Je nis rwatn gigi

12
JeNis RAWATAN GIGI RAWATAN 1) Cuci gigi a.k.a Scaling Perlu dilakukan apabila terdapat karang gigi, bagi memulihkan kesihatan gusi (langkah pencegahan) 2) Tampalan/Simen a.k.a Filling Dilakukan apabila gigi masih hidup (vital) iaitu lubang gigi masih tidak terkena pada saraf gigi 3) Rawatan Akar / Saraf Gigi a.k.a Root Canal Treatment (RCT) Dilakukan apabila gigi sudah mati (non-vital) iaitu lubang terlalu dalam melibatkan saraf gigi 4) Sarung gigi a.ka. Crown Kebiasannya perlu dilakukan apabila tampalan gigi terlalu besar dan berkemungkinan pecah dalam jangka masa panjang. Dinasihatkan agar dilakukan pada gigi yang mendapat rawatan saraf memandangkan gigi yang sudah mati mudah pecah terutamanya bagi gigi geraham. 5) Jambatan a.k.a Bridges Dilakukan apabila terdapat kehilangan sebatang gigi di antara 2 batang gigi. Namun tidah digalakkan dilakukan jka gigi bersebelahan masih elok.

Transcript of Je nis rwatn gigi

Page 1: Je nis rwatn gigi

JeNis RAWATAN GIGI

RAWATAN

1) Cuci gigi a.k.a Scaling

Perlu dilakukan apabila terdapat karang gigi, bagi memulihkan kesihatan gusi (langkah pencegahan)

2) Tampalan/Simen a.k.a Filling

Dilakukan apabila gigi masih hidup (vital) iaitu lubang gigi masih tidak terkena pada saraf gigi

3) Rawatan Akar / Saraf Gigi  a.k.a Root Canal Treatment (RCT)

Dilakukan apabila gigi sudah mati (non-vital) iaitu lubang terlalu dalam melibatkan saraf gigi

4) Sarung gigi a.ka. Crown

Kebiasannya perlu dilakukan apabila tampalan gigi terlalu besar dan berkemungkinan pecah dalam jangka masa panjang.  Dinasihatkan agar dilakukan pada gigi yang mendapat rawatan saraf memandangkan gigi yang sudah mati mudah pecah terutamanya bagi gigi geraham.

5) Jambatan a.k.a Bridges

Dilakukan apabila terdapat kehilangan sebatang gigi di antara 2 batang gigi. 

Page 2: Je nis rwatn gigi

Namun tidah digalakkan dilakukan jka gigi bersebelahan masih elok.  Berfungsi menggantikan gigi seperti gigi palsu cuma bezanya ia akan disimen kekal dengan gigi bersebelahan dijadikan sebagai penyambung

6) Gigi Palsu a.k.a Denture

Untuk menggantikan gigi yang hilang.  Boleh dibuka dan dipasang semula (tidak disimen)

7) Gigi Palsu Sementara a.k.a Immediate Denture

Diberikan apabila cabutan gigi dilakukan.  (untuk kes tertentu sahaja)

8)Tanam Gigi a.k.a Implant

Untuk menggantikan gigi.  Berkemungkinan memerlukan beberapa langkah surgeri (pembedahan kecil) sebelum melakukan penanaman gigi.  Kos lebih mahal tapi lebih estetik berbanding rawatan gigi palsu memandangkan ia menyerupai gigi natural

9) Cabutan a.k.a Extraction

Cabut  cabut  cabut…hanaya bila dah tak dapat nak diselamatkan gigi tersebut

10) Pemutihan Gigi a.k.a Bleaching

Page 3: Je nis rwatn gigi

Menggunakan sejenis asid yang berkepekatan rendah untuk memutihkan gigi

11) Pengetaman Gigi a.k.a Root Planning / Root Debridement

Rawatan hanya disediakan ditempat tertentu oleh pakar gusi (periodontik).  Diberikan pada mereka yang mempunyai masalah gusi yang teruk dan berkait dengan masalah gigi yang longgar

12) Pendakap Gigi a.k.a Ortodontic

Digalakkan bagi mereka yang mempunyai susunan gigi yang tak teratur pada kadar yang teruk (boleh membawa masalah percakapan, estetik, pemakanan dll jika tidak dirawat)

13) Mouth guard /Splint

Untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sendi di rahang mulut

Page 4: Je nis rwatn gigi

Rawatan awal dapat mencegah kerosakan gigi yang serius.Jika gigi anda berlubang,ia boleh merebak kelapisan dentina yang menyebabkan gigi terasa sakit. Gusi akan bengkak. Pada tahap yang lebih serius gigi anda terpaksa dicabut. 

Karies gigi atau gigi berlubang boleh dirawat dengan kaedah tampalan. Sebelum rawatan dilakukan segala kotoran dari lubang gigi akan dikeluarkan dengan menggunakan alat khas dan ditampal menggunakan sejenis logam. Jika karies gigi merebak ke lapisan pulpa, rawatan endodontik atau rawatan akar akan diberikan. Bahagian yang berlubang itu akan dibersihkan sebelum rawatan itu dijalankan. 

Lazimnya, rawatan endodontik akan menyebabkan gigi itu menjadi lemah dan mudah patah.

Page 5: Je nis rwatn gigi

Bagi mengatasi masalah itu rawatan korona akan dilakukan. Kaedah rawatan itu ialah dengan menipiskan bahagian korona gigi dan kemudian digantikan dengan logam yang disalut porcelain. porcelain akan diwarnakan mengikuti warna gigi asli. 

Bagi yang lebih dewasa, kehilangan beberapa batang gigi kekal boleh diganti dengan menggunakan gigibuatan separa atau gigi palsu.

Kehilangan gigi pada tahap awal akan menyebabkan gigi kekal tumbuh berlapis dan tidak teratur.Mereka yang mengadapi masalah itu perlu mendapatkan rawatan orthodontik apabila berumur 10 tahun atau setelah semua gigi kekal tumbuh. 

Dalam rawatan ini, beberapa batang gigi kekal perlu dicabut untuk memberi ruang kepada gigi yang berlapis. Ia akan ditarik supaya gigi itu teratur mengikut susuan yang betul. Alat yang digunakan untuk menarik gigi dipanggil braces. Rawatan orthodontik mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun. 

Anda perlu tekun menjaga kebersihan mulut kerana makanan mudah melekat pada celahan braces. Bagi anda yang mempunyai masalah mulut berbau busuk dan gusi berdarah, rawatan periodontik amat diperlukan. Dalam rawatan ini,gigi anda pelu menjalani rawatan scaling. Scaling dilakukan untuk mengeluarkan kalkulus atau sisa makanan yang menjadi keras. 

Rawatan itu akan menyebabkan gusi anda berdarah sedikit. Anda

Page 6: Je nis rwatn gigi

dinasihatkan berkumur-kumur dengan air garam suam. Sekiranya tidak melakukan rawatan awal,gigi anda akan menjadi longgar sehingga terpaksa dicabut.

Rawatan OrtodontikPosted by: drkam on: June 16, 2009

In: Education | General Dentistry | Ortodontik 

63   Comments Adakah Anda Perlu Rawatan Ortodontik?

Pesakit yang inginkan rawatan ortodontik patut berjumpa dengan pakar ortodontik atau doktor yang mengamal rawatan ini untuk perundingan lengkap dan menentukan pelan rawatan yang khusus dan terbaik untuk keperluan anda.APAKAH ITU ORTODONTIK DAN RAWATAN ORTODONTIK?

Ortodontik adalah cabang pergigian yang mengambil kisah tentang perkembangan muka, rahang dan kegigian. Ia adalah kepakaran yang membuat diagnosis, mencegah dan merawat

Page 7: Je nis rwatn gigi

masalah-masalah susunan gigi dan rahang.

Istilah teknikal masalah-masalah ini ialah ‘maloklusi’ yang bermaksud ‘gigitan yang tidak normal’.Rawatan ortodontik menggunakan aplians pembetulan, yang dikenali sebagai pendakap atau ‘braces’, untuk membawa gigi dan rahang ke kedudukan yang lebih baik.CONTOH-CONTOH MALOKLUSI

Penkelasan Maloklusi berdasarkan hubungan rahang atas dan bawah

Kesesakan,Gigi Jongang, Gigitan Silang,Kurang Gigi, Gigitan Terbuka, Gigitan Terbalik, Gigitan Dalam, Gigi Terimpak.

Page 8: Je nis rwatn gigi

Selain dari itu untuk memudahkan identifikasi maloklusi, pengelasan dilakukan untuk memudah rujukan antara perawat berdasarkan hubungan rahang atas dan bawah.A. Oklusi normalB. Jonggang sebahagian gigi atasC. Jonggang yang ketaraD. Rahang bawah lebih panjang dari rahang atas

Page 9: Je nis rwatn gigi
Page 10: Je nis rwatn gigi

belbagai maloklusi dan selepas rawatan

BILAKAH BERTIMBANG UNTUK BERJUMPA PAKAR ORTODONTIK?Muka, rahang dan gigi tumbuh dari lahir sehingga dewasa.Kebanyakan pertumbuhan dan perkembangan berlaku semasa zaman kanak-kanak dan belasan umur.Bagaimanapun, perubahan masih berlaku, disebabkan penuaan, pada peringkat dewasa.Adalah disyorkan seorang kanak-kanak berjumpa dengan pakar ortodontiksemuda umur 7 tahun, bila kegigian dewasa mula tumbuh, untuk memastikan jika rawatan ortodontik awal diperlukan.Kebiasaannya, kebanyakan rawatan dijalankan pada zaman remaja, bila semua gigi kekaldewasa (kecuali gigi bongsu) telah tumbuh dalam mulut.Sesetengah rawatan kadangkala baik dibiarkan sehingga kebanyakan pertumbuhan telah berhenti. Sebagai contoh, ketidakseimbangan hubungan rahang, yang memerlukan pembedahan ortognatik, biasanyahanya dibetulkan pada awal dewasa.

Page 11: Je nis rwatn gigi

Orang dewasa juga boleh menjalani rawatan ortodontik, sebab gigi masihboleh bergerak!  Pergerakan gigi, walaubagaimanapun, mungkin lebih perlahan.Sesetengah rawatan memerlukan pengurusan antara-disiplin melibatkanpelbagai doktor/pakar. Sebagai contoh:Pengurusan pesakit Sumbing Bibir dan Lelangit mungkin memerlukankerjasama Pakar Bedah Plastik, Therapis Pertuturan, Doktor Gigi Kanak-Kanak dan lain-lain.

klef/kecacatan rahang

Pengurusan pesakit yang mempunyai kecacatan/ ketidakseimbangan rahang, mungkin memerlukan rawatan kombinasi pembedahan-ortodontik, bersama-sama Pakar Bedah Mulut dan Maxilofasial.RISIKO RAWATAN ORTODONTIK

Page 12: Je nis rwatn gigi

gusi bengkak selepas rawatan

Beberapa risiko rawatan ortodontik adalah seperti berikut:Sakit, ketidakselesaan, ulser mulut semasa rawatanDekalsifikasi (tompok putih/coklat) atas gigi dan karies (lubang gigi)Gingivitis (gusi bengkak dan berdarah)Resorpsi akar (akar gigi menjadi pendek)Rawatan tak lengkap menyebabkan sedikit/tiada kebaikan yang diterima dan mungkin tinggal ruang cabutangigi yang besar

Page 13: Je nis rwatn gigi

PEMEGANGAN ORTODONTIK

pemegang boleh tanggal selepasselesai rawatan

Anda selesai dengan rawatan ortodontik aktif. Anda akan diberi alat pemegang untuk dipakai. Tujuan alat ini adalah untuk megekang gigi anda dan mengelakannya kembali ke kedudukan asal (relaps).Gigi dan gusi anda memerlukan masa untuk suai di kedudukan baru.

Contoh tempoh biasa pemakaian alat pemegang (alat boleh tanggal) ialah seperti berikut:

6 bulan sepenuh masa. 6 bulan separuh masa (contohnya malam

sahaja). Pemakaian berterusan, beberapa

malam seminggu, selama perlu.