Smith smith@eecs 18 3.253650 Smith smith@math 19 3.8

NoMatrik BidangAlamatNama

Atribut 1 Atribut NAtribut…..

Nama Hubungan Atribut

hubungan

STUDENT

Atribut 2

Page 17: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

2.2.4 Integriti Data Hubungan

Terdapat dua Kunci hubungan iaitu Kunci Utama dan Kunci Asing.

Kunci Utama adalah satu atau beberapa atribut yg dipilih utk mengenalpasti

rangkap dengan unik dalam hubungan.Ianya digariskan

Kunci asing merupakan kunci utama sesuatu hubungan muncul dalam hubungan

lain. Ianya ditandakan dengan garisan putus-putus.

PEMBEKAL

PRODUK

2.3 RAJAH ALIRAN DATA (DATA FLOW DIAGRAM)

Rajah Aliran Data(DFD) secara grafiknya menerangkan aliran data dalam sesebuah

organisasi. Ia digunakan untuk mendokumen sistem sedia ada dan untuk

merancang dan merekabentuk yang baru. Satu set DFD menyediakan sebuah

model logikal yang menunjukkan apa sistem lakukan, bukan bagaimana ia

dilakukan.

2.3.2 Rajah Konteks

Wizni/KKPG/2013 17

hubungan

*Kunci Utama

Kunci Asing

* Kunci utama tidak boleh “null”

Page 18: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Rajah Konteks merupakan pandangan paras-atas sebuah sistem maklumat

yang menunjukkan sempadan dan skop. Ianya tidak menunjukkan sebarang

storan data di dalam rajah konteks kerana storan data adalah dalaman

kepada sistem. Dimulakan dengan melihat keperluan sistem untuk

mengenalpasti kesemua sumber dan destinasi data luaran. Seterusnya

merekod nama entiti dan nama & kandungan aliran data, dan arah aliran

data. Apa yang membuat satu sistem lebih kompleks daripada yang lain ialah

bilangan komponen, paras, dan darjah interaksi sesama proses, entiti, storan

data, dan aliran datanya

Wizni/KKPG/2013 18

TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3TOPIK 3

Page 19: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Bina Entity-Relationship Diagram (ERD)

HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir topik ini, pelajar akan dapat:-

Mengenalpasti simbol-simbol pembinaan ERD

Menerangkan fungsi-fungsi setiap simbol

Jenis-jenis hubungan

Menghasilkan ERD

3.1 PENGENALAN

Entity Relationship Diagram(ERD)merupakan sejenis alatan yang digunakan khusus

untuk memodelkan data. Data Didalam sistem akan dikelaskan kepada beberapa

kumpulan yang dinamakan sebagai entiti. Seterusnya perkaitan diantara dua entiti

dikenalpasti. Jadual,medan dan rekod mempuyai perkaitan yang rapat dengan ERD.

Entiti dapat membantu mengenalpasti jadual yang akan digunakan. Manakala atribut

bagi entiti dapat digunakan untuk mengenalpasti medan didalam jadual

3.2 SIMBOL ERD

Terdapat 3 Komponen yang digunakan:-

a. Entiti

Sesuatu yang mempunyai data untuk disimpan.

Entiti terdiri daripada elemen persekitaran,sumber atau transaksi.

Cth: pelanggan,buku,kereta,pasaraya,perpustakaan

Entiti mempunyai attribut yang dikenali sebagai ciri atau sifat.

Wizni/KKPG/2013 19

Page 20: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

BIL JENIS CONTOH

1 Orang STAF, PELAJAR, PENSYARAH

2 Tempat DAERAH, BANDAR, NEGERI

3 Objek BANGUNAN, PERALATAN,

PRODUK

4 Peristiwa PENDAFTARAN, PERMOHONAN

5 Konsep KURSUS, AKAUN

b. Hubungan

Perkaitan yang wujud diantara dua entiti.

Hubungan biasanya dilabelkan menggunakan kata kerja.

Contoh: mendaftar,mempunyai,mengisi,meminjam

c. Attribut

Wizni/KKPG/2013 20

STAF PELAJAR KURSUS

Contoh Perwakilan Entiti dalam ERD

Contoh Jenis Entiti yang lazim digunakan

Page 21: asas pangkalan data(konsep pangkalan data )

MODUL ASAS PANGKALAN DATA

Diwakili simbol elips.

Setiap set entiti terdiri daripada beberapa atribut.

Merupakan ciri-ciri dalam sesuatu entiti.

3.3 Jenis-Jenis Hubungan Entiti

Jenis

Hubungan

Penerangan

1:1

(one –to- one)

Satu kes entiti mempunyai hubungan dengan satu kes entiti yang lain.

Contoh : Seorang pelajar mempunyai satu kad matrik sahaja

1:M

(One-to-many)

Satu kes entiti mempunyai hubungan dengan lebih daripada satu kes

entiti yang lain.

Contoh: Seorang pelajar boleh mendaftar banyak kursus

M:M

(many-to-many)

Banyak kes entiti mempunyai hubungan dengan banyak kes entiti

yang lain.

Contoh: Ramai pelanggan membeli pelbagai jenis barang

Wizni/KKPG/2013 21