Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tingkat 8 & 9, Kompleks ... · tuk dilepaskan ke perairan umum. ......
-
Upload
duongkhanh -
Category
Documents
-
view
272 -
download
0
Transcript of Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tingkat 8 & 9, Kompleks ... · tuk dilepaskan ke perairan umum. ......
Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tingkat 8 & 9, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30624 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
05-2554061/62 | 05-2542148 | [email protected] | http://www.dof.gov.my
PROGRAM PELEPASAN BENIH UDANG GALAH KE PERAIRAN UMUM DAERAH KINTA DAN KAMPAR
Mariady Binara Bin Omar
Unit Sebaran Dan Promosi, Cawangan Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi, PPN Ipoh
KAMPUNG JAHANG, 22 Januari 2018 – Bagi menghargai sumbangan Jabatan Perikanan yang telah membekalkan
tangki asuhan bagi pembenihan udang galah dibawah Sistem Penyampaian Khidmat Sokongan (SPeKS) 2017, Puan
Antan Neyah Bt Saari telah berbesar hati menyumbangkan sebahagian benih udang galah yang berjaya dihasilkan un-
tuk dilepaskan ke perairan umum.
Sumbangan ini telah disalurkan kepada Pejabat Perikanan Daerah Kinta Kampar yang telah memilih Kampung Jahang
sebagai lokasi pelepasan. Program ini telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak, Raja
Dato’ Seri Izzuddin Chulan bin Raja Zainal Azman Shah.
Turut sama hadir pada program ini adalah
En. Kasim Bin Tawe, Ketua Unit Penguru-
san Sumber, Jabatan Perikanan Negeri
Perak bersama-sama dengan kakitangan
dari Pejabat Perikanan Daerah Kinta Dan
Kampar. Encik Abdul Malik Bin Kamarud-
din, Ketua Kampung Jahang dengan be-
berapa orang nelayan darat dari kawasan
sekitar turut sama hadir bagi menjayakan
program murni ini.
Sejumlah 30,000 ekor benih udang galah
dan 2,000 ekor benih ikan baung telah
dilepaskan di Sungai Jahang, Kg Jahang
dan diharap ianya dapat menjamin bekalan
udang dan ikan dari sepanjang sungai ter-
sebut sentiasa mencukupi sekaligus dapat
meningkatkan pendapatan nelayan terse-
but.
KURSUS INSITU PENGURUSAN TERNAKAN IKAN AIR TAWAR DALAM KOLAM
Mariady Binara Bin Omar
Unit Sebaran Dan Promosi, Cawangan Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi, PPN Ipoh
Ulu Chepor, 21 Febuari 2018 – Sempena Program Permukiman YAB Menteri Besar Perak Daerah Kinta, pihak Jabatan
Perikanan Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Insitu Pengurusan Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Kolam di kawa-
san perkelahan, Ulu Chepor. Kursus yang dijayakan bersama oleh tenaga pengajar dari pusat Ikan Hiasan Enggor turut
dihadiri seramai kira-kira 30 orang pengusaha ternakan ikan air tawar dari sekitar Daerah Kinta Dan Kampar.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato Dr Zabri Bin Abd Wahid, ADUN Trong dan sebagai gimik kepada majlis ter-sebut, sejumlah 23,000 benih ikan lampam sungai telah dilepaskan.
Bahan-bahan ( 3-4 org ) 1/2 kg ikan pais
* 4 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* kunyit serbuk
* 2 tangkai serai
* 5 biji cili padi
* 2 biji cili besar
* 2 biji cili besar
* 5 keping asam keping @ belimbing buluh
* 5 helai daun kesum @ daun kunyit
sedikit garam, gula n perasa
daun pisang n lidi utk bungkus
Cara-cara Bersihkan ikan, toskan airnya dan ketepikan. Dihiris
halus bahan bertanda *
Satukan bahan dihiris dan semua bahan lain, gaul se-bati.
Ambil daun pisang selebar 30 cm. Letak ikan Kemudi-an Balutkan ikan dgn daun pisang .
Lipatkan sedikit dihujung daun kiri n kanan dan cucuk dgn lidi supaya tak terkeluar masa bakar nanti. Siap utuk dibakar.
Bakar lebih kurang 25-35 min bergantung pada saiz ikan yg digunakan.
Resepi disediakan oleh MOHD HARDY JELANY BIN ROSLI Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan Lenggong
MAJLIS BACAAN IKRAR BEBAS RASUAH DAN MENANDATANGAN SIJIL IBR
En. Sallehudin Bin Ismail PPT, PJK
Cawangan Pengurasan Dan Perlindungan Sumbar, PPN Ipoh
KPSN LUMUT, 16 Januari 2018 - Seramai 200 orang kakitangan Jabatan Perikanan Perak (DOF Perak) dan Kolej
Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Lumut (KPSN Lumut) telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di hada-
pan Yang Berbahagia Dato’ Zainul bin Darus, Pengarah SPRM Perak. Program ini merupakan julung-julung kalinya
diadakan bersama Majlis Perhimpunan Tahunan Jabatan Perikanan Perak (DOF Perak).
IBR merupakan satu inisiatif yang telah dibuat oleh pihak SPRM bagi tujuan memberi penekanan dan meningkatkan
iltizam penjawat awam menjauhi penyalah gunaan kuasa khususnya rasuah. Ianya telah dilaksanakan di pelbagai Ke-
menterian, Jabatan dan Agensi. DOF Perak turut mengambil langkah yang sama untuk berikrar dan komited bersama
sama memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam keseluruhan operasi dan pengurusan.
IBR memberikan penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh warga DOF Perak secara sukarela agar sentiasa
komited dan bertanggungjawab di dalam melaksanakan tugas dan menjauhi diri daripada perlakuan rasuah. Namun
begitu, sebagai manusia yang lemah, seringkali lupa akan hal yang menyalahi peraturan khususnya berkaitan rasuah.
Program IBR yang dilaksanakan adalah satu wadah terbaik agar penjawat awam sentiasa akur dan mengingati diri
sendiri supaya menjauhi diri dari melakukan amalan yang mempunyai unsur rasuah.
En Zaki bin Hj Mokri, Pengarah Perikanan Perak dalam ucapannya menekankan perbuatan rasuah bukan sahaja salah
di sisi undang-undang malah ianya sangat ditegah dengan keras dalam agama. Perbuatan rasuah juga akan me-
nyebabkan imej, persepsi dan kepercayaan masyarakat terjejas kepada sesuatu organisasi seperti kata pepatah,
‘Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga’.
Yang Berbahagia Dato’ Zainul bin Darus, Pengarah SPRM Perak dalam ucapan utamanya berharap semua warga
DOF Perak dan penjawat awam bersama-sama berjanji pada diri sendiri dan mendoakan agar amalan rasuah dan sa-
lah guna kuasa dapat dihindari dengan menanam prinsip di dalam diri bahawa rasuah tidak akan berlaku sekiranya
‘Tiada Pemberi Ataupun Penerima’.
Sebaik sahaja selesai melafazkan IBR di hadapan Pengarah SPRM Pe-
rak, Pengarah Perikanan Perak dan Pengarah KPSN Lumut menan-
datangan Sijil IBR dan menyerahkan sijil tersebut kepada Pengarah
SPRM Perak. Warga DOF Perak dan KPSN Lumut juga telah menan-
datangan Ikrar IBR dan menyerahkan salinan sijil kepada pihak SPRM
sebagai bukti.
SPRM Perak diperingkat awal Majlis telah menyampaikan Taklimat IBR,
Penubuhan Sahabat GERAH dan Tayangan Montaj IBR. Semua Warga
DOF Perak dan KPSN Lumut telah memohon menyertai Sahabat GERAH.
Borang permohonan telah diserahkan kepada pihak SPRM Perak sebaik
sahaja Program IBR selesai dilaksanakan.
Program IBR ini turut dihadiri pegawai kanan SPRM
Perak dan Pn Hjh Noraishah bt Hashim, Ketua Ca-
wangan Intergriti Jabatan Perikanan Malaysia, Pu-
trajaya. Majlis tersebut selesai dengan sessi bergam-
bar bersama Pengarah SPRM Perak, Pengarah Peri-
kanan Negeri Perak, Pengarah KPSN Lumut, tetamu
jemputan dan warga DOF serta KPSN Lumut yang hadir.
BAHAN-BAHAN Hidangan untuk 3-4 orang
1/2 kg ikan sungai
Bahan-bahan dihiris halus
4 biji bawang merah
1 inci halia
Serbuk kunyit
5 keping asam jawa
5 batang serai
3. 10 biji cili kering
4. 3 inci lengkuas
5. Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
6. Daun labu @ senian sebagai pembungkus
CARA-CARA
1. Bersihkan ikan, toskan airnya dan ketepikan.
2. Lengkuas dan cili kering diblender
3. Satukan bahan yang dihiris bersama dengan
bahan lain, gaul sehingga sebati.
4. Ambil daun labu @ senian. Letak ikan kemudi-
an balutkan ikan.
5. Daun tersebut diikat dengan tali.
6. Panaskan air dalam periuk. Masukkan ikan
yang telah dibungkus dan masak dengan api
yang perlahan antara 5 hingga 8 jam
Ikan disiang dan dibersihkan Bahan-bahan dicampurkan Ikan dibungkus dalam daun senin
Ikan diikat dengan kemas Ikan sedia untuk direbus Pemberat diletakan semasa merebus
Resepi disediakan oleh MOHD HARDY JELANY BIN ROSLI Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan Lenggong
Taiping – Masalah kematian kerang di Larut Matang yang te-
lah berlanjutan sejak kebelakangan ini telah memberi impak
besar kepada penternak dan juga industri tersebut di negeri
ini. Sehubungan itu, satu taklimat khas telah dianjurkan oleh
Jabatan Perikanan Negeri Perak yang diadakan di bilik
Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang & Sela-
ma,Taiping. Taklimat telah disampaikan oleh Dr.Shahunthala
Devi ,Pengawai Penyelidik,Institut Penyelidikan Perikanan
(FRI) Batu Maung,Pulau Pinang,turut hadir adalah Pengarah
Perikanan Negeri Perak ,Tuan Haji Umar Shaifudin Mu-
hmamad, Puan Hasnisa Abd.Hamid,Ibupejabat Putraja-
ya.Seramai lebih 40 orang telah hadir pada taklimat tersebut,
diantara yang turut hadir adalah pegawai dari Pejabat Daerah
dan Tanah Larut Matang Selama,Pejabat Daerah dan Tanah
Hilir Perak,LKIM,Persatuan Nelayan Sg.Tinggi,wakil Persatu-
an Penternak Kerang Kuala Sepetang dan agensi –agensi
yang berkepentingan.
TAKLIMAT ISU-ISU BERKAITAN KEMATIAN KERANG DI LARUT MATANG
Tn Haji Jalaluddin Bin Osman
Unit Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi, PPD Larut Matang & Selama
Diterbitkan Oleh
Bahagian Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi, Jabatan Perikanan Negeri Perak