jenis jenis talak

17
Jenis-Jenis Talak Lafaz talak terbahagi kepada dua: Talak Sharih Talak Kinayah. Talak Sharih membawa maksud "nyata" atau "jelas". iaitu talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti kalimah "Talak" atau "Cerai". Contoh lafaz yang Sharih: Aku ceraikan kau dengan talak satu Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau Hari ini aku ceraikan kau Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "Sharih" seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi. Sementara Talak Kinayah pula membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya. Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan: Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi Lafaz-lafaz seumpama ini termasuk dalam kategori Kinayah, jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh. Bagi pasangan yang meragui akan lafaz yang telah diucapkan oleh suami, mereka hendaklah menghubungi pihak Mahkamah bagi mendapatkan pengesahannya. Begitu juga bagi pasangan yang ingin merujuk semula, mereka perlulah melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan nasihat selanjutnya. Jenis-jenis Talak Terdapat beberapa jenis talak di dalam perceraian, jenis-jenis talak ini boleh dikategorikan seperti berikut: Talak Raj'ie Talak Battah Talak Bain Menjatuhkan talak tiga sekaligus Talak Sunni Talak Bid'i 1. Talak Raj'ie Talak Raj'ie membawa maksud talak yang boleh dirujuk semasa isteri di dalam iddah dengan lafaz-lafaz tertentu, iaitu pasangan tidak dikehendaki melalui majlis

Transcript of jenis jenis talak

Page 1: jenis jenis talak

Jenis-Jenis TalakLafaz talak terbahagi kepada dua: Talak Sharih

Talak Kinayah.

Talak Sharih membawa maksud "nyata" atau "jelas". iaitu talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti kalimah "Talak" atau "Cerai".

Contoh lafaz yang Sharih:

Aku ceraikan kau dengan talak satu

Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau

Hari ini aku ceraikan kau

Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "Sharih" seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.

Sementara Talak Kinayah pula membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya. Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan:

Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau

Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka

Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi

Lafaz-lafaz seumpama ini termasuk dalam kategori Kinayah, jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh.

Bagi pasangan yang meragui akan lafaz yang telah diucapkan oleh suami, mereka hendaklah menghubungi pihak Mahkamah bagi mendapatkan pengesahannya. Begitu juga bagi pasangan yang ingin merujuk semula, mereka perlulah melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan nasihat selanjutnya.

Jenis-jenis Talak

Terdapat beberapa jenis talak di dalam perceraian, jenis-jenis talak ini boleh dikategorikan seperti berikut: Talak Raj'ie

Talak Battah

Talak Bain

Menjatuhkan talak tiga sekaligus

Talak Sunni

Talak Bid'i

1. Talak Raj'ie

Talak Raj'ie membawa maksud talak yang boleh dirujuk semasa isteri di dalam iddah dengan lafaz-lafaz tertentu, iaitu pasangan tidak dikehendaki melalui majlis pernikahan atau ijab dan kabul. Talak yang dilafazkan oleh suami hanya di kira Raj'ie jika ia merupakan talak yang pertama atau talak yang kedua.

2. Talak Battah

Talak Battah adalah talak yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya buat selama-lamanya, umpamanya perkataan suami kepada isterinya,

"Aku ceraikan kau buat selama-lamanya"

Menurut pandangan Imam Syafi'e talak seumpama ini hanya jatuh menurut niatnya, jika suami berniat satu maka talak hanya disabitkan satu, tetapi jika dia berniat tiga maka talak dikira jatuh tiga.

3. Talak Bain

Page 2: jenis jenis talak

Talak Bain ini terbahagi kepada dua bahagian:

Talak Bain KubraTalak Bain Sughra.

Talak Bain Kubra adalah talak yang telah berlaku kepada pasangan tersebut sebanyak tiga kali. Iaitu suami telah menceraikan isterinya sebanyak tiga kali. Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya, melainkan isteri tersebut menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah. Jika ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua itu meninggal dunia, maka barulah suami pertamanya berhak menikahi bekas isterinya ini.

Talak Bain Sughra adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh "Rujuk" kembali melainkan dengan pernikahan yang baru, walaupun isterinya di dalam iddah. Sebahagian dari talak Bain Sughra adalah:

Talak yang diputuskan oleh HakamTalak melalui Khulu'Talak yang difasakhkan oleh Hakim

4. Menjatuhkan Talak Tiga Sekaligus

Di zaman Nabi saw dan Abu Bakar ra, talak yang dijatuhkan tiga dalam satu waktu dihukum hanya jatuh sekali sahaja. Tetapi semasa Sayyidina Umar Ibnu Khattab ra menjadi Khalifah, beliau telah menghukumkan jatuh ketiga-tiga talak sekaligus. Keputusan ini dibuat oleh Sayyidina Umar kerana di zamannya ketika itu masyarakat amat mempermudahkan lafaz talak yang dibuat.

Bila berlaku perkara seumpama ini Hakim Mahkamah akan membicarakan kes pasangan yang terbabit dan memutuskan hukum talaknya.

5. Talak Sunni

Talak Sunni adalah talak yang mengikut sunnah Nabi saw, iaitu seorang suami menceraikan isterinya di saat ia telah suci dari haid dan sebelum mereka bersatu, lalu suami melafazkan talak di hadapan dua orang saksi.

6. Talak Bid'i

Talak Bid'i adalah talak yang diucapkan oleh suami ketika isteri dalam keadaan berikut: Talak diucapkan oleh suami sedang isteri uzur (haid).

Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam nifas.

Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam keadaan suci tetapi suami telah bersatu dengannya.

Hukum-Hakam Talak

Page 3: jenis jenis talak

Allah swt berfirman :

Maksudnya : [228]”Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama

tiga kali suci dari haid). dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh

Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. dan suami-suami mereka lebih

berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka, jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan

isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang

sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak);

Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). dan

(ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [229] Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah

ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang

baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang

diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. oleh itu kalau kamu

khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai

bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). itulah

aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka

mereka itulah orang-orang Yang zalim. [230] Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka

perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan

(oleh suami baru itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali

(berkahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan

hukum Allah, diterangkanNya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. [231] Dan apabila kamu menceraikan

isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang

baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi

mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka

sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan

permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu

Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta

ketahuilah: Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Page 4: jenis jenis talak

Makna Kalimat

1- Quru’ (قروء) : Adalah satu kalimah yang boleh membawa dua maksud yang saling bertentangan (األضداد). Perkataan Quru’ dalam

bahasa Arab boleh digunakan untuk membawa maksud haid dan boleh juga membawa maksud suci. Disebabkan perkataan ini,

para ulama berbeza pendapat tentang maksud yang dikehendaki oleh ayat al-Quran.

2- Bu’uulatuhunna ( �ه�ن �ت �ع�و�ل �ع�ل) adalah kalimah jama’ (plural) bagi Ba’lu (بعول) Bu’uul : (ب ) yang bermaksud suami, maka (ب �ه�ن �ت �ع�و�ل (ب

membawa maksud suami-suami mereka (أزواجهن).

3- Darajah (درجة) : Dari segi bahasa al-Darajah membawa maksud kedudukan yang tinggi ( الرفيعة (المنزلة

4- ‘Azizun Hakim ( حكيم membawa maksud yang tidak dapat dikalahkan kekuasaannya, yang menang dan tidak dapat : (عزيز

dikalahkan. Maha bijaksana (Hakim) di dalam hukum-hakamnya dan perbuatannya.

5- Al-Tolaq (الطالق) : al-Tolak ialah membuka ikatan pernikahan.

6- Tasrih (التسريح) : Melepaskan sesuatu, seperti melepaskan rambut untuk memisahkan sebahagian dengan sebahaian yang lain.

7- Fabalagh-na Ajalahunn ( �ه�ن+ أجل �غ�ن� iaitu hampir tamat tempoh iddah. Orang Arab berkata : Telah sampai ke bandar itu jika : (فبل

telah hampir sampai kepadanya. ( إليها الوصول شارف إذا البلد (بلغ

8- Dhiraran (ضرارا) : iaitu bertujuan memudharatkan (اإلضرار)

9- Ta’dhulu hunn (تعضلوهن), al-‘Adhlu (العضل) membawa maksud melarang dan menyukarkan atau menyempitkan ( والتضييق ,(المنع

maka maksudnya ialah : “Jangan kamu melarang mereka (isteri yang ditalak) dari berkahwin dengan sesiapa yang mereka

kehendaki dari kalangan suami-suami selepas habis iddah.”

Makna Ijmali 

Allah swt menerangkan di dalam firmanNya berkenaan isteri-isteri yang telah ditalakkan oleh suami-suami mereka kerana sebab-

Page 5: jenis jenis talak

sebab tertentu. Para isteri yang ditalak tersebut hendaklah menunggu beberapa tempoh, iaitu selama tempoh iddah, tiga kali cuci

atau tiga kali haid untuk memastikan kesucian rahim mereka, sehingga tidak memungkinkan percampuran nasab jika mereka

berkahwin lain.

Namun suami-suami yang telah mentalakkan isteri-isteri mereka, mereka adalah lebih berhak ke atas isteri-isteri yang telah mereka

talakkan selama dalam tempoh iddah. Ini bertujuan untuk membaiki hubungan sesama suami isteri. Dan inilah antara hikmah

disyariatkan talak di dalam Islam, supaya suami isteri dapat berfikir dengan waras dalam tempoh iddah dan mereka merujuk semula

untuk memperbaiki lagi segala kekurangan dalam hubungan sesama mereka.

Setelah itu Allah swt menjelaskan bahawa talak yang dibenarkan itu adalah sebanyak dua kali. Dalam erti kata talak yang boleh

rujuk semua. Jika seseorang suami mentalak isterinya buat kali yang ketiga, maka tidak dihalalkan lagi kepadanya isteri tersebut

(tidak boleh rujuk semula) sehinggalah isterinya berkahwin dengan lelaki yang lain.

Allah swt juga tidak membenarkan bagi mana-mana suami yang telah mentalakkan isterinya, mengambul semula mahar yang telah

diberikannya kepada isterinya tersebut kerana antara mereka telah berlakunya perhubungan suami isteri, melainkan jika dibimbangi

tidak dapat melaksanakan hukum hakam Allah. Atau si isteri tidak mahu lagi bersama dengan suaminya, lalu dia mengeluarkan

sejumlah harta kepada suaminya untuk si suami tersebut menceraikannya. Maka ini tidak mengapa.

Allah swt juga menegaskan di dalam ayat tersebut kepada para suami untuk mereka bergaul dengan isteri-isteri mereka dengan

cara yang baik tanpa memberi mudharat kepada para isteri. Demikian juga Allah mengarahkan para wali (wali nikah) untuk tidak

menghalang wanita di bawah jagaannya merujuk semula kepada suami yang telah menceraikannya, jika sememangnya dia

menghendaki rujuk. Terutamanya jika keadaan telah menjadi elok dan zahir tanda-tanda penyesalan pada kedua-dua suami dan

isteri untuk kembali menjalani kehidupan yang lebih baik.

Sebab Turun Ayat

Pertama : Diriwayatkan bahawasanya di kalangan orang-orang Arab jahiliyyah, tidak ada bilangan di dalam talak. Seseorang lelaki

di zaman jahiliyyah boleh mentalakkan isterinya seberapa banyak yang dia suka. Apabila dia memerlukan isteri yang telah

ditalaknya, dia rujuk semula. Maka lelaki bermain dengan talak terhadap isterinya. Lalu seorang wanita mengadu kepada Nabi saw

keadaan tersebut maka turunlah ayat :

Page 6: jenis jenis talak

Maksudnya : “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya

itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu

mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya

(suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak

dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan

oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). itulah aturan-aturan hukum Allah maka

janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang

zalim.” (al-Baqarah : 229)

Kedua : Ibn Jarir meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas ra. katanya : “Terdapat seorang lelaki yang mentalakkan isterinya, kemudian

merujuk semula sebelum tamat iddahnya kemudian mentalakkannya pula. Lelaki tersebut berbuat begitu bagi tujuan memberi

mudharat kepada isterinya, lalu Allah swt menurunkan ayat :

Maksudnya : “Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah

kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang

mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan

sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat

hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah)

apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan

bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (al-Baqarah : 231.)

Ketiga : al-Bukhari dan al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ma’qal bin Yasar ( يسار بن bahawasanya dia telah mengahwinkan (معقل

saudara perempuannya dengan seorang lelaki dari kalangan muslimin pada zaman Nabi saw. Setelah berlalu beberapa tempoh,

suaminya mentalaknya dan tidak merujuk kembali sehingga tamat tempoh iddahnya. Setelah itu, lelaki tersebut ingin kembali

kepada isterinya dan isterinya juga ingin kembali kepadanya, lalu Ma’qal berkata kepada lelaki tersebut, : “Wahai orang yang keji,

aku telah memuliakan kamu dengannya dan mengahwinkan kamu dengannya,

kemudian kamu mentalak dia. Demi Allah dia tidak akan kembali kepada kamu selama-lamanya.” Sesungguhnya Allah mengetahui

hajat lelaki tersebut untuk kembali kepada isterinya dan hajat isterinya untuk kembali kepada suaminya. Lalu Allah swt menurunkan

ayat :

Maksudnya : “Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka ' maka janganlah kamu (wahai wali-

wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu)

Page 7: jenis jenis talak

bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajarand

dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi

kamu dan lebih suci. dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.”

(al-Baqarah : 232)

Setelah mendengar ayat ini, Ma’qal berkata : “Aku mendengar (arahan) tuhanku dan aku mentaatinya.” Kemudian dia memanggil

lelaki tersebut dan berkata : “Aku mengahwinkan engkau (dengannya) dan aku memuliakan engkau.”

Hukum-Hakam Talaq 

1- Tempoh ‘Iddah (عدة) 

i- Wanita yang ditalak

Allah swt telah mewajibkan iddah bagi wanita yang ditalak berdasarkan surah al-Baqarah ayat 228. Yang dimaksudkan dengan

wanita yang ditalak disini ialah wanita balighah yang berkahwin dan berlakunya al-Dukhul (الدخول) akan tetapi tidak hamil, atau

wanita yang telah putus haid. Ini kerana wanita yang berkahwin, kemudian diceraikan sebelum berlakunya al-Dukhul, maka tidak

ada iddah padanya berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Ahzab ayat 49.

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian

kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang iddah

yang kamu boleh hitungkan masanya. oleh itu, berilah "Mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka

dengan cara yang sebaik-baiknya.” (al-Ahzab : 49)

ii- Wanita hamil

Tempoh iddah bagi wanita yang hamil ialah selepas melahirkan anak. Berdasarkan firman Allah swt di dalam surah al-Tolaq ayat 4 :

Maksudnya : “Dan iddah bagi perempuan-perempuan yang mengandung, tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak

kandungannya. dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

Page 8: jenis jenis talak

iii- Wanita yang telah putus haid.

Iddah bagi wanita yang telah putus haid ialah selama tiga bulan berdasarkan firman Allah swt di dalam surah al-Tolaq ayat 4 :

Maksudnya : “Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak

(terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid.

2- Maksud al-Quru’ (القروء) 

Di bahagian awal tulisan ini, telah dinyatakan para ulama berbeza pendapat tentang maksud kalimah quru’ yang digunakan di

dalam ayat. Dari sudut bahasa ia boleh membawa maksud suci dan boleh juga membawa maksud haid. Di bawah ini dinyatakan

pendapat para ulama :

i- Imam Malik dan Imam al-Syafi’ie : berpendapat quru’ membawa maksud suci. Pendapat ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan

daripada Ibn ‘Omar, ‘A-isyah dan Zaid bin Thabit. Ini juga merupakan salah satu pendapat Imam Ahmad.

ii- Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad (dalam salah satu riwayat yang lain daipadanya) : berpendapat quru’ membawa maksud

haid. Pendapat ini berdasarkan riwayat daripada ‘Omar, Ibn Mas’ud, Abu Musa, Abu Darda’ dan selain mereka.

Tarjih

Al-Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni memilih pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad. Demikian juga al-‘Allamah Ibn Qayyim

al-Jauziyyah. Mereka berdua berpendapat pendapat Abu Hanifah dan Imam Ahmad ini adalah yang lebih kuat.

3- Apakah hukum talaq raj’ie (الرجعي) ?

Page 9: jenis jenis talak

Dibolehkan kepada suami untuk rujuk semula kepada isterinya yang telah ditalaknya tanpa akad dan mahar yang baru. Demikian

juga tanpa redha isterinya, selama mana isterinya masih berada di dalam iddah. Ini berdasarkan firman Allah swt di dalam surah al-

Baqarah ayat 228. Ayat tersebut membawa maksud si suami lebih berhak merujuk dalam waktu iddah. Maka apabila hak rujuk

adalah hak suami, maka tidak disyaratkan rujuk mesti dengan redha isteri, ianya juga tidak perlu kepada wali dan tidak perlu

kepada saksi. Namun disunatkan juga kerana bimbang si isteri menafikan yang suaminya telah rujuk kepadanya.

Rujuk ini boleh dilakukan dengan perkataan seperti berkata : Aku rujuk semula kepada isteri-ku untuk memelihara perkahwinan-ku.“

Ia boleh juga dilakukan melalui perbuatan seperti mencium, menyentuh dengan syahwat atau jima’ di sisi Abu Hanifah dan Malik.

Al-Imam al-Syafi’ie pula berkata rujuk mesti dengan perkataan yang jelas, tidak boleh dengan jima’.

Al-Syaukani berkata : Yang zahir (benar) ialah pendapat yang pertama (rujuk boleh dengan perkataan dan perbuatan). Ini kerana

iddah adalah tempoh pilihan. Maka pilihan boleh dengan perkataan dan perbuatan, demikian juga berdasarkan zahir firman Allah

swt : dan suami-suami mereka lebih berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka,“ (al-Baqarah :

228) dan sabda Nabi saw kepada Omar ra. yang menceritakan anaknya telah mentalakkan isterinya yang sedang haid, lalu baginda

bersabda : “Suruhlah dia untuk merujuk kepadanya kembali ( فليراجعها Sesungguhnya rujuk harus dengan perbuatan, kerana ,“(مره

ia tidak dikhususkan dengan percakapan sahaja. Siapa yang mendakwa yang rujuk itu khusus dengan percakapan sahaja maka dia

perlu datangkan dalil.“

4- Apakah talaq tiga dalam satu lafaz jatuh tiga atau satu

Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 229, bahawa talaq itu suatu yang terpisah dan berasingan, maksudnya : “ Talak

(yang boleh rujuk semula) itu dua kali.“ Para ulama berbeza pendapat bagi talak tiga di dalam satu lafaz, adakah hukumnya jatuh

talak tiga atau satu.

i- Kebanyakan sahabat, tabi’ien dan imam mazhab yang empat berpendapat talak tiga dalam satu lafaz, hukumnya jatuh talak tiga

dalam keadaan perbuatan itu haram, dan sebahagian yang lain berpendapat makruh.

ii- Sebahagian ahli zahir berpendapat talak tiga dalam satu lafaz, hukumnya dikira sebagai talak satu. Inilah juga pendapat Towus (

mazhab Imamiyah, Ibn Taimiyyah dan pendapat ini juga diambil oleh sebahagian ulama mutaakhirin (kemudian) dari ,(طاوس

kalangan fuqaha’ sebagai mengelakkan kesukaran kepada manusia, dan mengelak berlakunya keburukan.

Page 10: jenis jenis talak

Al-Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni di dalam kitabnya Tafsir Aayaat al-Ahkam membuat kesimpulan dan menyatakan pendapat

jumhur (kebanyakan) ulama adalah pendapat yang lebih kuat dalam masaalah ini.

5- Apakah hukum wanita yang ditalak tiga dan bagaimanakah dia dapat bersama dengan suami pertamanya semula?

Allah swt berfirman :

Maksudnya : Sesudah (diceraikan dua kali itu), jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi

baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan

habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (semula), jika mereka kuat

menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkanNya kepada

kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.“ (al-Baqarah : 230)

Isteri yang telah ditalak oleh suaminya sebanyak tiga kali, mereka tidak boleh lagi untuk rujuk semula sehinggalah isteri yang ditalak

itu berkahwin dengan lelaki yang lain. Talak tiga ini dinamakan oleh para fuqaha’ sebagai Talak Ba-in (بائن).

Jumhur ulama dan para imam muhtahid (المجتهدين) berpendapat, firman Allah swt yang bermaksud : “sehingga ia (si isteri)

berkahwin dengan suami yang lain” , memaksudkan jima’, bukan sekadar akad sahaja. Maka tidak dibenarkan bagi suami merujuk

kembali kepada isteri yang telah ditalaknya sebanyak tiga kali, sehinggalah isteri tersebut berkahwin dengan lelaki yang lain dan

melakukan hubungan suami isteri dengan suami keduanya dan mereka pula bercerai.

6- Hukum al-Muhallil (الم�حل�ل) atau Cina Buta

Al-Muhallil (لDالم�حل) dibaca dengan dikasrahkan huruf ‘Lam’, membawa maksud lelaki yang berkahwin dengan wanita yang telah

ditalak tiga bertujuan menghalalkan wanita tersebut untuk suaminya yang pertama. Para ulama berbeza pendapat tentang nikah

Muhallil ini :

i- Imam Malik, al-Syafi’ie, Ahmad dan al-Thauri berpendapat nikah al-Muhallil ini adalah Batil. Nikah tersebut tidak dapat

menghalalkan suami pertama untuk merujuk semula kepada isterinya. Mereka berdalilkan dengan beberapa hadith Nabi saw,

antaranya :

له المحلل و المحلل وسلم عليه الله صلى الله رسول� �ع�ن� ل

Page 11: jenis jenis talak

Maksudnya : “Rasulullah saw melaknat al-Muhallil dan al-Muhallal.”

Demikian juga mereka berdalilkan dengan hadith yang menceritakan tentang isteri Rifa’ah (رفاعة) yang telah ditalak sebanyak tiga

kali, kemudian dia berkahwin dengan Abdul Rahman bin al-Zubair. Kemudian dia mahu rujuk semula kepada suami pertamanya

Rifa’ah. Nabi saw tidak membenarkannya seraya berkatanya :

عسيلتك , ويذوق عسيلته تذوقي حتى ال ؟ رفاعة إلى ترجعي أن تريدين

Maksudnya : “Kamu mahu kembali kepada Rifa’ah ? Tidak boleh, sehinggalah kamu merasai madunya (Abdul Rahman – suami

keduanya) dan dia merasai madu-mu.”

ii- Ulama mazhab Hanafi dan sebahagian ulama mazhab al-Syafi’ie pula berpendapat, nikah tersebut makruh bukan batil. Ini kerana

penamaannya sendiri sebagai al-Muhallil (yang menghalalkan) yang menunjukkan sah, kerana ia menjadi sebab kepada halal.

Diriwayatkan daripada al-Auza’ie tentang nikah al-Muhallil, katanya : “Buruk apa yang dilakukan, dan pernikahan itu harus.“

Tarjih 

Al-Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni di dalam Tafsir Aayaat al-Ahkam menyatakan yang benar dalam permasaalahan ini adalah

pendapat jumhur. Ini kerana asal nikah itu bertujuan berterusan dan kekal hidup bersama. Maka menjadikan tempoh bagi nikah

adalah dilarang, dan ia membatalkannya disebabkan ia menyamai nikah Mut’ah ( المتعة yang batil dengan kesepakatan para (نكاح

ulama.

Al-Imam Ibn Kathir berkata : “Dan maksud daripada perkahwinan kedua, dia berkehendak kepada wanita yang dikahwininya,

bertujuan hidup bersamanya, sepertimana dia hendak mengahwininya. Imam Malik mensyaratkan dengan perkahwinan itu, dia

melakukan hubungan jenis yang halal dengan isterinya, kalau dia melakukannya dalam keadaan haram seperti isterinya sedang

berihram, atau sedang berpuasa, atau sedang beri’tikaf, maka masih tidak dihalalkan untuk suami yang pertama dengan hubungan

ini. Al-Hasan al-Basri pula mensyaratkan al-Inzal (keluar mani), seolah-olah dia memahaminya dari sabda Nabi saw “sehinggalah

kamu merasai madunya, dan dia merasai madu-mu“

Kemudian al-Imam Ibn Kathir menyambung lagi : “Adapun jika suami yang kedua, tujuannya berkahwin untuk menghalalkan wanita

Page 12: jenis jenis talak

yang ditalak tiga itu kepada suaminya yang pertama, maka dialah al-Muhallil yang thabit celaan dan laknat kepadanya di dalam

beberapa hadith. Maka apabila jelas tujuannya dengan akad tersebut, batallah nikah tersebut di sisi jumhur para imam.“

Kesimpulan

Islam sebagai agama yang sempurna dan lengkap, telah mengatur segala peraturan yang akan dilalui oleh setiap penganutnya.

Antara peraturan tersebut ialah sekitar persoalan talak. Islam tidak seperti agama ciptaan manusia yang lain, yang hanya

membicarakan persoalan kahwin. Namun tidak memberi jalan penyelesaian bagai pasangan yang tidak dapat hidup bersama

disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Apabila tidak ada jalan keluar, maka sudah tentu yang menjadi mangsa ialah

pihak isteri yang lemah.

Islam sebagai sebuah agama yang diturunkan oleh Allah swt menyedari hidup berumah tangga mengandungi berbagai asam-

garam dan panca-robanya. Bukanlah suatu yang mudah untuk dua insan (suami dan isteri) yang berbeza latar belakang

pendidikan, keluarga, budaya, cara dibesarkan dan cara berfikir untuk hidup sebumbung.

Menyedari hakikat ini, Islam telah memperuntukkan jalan keluar bagi pasangan yang tidak dapat meneruskan hubungan mereka.

Jika mereka teruskan juga akan berlaku penginayaan dan seumpamanya. Kerana yang demikian ini, Islam telah menggariskan

peraturan-peraturan perkahwinan dan talak. Semuanya adalah untuk dituruti oleh manusia dalam menjalani kehidupan seharian.

Semua peraturan ini adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri.

-----------

HUKUM-HUKUM TALAKPara Ulama’ sepakat bahwa hukum asal talak adalah dilarang (al-hadr) kecuali karena hajat (kebutuhan). Sementara bila tidak ada hajat mereka sepakat tidak membolehkannya, karena talak merupakan salah satu bentuk kufur pada nikmat Allah dimana perkawinan adalah nikmat diantara nikmat-nikmatnya. Diantara dharurat yang membolehkan talak adalah suami meragukan baiknya perangai istri, atau dia

Page 13: jenis jenis talak

sudah tidak mencintainya lagi dan hajat lainnya yang dipandang layak dijadikan alasan untuk menjatuhkan talak.Ditilik dari kemaslatan atau kemudharatannya, hukum talak ada empat :1. Wajibyaitu talak yang terjadi disebabkan Syiqaq (peselisihan, pertengkaran, percekcokan) antara suami istri sehingga memerlukan dua orang hakam (pendamai) jika kedua hakam tersebut memandang bahwa perceraian jalan yang terbaik bagi mereka, maka wajiblah talak, dan begitu pula talak orang yang bersumpah ila’ setelah berlalu masa menungu selama empat bulan.2. Haramyaitu talak yang dilakukan tanpa tuntutan. Bahwa talak tersebut haram dilakukan karena dapat menimbulkan mudharat pada istri dan juga pada dirinya sendiri, dan meniadakan manfaat yang terjagi pada keduanya. Talak Semacam ini haram hukumnya sama dengan tindakan merusak harta. Hal ini didasarkan pada sabda Rosul yang diriwayatka Ibnu Abbas.الضرروالضرار“ Tidak boleh memudharatkan pada diri sendiri dan tidak boleh membalas kemudharatan dengan kemudharatan lain”. 3. Mubahyaitu talak dilakukan karena ada kebutuhan, misalnya : karena buruknya akhlaq istri, atau jelek pergaulannya atau mendatangkan mudharat pada dirinya dan menjauhkan dari tujuan perkawinan.4. Sunnahyaitu talak yang dilakukan karena istri mengabaikan hak-hak Allah yang diwajibkan kepadanya, seperti : shalat, puasa dan kewajiban lainnya, sedangkan suami tidak sanggup lagi untuk memaksanya, atau istrinya sudah tidak menjaga kehormatan dan kesucian dirinya (qairu ‘afifah). Dan bisa jadi talak dalam kondisi seperti ini dihukumi wajib. Hal itu sebagimana dalam hadist dari Ibnu Abbas, ia bercerita “ Ada seorang laki-laki yang datang pada Nabi dan mengatakan : Sesungguhnya istriku tidak menolak tangan orang yang menyentuhnya. Maka beliau bersabda : ceraikanlah ia, lalu orang itu berkata : aku masih mencintainya, kemudian beliau bersabda : bersenang-senanglah dengannya

Jenis-Jenis Perceraian (Talaq) Dalam IslamJune 13th, 2011 | Author: admin

Number of View: 6236

cUlama’ telah bersepakat bahawa ikatan perkahwinan akan tamat dengan adanya lafaz talaq sama ada dengan bahasa Arab atau lain-lain, dan sama ada dengan lafaz atau dengan tulisan atau dengan syarat, secara soreh atau secara kinayah.[1] Talaq pada umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu talaqrajcie dan talaq ba’in.

 2.5.1        Talaq Secara   Soreh   dan   Kinayah

Talaq secara lafaz soreh berlaku apabila suami melafazkan talaq dengan menggunakan perkataan tertentu seperti ‘ talaq’, ‘firaq’, atau ‘sarah’ tanpa memerlukan niat suami.[2]

 Manakala talaq secara kinayah atau kiasan pula iaitu talaq yang lafazkan oleh suami yang boleh membawa makna talaq atau sebaliknya, seperti perkataan ‘kamu dilepaskan’ ‘kembalilah kepada keluargamu’ dan sebagainya. Lafaz yang dibuat secara kinayah ini memerlukan niat suami iaitu sama ada ingin menceraikan ataupun sebaliknya.[3]

 2.5.2        Talaq   Raj c ie   dan Talaq   Ba’in

Talaq rajcie adalah talaq yang suami berhak merujuk kembali isterinya kepada hubungan perkahwinan tanpa perlu kepada caqad perkahwinan yang baru selagi isteri yang diceraikan itu masih berada dalam ciddahwalaupun isteri tidak meredainya. Sekiranya habis ciddah, maka talaq rajcie bertukar menjadi ba’in. Oleh itu, suami tidak berhak merujuk isterinya melainkan dengan caqad yang baru.[4] Talaq ba’in dibahagikan kepada dua iaitu talaq ba’in sughra[5] dan talaq ba’in kubra[6].

Talaq ba’in sughra berlaku apabila suami melafazkan cerai sebelum melakukan persetubuhan yang hakiki. Selain itu talaq ba’in sugra juga berlaku apabila berlakunya tebus talaq (khuluc), talaq yang dijatuhkan oleh Qadi (fasakh) dan juga ilaa’.[7] Manakala talaq ba’in kubra pula berlaku apabila suami menceraikan isteri dengan 3 talaq sama ada dijatuhkan secara berasingan ataupun sekali lafaz dengan tiga talaq.[8]Kepelbagaian jenis talaq yang disyaricatkan ini jelas menunjukkan keunikan dan kesempurnaan serta keadilan Islam berbanding agama-agama lain demi menjamin kemaslahatan setiap pasangan dalam sesebuah perkahwinan tersebut.

2.5.3        Perceraian dalam Peruntukan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia

Peruntukan mengenai perceraian di kalangan pasangan beragama Islam turut di peruntukkan dalam Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di setiap negeri. Mengikut pengamalan perundangan Islam di Malaysia, pembubaran perkahwinan boleh berlaku melalui pelbagai cara iaitu talaq, tacliq, khuluc, fasakhdan lican[9]. 

Page 14: jenis jenis talak

 i)          Perceraian Secara Talaq

Perceraian secara talaq berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talaq. Perceraian jenis ini perlulah dibuat permohonan terlebih dahulu di Mahkamah dan didaftarkan untuk direkodkan. Perceraian secara talaq ini di peruntukkan dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.[10]

ii)         Perceraian Secara Tacliq

Tacliq didefinisikan mengikut Undang-undang Keluarga Islam sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas caqad nikah.[11] Pengamalan perundangan Keluarga Islam di Malaysia mengklasifikasikan perceraian secara tacliq berlaku apabila suami melanggar tacliq yang dibuat olehnya semasa upacara caqadnikah. Amalan tacliq ini walaupun tidak wajib mengikut hukum Syarac, tetapi ia boleh diterima pakai berdasarkan kepada persetujuan kedua-dua pihak. Hal ini dihujahkan oleh Hakim Tan Sri Mohamed Azmi dalam kes Fakhariah bte Lokman lawan Johari bin Zakaria.[12] Lafaz tacliq yang dibuat oleh suami semasa upacara caqad nikah ini berbeza mengikut negeri. Peruntukan perceraian secara tacliq ini turut dinyatakan di dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.[13]

iii)        Perceraian Secara Khuluc

 Perceraian secara khuluc merupakan salah satu alternatif perceraian yang turut diperuntukkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam yang diamalkan di Malaysia.[14] Perceraian secara khuluc boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau harta sebagai pampasan. Perceraian berlaku dengan lafaz talaq oleh suami apabila dia bersetuju dengan pampasan tersebut. Perceraian jenis ini juga termasuk dalam kategori talaq ba’in sughra, oleh itu ia tidak boleh dirujuk.

iv)        Perceraian Secara Fasakh 

Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim (judicial decree). Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq. Perceraian secara fasakh boleh berlaku apabila hakim memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamatkan lagi. Peruntukan mengenai fasakh ini turut dinyatakan di dalam undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri.[15]

v)         Perceraian Secara Lican

Perceraian secara lican berlaku apabila suami menafikan anak yang dilahirkan oleh isterinya atau anak di dalam kandungan isterinya sebagai anaknya, atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat membuktikan melalui penyaksian empat orang saksi.[16] Maka apabila pihak-pihak tersebut (suami dan isteri) telah mengangkat sumpah dengan cara lican, mengikut hukum Syarac di hadapan Hakim Syarcie, maka mereka akan difaraqkan. Kesannya kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semula. Peruntukan mengenai lican turut diperuntukkan dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri.[17]