Jenis-jenis Tulisan Khat (2)
description
Transcript of Jenis-jenis Tulisan Khat (2)
Jenis-jenis Tulisan Khat:
1)Khat Kufi Fatimi:
Dinamakan Fatimi kerana Kufi ini terkenal pada zaman pemerintahan Fatimi di
Mesir. Kufi ini juga mempunyai pelbagai bentuk antaranya ialah Kufi Muwarraq
(berdaun), Kufi Muzzahar (berbunga) dan Kufi Mudhaffar (bersimpul). Kufi
Fatimi adalah antara jenis Kufi yang masih digunakan hingga ke hari ini. Ia tidak
dibaris dan boleh dihias di ruang kosong antara huruf dengan ragam hias yang
bercirian pokok dan batang pokok kacang sebagai latar belakang ayat.
2)Khat Diwani Jali:
Khat ini dicipta pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah
olehkhattat bernama Syahla Pasya pada abad ke-10H. Ia berbeza dengan Khat
Diwani kerana terdapat baris-baris dan titik hiasan serta mempunyai bentuk
huruf yang lebih besar dan jelas. Dinamakan Jali bererti jelas kerana terdapat
kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Digunakan untuk tulisan rasmi
diraja dan surat menyurat kepada kerajaan asing. Bentuknya memenuhi
kesemua ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan yang tersusun indah.
3)Khat Ijazah:
Khat ini dicipta/diambil dari dua jenis khat iaitu Nasakh dan Thuluth. Ini
bermakna khat Ijazah merupakan adunan dua jenis khat menjadi satu.
Dinamakan Ijazah kerana Ijazah bermakna syahadah atau sijil yang dikurniakan
kepada mereka yang betul-betul cemerlang dalam bidang khat. Maka guru khat
tersebut akan menuliskan ijazah yang memperakui muridnya adalah orang yang
berkelayakkan dalam bidang seni khat, ia juga digunakan untuk tandatangan
sultan dan kalifah.
4)Khat Huruf Taj:
Al-Taj bermaksud mahkota. Bentuk ini dicipta oleh pakar khat Mesir Muhammad
Mahfiz pada zaman pemerintahan Raja Ahmad Fuad 1349H dengan meletakkan
satu tanda seperti lam alif terbalik (seperti bentuk mahkota) di atas kepala huruf
Nasakh dan ada juga di atas huruf Riq'ah.
5) Khat Nasakh:
Dinamakan Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau
membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Bentuk ini
merupakan hasil daripada pengubahsuaian yang dilakukan oleh Ibnu Muqlah.
Tulisan Nasakh munculpada akhir abad ke 3H/8M dan berkembang meluas pada
penghujung abad 4H/9M. Ciri-cirinya ialah mempunyai kelembutan, mudah
dibentuk, praktikal dan mudah dibaca. Ia sesuai digunakan dalam penulisan al-
Quran, akhbar dan majalah.
6)Khat Farisi:
Dinamakan Farisi kerana dinisbahkan kepada bangsa Iran. Dicipta oleh Mir Ali
al-Tibrisi, kemudian diperelok oleh Imaduddin al-Syirazi. Khat ini juga dikenali
sebagai Khat Taliq/Nastaliq, terkenal dan digunakan secara meluas di Iran.
Keindahan khat ini terletak pada bentuk lengkungannya yang menarik, kurang
garisan menegak dan bentuk hurufnya yang condong kekanan dan tidak
berbaris. Banyak digunakan untuk menulis syair, dan kegunaan harian.