Jawapan Tugasan Wajib Modul 5

download Jawapan Tugasan Wajib Modul 5

of 4

Transcript of Jawapan Tugasan Wajib Modul 5

  • NAMA: AHMAD KAMAL BIN RAMTAN NO.KP: 610613-04-5315 KUMP: SMI2/1/2014 JAWAPAN TUGASAN WAJIB MODUL 5

    PENDAHULUAN Setiap sekolah mempunyai hari-hari tertentu yang boleh dinamakan sebagai hari kebesaran

    sekolah, umpamanya Sambutan Jubli Emas Sekolah, Program Hari Terbuka Sekolah, Program

    Sukaneka Sekolah dan lain-lain program yang semuanya bertujuan untuk mengeratkan lagi

    hubungan sekolah dengan ibu bapa, masyarakat dan komuniti setempat. Begitu jugalah dengan

    sekolah saya, yang mana pihak sekolah telah bersetuju untuk mengadakan Program Qurban

    Berkelompok Sekolah bersempena datangnya Hari Raya Qurban 2013. Berikut adalah urutan

    peristiwa yang dituliskan semula sebagai panduan kepada semua pihak yang berkaitan dan

    rujukan dalaman pihak sekolah. Urutan pelaksanaan Program Qurban Berkelompok Sekolah ini

    dibahagikan kepada tiga fasa pelaksanaan.

    Fasa 1- Sebelum Aktiviti Qurban Berkelompok

    Apabila menjelang bulan Zulhijjah setiap tahun, ramai guru-guru yang berpakat untuk

    mengadakan ibadah Qurban, keadaan ini telah dikesan oleh Tuan Haji Ismail bin Bachik selaku

    Pengetua SMK Seri Mahkota yang baru. Untuk tahun 2013 sahaja, beliau telah mendapat tahu

    bahawa sebanyak 5 ekor lembu akan diQurban oleh guru-guru sempena bulan yang mulia

    tersebut. Atas inisiatif pengetua dan sokongan dari semua Guru Penolong Kanan sekolah serta

    persetujuan dari semua guru yang ingin melaksanakan ibadah Qurban pada tahun tersebut,

    tuan pengetua telah mengadakan mesyuarat guru-guru yang disebut sebagai Mesyuarat

    Pelaksanaan Qurban Berkelompok SMK Seri Mahkota 2013. Tuan Haji Ashaari Johari selaku

    Kaunselor Sekolah telah diarahkan oleh tuan Pengetua untuk menyediakan kertas kerja

    program. Dalam mesyuarat tersebut, kertas kerja yang mengandungi latar belakang program,

    tema program, objektif program, ahli jawatankuasa yang terlibat, tentatif program, anggaran

    perbelanjaan, sasaran dan lain-lain dibentangkan. Dalam mesyuarat ini juga Tuan Pengetua

    telah membuka ruang kepada semua guru untuk memberikan pandangan tentang cadangan

    pengisian Program Qurban Berkelompok Sekolah ini. Di antara perkara-perkara yang telah

    dipersetujui bersama adalah:

    a) Aturcara Program Qurban Berkelompok Sekolah:

    Tarikh: 16.10.2013 Hari: Rabu Tempat: Padang SMK Seri Mahkota

  • Masa Aturcara

    6.30pg Ketibaan para guru, ibu bapa dan petugas sembelihan

    6.45pg Sembelihan Qurban dilaksanakan dan melapah daging

    8.00pg Ketibaan ibu bapa, guru-guru dan tetamu jemputan

    8.30pg Ceramah Pengertian Qurban dan Tuntutannya oleh Ustaz Nazmi bin Ali

    10.00pg Majlis Perasmian Program Qurban Berkelompok Sekolah oleh YB. Datuk Haji

    Ghazali bin Mohamad, Exco Agama dan Kesejahteraan Awam Negeri Melaka

    11.00pg Lawatan ke Pameran Kelab dan Persatuan SMK Seri Mahkota

    12.00th Jamuan makan tengahari

    12.45th Majlis penyampaian daging Qurban dan bersurai

    b) Program Qurban Berkelompok Sekolah bertujuan untuk merapatkan hubungan

    semangat setia kawan dan muhibah antara warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.

    Pada peringkat ini satu pasukan kerja telah ditubuhkan untuk menjayakan program ini. Pihak

    sekolah perlu membangunkan tenaga guru, pelajar dan kakitangan sokongan, PIBG dan

    komuniti setempat sebagai satu kumpulan yang mantap dan bertenaga yang dapat menyokong

    sekolah dalam apa juga keadaan. Komuniti setempat ini melibatkan Alumni sekolah, agensi

    kerajaan dan swasta. ini adalah ruang yang sangat baik untuk warga sekolah mengenali rakan-

    rakan mereka di luar sekolah yang dapat membantu mereka apabila diperlukan. Ia adalah masa

    yang terluang dan sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan.

    Selain itu ia juga dapat menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan

    menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan.

    c) Mengadakan aktiviti yang sesuai dengan tujuan program. Di antara aktiviti yang

    dicadangkan ialah aktiviti pameran oleh pihak sekolah, dan ceramah agama berkaitan tentang

    Ibadah Qurban. Dalam mesyuarat ini juga diputuskan beberapa orang kenamaan yang perlu

    dijemput untuk memeriahkan lagi majlis. Mesyuarat telah bersetuju untuk menjemput Ahli

    Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam, Yang Berhormat Datuk Haji Ghazali bin Mohamad

    sebagai perasmi. Selain itu, mesyuarat juga memutuskan untuk menjemput Tuan Pengarah

    Pendidikan Negeri, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Jasin dan Tuan Pegawai Daerah Jasin.

    Memandangkan para jemputan adalah mereka yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat,

    maka perkara-perkara seperti protokol dan etiket perlu difahami dan disusun rapi supaya ia

    mematuhi tata cara menjemput orang kenamaan serta akan menampakkan program tersebut

    dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna. Raptai perasmian program oleh Yang

    Berhormat perlu diadakan untuk memastikan semua pihak yang terlibat telah bersiap siaga.

  • Semasa raptai diadakan beberapa perkara yang melibatkan protokol dan etiket perlu

    dipraktikkan supaya majlis perasmian dapat berjalan lancar seperti yang dikehendaki. Semua

    pihak yang terlibat hendaklah salah berhubung jika wujud perkara-perkara yang memerlukan

    tindakan segera. Komunikasi antara pihak sekolah dan semua pihak yang terlibat hendaklah

    dalam keadaan baik kerana komunikasi yang berkesan amat penting untuk memastikan segala

    yang dirancang berjalan sebagaimana yang diharapkan.

    d) Pihak-pihak luar yang perlu dijemput hadir dan diberi perhatian khusus oleh ahli

    mesyuarat adalah jemputan untuk imam masjid Serkam, untuk urusan penyembelihan, pihak

    Polis untuk keselamatan, pihak RELA untuk lalu lintas, pihak Majis Perbandaran Jasin untuk

    hiasan dewan dan pihak-pihak lain yang tidak kurang pentingnya.

    Fasa 2 Pelaksanaan Program Qurban Berkelompok Sekolah

    Oleh kerana program ini melibatkan komuniti dan pihak luar ia perlu dilaksanakan dengan

    teratur dan kemas. Pihak sekolah juga perlu mempunyai komunikasi yang baik untuk

    mendapatkan sokongan yang berterusan. Perkongsian pengalaman antara semua pihak akan

    dapat membantu mencipta kejayaan. Semasa program dilaksanakan pihak sekolah perlu

    memastikan tempat dan kawasan sembelihan telah disediakan dengan segala keperluan yang

    dikehendaki. Begitu juga dengan lain-lain aktiviti. Contohnya ruang pameran mesti telah

    disediakan peralatan seperti kerusi, meja, papan pameran, sambungan elektrik dan peralatan

    pameran yang lain. Ruang pameran yang disediakan telah diberikan nombor dan ditandakan

    terlebih dahulu supaya memudahkan semua pihak untuk membuat pameran. Brosur atau

    risalah berkaitan program perlu diperbanyakkan sebagai satu promosi atau panduan kepada

    para pengunjung. Semasa program dilaksanakan ahli jawatankuasa yang terlibat juga mesti

    memastikan semua ahlinya bekerjasama sebagai satu pasukan supaya segala masalah yang

    timbul akan dapat diatasi dengan kadar yang segera. Semasa majlis perasmian atur cara telah

    disediakan. Susunan kerusi telah mengikut protokol yang dicadangkan. Skrip oleh pengacara

    majlis telah tersedia dan kata aluan perlu mengikut susunan senarai jemputan berdasarkan

    keutamaan pangkat orang kenamaan. Kedudukan bendera dan jata negara serta negeri juga

    perlu mengikut protokol yang disediakan. Semasa aktiviti ceramah agama diadakan, pastikan

    pengacara majlis dan penceramah dapat menarik hati pendengar. Penceramah tersebut

    hendaklah diambil dari senarai tenaga penceramah yang diluluskan oleh Jabatan Agama Islam

    Melaka (JAIM). Ini penting untuk mengelakkan ceramah tersebut membawa unsur-unsur yang

    negatif yang boleh menggugat hubungan baik antara pihak sekolah dan komuniti setempat. Isi

    kandungan ceramah juga boleh membantu memberi kesedaran kepada pelajar, guru-guru dan

    ibu bapa yang mengikuti ceramah tersebut. Secara tidak langsung semua pihak akan berazam

  • untuk berusaha memberikan sokongan yang padu kepada pihak sekolah dalam apa juga aktiviti

    yang dirancang di masa akan datang.

    Setelah selesai majlis ceramah, semua hadirin dan hadirat akan dijamu dengan makanan

    tengah hari. Menu jamuan tersebut adalah terdiri dari nasi beriani, daging lembu masak korma,

    dan beberapa menu lainnya. Daging yang terdapat dalam kuah masak korma itu adalah

    sebahagian dari daging Qurban yang telah disumbangkan oleh para guru yang berniat

    melaksanakan ibadah Qurban. Selebihnya, daging-daging tadi telah diagih-agihkan kepada

    para ibu bapa dan tetamu jemputan.

    Fasa 3- Selepas Program Qurban Berkelompok Sekolah

    Selepas tamat Program Qurban Berkelompok Sekolah, beberapa perkara perlu diambil kira

    oleh pihak sekolah di antaranya ialah membuat post mortem, memberi sijil dan penghargaan,

    membersihkan kawasan yang digunakan untuk program tersebut dan membuat laporan

    terperinci. Post mortem perlu dilakukan untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan

    program Qurban Berkelompok Sekolah. Ia akan dijadikan sebagai satu panduan untuk tujuan

    penambahbaikan. Jika program ini berjaya dilaksanakan kemungkinan akan dijadikan acara

    tahunan. Pihak sekolah juga perlu memberi sijil dan penghargaan kepada semua pihak yang

    terlibat. Ia merupakan rakaman terima kasih daripada pihak sekolah kepada semua pihak yang

    telah membantu menjayakan program tersebut. Secara tidak langsung hubungan baik ini akan

    berpanjangan dan pihak-pihak luar ini akan memberikan kerjasama yang berterusan kepada

    pihak sekolah. Kawasan yang telah dijadikan tapak program perlu dibersihkan dan keadaannya

    perlu dipastikan berada pada keadaan sedia kala. Ia bertujuan untuk memastikan kegunaan

    tempat tersebut oleh guru dan pelajar tidak akan mengganggu proses pembelajaran dan

    pengajaran atau aktiviti lain yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Setiausaha program perlu

    membuat laporan lengkap berkaitan program yang telah dilaksanakan. Laporan ini perlu

    dihantar kepada pihak pentadbir sekolah dan dibuat salinan untuk Pejabat Pelajaran Daerah

    atau Jabatan Pelajaran Negeri. Laporan yang disediakan perlu mengikut format laporan supaya

    ia teratur dan kemas serta mengikut kaedah yang telah ditetapkan.

    Kesimpulannya, untuk menganjurkan Program Qurban Berkelompok Sekolah ini pihak sekolah

    perlu membangunkan kapasiti guru di sekolah, mewujudkan komunikasi yang berkesan dengan

    guru dan komuniti, mewujudkan permuafakatan dengan pihak luar dan mengamalkan kerja

    sepasukan serta mengamalkan protokol dan etiket. Kesemua ini jika dapat diamalkan akan

    memberi impak positif, seumpama Program Qurban Berkelompok Sekolah yang dianjurkan

    telah mendapat kejayaan dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.