Jenis Skala

13
Skala Skala merupakan penyukat atau alat untuk mengukur kuantiti seperti berat,panjang,tinggi,suhu badan, kekuatan gempa dan sebagainya Satu prosedur atau konsep mencakupi sebarang aktiviti pengukuran melibatkan peruntukan nombor- nombor pada objek atau hasil satu tingkah laku Contoh memperuntukan kod 1 untuk lelaki dan 2 untuk perempuan Nombor yang diperuntukan tidak memberi apa- apa nilai sekadar membezakan objek

description

Jenis Skala

Transcript of Jenis Skala

Page 1: Jenis Skala

Skala

• Skala merupakan penyukat atau alat untuk mengukur kuantiti seperti berat,panjang,tinggi,suhu badan, kekuatan gempa dan sebagainya

• Satu prosedur atau konsep mencakupi sebarang aktiviti pengukuran melibatkan peruntukan nombor- nombor pada objek atau hasil satu tingkah laku

• Contoh memperuntukan kod 1 untuk lelaki dan 2 untuk perempuan

• Nombor yang diperuntukan tidak memberi apa-apa nilai sekadar membezakan objek

Page 2: Jenis Skala

• Skala mengandungi :

i. Skala nominal,

ii. Skala ordinal,

iii. Skala sela

iv. Skala nisbah. 

Page 3: Jenis Skala

Skala Nominal

• Klasifikasi data kepada kategori tertentu yang tiada nilai sepunya misalnya mengkategorikan responden mengikut kategori tertentu misalnya mengikut:

• Jantina – Perempuan dan lelaki• Bangsa – Cina, Melayu,India dan lain• Status – Bujang atau sudah berkahwin

Data nominal adalah ukuran yang paling sederhana, dimana angka yang diberikan kepada objek mewakili satu label sahaja, dan tidak menunjukkan sebarang pemeringkatan misalnya Lelaki :1perempuan :2

Page 4: Jenis Skala

• Skala nominal adalah skala pengukuran yang paling mudah dan  merupakan bentuk pengukuran yang paling rendah boleh digunakan oleh ahli penyelidik.

• Skala nominal membentuk nombor bagi menunjukkan kategori yang berlainan.

Page 5: Jenis Skala

Data Ordinal

• Pengukuran menggunakan skala ordinal akan menyusun data daripada yang rendah kepada yang tinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang

iaitu susunan yang melambangkan satu bentuk hierarki.

Contoh:   

(i) Gred akhir : Cemerlang,Sederhana,Gagal

(ii) Saiz baju : XXXL,XXL,XL,L,M,S, XS, XXS

Data ini diwakili oleh nama atau atribut yang memiliki pemeringkat atau urutan.Angka huruf atau label yang

Page 6: Jenis Skala

•Guru mungkin menyusun skor yang didapati dalam Ujian Bahasa Melayu dari markah yang tertinggi kepada markah yang terendah sekali.•Skala ordinal hanya menyusun mengikut hieraki untuk melambangkan perbezaan atau kedudukan sesuatu individu relatif kepada sesuatu individu yang lain.

Page 7: Jenis Skala

Skala Sela (interval)

• Data yang boleh diukur mengikut sesuatu pemeringkatan dengan jarak yang sama antara satu ukuran dengan yang sebelumnya atau selepasnya dan seterusnya bagi membolehkan pengiraan dibuat

• Jarak antara satu pengukuran dengan yang lain boleh diukur walaupun antara yang pertama dengan yang kedua atau kedua dan ketiga tidak semestinya pada darjah pemeringkatan yang betul-betul sama

• Contoh suhu bilik pada 25 darjah dan 35 darjah.Data ini adalah data interval kerana

Page 8: Jenis Skala

• (i) Pemeringkatan iatu 25 darjah lebih rendah dari 35 darjah• (ii)pengiraan perbezaan antara dua suhu tersebut boleh 

dibuat iaitu suhu 25 darjah lebih rendah dari 35 darjah sebanyak 10 darjah

Page 9: Jenis Skala

• Contoh:• Sila perhatikan, nilai 0 dalam skala sela tidak bermakna tidak

sesuatu yang diukur.

• Contoh • Suhu 0 oC tidak menandakan tiada suhu.• Sekarang cuba kita lihat perbezaan IQ 60 dengan IQ 70,

perbezaannya hanya 10 poin. Begitu juga IQ 120 dengan IQ 130, perbezaannya sama iaitu 10 poin juga.

• Tidak boleh mengatakan mereka yang mempunyai IQ 120 adalah dua kali lebih baik dari mereka yang mempunyai IQ 60.

• Ini kerana tidak terdapat titik sifar sebenar pada IQ. Tidak terdapat 0 IQ.

  

Page 10: Jenis Skala

Skala Nisbah

• Aras tertinggi dalam pengukuran ialah pengukuran menggunakan skala nisbah.

• Skala nisbah mempunyai ciri-ciri nominal, ordinal dan sela serta mempunyai mutlak sifar yang mempunyai makna empirikal.

• Nombor pada skala menunjukkan amaun atau ciri sebenar yang diukur.

• Seandainya skala nisbah untuk pencapaian wujud, maka bolehlah kita katakan pelajar yang mendapat markah 80 adalah dua kali lebih pencapaiannya dengan pelajar yang mendapat markah 40.

•  

Page 11: Jenis Skala

• Setiap jenis skala memberi maklumat yang berlainan. • Skala nisbah memberi lebih maklumat daripada skala

sela. • Skala sela memberi lebih maklumat daripada skala

ordinal dan skala ordinal pula memberi lebih maklumat daripada skala nominal.

• Prosedur statistik hanya boleh digunakan dengan jenis skala pengukuran tertentu.

• Cara data disusun akan mempengaruhi jenis analisis statistik yang akan dijalankan.

Page 12: Jenis Skala

Skala nisbah

• Contoh:    • Skala untuk menyukat tinggi menggunakan skala nisbah

kerana titik kosong pada skala nisbah memberi makna tidak ada ketinggian atau ketinggian sifar.

• Begitu juga halnya dengan timbangan yang mencatatkan 0 g bermakna tiada berat.

• Antara pembolehubah yang mempunyai skala nisbah ialah:

pendapatan, masa untuk melakukan sesuatu tugasan, umur.

Page 13: Jenis Skala

• Skala nisbah jarang digunakan dalam peyelidikan pendidikan dan lain-lain disiplin penyelidikan kerana titik ‘0’ yang diperolehi tidak melibatkan penggunaan yang sebenar. Contoh:

• Dalam sesuatu ujian di bilik darjah atau peperiksaan awam, calon yang mendapat markah kosong tidak bermakna mereka langsung tidak mempunyai ilmu dalam bidang yang dipelajari atau diuji tetapi tahap pencapaian mereka perolehi tidak mencapai tahap yang ditetapkan kerana mereka mungkin tidak dapat mengeluarkan jawapan seperti yang dikehendaki berdasarkan tugasan dalam soalan.