JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Bil 7-2007.pdf2.8 Analisis-analisis ini diperlukan untuk...

8
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA PEKELILING MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA BILANGAN 7 (3/2007) PENYELARASAN PROSEDUR BAGI PELAKSANAAN PROJEK OLEH AGENSI DAN JABATAN KERAJAAN JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK 1

Transcript of JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Bil 7-2007.pdf2.8 Analisis-analisis ini diperlukan untuk...

Page 1: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Bil 7-2007.pdf2.8 Analisis-analisis ini diperlukan untuk menyelaras perkara-perkara di tapak dan persekitaran dari segi topografi dan kecerunan,

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA

PEKELILING MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA

BILANGAN 7 (3/2007)

PENYELARASAN PROSEDUR BAGI PELAKSANAAN PROJEK OLEH AGENSI DAN JABATAN KERAJAAN

JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK

1

Page 2: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Bil 7-2007.pdf2.8 Analisis-analisis ini diperlukan untuk menyelaras perkara-perkara di tapak dan persekitaran dari segi topografi dan kecerunan,

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua

Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan,

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, dan Agensi-

agensi Teknikal yang terlibat dalam meluluskan permohonan

kebenaran merancang mengenai ketetapan dasar bagi

penyelarasan prosedur kebenaran merancang berhubung

dengan projek-projek yang melibatkan agensi dan jabatan

Kerajaan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 8

Ogos 2006 telah bersetuju untuk menetapkan penyelarasan

prosedur bagi perlaksanaan projek oleh Agensi dan Jabatan

Kerajaan.

2.2 Prosedur dan perundangan semasa di bawah subseksyen 19(1)

Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172)

memperuntukkan tiada seorang pun, selain Pihak Berkuasa

Perancang Tempatan boleh memulakan, mengusahakan atau

menjalankan apa-apa pemajuan melainkan telah mendapat

kebenaran merancang.

2.3 Ini bermaksud bahawa projek-projek Kerajaan tidak terkecuali

daripada mengemukakan permohonan kebenaran merancang.

Peruntukan seksyen 63 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388)

menjelaskan tiada undang-undang bertulis dalam apa cara

sekalipun boleh menjejaskan hak-hak Yang di Pertuan Agong

atau Kerajaan kecuali undang-undang itu memperuntukkan

dengan nyata atau dengan implikasi yang perlu bahawa Yang

2

Page 3: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Bil 7-2007.pdf2.8 Analisis-analisis ini diperlukan untuk menyelaras perkara-perkara di tapak dan persekitaran dari segi topografi dan kecerunan,

Dipertuan Agong atau Kerajaan, mengikut mana yang

berkenaan, akan terikat dengannya.

2.4 Seksyen 20A Akta 172 pula, memperuntukkan bahawa Jabatan

atau Agensi Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau

Negeri hendaklah berunding dengan Jawatankuasa Perancang

Negeri mengenai apa-apa aktiviti pemajuan yang hendak

dijalankan di Negeri berkenaan.

2.5 Bagi pelaksanaan seksyen 20A ini, tanggungjawab untuk

berunding bolehlah dimaksudkan sebagai:

a) Merangkumi elemen komunikasi antara pihak-pihak yang

terlibat;

b) Bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dari pihak yang

berkenaan;

c) Tindakan yang diambil semasa cadangan pemajuan atau

pembangunan itu masih dalam peringkat pembentukan;

d) Suatu proses yang dijalankan dalam tempoh masa yang

munasabah, mencukupi dan memadai bagi semua pihak

yang terlibat dalam rundingan itu; dan

e) Boleh menerbitkan suatu keputusan yang memuaskan hati

semua pihak yang terlibat dalam rundingan itu.

2.6 Proses perundingan ini bertujuan untuk membolehkan projek-

projek yang akan dilaksanakan oleh Agensi Persekutuan atau

Negeri mendapatkan khidmat nasihat dan penyelarasan teknikal

daripada Jawatankuasa Perancang Negeri, sebelum

3

Page 4: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Bil 7-2007.pdf2.8 Analisis-analisis ini diperlukan untuk menyelaras perkara-perkara di tapak dan persekitaran dari segi topografi dan kecerunan,

permohonan kebenaran merancang dikemukakan kepada Pihak

Berkuasa Perancang Tempatan.

2.7 Subseksyen 21A(1) Akta 172, memperuntukkan setiap

permohonan kebenaran merancang perlu disertakan dengan

Laporan Cadangan Pemajuan. Kandungan Laporan Cadangan

Pemajuan menurut Manual Laporan Cadangan Pemajuan,

hendaklah mengandungi analisis cadangan pemajuan, analisis

tapak perancangan dan justifikasi cadangan pemajuan.

2.8 Analisis-analisis ini diperlukan untuk menyelaras perkara-perkara

di tapak dan persekitaran dari segi topografi dan kecerunan,

guna tanah, sistem saliran, analisis implikasi sosial, serta sistem

rangkaian jalan raya dan pengurusan lalu lintas supaya ia

menepati Rancangan Tempatan dan juga arahan-arahan yang

diberikan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri yang terdiri

daripada dasar-dasar di peringkat Negeri mahupun Persekutuan.

2.9 Proses kebenaran merancang juga memberi peluang kepada

orang awam untuk menyuarakan pendapat mereka dalam

merancang kawasan persekitaran masing-masing kerana seperti

yang diperuntukkan di bawah subseksyen 21(6) Akta 172, jika

kawasan yang terlibat tiada Rancangan Tempatan, Pihak

Berkuasa Perancang Tempatan hendaklah menyampaikan notis

kepada pemunya tanah berjiran untuk memberitahu mengenai

cadangan pemajuan berkenaan dan hak mereka untuk

mengemukakan bantahan.

2.10 Perenggan 22(2A)(b) dan (c) Akta 172, pula memperuntukkan

bahawa jika sesuatu pemajuan yang melibatkan pembinaan apa-

apa infrastruktur atau kemudahan utama seperti lapangan

terbang, pelabuhan laut, landasan keretapi, lebuh raya,

empangan, stesen jana kuasa utama dan tapak pembuangan

4

Page 5: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Bil 7-2007.pdf2.8 Analisis-analisis ini diperlukan untuk menyelaras perkara-perkara di tapak dan persekitaran dari segi topografi dan kecerunan,

sisa toksik sebagaimana di bawah subseksyen 22(2B), atau,

suatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit,

dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar

yang sensitif dalam sesuatu rancangan pemajuan, maka

Jawatankuasa Perancang Negeri hendaklah mendapatkan

nasihat daripada Majlis Perancang Fizikal Negara.

2.11 Bagi membolehkan Jawatankuasa Perancang Negeri meminta

nasihat daripada Majlis Perancang Fizikal Negara, Jabatan atau

agensi berkaitan hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada

Jawatankuasa Perancang Negeri. Walau bagaimanapun, bagi

penyelarasan di peringkat Negeri, perkara ini perlu diselaraskan

di peringkat Pihak Berkuasa Perancang Tempatan yang

berkenaan bagi memastikan segala keperluan teknikal dan

penyelarasan dengan agensi-agensi teknikal lain dibuat. Untuk

itu permohonan kebenaran merancang perlu dikemukakan

melalui Pihak Berkuasa Perancang Tempatan berkenaan,

sebelum diangkat kepada Jawatankuasa Perancang Negeri.

3. KANDUNGAN PEKELILING

3.1 Di bawah prosedur permohonan kebenaran merancang

berhubung projek yang melibatkan agensi dan jabatan Kerajaan,

Majlis Perancang Fizikal Negara telah memutuskan seperti

berikut :

a) Bagi tujuan penyelarasan perancangan dan pengawalan

pembangunan, semua projek pembangunan yang akan

dilaksanakan, termasuk oleh jabatan atau agensi Kerajaan

perlu mengemukakan permohonan kebenaran merancang

kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, selaras

5

Page 6: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Bil 7-2007.pdf2.8 Analisis-analisis ini diperlukan untuk menyelaras perkara-perkara di tapak dan persekitaran dari segi topografi dan kecerunan,

dengan peruntukan subseksyen 21(1) Akta Perancangan

Bandar dan Desa 1976 (Akta 172);

b) Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menubuhkan Pusat

Setempat di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan bagi

memudahcara (fast track) permohonan yang dikemukakan,

khusus untuk projek-projek Kerajaan;

c) Bagi tujuan penyelarasan, merancang, mengawal dan

mengatur, semua jabatan atau agensi Kerajaan sama ada di

peringkat Persekutuan atau Negeri perlu berunding dengan

Jawatankuasa Perancang Negeri mengenai apa-apa aktiviti

pemajuan yang hendak dijalankan di Negeri berkenaan,

selaras dengan peruntukan Seksyen 20A Akta 172; dan

d) Selaras dengan peruntukan subseksyen (22)(2A) Akta 172,

semua projek yang melibatkan:

i. Pembangunan perbandaran baru bagi penduduk yang

melebihi sepuluh ribu, atau meliputi kawasan yang

lebih daripada satu ratus hektar, atau kedua-duanya;

ii. Pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau

kemudahan utama; atau

iii. Pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit,

dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan

alam sekitar yang sensitif dalam sesuatu rancangan

pemajuan,

perlu mengemukakan permohonan kebenaran merancang

melalui Pihak Berkuasa Perancang Tempatan berkenaan.

Jawatankuasa Perancang Negeri hendaklah memastikan

6

Page 7: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Bil 7-2007.pdf2.8 Analisis-analisis ini diperlukan untuk menyelaras perkara-perkara di tapak dan persekitaran dari segi topografi dan kecerunan,
Page 8: JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Bil 7-2007.pdf2.8 Analisis-analisis ini diperlukan untuk menyelaras perkara-perkara di tapak dan persekitaran dari segi topografi dan kecerunan,

Edaran kepada : Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Datuk Bandar/Yang diPertua Pihak Berkuasa Tempatan/Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Semua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Semua Kementerian/Ketua Pengarah Agensi/Jabatan Teknikal

8