Jiran Sepakat Membawa Berka1
-
Upload
yahoobijak -
Category
Documents
-
view
249 -
download
0
Transcript of Jiran Sepakat Membawa Berka1
-
7/26/2019 Jiran Sepakat Membawa Berka1
1/3
Jiran Sepakat Membawa Berkat
Merujuk Kamus Dewan edisi ketiga, jiran membawa maksud orang yang hidup dekat dengan
tempat kediaman kita. Sepakat bermaksud hidup saling bekerjasama manakala membawa
berkat pula bermaksud mendatangkan kebaikan atau faedah. Maka kesimpulannya hidup
saling bekerjasama akan mendatangkan kebaikan kepada sesebuah masyarakat.
Hendak belayar ke Teluk Betung,
Sambil belayar labuhkan pukat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Tuantuan dan puanpuan,
Kemajuan dan kemakmuran yang di!apai oleh sesebuah negara bermasyarakat majmuk
seperti Malaysia adalah berpaksikan permuafakatan yang lahir dari nurani yang su!i. Kita
perlu berkerjasama dan saling membantu tanpa mengira bangsa dan warna kulit. "erkara ini
tidak dapat disangkal lagi kerana pesanan nenek moyang masih segar dalam ingatan. Hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama di!e!ah. Bersatu kita teguh, ber!erai kita roboh.
Dengan terbinanya amalan bekerjasama antara jiran, maka akan wujudlah perpaduan dan
kesejahteraan hidup. Tanpa sikap tolak ansur dan bekerjasama, perbalahan dan pergeseran
kaum mudah berlaku.
Sidang dewan yang saya kasihi,
Hadirin yang saya hormati,
Bantuan Ketika Kecemasan
#iran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yangberlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui
-
7/26/2019 Jiran Sepakat Membawa Berka1
2/3
oleh jiran. Kerana itu, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada
saat kita ditimpa ben!ana atau musibah seperti kebakaran, ke!urian, kemalangan, kematian
dan lainlain lagi. $langkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang sedia
menolong pada bilabila masa sahaja. "ertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada
masa ke!emasan sementara menunggu bantuan pihakpihak berwajib atau sanak saudara.
Hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran yang dapat mlahirkan suasana seperti ini.
%arga dewan yang setia,
Menambah Kenalan
Mempunyai jiran yang berbe&a latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa,
keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan
kenalan kita.
Mempunyai kenalan yang ramai dan rapat lebihlebih lagi hidup berjiran banyak
memberi manfaat kepada kita. $ntaranya mendapat tunjuk ajar jika berjirankan seorang guru
atau pensyarah, mendapat nasihat kesihatan jiran berjirankan seorang doktor, mendapat
nasihat guaman jika berjirankan seorang peguam atau majistret, membaiki kerosakan pada
rumah dan kenderaan jika berjirankan seorang mekanik dan begitulah seterusnya. 'ni tidak
termasuk ilmu atau kepakaran lain yang dimiliki oleh jiran seperti ilmu ber!u!uk tanam,
landskap, jahitan, gubahan, masakan, komputer dan lainlain lagi.
"ara hadirin yang dihormati
Menjamin Keselamatan Setempat
#iran yang sepakat dan bersatupadu mampu menjamin keselamatan kawasan setempatdaripada an!aman ke!urian, pe!ah rumah, najis dadah, pen!ulikan, samseng dan sebagainya.
'ni dapat dilakukan sama ada melalui (ukun Tetangga, #awatankuasa Keselamatan Kawasan
atau kempenkempen kesedaran.
Segala perkara yang men!emar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat di!egah
dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. )ejalagejala sosial seperti
mendera anak, lumba haram, lari dari rumah dan banyak lagi dapat dibendung jika jiran
-
7/26/2019 Jiran Sepakat Membawa Berka1
3/3
memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiapkali
menyedari berlaku perkarperkara yang ganjil dan meragukan.
$pakah kita perlu tunggu sehingga gejala tersebut menimpa ke atas ahli keluarga kita barulah
kita hendak memperkukuhkan hubungan sesama jiran* Bukankah elok dan bijak sekiranya
kita beringat sebelum terjadi bak kata pepatah Melayu +Sediakan payung sebelum hujan+.
leh itu, membina ikatan yang kuat sesama jiran adalah syarat utama bagi menjamin
keharmonian masyarakat dan kawasan. #iran sepakat memang membawa berkat
Bunga dedap di atas para,
$nak !ina pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bi!ara,
#emari disusun maaf dipinta.
Sekian, terima kasih.